You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Penggunaan tulisan jawi bermula pada tahun 1400-an apabila pedagang dan pendakwah
datang ke Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, tulisan jawi semakin kurang popular
digunakan seiring dengan peredaran masa. Sejarah kebudayaan Melayu telah mencatatkan
bahawa tulisan Jawi berjaya mengembangkan keintelektualan Malaysia dan
menyatupadukan rakyat Malaysia untuk mengikuti arus kecemerlangan sistem pendidikan.
Oleh itu, kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memelihara tulisan ini dengan
memastikan tulisan jawi diajar di semua universiti dan kolej swasta sebagai mata pelajaran
wajib pelajar Malaysia. Pastinya, perkara ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk
mempelajari tentang sistem tulisan ini. Tuntasnya, tulisan ini dapat dipelihara dengan baik
pada masa kini.

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi

Tulisan Jawi telah digunakan sejak ratusan tahun lalu dan telah membantu
mengembangkan minda Melayu Islam. Terdapat ramai penyelidik yang telah menulis
tentang sejarahnya. Sistem tulisan Jawi digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk kaligrafi
yang indah dengan unsur seni dan falsafah yang mendalam. Sistem tulisan Arab yang
dipanggil Jawi berkembang dengan cepat di wilayah tempat Islam pada zaman dahulu.
Sistem tulisan ini masih digunakan pada hari ini dan banyak buku serta dokumen yang
merakamkan perkembangan tulisan Jawi oleh pelbagai persatuan. Namun, tulisan Jawi
mula digantikan dengan tulisan Rom selepas kedatangan penjajah. Kini, tulisan jawi tidak
lazim digunakan seperti dahulu. Sejak Akta Bahasa 1963 menggantikan tulisan rasmi
Melayu dengan tulisan Rom, tulisan Jawi telah kurang digunakan secara meluas. Mulai
tahun 1981, ramai orang mula menyedari kepentingan menyimpan tulisan dalam Jawi.
2.1 Zaman Kesultanan Melayu Pasai
Asas tulisan Jawi berkaitan dengan huruf Hijaiyyah kecuali beberapa huruf tambahan yang
mengikuti fonetik Melayu dan huruf Parsi (pinjaman).Pada abad ke-14, tulisan Arab-Melayu
yang biasa dikenali sebagai tulisan Jawi turut digunakan di Pasai. Maka, bahasa Melayu

yang mengalami proses Islamisasi berbeza dengan bahasa Melayu pada zaman Srivijaya.


Sejarah tulisan Jawi dikaitkan dengan penyebaran Islam dari Parsi ke Kepulauan Melayu.
Kegiatan dakwah dan penyebaran syiar Islam berlaku melalui pedagang yang berasal dari
tanah Arab dan Parsi. Awang Sariyan berkata bahasa Melayu mempunyai interaksi dengan
bahasa antarabangsa lain termasuk bahasa Arab dan Parsi. A. Samad mengatakan bahawa
bahasa-bahasa ini masuk ke alam Melayu melalui usaha para pedagang dari Gujerat.
Orang Gujerat telah membantu mewujudkan pengaruh yang kuat dalam kehidupan orang
Melayu bukan sahaja dalam bidang kesusasteraan tetapi juga dalam adat, bahasa, dan
agama. Karya sastera Islam seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah telah diterjemahkan daripada sumber Parsi pada zaman kerajaan Pasai kepada
bahasa Melayu.

2.2 Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor

Pada zaman dahulu, tulisan jawi menjadi cara utama manusia berkomunikasi antara
satu sama lain di negeri Melaka. Sultan menggunakannya untuk menulis surat kepada
pedagang yang berdagang dengan Melaka dan menjalinkan hubungan diplomatik

dengan negara lain, seperti China dan Thailand. Tulisan Jawi telah digunakan dalam
bidang komunikasi dalam pembinaan tamadun Melayu khususnya pada zaman
kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka sebagai satu cara merekod segala khazanah
ilmu dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005).

Kegemilangan Empayar Melaka sebagai pusat perdagangan utama dunia dan tempat
transit strategik antara pedagang Timur dan Barat (Zainudin & Rozeyta, 2003) juga
secara tidak langsung menjadikannya pusat penyebaran agama Islam di Kepulauan
Melayu. Pada masa yang sama, di bawah jagaan dan usaha berterusan Kerajaan
Negeri Johor untuk menjaga maruah Jawi dan Melayu, Jawi telah berkembang pesat
di Johor. Pada tahun 1890-an, Singapura dikenali sebagai pusat penerbitan utama di
Asia Tenggara. Oleh itu, penduduk di sana telah menerbitkan tulisan dalam Jawi
kerana Johor-Riau berhampiran dengan Singapura. Tulisan Jawi di negeri ini
dibangunkan kerana semangat Johor-Riau dan kesungguhan kerajaan memelihara
Jawi. Ejaan Pakatan Jawi telah membantu menjadikan bahasa Melayu lebih maju di
sana. Sistem ini digunakan oleh kerajaan Johor untuk mentadbir hal ehwalnya, dan ia
juga digunakan dalam buku teks untuk sekolah Melayu dan sekolah agama kerajaan.

3.0 Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu


Tulisan Jawi muncul di Kepulauan Melayu seawal abad ke-13 Masihi (Abd Jalil, 2012). Bukti
kewujudannya telah ditemui melalui penemuan artifak tertua di Kuala Berang iaitu Batu
Bersurat Terengganu. Tulisan yang diukir pada Batu Bersurat Terengganu itu mengandungi
sepuluh syarat sah atau undang-undang syar'a yang wajib dipatuhi oleh rakyat dan pegawai
kerajaan negeri dalam bahasa Melayu, bertulisan Jawi. Menurut Adi Yasran, sistem ejaan
Jawi yang terdapat pada batu bersurat di Terengganu begitu hampir dengan kesempurnaan
sehingga mempunyai sistem tersendiri. Ianya ditulis dalam dua kaedah berbeza iaitu
menggabungkan cara tulisan Melayu dengan gaya tulisan jawi sendiri. Hal ini membuktikan
bahawa tulisan ini adalah tulisan jawi tertua di dunia.Selepas penemuannya, ia diakui oleh
ramai ahli sejarah sebagai bukti yang sangat berguna tentang penggunaan tulisan Jawi.

4.0 Sistem Ejaan Jawi Za’ba


Kemunculan tulisan Jawi melalui usaha individu, organisasi, dan badan tertentu telah
mewujudkan beberapa sistem ejaan baharu. Antaranya sistem ejaan Za'ba yang
diperkenalkan oleh Pendeta Za'aba. Sistem ejaan ini menarik perhatian ramai kerana ia
agak mudah digunakan berbanding sistem ejaan sedia ada. Za'ba telah cuba mengumpul
perkataan Melayu sejak 1918 dengan harapan dapat mencipta senarai perkataan Melayu
tulisan Jawi bersama-sama padanan ejaannya dan kemudian menyusunnya menjadi kamus
bahasa Melayu yang komprehensif. Hasilnya, buku Daftar ejaan Melayu: Jawi-Rumi siap
pada tahun 1983 dan diterbitkan pada tahun 1949. Awalnya, huruf Jawi diperkenalkan dari
huruf yang dipinjam daripada bahasa Arab. Selepas itu, huruf ‫ ي و ا‬diperkenalkan sebagai
huruf vocal.

Sistem ejaan Za'aba ialah suatu sistem sistematik yang merangkumi ejaan yang berbeza
selain perkataan dan singkatan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kekurangan, seperti terdapat terlalu banyak pengecualian, banyak ejaan lama masih
dikekalkan, dan banyak perkataan masih mempunyai ejaan yang sama tetapi sebutan yang
berbeza. Namun begitu, kelemahan ini diperbaiki dari semasa ke semasa selaras dengan
perkembangan bahasa Melayu. Usaha Za'ba wajar dipuji kerana sumbangan beliau dalam
menjadikan sistem penulisan ini lebih sistematik dan tersusun.

.Rumusan
Usaha orang ramai untuk menambah baik tulisan jawi
dalam medium yang berbeza menunjukkan bahawa ianya penting dan perlu
dipelajari oleh semua peringkat umur. Ini membuktikan bahawa tulisan
Jawi merupakan tulisan istimewa yang mencerminkan tradisi unik umat Islam dan juga
penting untuk pelestarian budaya Melayu. Pakar percaya bahawa tulisan jawi adalah
penting kerana ia merupakan satu bentuk tulisan unik yang mencerminkan akidah Islam
dan warisan orang Melayu. Jika tidak dipelihara, mungkin ianya akan dilupakan dan
masyarakat Malaysia akan kehilangan satu bahagian penting dalam budaya mereka.
Oleh itu, adalah penting untuk orang ramai belajar menggunakan tulisan jawi supaya
dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

You might also like