You are on page 1of 49

SEJARAH KEMUNCULAN TULISAN JAWI YANG

MERANGKUMI :

1. Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi


Tulisan Jawi digunakan di Batu Bersurat Terengganu,
menunjukkan pengaruh Islam di Tanah Melayu. TulisanJawi adalah satu
seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara.
Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam
ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan hurufhuruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.
Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan
meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia.
.
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah
ditemui.Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai
kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh
pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganuyang bertarikh 702H atau 1303M
manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal
berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini
tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu
yang kebanyakkannya di Johor, Kedah,Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam
perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara
lain juga tertulis dalam abjad Jawi. Abjad Bukti bertulis mengenai
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa
Melayu bertulisan Jawi. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah
ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu yang ditulis Jawi dan bahasa
Ingger

Ciri- Ciri Tulisan Jawi


Terdapat empat ciri Utama yang terdapat pada Skrip Jawi
iaitu :
a) bertindan secara menegak
b) ligatur
c) aksara-askara berbaris atau mempunyai titik
d) aksara bersambung
* Aksara Jawi mempunyai 36 aksara dimana 30 aksara
adalah merupakan aksara yang dipinjam dari Aksara Arab
dan Enam Abjad tambahan.
Pengikat lelidah alat tiup. ; Bentuk notasi muzik abad
ketiga belas hingga keenam belas.
Aksara : Lambang unik yang digunakan dalam sistem
tulisan sesuatu bahasa untuk menyampaikanmaklumat.
Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat
besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana
dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek
Melayu dengan masyarakat awam. Namun, akhir-akhir ini
ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana
muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu
sendiri
yang
tidak
meyakinkan
bangsanya
untuk
menghormati warisan ini. Malah rasa jelak mereka
terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah
menghasilkan generasi Melayu 'anglophile' iaitu manusia
dua kerat, sekerat Melayu dan sekerat ke Baratan.
Generasi
seperti
inilah
yang
akhirnya
menjadi
penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme
sehingga menyebabkan daya tahan umat menjadi tiris.
Tokoh ulama seperti Mohamad Idris b Abdul Rauf al
Marbawi,bukanlah tokoh yang asing dalam dunia
penulisan Jawi.Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab

Bahrul Mazi, Tafsir Quran al Marbawi, Tafsir Surah


Yassin masih kekal diulang cetak di luar negara.
Sebenarnya, kebanyakan kitab berbahasa Arab yang
dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah diterjemahkan
olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun
terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa
Melayu lama di dalam tulisan Jawi, namun ia telah
melahirkan ramai ilmuan Islam yang responsif di negara
Malaysia.
Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan
boleh dipelajari melalui pelbagai aksara dan ia bukannya
kayu pengukur tahap keIslaman seseorang. Namun, oleh
kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan dakwah
Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di
dalam mempelajari al-Quran dan hadith.
Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang
dipinjamdari bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut
tidak tepat jikaditulis dengan huruf rumi. Demikian juga
halnya jika bahasa Cina dan Tamil ditulis dengan ejaan
rumi, sudah pasti berlakukesilapan pada pertuturan
mereka
yang
sebenar.Kerana
itu,
penulis
yakin
kebanyakan masyarakat Melayumenyebut perkataan 'tarikh'
yang dipinjam dari bahasa Arab,tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa
Arab. Begitu juga pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim'
sebagai orang yang haram dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang
sebenar pada kalimah Arab adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas
memperlihatkan bahawa tulisan Jawi memainkan perananpenting dalam
pendidikan negara, di mana ia dijadikan sebagaisuatu alat memudahkan
sebutan Arab yang sahih dalam bahasaMelayu. Dalam keresahan
meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga berita yang boleh
dianggap positif antaranyapengangkatan seni khat di persada dunia.
Namun,
memartabatkan
seni
khat
tidak
memadai
untuk
mengangkatsemula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia
subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar,
seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al-Quran yang

tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu
memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami
maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya apabila
tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri. Ketahuilah, tulisan
Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang tinggi dan pernah
diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq Kufah dengan khat
Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui bahawa umat Melayu
merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.
Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agendaglobalisation of
American culture (globalisasi budaya Amerika).Memang tamadun Barat
semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat
Melayu belum pulih untukmembangunkan generasi sendiri. Tidak syak lagi,
penggantianjawi
dengan
rumi
adalah
sebahagian
daripada
prosespembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi
oleh penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan
musim bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United
Arab Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun,
perenggan ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu
melakukan revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi.
Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi
agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi
semula.

Pemerintahan kesultanan Melaka telah memajukan bahasa Melayu dalam


perdagangan dengan cepat di samping menyebarkan Islam dan sastera
Islam. Kemajuan ini mengubah sifat bahasa dengan sedutan besarbesaran perbendaharaan kata Arab, Parsi dan Hin
2. PERKEMBANGAN AKSARA JAWI (TULISAN PEGON)
Setelah Islam mapan di Nusantara, ia bukan lagi hanya menjadi suatu
anutan,
malahan penyaring dalam perkembangan budaya orang Muslim di
Nusantara.

Saringan demi saringan telah digunakan untuk mencari penyesuaian


dengan
kehendak agama,
Kebanyakan

misalnya

penggunaan

muzik

dalam

kehidupan.

mereka cuba mencari justifikasi yang sejajar dengan kehendak Islam


melalui Al
Quran dan hadith. Namun, ada kalanya saringan itu tidak digunakan, demi
kepentingan yang didambakan. Sehubungan itu, aksara Jawi (tulisan Arab)
turut
diberi makna yang sesuai dengan kehendak masyarakat Jawa selaras
dengan
yang berlaku pada aksara Jawa. Di sini elok ditelusuri beberapa petikan
makna
dan fungsi aksara Jawa yang sesuai dengan selera masyarakat Jawa.
Sebelum itu
wajar dinyatakan bahawa oleh sebab sebutan yang amat menebal dalam
pembicaraan, orang Jawa tidak dapat melepaskan diri daripada keterikatan
ketebalan ini sehinggakan terbawa-bawa dalam penyebutan bahasa asing.
Fenomena ini berterusan sehingga penyebutan aksara Jawi (Arab)
terpaksa akur
dengan liuk lintuk lidah orang Jawa sebagaimana yang akan dipaparkan
selanjutnya.
Aksara Jawi dan Sebutan Arab
Alif, Ba, Ta, Sa, Jim, Ha, Kho, Dhal, Zal, Ro, Zai,
Sin, Shim, Shot, Dhot, Tho, Zo, Ain, Ghain, Fa, Khof, Khaf,
Lam, Min, Nun, Wau, Kha, LamAlif, Hamzah,Ya

PENGGUNAAN AKSARA JAWI DARI PANDANGAN ISLAM


Sungguhpun akasara Jawi digunakan sebagai azimat, tetapi
kadangkala penyelewengan berlaku. Misalnya, wifik yang
diterakan di atas kain sutera kuning atau putih ini jika dipercayai
si pembuat tadi akan menjadikan jualannya laris, maka
dia telah meletakkan
Daripada segi hukum

kepercayaannya

kepada

Islam, dia berdosa (Amran Kasimin 1997).


sering berlaku

benda

lain.

Perkara seperti ini

dalam masyarakat Jawa. Yang dipentingkan adalah hasil aktiviti


tanpa
memperhitungkan sama ada ia diterima agama atau tidak. Di sini,
harus disedari
bahawa bukan semua mereka menjadi penganut agama Islam
yang komited,
tetapi mereka boleh dibahagikan kepada tiga kelompok: Priyayi,
Santri dan
Abangan. Oleh itu, ramai di antara mereka
kebatinan (agama Jawi),

mengamalkan

yang sering mencari keserasian dengan agama yang dianuti.


Aksara Jawi yang diperkatakan ini terbatas kepada bagaimana
tradisi penggunaan
aksara itu berterusan dari era penggunaan Ha Na Ca Ra Ka
hingga kepada

penggunaan Alif Ba Ta dalam bentuk yang telah diserasikan


sesuai dengan
fungsi yang didambakan. Penggunaan aksara Jawi, lebih-lebih lagi
aksara arab
dalam berbagai kegiatan sudah menampakkan terpikatnya orang
Jawa dengan
aksara yang mereka gunakan. Mereka juga menggunakannya
dalam tradisi
permohonan yang berlandaskan Islam, dengan memetik ayatayat Al Quran untuk
menghindarkan diri dari pada gangguan dan sarana perubatan.
Contoh seperti
Laqad kuntu digunakan untuk mengubat sakit gigi. Dalam
bahasa Jawa untu
adalah gigi
Abdullah Ciptoprawiro. 1986. Filsafat Jawa. Jakarta: Balai Pustaka

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU


SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN JAWI
Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ
pertuturan
manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan
digunakan oleh

satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205).


Tulisan pula
lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak
menyampaikan fikiran
dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam
bentuk yang
dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab
yang dikenali
juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu
sejak orang
Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang
Melayu sebagai
Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah
Asia Tenggara
terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi
bukanlah sistem
tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran
di sekolah
manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para
pengkaji
naskhah Melayu lama.
Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh,
bahasa itu sudah
mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah
begitu

sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua
daripada
aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat
dalam tulisan
Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah
Bangkahulu dan
Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa.
Masyarakat yang
memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban
yang lebih
tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh
daripada tiga
bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab.
Pengaruh pertama
terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang dibawa oleh
pedagangpedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan
dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya
Melayu. Para
sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu
sekitar abad ke-14,
iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu.
Bahasa
Sanskrit dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup
hingga pada hari ini.

Tulisan bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih


tetapi kosa
katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan
yang dikenali
sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah
bahasa Melayu
terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan
golongan
cendekia Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak
terdapat
dalam bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan
mereka memilih
huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan
menambah tanda
pada huruf Arab yang sedia ada.

SISTEM EJAAN JAWI


Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan
satu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada
batu bersurat
tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan
tulisan Jawi.

Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang


memperlihatkan
bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan
agak lengkap.
Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis
pada batu bersurat
tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul)
dan lain-lain.
Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada
Batu bersurat
Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak
ditemui. Namun
demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z
tidak ada pada
zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud
dalam huruf Arab,
iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab
agama mahupun
kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan
keutamaan
yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan
dan
kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan
layanan istimewa.
Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi
sedikit, mula
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam


Melayu.
Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi
agama Islam ialah
bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan
penganut agama
Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan
huruf-huruf India 114 X TOPIK 6

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU


bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi.
Perkataan Jawi ini
bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulispenulis Arab
pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya alRehlah
menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang
Arab
memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu
yang
menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini
dicampuradukkan
dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima
huruf tambahan
bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf
bukan Arab

yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ), Nga (), Pa (), Ga


((), dan Nya ( ) .

Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang


lazim
disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada
huruf Arab
yang seakan-akan sama bentuknya.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai
kemudian
disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh
pada abad ke-17.
Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala
tulisan Rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini
menunjukkan
tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu
Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan
dalam urusan
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di
Johor, Kedah,

Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi


memainkan
peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai
perantara
penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak
di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda
dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia
antara lain
juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

6.1.2 Sistem Ejaan Jawi


Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan
Melayu. Unsur
Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada
tahap pertama,
ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat
dalam mashaf
suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan
bunyi yang betul

tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana


terlalu banyak
tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris
tersebut
dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh
mereka yang
baharu belajar jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai
dan
menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf
Jawi versi
Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi
atau huruf vokal,
iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary
of the
Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903),
didapati bahawa
terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh
itu, pada tahun
1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan
Jawi secara
TOPIK 6

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W 117

berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji
Sulaiman
daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja
Johor (P.Bm. P.B.
DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan
panggilan

Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.


Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem
ejaan
Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Diraja Johor
(P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun
1937, dan usaha yang
dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya
disebut Za'ba) pada
tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan
dalam pelbagai
urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan
Jawi Za'ba
(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.
Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk
risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang
mengandungi 25
halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan
huruf Jawi.
Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana
satu-satu suku
kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke
belakang apabila
wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat
peraturan

ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam


surat rasmi
kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.
Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam
sebuah buku
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai
persamaan
dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan
yang
diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru
pelatih di MPSI.
Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya
digunakan
dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan
ini diolah
semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan
Sistem Ejaan Jawi
yang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan Jawi
bertujuan yang berikut
(Ismail Dahman, 1991):
(i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang
kemas kini
yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang
tidak
seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).
(ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau
kekurangan

yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang


digunakan, iaitu
Sistem Ejaan Jawi Za'ba.
(iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan
perkembangan
ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan
penggunaannya
menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa
menghapuskan
ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi
perkembangan
bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun
2020 dan
seterusnya.
118 X TOPIK 6

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU

Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa


Malaysia (yang
dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan
supaya "Sistem
Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan
diperkemas. Sebuah
buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan
diterbitkan
dengan segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan
Bahasa dan
Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula
Sistem Ejaan Jawi

pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut


Jawatankuasa Ejaan Jawi
DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem
ejaan Jawi yang
mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap
Bahasa
Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang
Tugas
Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem
Ejaan Jawi Za'ba
(Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun
1941, dan
Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi
Dian (Majalah
Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitanpenerbitan
Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan
Jawi yang lain.)
Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan
dalam
Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan
Dewan
Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di
Terengganu.
Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi,
termasuk

mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam,
yang terdiri
daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi,
institusi dan
badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan
rasmi dari negara
Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan
yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima
dengan baik
oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah
dirumuskan dan
disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan
diterbitkan
pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan
Jawi yang
Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).
Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah
mengadakan pertemuan
dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta
bersetuju
membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung
dalam PEJYD
tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut
diperkemas dan
diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama
pada tahun 1987.

6.1.3 Pedoman Ejaan Jawi Yang diSempurnakan


(PEJYD)
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah
sistem yang
termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan
yang diterbitkan
secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986
(edisi kedua.
1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi
yang TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W 119
digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah
Ejaan Jawi yang
digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi
Zaba (sebagaimana
yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).
Pedoman
Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada
rumusan
Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan
pada tahun
1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan
diperkemas
dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan
Jawi anjuran
Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan
Seminar Tulisan Jawi

Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat


tersebut disemak dan
disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan
Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi
Bahasa Melayu
yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini
tentang sistem ejaan
Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman
ejaan Jawi yang
telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman
ejaan Jawi yang
diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan
yang berikut:
1
(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan
Pustaka,
Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan
Kedua, 1989.
Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem
tulisan bahasa
Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf
kecil seperti
tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi
beberapa huruf

tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam


penulisan sesuatu
perkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37
huruf bentuk
tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2.
Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu
Huruf Jawi Nama Padanan Rumi
alif a
ba b
ta t
ta marbutah t/h
sa [tha] s, (th)
jim j
1
Dipetik daripada
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/301_latarbelakang.htm pada 10 Julai 2008. 120 X TOPIK 6
EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
ca c
a]ha [h )h, (h
kha [khO] kh
dal d
zal [dhal] z, (dh)
ra [rO] r

SISTEM

zai z
sin s
syin sy, (sh)
Od]sad [s )s, (s
Od]dad [d )d, (d
O]ta [t )t, (t
O]za [z )z, (z
ain [ain]
awal: a, i, u
akhir: k, ()
ghain gh
nga ng
fa f
pa P
qaf k, q, (q)
kaf k
ga g
lam l
mim m TOPIK 6

nun n
wau w, u, o

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W 121

va v
ha h
hamzah
awal: gugur
akhir: k, ()
ya y, i, e taling
ye [ye] e pepet akhir
ny ny
Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk
transliterasi huruf
Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah
khusus daripada
bahasa Arab.
Catatan 2: Huruf
3
(ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan
t bagi padanan transliterasi.
6.1.4 Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi
Daftar ejaan Melayu Jawi Rumi yang awal diusahakan oleh Zaba.
Buku ini
mengandungi huraian perinci tentang tulisan Jawi dan Rumi,
petua-petua ejaan
Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini
diusahakan oleh

Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba dan


diterbitkan oleh
Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC),
Tanjung
Malim pada tahun 1946 yang tergolong dalam The Malay School
Series No. 31.
Bahagian awal buku ini menghuraikan tentang tulisan Jawi dan
Rumi. Daftar ini
disusun mengikut kaedah Jawi-Rumi, iaitu ejaan Jawi dahulu
disusun mengikut
sususnan abjad Jawi-Rumi, kemudian diberikan ejaan Rumi
setentang dengan
perkataan tersebut. Kaedah ejaan yang digunakan ialah kaedah
ejaan Jawi
menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun
yang lalu serta
kecenderungan sebilangan penulis Melayu. Kaedah ejaan Jawi ini
menurut
kaedah yang diatur oleh jawatankuasa merumikan tulisan Melayu
yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan negeri Persekutuan pada awal abad ke19. Bahagian
akhir buku ini menjelaskan sistem atau peraturan ejaan kata
bahasa Melayu yang
menggunakan tulisan Rumi dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi
Zaba. 122 X TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU

Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah


menyusun Daftar
Ejaan Rumi-Jawi (Rajah 6.3) yang pertama kali diterbitkan pada
tahun 1988. Senarai
kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam
buku Daftar Ejaan
Daftar ejaan Rumi-Jawi kini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Daftar
ejaan ini memuatkan senarai perkataan umum dan istilah dalam
bahasa Melayu
dibuat menurut abjad Rumi dan panduan Jawi diberikan
sebelahnya. Hampir
keseluruhan Daftar ini menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata
terbitan atau kata
berimbuhan diterangkan di dalam pendahuluan yang lengkap
dengan contohcontohnya. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan
sistem ejaan bahasa Arab yang
menekankan huruf saksi (vokal): Alif, Wau dan Ya. Antara sistem
ejaan jawi yang
terkenal ialah Ejaan P.Bm P.B. diRaja, Sistem Ejaan Zaba, Sistem
Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan dan Sistem Ejaan Dian. Penyemakan dan rujukan
ejaan Jawi daftar
ini dibuat berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan dan
sumber lain, iaitu Daftar Ejaan Melayu Zaba (1949), daftar Ejaan
Rumi Bahasa

Malaysia DBP (1982), Istilah Agama Islam DBP (1986); Pedoman


Transliterasi Arab
ke Huruf Rumi DBP (1984) dan Kamus Dewan (1984).
Rajah 6.3: Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan DBP.
Sumber: http://www.dawama.com/index.php?
ch=15&pg=471&ac=3968&tpt_id=11#
Dipetik pada 10 Julai 2008.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian
pendahuluan dan
bahagian daftar kata. Bahagian pendahuluan menerangkan
panduan bagi
menggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang
meliputi penggunaan
abjad dan huruf Jawi, perkataan yang dimasukkan (terdiri
daripada kata dasar
satu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku
kata atau lebih,
kata pinjaman, kemasukan kata ulang); penulisan imbuhan,
penulisan partikel;
dan penulisan kata singkat. Bahagian kedua daftar ini memuatkan
pula TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W 123
Rajah 6.4: Penerbitan Warta Melayu.
Sumber:http://hids.arkib.gov.my/doc/jili
dv /mac/23_03_1898_1981.htm Dipetik
pada 15 julai 2008

perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi serta padanan Jawi.


Keseluruhan
daftar menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata berimbuhan
atau kata terbitan
dijelaskan dalam bahagian pendahuluan.
GAGASAN MEMARTABATKAN
TULISAN JAWI
Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama
akhbar berbahasa Melayu dalam tulisan
Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan
(Rajah 6.4). Akhbar ini diterbitkan dan
dicetak di Singapura oleh American
Machine Press Singapura. Akhbar
tersebut diterbit dalam 8 halaman dan
menyiarkan pelbagai berita luar dan
dalam negeri. Berita-berita itu disiarkan
mengikut kumpulan negeri iaitu Khabar
Negeri Asing, Khabar Negeri Melayu,
Khabar Singapura dan Khabar Pulau
Pinang. Berita-berita yang berkaitan
meliputi peperangan dan pergolakan
politik di negara-negara asing. Soal-soal
agama dan cerita-cerita penglipur lara

terjemahan daripada bahasa Cina dan


Inggeris. Terdapat juga ruangan
pengenalan yang ditulis oleh
6.2
Bincangkan kaedah penulisan ejaan Jawi bagi kata berimbuhan
dan kata
pinjaman berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan
terbitan
DBP.
(a) Bincangkan penggunaan abjad dalam tulisan Jawi.
(b) Huraikan perkembangan penghasilan Daftar Ejaan Rumi-Jawi
Bahasa Melayu.
AKTIVITI 6.1
SEMAK KENDIRI 6.1124 X TOPIK 6
MELAYU

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA

pengarangnya. Mulai keluaran bulan Ogos dalam tahun yang


sama, suratkhabar ini
mula bercorak komersial dengan tersiarnya iklan-iklan. Walaupun
terbitnya tidak
tetap kemunculan akhbar ini dalam arena persuratkhabaran
Melayu telah dapat
membuka sedikit sebanyak pandangan dan pemikiran segolongan
orang-orang
Melayu terhadap perubahan-perubahan semasa.
2

Dengan kehendak Kerajaan-Kerajaan Melayu Bersekutu


penerbitan akhbar ini
diteruskan dalam tulisan rumi. Ini telah mengubah bentuk akbar
daripada
sebuah akhbar biasa menjadi akhbar rasmi bagi Kerajaan Negerinegeri Melayu
Bersekutu. Warta Rasmi ini mengandungi perkara-perkara seperti
perlantikan
dalam jabatan, undang-undang dan peraturan-peraturan am
kerajaan dan
sebagainya. Perkembangan selanjutnya mengenai akhbar ini
tidak dapat dikesan
kerana penerbitannya telah terhenti tanpa diketahui, manakala
keluaran yang
tersimpan di Arkib Negara hanya setakat 30 September 1904.
Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala
Lumpur telah
menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang
mengandungi 4
halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah akhbar yang
diterbitkan
oleh Pejabat Perhubungan Raya yang kemudiannya dikenali
dengan nama
Pejabat Penerangan. Akhbar Cermin Malaya diterbitkan bertujuan
untuk
menerangkan mengenai dasar-dasar dan usaha kerajaan Inggeris
pada masa itu.

Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapus,


menyekat dan
membasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta
pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union.
Akhbar Cermin
Malaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat
dan penyampai
berita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair.
Pada bulan
Disember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan
penerbitannya dan
kemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat.
Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya
yang pertama
telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh
kira-kira 200
orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu,
Persuratan
Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru
Melayu
Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain persatuan
dari seluruh
Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan terperinci
serta
membahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi
dalam persuratan

Melayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah


sampai masanya
tulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga
hendaklah dipakai.
Enam buah badan persuratan lain telah menyokong syor
Angkatan Sasterawan
50 itu, manakala Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa
tulisan Jawi dan
Rumi adalah sama banyak digunakan dalam persuratan Melayu.
Akhirnya
persidangan telah bersetuju dengan keputusan mengiktiraf
kedua-dua huruf
2
Roseline Mapong Sabai
http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/mac/23_03_1898_2005.htm
dipetik pada 15 Julai 2008. TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA
MELAYU W 125
Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam persuratan Melayu.
Sesungguhnya
keputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan Melayu
SeMalaya untuk
mengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam
persuratan
Melayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara keduadua tulisan
tersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman.

Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di


Jalan Chan Sow
Lin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan
Selangor,
Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan
baru itu,
akhbar Utusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala
Lumpur,
setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun
1939 dari
Singapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini
merupakan satu
kemajuan bagi Syarikat Utusan Melayu yang kini mempunyai
bangunannya
sendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden.
Akhbar Utusan
Melayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan
diusahakan
sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu ialah satusatunya
akhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang
demikian,
Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular
terutamanya dalam
kalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana
tulisan Jawi

masih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak


mula ditubuhkan,
Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan
kepentingan dan
perjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik
dan sosial
supaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa
lain di negara
ini.
Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar
bertulisan Jawi
yang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh
dikatakan memasuki era
`kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur
tanpa nisan jika
tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan.
3
Berikut dipetik
keluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era
globalisasi hari
ini.
AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Saudara
Tajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang pun
Melayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan Utusan
Melayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliau

silap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacammacam


usaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar harian
termasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti
Hamid
Othman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik.
Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan
3
Awang Selamat
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2003&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=
re_01.htm&arc=hive ). Dipetik pada 18 Julai 2008126 X TOPIK 6
SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
bengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap
tulisan
Jawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta
supaya
wakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada murid
sekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini,
apabila
Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan
menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suarasuara
yang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong
Pengarang
Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib

Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu.


Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: ``Ironiknya,
ketika
akhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh
orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira
menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental
Daily
News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan
orangorang Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang
Melayu
tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan
menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar
Cina?
Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa
pemartaban tulisan
Jawi dalam bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius.
Menurut Mohd
Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu
diberikan tekanan
dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat
Melayu kini, iaitu
pendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era
globalisasi, orang
Melayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam bahasa
Melayu yang
paling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah
menenggelamkan

sejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu


sewaktu
perkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak
diberikan
penekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab
dalam kelas
agama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan
Jawi dapat
dikekalkan dalam persada hari ini.
Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang
bahasa, khususnya
badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil
inisiatif yang
lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam
masyarakat hari ini.
Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang
pendidikan.
Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada
Tahun 1 lagi akan
memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk
belajar menulis
dalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala
atau satu lawan
satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat
membantu
perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian
kursus dalam CD

atau VCD yang memudahkan pengedaran yang lebih luas.


Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya buku-buku
latihan yang
berorientasikan pembelajaran kendiri dan juga melalui akhbar
Utusan Melaysia TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
W 127
yang dapat membantu perkembangan korpus bahasa melalui
tulisan Jawi.
Penggunaan akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang
perlu digalakkan
di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan
praktikal.
Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif untuk
mengembangkan
penulisan Jawi melalui peruntukan dalam jadual waktu
persekolahan untuk
pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah
juga dengan
kepentingan mempelajari bahasa Melayu.
Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar
sekolah harus
digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat
pendedahan
yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini.
Bengkel
tentang penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar
peringkat remaja dapat

mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi


sebagai alat
pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan
pengajaran, guru yang
berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan
pengajaran.
Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih
berkesan.
Rajah 6.5: PEMBAKAR SEMANGAT... Peranan besar tulisan Jawi
pada akhbar-akhbar
Melayu seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Warta
Ahad dalam
menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam
kalangan orang Melayu.
Foto: Melati Arif SSumber:Dipetik daripada
http://web5.bernama.com/events/merdeka50/newsbm.php?
id=247824128 X TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Menurut Bukhari Lubis, pensyarah di Jabatan Kesusasteraan
Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap
Pengarah Penerbit
UPSI, satu kaedah untuk memartabatkan tulisan Jawi ialah setiap
masa, lokasi
atau di mana saja sewajarnya diletakkan tulisan ini. Media massa
turut memberi
sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda
dalam tulisan ini.

Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan


tulisan ini mudah
dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau
penggunaannya. Pada
masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan
dalam kalangan
generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya,
mengadakan
pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan
menengah.
Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal
mampu
membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus
mencapai kejayaan
pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi
pakar bahasa,
perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini
perlu
dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan
golongan ini untuk
meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama,
penerbitan buku dalam
versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau
insentif. Beliau
percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk
mengangkat

taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah galakan serta
cara
pelaksanaannya. Sudah sampai masanya masyarakat
menyemarakkan tulisan ini
sebagai satu bukti terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu
ketika dulu.
Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak
ternilai
harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang
menggerakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan bahasa Melayu
setaraf dengan
bahasa-bahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini,
masyarakat
perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan
budaya ini
agar tidak pupus ditelan dek zaman. Rakyat dan kerajaan perlu
berganding
bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi
sebagai alat
mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu.
Bincangkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh individu
dan
masyarakat dalam memartabatkan tulisan Jawi.
SEMAK KENDIRI 6.2
Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan negara dengan usaha

memartabatkan tulisan Jawi.


AKTIVITI 6.2 TOPIK 6
129

SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU W

Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat sama seperti bahasa itu
sendiri.
Tanda merupakan sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, iaitu
maknanya. Kajian ke atas sistem tanda ini dinamakan semiotik
atau
semiologi. Kajian ke atas sistem tulisan ini dinamakan epigrafi
atau
palaeografi; epigrafi mengkhusus kepada tulisan yang dicatat
dengan
dakwat, manakala palaeografi mengkhusus kepada tulisan yang
dipahat,
diukir atau ditoreh di atas permukaan yang keras.
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf
Arab yang
dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh
orang
Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab
menggelar
orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh
daripada
tiga bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, dan bahasa
Arab.

Pengaruh pertama terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit


yang
dibawa oleh pedagang-pedangan India atau pedagang Melayu
yang
berurusan dengan negara India.
Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa
Melayu
dengan agak lengkap misalnya, abjad yang terdapat dalam
perkataan yang
tertulis pada batu bersurat tersebut.
Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan
Melayu.
Unsur Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan.
Pada tahap
pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang
terdapat
dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan
mendapatkan
bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk
menulisnya
kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.
Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau
bagaimanapun,
bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar jawi
kerana

memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya.


Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk
risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang
mengandungi
25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan
menggunakan huruf
Jawi.
Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam
sebuah buku
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai
persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya
keterangan yang diberikan agak panjang. 130 X TOPIK 6
EJAAN JAWI BAHASA MELAYU

SISTEM

Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah


menyusun
Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun
1988.
Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan
dalam
buku Daftar EjaanDaftar ejaan Rumi- Jawi kini diusahakan oleh
Dewan
Bahasa dan Pustaka. Daftar ejaan ini memuatkan senarai
perkataan umum
dan istilah dalam bahasa Melayu dibuat menurut abjad Rumi dan
panduan

Jawi diberikan sebelahnya


Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama akhbar berbahasa Melayu
dalam
tulisan Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan. Akhbar ini
diterbitkan dan
dicetak di Singapura oleh American Machine Press Singapura.
Akhbar
tersebut diterbit dalam 8 halaman dan menyiarkan pelbagai
berita luar dan
dalam negeri.
Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala
Lumpur
telah menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi
yang
mengandungi 4 halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan
sebuah
akhbar yang diterbitkan oleh Pejabat Perhubungan Raya yang
kemudiannya dikenali dengan nama Pejabat Penerangan.
Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya
yang
pertama telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah
dihadiri oleh
kira-kira 200 orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan
Bahasa
Melayu, Persuratan Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan
Persekutuan

Guru-Guru Melayu Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan


lain-lain
persatuan dari seluruh Tanah Melayu. Persidangan itu
membincangkan
dengan terperinci serta membahaskan berkenaan penggunaan
tulisan rumi
dan jawi dalam persuratan Melayu.
Dalam mengharungi era globalisasi, orang Melayu seolah-olah
lupa akan
kewujudan unsur dalam bahasa Melayu yang paling penting, iaitu
tulisan.
Penggunaan tulisan rumi telah menenggelamkan sejarah
kepentingan
tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu
perkembangan
agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan
penekanan
penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas
agama.
Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi
dapat
dikekalkan dalam persada hari ini. TOPIK 6
BAHASA MELAYU W 131
Aksara rencong
Batu Bersurat Kuala Berang
Daftar Ejaan Rumi-JawiZaba

SISTEM EJAAN JAWI

Daftar Kata Rumi-Jawi


Huruf saksi
Jawah
Jawi
Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan (PYEJYD)
Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor
Surat Raja Melayu
Warta Melayu
x Amat Juhari Moain. (2004). Sejarah perkembangan tulisan Jawi
dlm
Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004.
hlm. 167-180
x .Hashim Musa. (2006). Epigrafi sejarah sistem tulisan dalam
Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
x Ismail Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Kuala
Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
x Mohd. Hussein Baharuddin. (2004). Gagasan dan aktiviti ke arah
memartabatkan tulisan Jawi. dlm. Monograf Bahasa, sastera, dan
Budaya Melayu Bil. 9. Julai 2004. hlm. 181-188
x Tulisan Jawi Dipetik pada 10 Julai 2008
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_jawi

x Dipetik daripada Pedoman Ejaan Jawi yang DiSempurnakan


http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/301_latarbelakang.htm pada 10 Julai 2008.
x Awang Selamat
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2003&dt=0119
&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive
).
x Dipetik pada 18 Julai 2008 132 X TOPIK 6
BAHASA MELAYU

SISTEM EJAAN JAWI

x Bukhari Lubis. (Julai 2008). Tulisan Jawi


http://www.jawi.com.my/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0
&cntnt01articleid=3&cntnt01returnid=62 Dipetik pada 18 Julai
2008
x Roseline Mapong Sabai
http://hids.arkib.gov.my/doc/2005/mac/23_03_1898_2005.htm
dipetik pada 15 Julai 2008.

You might also like