You are on page 1of 3

PENGENALAN

Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 orang ahli. Kami diberikan tugas untuk
membuat laporan daripada Ustaz Fahmi pada awal bulan Februari 2020. Tugasan
ini merupakan subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Tajuk sudah
dinyatakan oleh Ustaz dan kami perlu memilih tajuk kumpulan. Justeru, kumpulan
kami telah bersepakat untuk memilih “Tempat Tarikan Pelancong di Lembah Klang
iaitu Kuala Lumpur atau Selangor”. Tempat tarikan pelancong yang dipilih oleh kami
sekumpulan adalah di Taman Burung Kuala Lumpur.

Tempat tarikan pelancong di Lembah Klang adalah sebuah kawasan


di Malaysia yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, dan meliputi
kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Satu rujukan alternatif kepada
ini akan menjadi kawasan metropolitan Kuala Lumpur atau Metropolitan Lembah
Klang. Lembah Klang terletak di tengah-tengah negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Air Sungai Kelang mengalir ke Selat Melaka di sebelah barat. Lembah Klang
mempunyai lebih dari 6 juta orang penduduk, dan merupakan pusat industri dan
perdagangan di Malaysia. Antara bandar utama yang terdapat di sini ialah Kuala
Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Klang, Pelabuhan
Klang, Ampang, Gombak, Selayang, Cheras, Rawang dan banyak lagi.

Kawasan Lembah Klang mempunyai potensi untuk menjadi pusat tarikan pelancong
dalam mahupun luar negara. Hal ini kerana terdapat lebih dari 100 tempat menarik
di setiap kawasan Lembah Klang. Tempat tarikan ini mampu memberi nilai
pembelajaran dan pengajaran. Kawasan di Lembah Klang mempunyai sejarah
tersendiri di setiap tempat dan mampu memberi nilai input positif untuk kajian yang
telah kami jalankan.
KESIMPULAN

Kesimpulan daripada pengajian ini, kawasan di Lembah Klang mempunyai banyak


destinasi percutian menarik yang boleh diterokai dan bahkan sesetengah tempat-
tempat menarik tersebut adalah bertaraf dunia yang sering menjadi destinasi
percutian pelancong asing. Pelbagai destinasi pelancongan yang menarik
terutamanya tempat-tempat bersejarah, hiburan keluarga, mercu-mercu tanda
negara dan juga mempunyai pilihan tempat membeli belah yang cukup banyak.
Selain itu, Kuala Lumpur juga mempunyai banyak pilihan tempat makan yang
menarik di samping lokasi bandar Kuala Lumpur itu sendiri yang tidak jauh dari
kawasan pelancongan dalam negeri Selangor.

Dari aspek seni bina, Kuala Lumpur telah mengekalkan beberapa bangunan
bersejarah dan kawasan-kawasan yang memaparkan sejarah silamnya. Dataran
Merdeka dan bangunan di sekitarnya, bersama-sama Stesen Kereta Api dan
kawasan rumah kedai lama memaparkan imej asal Kuala Lumpur. Kebelakangan ini,
bangunan seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas di KLCC
menyerlahkan imej sebuah bandar raya moden, di samping mengekalkan ciri-ciri
budaya tempatan.

Setelah dikaji, Taman Burung Kuala Lumpur mempunyai strategi yang baik untuk
menarik minat pelancong asing untuk diterokai. Ianya memberikan pengetahuan
yang jelas mengenai spesis burung yang terdapat di dunia. Ianya merupakan suatu
kawasan konservasi burung yang terbesar di Malaysia dimana ianya menempatkan
sebanyak lebih 3000 burung dari 200 spesis dalam habitat semulajadi. Oleh itu,
pihak urusan Taman Burung atau agensi yang berkuasa iaitu Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur haruslah mentadbir dan mengawal perkembangan serta
membangunankan kawasan ini dengan supaya kawasan ini terus kekal menjadi
destinasi pilihan pelancong dalam negara mahupun luar negara.
RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Klang

 http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pelancongan/index.htm

 https://www.google.com/search?
q=tempat+tarikan+pelancong+di+kuala+lumpur&oq=tempat+tarikan+pelanco
ng+di+kuala+lumpur&aqs=chrome..69i57.16720j0j7&sourceid=chrome&ie=U
TF-8

 https://www.google.com/search?
sxsrf=ALeKk02g_hilfPkDLby10J40xmqZKseF7g
%3A1587969769240&ei=6X6mXp6hDuyd4EPgJqe0AY&q=potensi+kawasan
+lembah+klang+sebagai+tempat+tarikan+pelancong&oq=potensi+kawasan+l
embah+klang+sebagai+tempat+tarikan+pelancong&gs_lcp=CgZwc3ktYWIQA
zIFCCEQoAEyBQghEKABOgQIABBHUKeRNlibkzdgqpY3aABwAXgAgAH_FI
gBxYMBkgELNS0xLjAuMi4yLjSYAQCgAQGqAQdnd3Mtd2l6&sclient=psy-
ab&ved=0ahUKEwjeuYmwgIjpAhXszjgGHQCNB2oQ4dUDCAw&uact=5

You might also like