You are on page 1of 1

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tuliskan dialog utuk setiap AJK Pengurusan Makmal Sains yang

sedang bermesyuarat untuk pembelian alatan makmal yang berharga RM 1,000.00 ke atas.
2. Kajian Kes:
Baru sahaja melaporkan diri di sebuah sekolah, Cikgu Siti diarahkan memegang jawatan Ketua Panitia
Sains. Guru Besar menyatakan bahawa walaupun terdapat 3 orang lagi guru sains yang lebih kanan,
tetapi guru-guru itu bukan berpengkhususan sains semasa mengikuti kursus perguruan dahulu. Cikgu Siti
yang berkelulusan ijazah Perguruan (Pendidikan Sains Sekolah Rendah) dianggap oleh guru besar
sebagai calon yang paling sesuai untuk menjawat Ketua Panitia Sains. Cikgu Siti serba salah adakah
saya patut menerima jawatan ini? Adakah guru-guru yang lebih kanan itu akan memberi kerjasama
kepada saya? Lalu terlintas dalam pemikirannya: Adakah apa yang saya pelajari di IPG dapat membantu
saya untuk menguruskan hal ehwal Panitia Sains? Adakah pengurusan makmal sains yang saya pelajari
dapat membantu saya dalam tugas yang mencabar ini?
Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Cikgu Siti sebagai Ketua Panitia Sains dan siapakah AJK
pengurusan Makmal Sains di bawahnya? Sila bina carta organisasi

You might also like