You are on page 1of 3

ISI KANDUNGAN

BIL. KADUNGAN HALAMAN


1. Penghargaan
2. Pengenalan
3. Bahan kajian
4. Membetulkan kajian
5. Menganalisis majian
6. Cadangan mengatasi masalah
7. Rumusan

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat kasih
sayang-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Penilaian Berterusan (PB) iaitu folio
Kajian Kes bagi Semester 4 Tahun 2022. Masa yang diberikan iaitu selama 6
minggu membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Setinggi-
tinggi penghargaan diberikan kepada Puan Rosizrasazni bt Rosdin selaku
pensyarah bahasa Melayu kerana telah banyak memberikan bimbingan, panduan
dan tunjuk ajar kepada saya dan juga rakan-rakan saya yang lain dalam menyiapkan
folio ini.
Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan atas bantuan,dorongan
dan sokongan yang diberikan sepanjang proses persiapan tugasan ini. Memang
tidak dapat disangkal lagi bahawa tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada semua
insan di sekeliling, sudah pasti saya tidak dapat menyiapkan tugasan mengikut
masa yang telah ditetapkan. Hubungan baik antara pelajar dan pensyarah bagai isi
dengan kuku, malahan bagai aur dengan tebing, tentulah memudahkan saya
bertanya dan mendapatkan maklumat yang berguna dengan menjayakan tugasan ini
sebaik mungkin.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi dan penulisan sewajarmya
diambil berat oleh masyarakat Malaysia, bumi berdaulat ini. Isu ini selaras dengan
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
yang telah diberi penekanan oleh kerajaan terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan pada 1957.
Namun begitu, sejak era moden ini, bahasa Melayu sudah kian tidak digunakan
dengan betul dan tidak gramatis iaitu tidak mengikut hukum-hukum tatabahasa
bahasa Melayu. Rentetan itu, atas dasar tanggungjawab sebagai pelajar, yang
masih belajar tentang ilmu bahasa ini, saya telah memilih untuk membuat kajian kes
kesalahan tatabahasa iaitu tentang kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang
terdapat dalam akhbar harian Kosmo! Lantaran Kosmo! Kini telah diiktiraf sebagai
salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia.
Sejarah Ringkas tentang Kosmo! Pada 30 Ogos 2004, Kumpulan Utusan pertama
kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz
kompak KOSMO! yang mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan
pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan "Suara Kontemporari" yang
menyasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam
kehidupan seharian. KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang
menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya "Bukan Sekadar
Berita" adalah unggul untuk semua peringkat umur pembaca. Akhbar ini turut mesra
pembaca apabila mudah dipegang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya
yang kecil. KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha
mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada
lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia
termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar
silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.
Selepas dua tahun, akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang
positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Walaupun masih baru
dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka
tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan
pilihan terbaik kepada pembacanya. Pada 10 Oktober 2019, tapak web KOSMO!
tidak dapat dicapai. Namun begitu, pada 20 Julai 2020, Kosmo! bersama Utusan
Malaysia kembali beroperasi di bawah syarikat Media Mulia Sdn. Bhd.

You might also like