You are on page 1of 5

Proses Pembentukan Malaysia

Secara ringkasnya, kronologi pembentukan Malaysia dapat dilihat seperti


berikut:
27 Mei 1961

Cadangan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul


Rahman
Julai 1961
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
(JPPM) ditubuhkan
19 Feb.-18 Apr. 1962 Suruhanjaya Cobbold meninjau pandangan
penduduk di Sabah dan Sarawak
Ogos 1962
Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
1 September 1962 Referendum Singapura meninjau pendapat
penduduknya
9 Julai 1963
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di pejabat
Perhubungan Komanwell di Malborough House
Ogos 1963
Suruhanjaya PBB meninjau sekali lagi pandangan
penduduk Sabah dan Sarawak
16 September 1963
Deklarasi Penubuhan Persekutuan
Malaysia dibaca oleh Tunku Abdul Rahman di
Stadium Merdeka.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),1961


Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Malaysia(MSCC) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Jawatankuasa ini berperanan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada orang
ramai terutamanya di Borneo dan mengumpul pelbagai pandangan tentang
Malaysia di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Jawatankuasa ini dianggotai
oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
MSCC ingin melihat gagasan Malaysia menjadi kenyataan dan kerana itu
mereka berusaha mencapai permuafakatan. Mesyuarat dan rundingan telah
diadakan sebanyak empat kali di
a. Jesselton(21 Ogos 1961)
b. Kuching (18 Disember 1961)
c. Kuala Lumpur (6 Januari 1962)
d. Singapura (1 Februari 1962)
MSCC juga telah menyediakan memorandum yang berasaskan
Perlembagaan Tanah Melayu dan menyatakan bahawa Bahasa Melayu dijadikan
bahasa rasmi dan Islam dijadikan agama rasmi. Walau bagaimanapun, setiap
rakyat diberi kebebasan agama. Manakala, Sabah dan Sarawak diperuntukkan
beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk mengawal
kemasukan orang ramai ke wilayah itu serta kedudukan istimewa kaum
bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan. Dan akhir sekali, perwakilan
dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta keluasan sesebuah

kawasan

Suruhanjaya Cobbold
Di Sabah dan Sarawak, rakyat di kedua-dua negeri dilihat menentang
gagasan Malaysia. Kerajaan British menubuhkan Suruhanjaya Cobbold pada 17
Januari 1962 bertujuan meninjau pendapat sebenar penduduk di kedua-dua
negeri itu. Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh bekas Gabenor Bank
England, Lord Cobbold. Suruhanjaya itu turut dianggotai oleh dua orang wakil
kerajaan British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson. Wakil Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu ialah Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed
Ghazali Shafie.
Suruhanjaya ini berperanan dalam meninjau pandangan penduduk Sabah
dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia, selain menilai kesemua
pandangan yang diberi serta membuat syor-syor yang bersesuaian. Suruhanjaya
ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18
April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini
mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Malaysia iaitu:
a. menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syaratsyarat percantuman
b. lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat
dan jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
c. Baki pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan
supaya kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai
Malaysia dan mereka yang mahu British terus memerintah untuk
beberapa tahun lagi.
Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua
syarat adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan
Sarawak. Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:
a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan Malaysia
b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri
c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan
dasar agama dan imigresen
d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan
pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak

e. Kedudukan bumiputera dikekalkan.


f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan
ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia
Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan
bahawa kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua
cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh
pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut.
Seiring dengan itu, satu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) dibentuk.
Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di
samping melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK
diketuai oleh Lord Landsdowne sebagai pengerusi, Dato Abdul Razak sebagai
timbalan pengerusi serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah
dan Sarawak. JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari
Sabah dan Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam
Persekutuan Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum
yang mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat
Sabah. Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan,
tetapi mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20
Perkara.
JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu
dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh
Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen
Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963. Laporan JAK menjadi
asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 8 Julai
1963. Menerusi perjanjian itu, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan
kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan bergabung dengan
Persekutuan Tanah Melayu melalui pembentukan Malaysia.
Pungutan Suara Di Singapura
Pungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September 1962
bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk
Singapura untuk bergabung dengan persekutuan Tanah Melayu dan bukannya
bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia.
Pengundi diberi tiga pilihan iaitu:
a. Pilihan A percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi
dalam buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan
sendirinya rakyat Singapura menjadi rakyat Malaysia

b. Pilihan B percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai


negeri yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu
yang lain
c. Pilihan C percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang
diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.
Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front)
meneruskan tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk
memulangkan kertas undi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura
menegaskan bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap
sebagai orang yang belum membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka
ditakrifkan mengikut Artikel 29, Ordinan Pungutan Suara yang menyebut bahawa
sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong tanpa ditanda dianggap sebagai
bersetuju dengan sebarang keputusan Majlis Undangan Singapura. Hasil
referendum ini mendapati 397626 penduduk menyokong pilihan A, 7911
penduduk penyokong pilihan C, 9422 penduduk menyokong pilihan B dan
sebanyak 144077 undi rosak
Tinjauan Suruhanjaya PBB
Perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United
Nations Malaysia Mission (UNMM) telah dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB,
iaitu U Thant. Beliau telah menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore dari
Amerika Syarikat bersama-sama tujuh orang wakil dari Chezchoslovakia,
Argentina, Brazil, Ceylon, Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu, bagi
meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah. Dalam tinjauan ini,
mereka mendapati majoriti rakyat Sarawak dan Sabah sememangnya bersetuju
menyertai persekutuan Malaysia. Ini adalah kerana menjelang lawatan misi PBB,
majoriti rakyat Sarawak dan Sabah telah mengubah fikiran mereka berbanding
dengan keputusan Suruhanjaya Cobbold. Walaupun begitu, laporan Suruhanjaya
Cobbold adalah sahih dan benar. Perubahan fikiran ini berpunca daripada usaha
yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan usaha Parti
Perikatan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yang
akhirnya memenangi pilihan raya. Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada
rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia

Pengisytiharan Malaysia
Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian
Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara
kerajaan Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura,
Sabah dan Sarawak.
Pada 26 Ogos 1963 Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta
Malaysia yang sudah diperkenankan Ratu Elizabeth II serta diluluskan oleh

Parlimen British. Walaupun 31 Ogos dicadangkan sebagai tarikh penubuhan


Malaysia tetapi disebabkan faktor tertentu maka pengisytiharan Malaysia dibuat
secara rasminya pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di
hadapan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau
Pinang, Melaka. Selain Tunku Abdul Rahman, tiga lagi pemimpin utama dari tiga
negeri baru iaitu Lee Kuan Yew (Singapura), Donald Stephens (Sabah) dan
Stephens Kalong Ningkan (Sarawak) turut melakukan serentak pengisytiharan
Persekutuan Malaysia di negeri masing-masing . Pada 9 Ogos 1965, atas faktorfaktor tertentu, Singapura mengambil keputusan keluar daripada Malaysia dan
menubuhkan negara republik.

You might also like