You are on page 1of 16

TUGASAN

TAHUN 2020 / SEMESTER 2

NAMA PELAJAR : Minjie Yong Nyuk Mei


NO. PELAJAR : B190188C
KELAS : BMS19- C1
SUBJEK : TULISAN JAWI
KOD SUBJEK : BKTJ1773
PENSYARAH : Mohd Saipuddin Bin Suliman

TAJUK TUGASAN : Kepentingan Tulisan Jawi dalam Teknologi Maklumat


pada Hari Ini.
ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN
1.0 PENGENALAN 3
2.0 TULISAN JAWI 4
3.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 5
4.0 TOKOH TULISAN JAWI 6-8
ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA`BA) 6
MEJAR DATO’ HAJI MOHD SAD
7
SULAIMAN
SYEIKH AHMAD AL-FATHANI 8
5.0 KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM 9-12
TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA HARI INI
6.0 KESIMPULAN 13
7.0 REFLEKSI PENULISAN JAWI 14
8.0 BIBLIOGRAFI 15

2
1.0 PENGENALAN

Tugasan kajian ini berkaitan dengan perkembangan tulisan Jawi hingga kini dan
kepentingannya dalam teknologi maklumat. Tulisan Melayu huruf Arab atau yang
dikenali sebagai tulisan Jawi telah digunakan sejak kedatangan Islam. Dibuktikan
bahawa Islam datang ke Asia Tenggara pada 55H. atau M.674 di Sumatera dan
kemudiannya di Tanah Melayu.

Kedatangan Islam membawa ajaran, agama, kehidupan dan kebudayaan


baharu kepada orang Melayu. Antara unsur Islam yang termasuk ke dalam
kebudayaan Melayu ialah bahasa dan tulisannya iaitu tulisan Jawi. Dalam bahasa
Melayu, terdapat banyak perkataan Arab setelah kedatangan Islam, sama ada laras
agama, pemerintahan mahupun yang lain. Kata-kata Arab banyak dimasukkan ke
dalam bahasa Melayu sama ada sebutan dan ejaan dikekalkan atau diserap dan
disesuaikan lafaz dan ejaannya. Contoh bagi perkataan yang dikekalkan ialah
‘Allah’, ‘malaikat’, ‘nabi’, ‘rasul’ dan sebagainya.

Penggunaan tulisan pengaruh India atau Rencong tidak praktis lagi dalam
norma atau suasana yang baharu. Oleh itu, tulisan Arab atau Jawi diambil dan
diguna pakai untuk bahasa Melayu. Perubahan penggunaan Tulisan ini telah
menyebabkan hasil karya tulisan Melayu lebih produktif terutama pada zaman
kegemilangan bahasa Melayu klasik sekitar 1750 M. Pendek kata, tulisan Arab atau
Jawi menjadi alat wahana penyebaran ilmu, agama Islam, pengembangan bahasa
dan peninggian kebudayaan Melayu.

Objektif kajian ini adalah untuk memahami dan mengetahui konsep serta
perkembangan tulisan Jawi, serta mendapat ilmu tentang kepentingan tulisan Jawi
dalam teknologi maklumat kini.

3
2.0 TULISAN JAWI

Tulisan Jawi merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait langsung dengan kedatangan agama
Islam. Tulisan ini berasal dari tulisan Arab dan ialah huruf Arab yang dimasukkan ke
dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan ini berkembang sejak zaman
Kerajaan Pasai dan kemudiannya disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor
serta Aceh pada abad ke-17. Sebagai bukti, jumpanya Batu Bersurat Terengganu
yang bertarikh 702 H. atau 1303 M.

Tulisan Jawi tiba atau wujud di Tanah melayu lebih awal berbanding tulisan
Rumi. Pada mulanya, tulisan Jawi digunakan sebagai perantaraan penting semua
urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan seperti dalam perjanjian penting
antara pihak di-Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis, belanda dan British.
merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa
penguasaan British. Kini, tulisan tersebut diguna pakai dalam urusan agama Islam
dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di negeri Johor, Kedah, Kelantan,
Perlis dan Terengganu. Pengiktirafan Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia juga
tertulis dalam abjad Jawi.

Hashim Musa (1999) menjelaskan bahawa menurut G. H Werndly, istilah Jawi


dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut oleh marco Polo sebagai
nama lama bagi Pulau Sumatera. Menurut Raffles, perkataan Jawi bagi Orang
Melayu bermaksud kaculan. Za’ba (1949) tulisan Melayu huruf Arab disebut sebagai
tulisan Jawi pada masa itu.

4
3.0 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Istilah Jawi sering dikaitkan dengan panggilan Arab kepada satu rumpun bangsa di
Nusantara, dan berasal daripada kata bahasa Arab “Jawah”. Apabila dijadikan kata
adjektif, “Jawah” menjadi “Jawi”. Istilah tersebut juga berkemungkinan berasal
daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama bagi Asia Tenggara. Bagi orang Arab,
kata Jawa diambil, istilah ini pula digunakan untuk menunjuk seluruh Asia Tenggara.
Istilah “Jawah” atau “Jawi” merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, sama
ada mereka itu orang Melayu, Campa, Aceh, Sunda, Filipino atau bangsa lain. Syed
Muhammad Naquib al-Attas (1972) menyokong pandangan ini, beliau juga
menyatakan bahawa “Kita tahu bahawa istilah ‘Jawi’ itu adalah nama gelaran orang
Arab terhadap seluruh bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu).”
Disebabkan warna kulit, bentuk badan dan bahasa yang sama menyebabkan suatu
orang Arab zaman lampau menggolongkan suku kaum berkenaan kepada satu
kelompok bangsa.

Kemunculan tulisan Jawi melalui usaha orang perseorangan, organisasi dan


bahan tertentu mewujudkan beberapa sistem ejaan baharu. Peringkat awal sistem
ejaan baharu dilakukan atas dasar kepentingan peribadi. Kemudiannya Raja Ali Haji
terkenal sebagai pelopor awal dalam menulis mengenai sistem ejaan Jawi. Syeikh
Ahmad al-Fatani pada tahun 1288 H. atau 1871 M. merupakan tokoh awal lain yang
mengusahakan ejaan ini. Seterusnya ialah organisasi iaitu Persatuan Bahasa
Melayu Persuratan Buk-buku Diraja Johor (P. Bm. P. B) atau dikenali sebagai
Pakatan yang ditubuhkan oleh Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman. Lepas itu
muncullah sistem ejaan Za’aba oleh pendeta Za’aba yang mendapat perhatian ramai
kerana mudah digunakan. Sistem ejaan Jawi Dian dikemukakan pada tahun 1973
dalam majalah Dian, namun kaedah ini kurang mendapat sambutan kerana terdapat
kelemahan dalam penggunaan huruf serta sistem ejaan. Dalam memartabatkan dan
melestarikan sistem tulisan Jawi, DBP mengambil inisiatif untuk menyempurnakan
sistem tulisan Jawi dengan lebih sistematik.

5
4.0 TOKOH TULISAN JAWI

4.1 ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZA`BA)


Nama penuh: Zainal Abidin Ahmad (Za'aba)
Tarikh kelahiran: 16 September 1895
Anugerah penghargaan:
 Gelaran Pendeta Bahasa Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga pada tahun 1956.
 Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada tahun 1959.
 Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri pada 1962.
 Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan
Malaysia pada tahun 1973.
 Seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan
Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an.
 Seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40
tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan.
 Belajar sendiri menulis ketika berusia lima tahun pada daun-daun pokok
pisang, gelagatnya menarik perhatian ayahnya.
 Diajar untuk mengaji al-Quran pada usia muda.
 Beliau mula mendapat pendidikan secara rasmi di sebuah sekolah
Melayu di Linggi. Disebabkan beliau sudah bijak membaca, menulis
jawi dan rumi, beliau ditempatkan dalam darjah tiga.
 Ayahnya menghantarkannya ke sebuah sekolah berdekatan di Linggi
pada tahun 1909 kerana mahukannya belajar bahasa Arab dan Fiqah
sehingga mahir sebagai seorang ulama.
 Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban
dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior
Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
 Menghasil karya seperti Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu
dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam
penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu .
 Za’ba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan
menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931.

6
4.2 MEJAR DATO’ HAJI MOHD SAD SULAIMAN
Tarikh kelahiran: 7 Oktober 1876
Anugerah gelaran: Pendeta Johor
 Berpendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk
Belanga dan mula mengaji Al-Quran ketika
berumur 5 tahun.
 Seorang penulis yang prolifik dan produktif yang telah menghasilkan
kira-kira 90 karya merangkumi bidang bahasa, sastera, sejarah,
keagamaan dan pelbagai karya umum.
 Peranan dan sumbangan beliau yang begitu besar bukan sahaja
sebagai orang kanan kepada Sultan Ibrahim Johor malah sebagai
ilmuan dan penulis prolifik.
 Pengembang bahasa Melayu yang telah menjadi penyambung antara
zaman kebangkitan persuratan Melayu di bawah era Dato Bentara
Dalam Muhammad Ibrahim Munsyi dan Dato’ Abdullah Bin Abdul
Rahman dan zaman pemodenan persuratan Melayu di bawah
Pendeta Za’ba.
 Sumbangan kepada dunia persuratan Melayu melalui Persatuan
Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor iaitu Pakatan yang
ditubuhkan pada tahun 1888 dan diubah olehnya pada 1934.
 Matlamat Pakatan tersebut adalah untuk memelihara, melengkap dan
memodenkan bahasa Melayu dan tulisan Jawi melalui penyeragaman
ejaan dan perkataan, serta mencipta perkataan baharu.
 Legasi karya beliau yang kini tersimpan dalam koleksi Universiti
Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib negara Malaysia dan
Arkib Negara Negeri Johor yang hampir keseluruhannya dalam
tulisan Jawi perlu dirumikan dan diketengahkan.
 Kepelbagaian dalam penulisan beliau telah memperkayakan dan
mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu. Penulisan beliau boleh
dianggap sebagai karya bangsa Melayu terpenting dan antara hasil
usaha pengarang Melayu terbaik pada awal abad ke-20.

7
4.3 SYEIKH AHMAD AL-FATHANI
Nama: Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain.
Tarikh kelahiran: 10 April 1856
 Salah seorang tokoh ulama di Nusantara yang
terkemuka.
 Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh
bapanya sendiri, Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian
berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir Wan
Mustafa.
 Pada usia empat tahun, beliau berhijrah ke Makkah kerana
mengikuti ibu bapanya ke sana untuk mencari ilmu agama.
 Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk menyambung pelajaran
dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir. Di sana, beliau
mula mengarang kitab.
 Beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni,
budaya dan pentadbiran.
 Seorang ahli fikir yang hebat dari segi politik, pemerintahan dan
pentadbiran negara. Pemikirannya dalam bidang ini terserlah
melalui harapan dan wasiat yang ditulisnya untuk raja Melayu
kerajaan Patani, Kelantan, Terengganu, Johor dan Deli.
 Mengarang pelbagai jenis kitab seperti Tashil Nail al-Amani iaitu
kitab nahu, Al-Risalah al-Fataniyyah yang ditemui dalam bentuk
manuskrip sewaktu beliau berada di Mesir pada tahun 1300H atau
1882M dan sebagainya dalam bahasa Arab.

8
5.0 KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA
HARI INI

1. Sebagai seni kebudayaan bangsa Melayu.


Sejak kebelakangan ini, isu menerapkan tulisan Jawi dalam buku teks
pembelajaran bahasa Melayu semakin hangat. Majoriti individu terutama
bangsa Cina menidak kenyataan atau pelaksanaan ini terutamanya Dong
Zhong yang mempertahankan dan mengutamakan pembelajaran bahasa
Cina. Mereka beranggapan bahawa kemasukan pembelajaran tulisan Jawi
akan merendahkan kedudukan bahasa Cina dan pembelajaran tulisan
tersebut ialah pembelajaran agama Islam. Hal ini sebenarnya tidak betul
kerana tulisan Jawi hanyalah merupakan seni bangsa Melayu seperti Kaligrafi
bangsa Cina dan ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan agama kerana
pada awalnya bahasa Melayu ditulis dalam tulisan Jawi sebelum menjadi
tulisan Rumi.

2. Asal-usul tulisan bahasa Melayu.


Bahasa Melayu sebelum ditulis dalam tulisan rumi menggunakan tulisan Jawi
yang diubah daripada tulisan Arab. Ramai masyarakat kini terutama bangsa
Melayu sendiri tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menulis tulisan
Jawi. Disebabkan kepesatan teknologi maklumat yang berkemudahan ini,
majoriti individu telah melupai tulisan tersebut yang merupakan tulisan asal
bahasa Melayu. Oleh itu, masyarakat seharusnya mempelajari atau
mengingat balik dan menggunakan tulisan Jawi agar tulisan ini tidak
ditinggalkan zaman.

9
3. Tulisan Jawi merupakan satu warisan.
Sejarah menunjukkan bukti bahawa, zaman kegemilangan tulisan Jawi
dengan pelbagai peristiwa yang menunjukkan ketinggian martabatnya
terutama pada abad ke-18 kerana perjanjian-perjanjian penting ini
ditandatangani dalam tulisan Jawi serta dengan perjanjiannya yakni zaman
penjajahan British di tanah Melayu yang bertarikh antara 1786 hingga 1794,
penjajahan Sir Stamford Raffles dengan pihak Sultan Johor, perjanjian
Pangkor 1874, pemasyuran kemerdekaan 1957. Tulisan jawi sangat relevan
dipelajari pada masa kini walaupun masyarakat hari ini lebih mengutamakan
penggunaan teknologi seperti telefon pintar daripada mempelajari buku-buku
atau penulisan yang berunsurkan Jawi ini kerana bagi menjaga penulisan
Jawi daripada terus luput di telan zaman dalam arus pemodenan ini.

4. Pengajaran agama Islam.


Sejak zaman dahulu lagi, tulisan Arab atau tulisan Jawi digunakan dalam
pembelajaran agama Islam. Pengajian al-Quran adalah dalam tulisan Jawi,
oleh itu kanak-kanak beragama Islam perlu mempelajari tulisan Jawi sejak
kecil lagi. Pada peringkat sekolah rendah terutama dalam sekolah
kebangsaan, beberapa pelajar beragama Islam akan ke kelas agama
manakala pelajar lain mempelajari pendidikan Moral. Didapati mereka akan
diajari tulisan Jawi dalam kelas tersebut. Oleh itu, kanak-kanak agama Islam
kini perlu mempelajari dan memahami tulisan Jawi agar pengajian agama
Islam mereka dapat dilaksanakan dengan sempurna.

10
5. Memerhati manuskrip-manuskrip zaman dahulu.
Penjagaan manuskrip sangat penting kepada peradaban alam Melayu dan
dunia. Apalagi, karya sastera dianggap cermin masyarakat, secara utuh
mencatat suatu kejadian (Orr, 1986; Umar Jurjus, 1990a). Kebanyakan
manuskrip ditulis dalam tulisan Jawi. Bagi mengekalkan ilmu dan maklumat
atau kesenian yang terdapat dalam manuskrip tersebut, masyarakat yang
memiliki ilmu tulisan Jawi perlu membaca dan menyelidik serta di menjaga
rapi manuskrip tersebut. Kepada penyelidik yang ingin menyelidik manuskrip,
mereka haruslah mempunyai ilmu dalam tulisan Jawi agar penyelidikan
menyenangkan.

6. Mengekalkan adat resam dan budaya Melayu.


adat, budaya dan resam Melayu kebanyakannya diceritakan dalam sastera
rakyat dan sastera rakyat ini dikarang dalam tulisan Jawi. Keindahan dan
kehebatan sastera rakyat ini adalah terletak pada kelisanannya dan apabila
dituliskan maka yang tersirat akan beransur-ansur tenggelam. Jika mampu
digali Cuma boleh dilakukan oleh orang yang mahir sahaja. Penyalinan
semula sastera Melayu dalam tulisan rumi juga adalah satu kelemahan
kerana ketulenan cerita tidak dapat disampaikan dengan jelas. Tulisan jawi ini
dapat dilihat untuk mentransliterasikan karya tersebut untuk pengajaran
kehidupan kini yang bertaut dengan perkembangan sains dan teknologi ini.

7. Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam


Bagi umat Islam, banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan,
didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat
pemindahan budaya dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara
Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu
matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori
kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak
juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan

11
menggunakan sistem ejaan jawi lama. Jadi umat Islam perlu menguasai
tulisan Jawi bagi pendidikan Islam mereka.

12
8. Mendukung perjuangan keislaman dan kemelayuan.
jika dirujuk kembali sejarah, tulisan Jawi telah banyak memberi sumbangan
dan perubahan besar dalam kemajuan bangsa melayu. Pendidikan juga telah
berkembang dan disampaikan kepada masyarakat melayu khususnya
generasi tua dahulu melalui tulisan Jawi. Walau bagaimanapun sistem
pendidikan kebangsaan lebih menekankan tulisan rumi dalam pengajaran.
Hal ini akan menyebabkan tulisan Jawi kini semakin tidak dititikberatkan. Oleh
itu masyarakat Melayu haruslah memperkenalkan semula Tulisan Jawi
kepada komuniti.

9. khazanah yang bernilai kepada negara.


Dominan bahasa Inggeris bukan penghalang kepada masyarakat Melayu
mempelajari tulisan Jawi. Rakyat Malaysia terutama individu Melayu perlu
menerima kenyataan bahawa tulisan Jawi telah lama digunakan dalam
negara ini sejak pembentukan tamadun Islam di Asia. Tulisan Jawi juga
digunakan dalam menuntut kemerdekaan negara. Bagi kembalikan semula
martabat dan generasi yang celik Jawi, pengajaran dan pembelajaran jawi
perlu dimulakan dahulu. Pembelajaran tersebut juga boleh dilakukan dengan
bantuan teknologi maklumat kini.

10. Nadi bagi masyarakat Melayu.


Tulisan jawi merupakan wacana pemikiran dan kesusasteraan, khazanah,
intelektual, jati diri, budaya dan estetika bahasan yang penting dalam
pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan ini juga mampu menjalin
hubungan silaturahim sebagai bahasa yang mempunyai kaitan dengan jati
unsur Islam yang mendasari kekuatan bangsa Melayu. Dalam era
kemodenan teknologi ini, tulisan Jawi dapat dikembang kembali melalui
usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak. Sesuatu bahasa atau tulisan
tersebut tidak akan terpupus jika pengguna bahasa mengembangkannya
dengan kaedah yang betul mengikuti zaman.

13
6.0 KESIMPULAN

Tulisan Jawi merupakan seni budaya bagi bahasa Melayu dan merupakan tulisan
awal sebelum tulisan rumi diwujudkan. Tulisan Jawi pada zaman dahulu
terutamanya zaman Kerajaan Islam atau Melaka merupakan tulisan yang
diperkenalkan oleh orang Arab. Sehingga penjajahan British di tanah Melayu, tulisan
Jawi dijadikan tulisan rasmi dan diguna sebagai tulisan pengantar surat tentang
urusan rasmi oleh kerajaan Melayu kepada kerajaan atau negara lain seperti
Belanda, Portugis, Pasai dan sebagainya.

Dengan pesat perkembangan teknologi kini, tulisan Jawi semakin kurang


diguna pakai di dalam negara kita. Dapat dilihat tulisan Jawi mempunyai
kepentingan terhadap masyarakat negara kita. Tuntasnya, masyarakat Malaysia
terutama masyarakat Melayu berperanan untuk memperkembangkan dan menyebar
tulisan tersebut agar tulisan atau seni tidak ditelan arus kemodenan. Beberapa
langkah boleh dilaksanakan bagi memastikan dan mengukuh tulisan Jawi, antaranya
termasuklah memperkenalkan tulisan Jawi menerusi kaedah teknologi maklumat,
menerapkan pembelajaran asas dalam pendidikan bahasa Melayu, penyebaran
dalam media sosial dan sebagainya.

Sudah tentu usaha tersebut haruslah dilakukan oleh setiap pihak dan individu
agar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisien, kerana bersatu kita teguh
bercerai kita roboh. Menurut Prof Dr Kang Kyoung Seok dari Korea yang berminat
dan fasih dalam tulisan Jawi, masyarakat Malaysia bertuah dapat mengetahui tulisan
Jawi selain tulisan rumi dalam bahasa Melayu yang istimewa. Berbeza dengan
bahasa Inggeris yang hanya mempunyai satu jenis tulisan iaitu tulisan rumi. Dengan
istimewa ini, masyarakat Malaysia harus memperkembangkan dan mengguna pakai
tulisan Jawi selain tulisan rumi kerana ini merupakan keunikan negara Malaysia.
Jadi masyarakat haruslah bijaksana dalam menghargai istimewa yang ada ini agar
keunikan negara tidak pupus.

14
7.0 REFLEKSI PENULISAN JAWI

 Abjad Jawi

 Perbezaan kata golongan serangkai dan kata golongan terpisah dalam Jawi.

 Terjemahan puisi dalam rumi ke Jawi.

 Gabungan Ejaan Jawi

15
8.0 BIBLIOGRAFI

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi . Dewan


Bahasa dan Pustaka.

KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM.


http://keladihijau90.blogspot.com/2013/05/kepentingan-tulisan-jawi-dalam.html.
(Diakses pada 5 Julai 2020).

Mejar Dato 'Haji Mohd Said Bin Haji.


https://www.slideshare.net/intannurhazwani/mejar-dato-haji-mohd-said-bin-haji.
(Diakses pada 2 Ogos 2020).

Pendita Johor - Mejar Dato 'Hj Mohd Said Bin Hj Sulaiman - The Patriots.
https://www.thepatriots.asia/pendita-johor-mejar-dato-hj-mohd-said-bin-hj-
sulaiman/. (Diakses pada 30 Julai 2020).

Peranan Tulisan Jawi Kini.


http://muhamadzakimohdmte3012.blogspot.com/2015/11/peranan-tulisan-jawi-
kini.html. (Diakses pada 3 Julai 2020)

Rosli, S. memartabatkan tulisan jawi.


https://www.academia.edu/9591695/memartabatkan_tulisan_jawi. (Diakses
pada 4 Ogos 2020).

Wan Ahmad bin Muhammad Zain.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Ahmad_bin_Muhammad_Zain. (Diakses pada
30 Julai 2020).

ZAINAL ABIDIN AHMAD.


http://tokohkemerdekaandinegerisembilan.blogspot.com/2014/09/normal-0-false-
false-false-en-us-x-none.html. (Diakses pada 29 Julai 2020).

Zainal Abidin bin Ahmad.  https://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_bin_Ahmad.


(Diakses pada 28 Julai 2020).

16

You might also like