You are on page 1of 56

BMMB 1114

(PENGENALAN SISTEM
TULISAN JAWI DAN RUMI
DISEDIAKAN:
ENCIK MOHD FIKRI BIN ABD RASHID
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT, TERENGGANU
MINGGU 1
1.SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

-ZAMAN KESULTANAN MELAYU PASAI, MELAKA


DAN JOHOR
-TULISAN JAWI BATU BERSURAT TERENGGANU
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Tulisan jawi begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kemunculan tulisan
jawi melalui usaha orang perseorangan, organisasi dan badan-badan tertentu telah
mewujudkan beberapa sistem ejaan baharu. Pada peringkat awal pembentukan sistem
ejaan baru ini dilakukan atas dasar kepentingan peribadi semata-mata dan ia tidak
disebarkan kepada masyarakat umum.
• Banyak kitab dan buku pada ketika itu ditulis dengan menggunakan sistem tulisan ini.
Antaranya kitab Bustan Al-Katibin yang ditulis oleh Raja Ali Haji. Walaupun kitab ini
tidak disebarkan secara meluas kepada masyarakat umum, namun beliau terkenal sebagai
pelopor awal dalam menulis mengenai sistem ejaan jawi.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Tulisan jawi sudah menjadi identiti orang Melayu sejak lebih1000 tahun
dahulu lagi. Malangnya ramai orang terkeliru dengan mengatakan tulisan
jawi dan bahasa Arab adalah sama. Walaupun tulisan jawi menggunakan
huruf Arab, ia hanyalah sejenis tulisan tetapi sebutan dan ejaannya adalah
penggunaan bahasa Melayu.
• Oleh itu telah terdapat penambahan terhadap beberapa huruf dan tulisan
jawi bagi memudahkan pengejaannya dalam bahasa Melayu.
• Setelah kemasukan kuasa Barat ke Alam Melayu, unsur jawi telah mula
terhakis sedikit demi sedikit sehingga ke hari ini.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab


yang dikenali juga sebagai ejaan jawi. Tulisan jawi digunakan oleh
orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang
Arab menggelar orang Melayu sebagai jawah atau jawi. Hal ini
disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal
sebagai Javadwipa.
• Di Malaysia, sistem ejaan jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi
diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah, terutama di
sekolah-sekolah pondok / sekolah-sekolah rakyat.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Tulisan jawi mula berkembang di tanah Melayu sejak kedatangan


Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang
datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi
di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran Agama Islam
yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995).
• Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga
menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran Islamiah
ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk
berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999).
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah


huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan
jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi
digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara.
• Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan
golongan yang celik jawi. Berdasarkan sejarah bahasa Melayu
perkataan “jawi” (‫ )جاوي‬berasal daripada bahasa arab “jawah”
((‫جاوة‬.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

• Berdasarkan sejarah bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan


“jawi” (‫ )جاوي‬berasal daripada bahasa arab “jawah” ((‫جاوة‬. Kemudian, orang
Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan arab tersebut agar sesuai
digunakan dalam bahasa melayu.
• Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan jawi
adalah diadaptasikan oleh bahasa Melayu daripada tulisan Arab.
Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan
tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti
yang kita fahami sekarang ini.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
• Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya)
digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan jawi bukan hanya
digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-
suku bangsa Melayu yang lain.
• Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-
China, Patani di Selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau,
Bengkulu dan juga lain-lain (lutfi abas et. Al, 1979). Bagi tulisan jawa yang
menggunakan huruf arab dikenal dengan nama atau tulisan pegon, yang
sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama
yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama
di jawa.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
• Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah bahasa
melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 masihi di Sungai
Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara sungai Terengganu. Pada batu itu
terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara.
Batu bersurat itu bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 hijrah bersamaan dengan 22
Februari 1303 masihi.
• Inti batu bersurat itu bertulis pengumuman sepuluh fasal “syarat undang-
undang”. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja
dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran
Rasulullah SAW.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
• Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang
Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan
untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi
Mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya.
• Dalam buku Sejarah Melayu (Hashim Musa, 1996) dicatatkan bahawa tulisan
jawi telah digunakan untuk perkara berikut:
i. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah
ditemui di sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
ii. Batu hidup. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan
Kempas, Negeri sembilan.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
iii. Batu nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya
Kerajaan-Kerajaan Islam pada zaman silam.
iv. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama
raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama
Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan lain-lain.
v. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu
tetapi juga dengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan Raja
Portugal atau Raja Inggeris atau raja-raja lain.
vi. Kitab dan buku. Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam
bentuk manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
vii. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.
viii. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan
kapal-kapal Perdagangan.
ix. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah
Bustan Arifin, Surat Khabar Jawi Peranakan dan Majalah Al-Imam.
x. Piagam dan teks pemasyhuran, contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang
dibacakan ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI
Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa tulisan jawi pada waktu itu
digunakan dengan meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap
satu tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara.
Penggunaan yang meluas itu telah menarik perhatian penulis-penulis
tempatan dan luar negeri seperti W.G shellaber (1925) untuk menulis buku
“Evolution of Malay Spelling”, R.J. Wilkinson dan Winstedt dengan terbitan
Kamus Jawi Melayu-Inggeris yang masih menggunakan versi ejaan jawi tua.
Antara tokoh tersohor jawi iaitu Ahmad bin Mathlob atau lebih dikenali
sebagai Pak Mathlob. Sumbangan beliau dalam usaha memartabatkan tulisan
jawi sangat besar untuk memulihkan tulisan jawi sejak daripada peringkat
sekolah rendah.
PERKEMBANGAN DAN PENYEBARAN TULISAN JAWI

Peranan tulisan jawi pada peringkat awal


Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Alat penting dalam urusan pentadbiran istana dan adat istiadat


raja Melayu
• Tulisan jawi juga turut digunakan dalam urusan pentadbiran dan
adat istiadat raja-raja Melayu. Pihak istana pada zaman dahulu juga
menggunakan tulisan jawi sebagai alat perakam segala aktiviti yang
berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan
dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak hairanlah
istana menjadi tempat perkembangan persuratan Melayu seperti
manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya
dengan menggunakan tulisan jawi.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Alat penting dalam urusan pentadbiran istana dan adat istiadat


raja Melayu
• Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan
manuskrip di istana-istana raja dan raja-raja tersebut mempunyai
jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan daripada
raja tersebut.
• Manakala dalam urusan perdagangan pula, tulisan jawi digunakan
untuk mencatat sesuatu perjanjian disamping menulis undang-
undang kanun dalam pemerintahan mereka.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Dokumen pemasyhuran kemerdekaan 1957


• Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan oleh British pada tahun
1957. Seramai lima orang delegasi negara yang dketuai oleh YT
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berlepas ke london dan
mengadakan rundingan dengan pihak british. Hasilnya, Malaysia
telah diisytiharkan merdeka dengan rasminya pada tanggal 31 ogos
1957. Apa yang menariknya, dokumen pengisytiharan
kemerdekaaan telah ditulis dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu
dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan jawi.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Dokumen pemasyhuran kemerdekaan 1957


• Penggunaan tulisan jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas
menunjukkan kepada kita bahawa tulisan jawi bukan sahaja
digunakan untuk tujuan penulisan pada kitab-kitab agama dan
tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk
menulis satu dokumen yang memberi erti yang sangat besar kepada
kita rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa peranan tulisan jawi
telah digunakan dengan begitu tinggi pada waktu itu.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Penulisan akhbar dan majalah


• Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran
kemerdekaan dan alat penting dalam sistem pentadbiran, akhbar dan
majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi.
• Utusan Melayu merupakan antara akhbar yang terawal di negara
kita yang ditulis dengan ejaan jawi. Selain dari akhbar, banyak juga
majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi antaranya ialah
majalah Mastika.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Tulisan jawi di sekolah


• Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan
penggunaan tulisan jawi. Buku-buku atau teks-teks yang menjadi
bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan
ada juga yang ditulis dengan bahasa arab. Institusi pendidikan
formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan
jawi dalam sistem ejaan mereka. Bagaimanapun selepas negara
mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk
berdasarkan laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak.
Peranan Tulisan Jawi Peringkat Awal

Tulisan jawi di sekolah


• Penyusunan semula kurikulum dan program pelajaran yang
berteraskan perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular
seolah-olah ingin menngantikan tulisan rumi sebagai tulisan utama
dalam sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku teks
telah dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk mencapai matlamat serta objektif dasar
pelajaran kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan
antara kaum.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada
Zaman Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan johor
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan
Jawi Pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan
Jawi Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan
Jawi Pada Zaman Kesultanan Melayu Johor
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab yang tiba ke Kepulauan
Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.
Sememangnya sejarah penggunaan tulisan jawi amat rapat dengan
sejarah kemasukan dan penghayatan Islam di seluruh kepulauan
Melayu amnya dan di Malaysia khususnya.
Tulisan jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam Pasai.
Kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka dan Johor dan juga
Acheh abad ke-17
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Kedatangan Islam ke kepulauan Melayu memainkan peranan


penting dalam penyebaran agama Islam dan tulisan jawi.
Ini menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal
berbanding tulisan rumi. Tulisan jawi turut menjadi tulisan rasmi
bagi negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan
British
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

• Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting


dalam masyarakat.
• Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua
urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
• Sebagai contoh, tulisan jawi digunakan dalam perjanjian-perjanjian
penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak
berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
. Tulisan jawi sangat sinonim dengan orang Melayu. Sebagai contoh,
tulisan jawi menjadi medium bahasa rasmi dalam semua aspek
kehidupan orang Melayu sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan
politik.
Selain itu, orang luar yang ingin berdagang dan menjalankan urusan
rasmi di Nusantara perlu menguasai tulisan jawi. Keadaan ini
menyebabkan daerah Nusantara digelar sebagai tanah jawi dan orang
Melayu dipanggil sebagai orang jawi atau al-jawah oleh orang Arab
sehingga hari ini
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

• Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan jawi dalam
semua aktiviti seperti pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan
dagangan antarabangsa dan diplomatik.
• Manakala dalam urusan perdagangan pula, tulisan jawi digunakan untuk
mencatat sesuatu perjanjian disamping menulis undang-undang kanun
dalam pemerintahan mereka.
• Hal-hal perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan
terbitannya, termasuk juga Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan
Brunei semuanya ditulis dalam tulisan jawi.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Bahasa Melayu dalam tulisan jawi merupakan bahasa perantaraan
seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama
mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi
kebudayaan dan tamadun Melayu.
Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad jawi sebagai
sistem tulisan yang paling berkuasa. Sebagai contoh, surat-surat diraja
ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh
surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara surat daripada
Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada raja Louis XV dari Perancis.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Zaman kesultanan Melayu Melaka yang terkenal dengan
kuasa perdagannya suatu ketika dahulu, merupakan zaman
yang penting dalam pertumbuhan tulisan jawi di Tanah
Melayu.
Tulisan jawi digunakan untuk tujuan permeteraian
perjanjian (undang-undang) serta dalam bidang pendidikan.
Dalam pada itu banyak kitab-kitab agama yang berbentuk
sejarah, hikayat, falsafah dan lain-lain lagi ditulis dengan
menggunakan tulisan jawi.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Kelahiran ulama dari Tanah Melayu juga telah menarik


minat masyarakat dari dalam dan luar negeri pada ketika
itu untuk datang belajar ilmu agama dan juga tulisan jawi
(Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005).
Peranan yang dimainkan oleh tulisan jawi dalam
memartabatkan bangsa Melayu sangat besar. Kini, tulisan
jawi telah menjadi salah satu identiti masyarakat melayu,
terutamanya di Malaysia.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Tulisan jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula dari


abad kesepuluh masihi lagi. Pernyataan ini telah
dibuktikan dengan penemuan batu nesan di Permatang
Pasir, Pekan, Pahang (419H/1028M) dan juga Batu Bersurat
Terengganu (702H/1303M).
Keadaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa
tulisan jawi telah mula dikembangkan peranannya.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Batu Bersurat Terengganu


Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Batu Bersurat
Terengganu

Muka A Muka B
Muka C Muka D
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Bukan lagi sekadar alat yang digunakan untuk mencatat
undang-undang (merujuk kepada kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka yang menguasai jalan perdagangan laut),
bahkan turut digunakan untuk mencatat sesuatu peristiwa-
peristiwa penting berlaku dalam masyarakat.
Kemudian tulisan jawi ini mula berkembang penggunaannya
dikalangan masyarakat dan di Tanah Melayu.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
 Menurut Hamdan (1992), sistem tulisan jawi merupakan suatu proses
adaptasi yang diubahsuai daripada sistem tulisan Arab. Huruf Arab
asas untuk menulis mushaf kitab suci Al- Quran yang berjumlah 30
huruf, telah dijadikan sebagai panduan utama dalam sistem ejaan jawi.
Oleh yang demikian, tulisan jawi merupaka sistem tulisan yang
diaplikasikan oleh orang Melayu beracuankan sistem bahasa Arab.
Di indonesia, tulisan jawi dikenali sebagai tulisan Arab-Melayu.
Menurut Rolvink (1975), bahasa Melayu yang menggunakan huruf-
huruf Arab dikenal sebagai bahasa jawi atau bahasa Sumatera mula
digunakan di Nusantara pada abad ke-14.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Terdapat beberapa bukti tulisan jawi digunakan di Nusantara.
Antaranya, batu bersurat berbahasa Melayu menggunakan sistem
tulisan jawi, ditemui di beberapa tempat di Nusantara. Di Brunei,
batu nisan yang menggunakan tulisan jawi ditemui pada 1048
masihi. Di Acheh pula, bukti yang sama ditemui pada tahun 1602
masihi. Di negara kita pula, wang syiling yang bertulisan jawi telah
ditemui di Kelantan pada tahun 1303 masihi. Manakala, Batu
Bersurat Terengganu yang dipercayai di tulis sekitar abad ke-13,
menjadi bukti yang paling penting penggunaan tulisan jawi dalam
kalangan orang Melayu.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Pada zaman kegemilangan empayar kerajaan Melayu, sejarah sistem
ejaan jawi yang pertama kali digunakan di Nusantara telah ditemui
iaitu sekitar abad ke-12. Kesultanan Melayu Islam Samudera Pasai
(juga dikenali sebagai Pasai, Samudera juga disebut sebagai
Samudera Darussalam ) merupakan kerajaan Melayu Islam yang
pertama di Nusantara yang terletak di Utara Pantai Aceh. Raja
pertamanya bergelar Malik Al-Salleh telah mangkat pada tahun 696
hijrah atau 1297 masihi. Nama sebenar beliau ialah Sultan Silu.
Setelah memeluk agama Islam beliau telah menukarkan namanya
menjadi Sultan Malik Al-Salleh. (Sultan Malikul Salleh)
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Kerajaan Melayu Samudera-Pasai telah menjadi pusat perdagangan
yang masyhur. Pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China, India
dan Eropah telah singgah ke negeri ini untuk berdagang. Pasai
dinyatakan di dalam buku Rihlah Ilal-Masyriq ( pengembaraan ke
Timur ) oleh Abu Abdullah Ibn Battuta ( 1304 M 1368 M ), seorang
musafir Maghribi yang singgah di Pasai pada tahun 1345 M. Dalam
karya Ibn Battuta, beliau menulis bahawa Sultan Malikul Zahir dari
negara Samatrah ( Samudera Pasai ) menyambutnya dengan sangat
ramah. Menurut beliau lagi, penduduk tempatan adalah bermazhab
Syafie.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Selain itu, Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan
tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan
Islam. Malah, para ulama Pasai banyak menterjemahkan kitab-kitab
agama dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Sistem ejaan jawi pada
zaman Kesultanan Melayu Islam Samudera-Pasai digunakan untuk
mengeja bahasa Melayu seluruhnya mematuhi hukum-hukum ejaan
bahasa Arab. Dalam sistem tulisan Arab atau dikenal sebagai sistem
i-rab, semua abjadnya yang berhuruf konsonan dan tidak
mempunyai huruf vokal
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Bukti penggunaan bahasa Arab yang menjadi asas kepada sistem
ejaan jawi ini telah ditemui pada makam Sultan Malik Al-Salleh
di desa Beuringin, Kecamatan Samudera, Aceh Utara.
Pada akhir abad ke-14 Kesultanan Melayu Melaka merupakan
pusat pemerintahan dan pentadbiran tersohor. Seorang anak raja
Palembang yang bernama Parameswara telah menegakkan
Melaka. Baginda kemudiannya memeluk agama Islam dan
namanya ditukar menjadi Sultan Iskandar Syah lebih kurang
pada tahun 1409 M
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Kerajaan Melayu Islam Melaka dan Kerajaan Samudera


Pasai berhubung erat melalui perkahwinan antara Sultan
Melaka dengan puteri Sultan Pasai. Sekitar abad ke-15
hingga abad ke-17, Kerajaan Melayu Islam Melaka muncul
sebagai pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di
Kepulauan Melayu. Kedudukan Melaka yang strategik
menjadikan Melaka telah menjadi sebuah pangkalan luar
yang penting bagi kapal-kapal.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri


Hang Li Po dengan bertujuan untuk dikahwinkan dengan
Sultan Mansur Shah. Hal ini bertujuan mengeratkan
hubungan diplomatik negara China dengan Melaka. Pada
tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan
Mahmud Shah, iaitu sultan Melaka ketika itu, melarikan
diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat


Shah II, anakanda Sultan Mahmud shah pada tahun 1528 di
mana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah
Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang
hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,
Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di Pantai
Timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan
Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bunggara, Kota Baru,
Kampar dan Siak di Sumatera.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Menurut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar bahasa, pada


zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor telah
mengalami proses ejaan jawi yang lebih baku. Malah,
beberapa abjad yang menjadi teras kepada sistem penulisan
jawi, lebih seragam. Hal ini terbukti melalui catatan tulisan
jawi yang tertera pada manuskrip yang ditemui sekitar abad
ke-15 hingga abad ke-17.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Salah satu manuskrip yang ditulis pada zaman Kesultanan


Melayu Melaka yang terkenal adalah Hikayat Bayan
Budiman. Manuskrip ini dipercayai ditulis sekitar 1600 M,
berdasarkan naskhah tertua yang tersimpan di
Perpustakaan Bodlein, Oxford. Naskhah Hikayat Bayan
Budiman yang mempunyai 14 halaman sahaja tanpa
bahagian pendahuluan dan penyudahnya. Menurut R.O
Winstedt, sistem ejaan jawi yang terkandung dalam
manuskrip ini menunjukkan keantikannya.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Perkembangan sejarah sistem ejaan jawi tidak lengkap jika tidak
membincangkan sistem tulisan jawi yang terdapat pada Batu
Bersurat Terengganu. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan
telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat
yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan jawi pertama di
Malaysia. Ini membuktikan bahawa Islam telah sampai ke
Terengganu sebelum 1303 masihi. Batu ini ditemui separuh
tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara),
kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor

Sistem ejaan jawi pada Batu Bersurat Terengganu juga


memasukkan lima abjad baru dengan menanbahkan tanda
titik kepada bentuk abjad arab yang sedia ada, iaitu ( cha ),
( nga ), ( pa ), ( ga ), dan ( nya ), namun dalam inskripsi
batu itu, titik-titik bagi abjad itu kecuali ( nya ) tidak
ditandakan. Kemungkinan yang lain adalah tanda tersebut
sudah terhakis.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Kemerosotan tulisan jawi mula terjadi selepas Akta Bahasa Kebangsaan
diwartakan pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi
negara Malaysia ialah tulisan rumi. Keputusan ini memberi impak besar
terhadap penggunaan tulisan jawi sama ada dalam institusi pendidikan,
urusan pentadbiran kerajaan, media penerbitan dan sebagainya.
Walaupun sudah ada beberapa penyelarasan sistem ejaan jawi yang
dilaksanakan oleh organisasi dan orang perseorangan untuk
mempertahankan tulisan jawi, namun sistem ejaan tersebut masih
mempunyai kelemahan dan memerlukan satu pedoman yang lebih
efektif untuk memenuhi keperluan perkembangan tatabahasa di dalam
bahasa Melayu.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Secara keseluruhannya, tulisan jawi mempunyai sistem ejaan
dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat. Tulisan jawi
merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf
arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut
kesusaian lidah orang melayu bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, tulisan jawi juga
merupakan sumber rujukan utama bagi mengukuhkan akidah
masyarakat islam berasaskan al-quran, hadis, sunah, kitab, dan
sebagainya yang ditulis dalam tulisan jawi atau bahasa Arab
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Rumusan tulisan jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula dari
abad kesepuluh masihi lagi. Tulisan jawi telah mula
dikembangkan peranannya. Tulisan jawi bukan lagi sekadar alat
yang digunakan untuk mencatat undang-undang, namun tulisan
jawi juga sebagai alat penting dalam urusan pentadbiran istana
dan adat istiadat raja melayu. Sistem pendidikan awal negara kita
adalah bermula dengan penggunaan tulisan jawi. Institusi
pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan
penggunaan tulisan jawi dalam sistem ejaan mereka.
Perkembangan dan Penyebaran Tulisan Jawi Pada Zaman
Kesultanan Melayu Pasai, Melaka dan Johor
Tulisan jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya,
wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang
penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu.
Memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung
perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan sahaja
mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah
kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan
bahasa Melayu. Pendek kata, kita sebagai generasi muda perlu
memartabatkan tulisan jawi sebelum tulisan tersebut mula pupus
dan dipinggirkan.
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like