You are on page 1of 2

Kawasan kajian ialah kawasan pembangunan KL Gateway.

Ia merupakan satu projek


pembangunan hartanah yang terdiri daripada bangunan kediaman jenis apartmen, bangunan
pejabat dan pusat membeli belah. Terdapat sejumlah 7 buah bangunan. Lokasinya terletak di
Bangsar South.
Projek pembangunan ini terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan.
Umumnya perjalanan ke KL Gateway daripada bandar Petaling Jaya memerlukan masa
selama 5 minit jika trafik lancar. Terdapat pelbagai kemudahan di sekitarnya seperti tempat
ibadat, sekolah, kawasan perumahan, hotel, stesen lrt, dan pusat membeli belah yang lain.
Antara kawasan perumahan yang berhampiran dengan KL Gateway adalah Vista
Angkasa, Flat PKNS Kampung Kerinci, dan PPR DBKL Kampung Kerinchi. Terdapat juga
sebuah sekolah berhampiran dengan kawasan KL Gateway iaitu SMK Seri Pantai. Penduduk
di kawasan kediaman ini dijangkan akan mengalami kesan akibat daripada pembangunan
yang dijalankan. Masalah kesesakkan lalu lintas dan pencemaran yang berlaku pastinya akan
memberikan masalah kepada penduduk yang berhampiran. Oleh itu, kawasan ini dipilih
sebagai kawasan kajian.
Daripada sudut geografi, lokasi mutlaknya adalah Jalan Kerinchi, Kampung Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedudukan koordinatnya adalah
306'50.0"U 10139'45.1"T. Ketinggian daripada aras laut adalah kurang daripada 100M.
Julat suhu harian diantara 30oC hingga 36oC.

RAJAH 2.1: Kedudukan Projek Pembangunan KL Gateway.


(sumber: http://www.klgateway.com.my/aerial_map.php?p=location)

You might also like