You are on page 1of 12

KULIAH 7 - SEKTOR PERKHIDMATAN SEKTOR PERKHIDMAT AN: KAJIAN KES MALAYSIA 1.

Sektor perkhidmatan dikenali juga sebagai sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini tidak mengeluarkan barangan, sebaliknya membekalkan perkhidmatan kepada pengguna. 2. Antara contoh sektor perkhidmatan seperti sektor pengangkutan dan perhubungan, kewangan dan insuran, hartanah, perkhidmatan permagaan, pelancongan, hotel dan restoran, sektor utiliti elektrik, air dan gas, sektor pembinaan infrastruktur, serta perkhidmatan kerajaan dan swasta. 3. Di Malaysia, sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertiar dan menjadi sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Sektor perkhidmatan mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan. Kini industri perkhidmatan negara tumbuh dan berkembang pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan sekunder. INDUSTRI PELANCONGAN Industri pelancongan muncul sebagai sektor perkhidmatan yang paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Antara contoh aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan di Malaysia adalah seperti perkhidmatan hotel, resort dan chalet. perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong. pengangkutan dan telekomunikasi, aktiviti riadah atau rekreasi. persidangan dan forum, pertandingan sukan dan kebudayaan. perkhidmatan utiliti elektrik, air dan gas, serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong. 1. Pada tahun 2000, Malaysia telah menerima hampir 10.2 juta pelancong, asing. Jumlah ketibaan pelancong asing sentiasa bertambah setiap tahun. Hampir 70% pelancong asing yang datang ke negara ini adalah dari kalangan negara ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat, serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Australia, dan New Zealand. 1. Jenis-Jenis Sektor Pelancongan a. Eko-pelancongan berkaitan keindahan alam semulajadi cth Port Dickson b. Agro-pelancongan- berkaitan kegiatan pertanian cth Cameron Highland c. Pelancongan kesihatan- mendapatkan rawatan pakar cth IJN d. Pelancongan pendidikan- melanjutkan pelajaran cth UIA e. Pelancongan budaya dan warisan- bandar Melaka f. Pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran) g. Pelancongan kapal mewah- cruise h. Pelancongan sukan dan rekriasi- Formula One, Power Boat

Produk Pelancongan Eko pelancongan

Definisi Aktiviti pelancongan yang berasaskan sumber semula jadi seperti pelancongan pantai, Pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya. Aktiviti pelancongan yang paling banyak berkembang di Malaysia. Aktiviti pelancongan di kawasan dusun buah-buahan, kawasan perkampungan nelayan, Akuapelancongan seperti di kawasan ternakan akua-kultur, konsep "home stay" dan lain-lain. Kedatangan pelancong untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional, dan lain-lain. Mengalakkan aktiviti pelancongan sambil belajar khususnya dikalangan pelajar sekolah Aktiviti pelancongan kawasan tinggalan sejarah tapak arkeologi, dan muzium Delegasi pelancong yang menghadiri seminar, persidangan, pameran, dan simposium Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah seperti Star Cruise dan Star Leo. Aktiviti pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi.

Lokasi aktiviti Tam an Negara, Hut an Simpan Belum di Perak. Hutan Simpan EndauRompin di Pahang, Gunung Kinabalu, T.T.Cameron, Bukit Fraser, Batu Caves, Selangor, Gua Niah di Sarawak. Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan PulauPangkor. Pesisir pantai Terengganu Pahang dan Kelantan. Kedah dan Perlis seperti dikawasan MADA dan Bagan Lalang di Selangor.

Pelancongan pertanian

Pelancongan Kesihatan

Pelancongan Pendidikan

Pelancongan Budaya dan Warisan Sejarah Pelancongan MICE(Persidangan Konvensyen dan Pameran) Pelancongan Kapal Mewah Pelancongan Sukan dan Rekreasi

Bandar-bandar besar seperti KualaLumpur, George Town dan Johor Bahru.Negeri Perlis yang menyediakan pusat rawatan perubatan tradisional Pusat-pusat pengajian tinggi, Pusat Sains Negara, Putrajaya, Pulau Langkawi, Tanah Tinggi Cameron, dan sebagainya diLembah Bujang, Kedah Bandar Hilir, Melaka. Pulau Langkawi seperti LIMA dan LID Kuala Lumpur, Putrajaya.

Perairan Selat Melaka, Pulau Pangkor, Pulau Pinang, Langkawi. Formula One, Sepang Selangor. Power boat, Tasik Putrajaya, Stadium Bukit Jalil

2. Faktor-Faktor Menggalakkan Pelancongan di Malaysia ISI 1. Iklim Khatulistiwa HURAIAN a. Panas, sesuai bersantai b. Pelancong dr Negara iklim sederhana a. Pantai, pulau, gua, hutan, taman laut a. Tinggalan penjajah Portugis, Belanda, British a.Lapangan terbang, bas pelancongan, feri a. Promosi b. Pesta, pameran c. Kempen a. Perayaan b. Kesenian a. Hotel, resort b. Restoran, kemudahan rekreasi CONTOH Negara Eropah

2. Keindahan semulajadi

alam

3. Tempat bersejarah 4. Pengangkutan cekap, moden 5. Peranan kerajaan

6. Budaya pelbagai kaum

7. Kemudahan penginapan dan prasarana

Pulau Langkawi Gua Niah Taman Negara Bako Pulau Redang A Famosa Pasir Salak KLIA ERL Star cruise Kementerian Pelancongan TDC Citrwarna TMM 13 Rumah terbuka sempena perayaan kaum Pertunjukkan wau, batik Hotel lima bintang Hotel sederhana, murah

3. Kepentingan Kegiatan Pelancongan ISI HURAIAN 1.Sumber pendapatan a. Sewa hotel, cenderamata Negara b. Pengaliran masuk wang asing 2. Peluang pekerjaan a. Perhotelan, pengangkutan 3. Menggalakkan rantaian ekonomi a. IKS b. Perniagaan makanan c. Telekomunikasi d. Pengangkutan e. Perhotelan a. Kawasan pedalaman/ luarbandar a. Kajian pemuliharaan sumber alam b. Kajian kualiti perkhidmatan

CONTOH Pelancong Jepun, Eropah, Negara Arab Pemandu pelancong, pekerja hotel Industri kraftangan, anyaman, ukiran Restoran

4. Membangunkan kawasan mundur 5. Menggalakkan R&D

Homestay,eco-pelancongan,agropelancongan Lembaga Penggalak Pelancongan (TDC)-

4. Kesan Aktiviti Pelancongan Ke atas Alam Sekitar ISI HURAIAN 1. Masalah Persekitaran a. Hakisan ditanah tinggi, pantai Fizikal b. Penarahan dan perataan bukit 2. Pencemaran air a. Sisa kumbahan hotel, resort, restoran b. Tercemar bacteria E-coli 3. Gangguan Ekosistem a. Rantaian makanan terganggu b. Kekurangan oksigen c. Habitat flora fauna musnah 4. Perubahan iklim mikro a. Suhu meningkat akibat pemusnahan hutan 5. Pencemaran budaya a. Pendedahan/ penyerapan budaya barat 6. Kesesakan di Pusat a. Musim cuti sekolah dan perayaan Pelancongan popular

CONTOH Pembinaan hotel, padang golf Pantai PD, Batu Feringgi

Spesies tertentu pupus spt cengal, merbau Pembinaan resort di TT. Cameron , Genting Highland Cara berpakaian, minuman keras, pergaulan bebas Jeti Kuala Perlis, Cameron Hingland

5. Usaha Memajukan Sektor Pelancongan ISI HURAIAN 1. Promosi a. Dalam/Luar negara 2. Meningkatkan prasarana 3. Membangunkan Kawasan Semulajadi 4. Kerjasama serantau 5. Kemudahan perkhidmatan 6. Meningkatkan Tahap keselamatan a. Lapangan terbang, b. Pengangkutan darat c. Feri a. Pulau peranginan b. Hutan simpan a. Negara ASEAN- membantu promosi pelancongan a. Penginapan, urusan kewangan a. Sempadan laut,darat,udara

CONTOH Cuti-cuti Malaysia Pameran kraftangan KLIA Lebuhraya, LRT,ERL

Pulau Sipadan, Pulau Redang Taman Negara Tahan Tanun Melawat Malaysia Hotel, bank Polis, marin, tentera

SEKTOR KEWANGAN, INSURAN,HARTANAH, PERKHIDMATAN PERNIAGAAN Sektor Perkhidmatan 1. Kewangan - Bank-simpanan wang - Syarikat kewangan pinjaman 2. Insurans - Perlindungan kepada manusia daripada bencana alam, kemalangan, rawatan dan pendidikan 3. Hartanah - Jual beli rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat 4. Perniagaan - Guaman, perundingan, perubatan, pendidikan, keselamatan, kebersihan dan kerjaya

1.(a)

Berdasarkan kepada sebuah negara yang telah anda kaji; (i) Nyatakan empat produk pelancongan yang terdapat di kawasan tanah tinggi di negara tersebut. [ 5 ] (ii) Huraikan faktor fizikal yang mempengaruhi perkembangan industri pelancongan di Malaysia. [ 10] (iii) Jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara Malaysia. [ 10 ]

INDUSTRI PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI 1. Industri pengangkutan dan telekomunikasi menjadi sektor perkhidmatan yang kedua penting. Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang yang utama iaitu: (a) pengangkutan darat seperti lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter, Monorel dan Jalinan Transit Ekspres (ERL). (b) pengangkutan air melibatkan sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal pengangkut atau kapal dagang. bot dan sampan. Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan munculnya pelabuhan entreport seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Gelang, dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. (c) pengangkutan udara melibatkan kapal terbang dan helikopter. Kewujudan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Lapangan Terbang Senai, dan LapanganTerbang Kuching membuktikan sistem pengangkutan udara di Malaysia juga mengalami perkembangan yang pesat. Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini. 2. Dalam bidang telekomunikasi pula, melibatkan penggunaan telefon dan telefon bimbit, faksimili, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), internet dan intranet, dan sebagainya yang menyebabkan penyebaran maklumat, inovasi, aliran keluar masuk modal, urusan perniagaan, dan penerokaan pasaran menjadi lebih mudah dan cepat. 3. Konsep e-dagang merupakan bidang komunikasi perdagangan global masa kini yang mesti dikuasai oleh Malaysia. Justeru, kerajaan telah menjayakan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.

SEKTOR KEWANGAN, INSURANS, HARTANAH, DAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN 1. Perkhidmatan kewangan melibatkan syarikat kewangan dan bank. Bank menyediakan kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada pengusaha dan peniaga. Terdapat pelbagai jenis yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Maybank, Bank Bumiputera Commerce, Bank Simpanan Nasional, Public Bank, dan lain-lain. Perkembangan pesat sektor perbankan di Malaysia menyebabkan is berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan. Di sini diaglomerasikan pelbagai jenis syarikat kewangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan. Perkhidmatan insurans pula menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada manusia daripada bencana alam, kemalangan, rawatan, dan pendidikan dengan menggunakan pelbagai nama seperti insurans nyawa, insurans kesihatan, insurans kemalangan, dan insurans pendidikan. Terdapat dua jenis insurans di Malaysia iaitu insurans konvensional dan insurans takaful. Sektor hartanah pula melibatkan perkhidmatan jual beli rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan lain-lain. Manakala bagi perkhidmatan perniagaan, melibatkan perkhidmatan seperti guaman, perundingan (konsultansi), perubatan, pendidikan, keselamatan, kebersihan, dan kerjaya.

2. 3.

4.

5.

SEKTOR UTILITI ELEKTRIK, AIR, DAN GAS 1. Sektor ini merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk dan menjadi keperluan asasi manusia pada masa kini. Utiliti elektrik melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada kediaman penduduk, industri, komersial, perniagaan, dan organisasi. 2. Di Malaysia pembekalan tenaga elektrik dimonopoli oleh syarikat bersekutu kerajaan (SBK) iaitu Tenaga Nasional Berhad TNB,- manakala bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air,( JB) di bawah kerajaan negeri masing-masing. 3. Namun begitu, terdapat juga sesetengah negeri yang menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada penduduk seperti SYABAS di Selangor dan AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan. Pada tahun 2000, 101% daripada kawasan bandar dan 93% kawasan luar bandar di Malaysia telah dibekalkan dengan kemudahan tenaga elektrik. Manakala 98% penduduk bandar dan 87% penduduk luar bandar menikmati perkhidmatan bekalan air bersih.

PERKHIDMATAN KERAJAAN 1. Di Malaysia perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatanyang amat penting kepada penduduknya walaupun negara telah mengamalkan dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untukmembayar kos perkhidmatan swasta masih lagi rendah. 2. Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk membantu keselesaan, kesejahteraan, kebajikan- dan keselamatan rakyat. 3. Antara sektor-sektor penting yang disediakan oleh kerajaan dan tl'da'r-, diswastakan sepenuhnya ialah seperti sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran, keselamatan awam, dan keselamatan negara Perkhidmatan kerajaan im berlangsung dalam tiga peringkat iaitu: (a) kerajaan negeri (b) peringkat kerajaan pusat (c) pihak berkuasa tempatan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN 1. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan pesat sektor perkhidmatan di Malaysia. Antaranya seperti: (a) faktor fizikal (b) faktor ekonomi (c) faktor governan (d) faktor teknologi FAKTOR FIZIKAL. 1. Kekayaan sumber semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia telah menggalakkan penyediaan pelbagai kemudahan perkhidmatan. Misalnya perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memajukan sektor pengangkutan. pelabuhan, dan bekalan tenaga elektrik dan gas kepada penduduk Berta industri perkilangan. 2. Manakala kewujudan sungai yang besar dan dalam pula menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti Sungai Rajang di Sarawak. 3. Dalam konteks sektor pelancongan, hampir 90% daripadanya bergantung kepada keindahan semula jadi atau alam sekitar. Produk ekopelancongan di Malaysia misalnya, penting dalam menjana perkembangan pesat sektor pelancongan negara kerana terdapatnya unsur-unsur semula jadi seperti keindahan pantai dan pulau, tanah tinggi beriklim sederhana sejuk, hutan lipur dan air terjun, tasik, gua, dan lain-lain. FAKTOR EKONOMI. 1. Kemajuan sektor ekonomi primer dan sekunder menjadi asas penting untuk memperkembangkan sektor perkhidmatan negara kerana sektor perkhidmatan bergantung kepada produk ekonomi primer dan sekunder sebagai inputnya. 2. Hasil-hasil pertanian, perlombongan, dan perindustrian perlu diangkut dan dipasarkan ke kawasan pasaran. Keadaan ini memerlukan perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi yang moden dan cepat supaya produk tersebut boleti sampai dengan segera kepada pengguna. Oleh itu, rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api memainkan peranan penting.

3. Selain itu, permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan, pelancongan, kesihatan, dan pendidikan tinggi bergantung kepada pendapatan perkapita pengguna untuk menjamin kuasa beli yang tinggi. Jika pendapatan perkapita penduduk masih rendah maka permintaankepada sektor perkhidmatan juga akan berkurangan. FAKTOR GOVERNAN 1. Di Malaysia, kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan sektor perkhidmatan. Antara peranan yang diambil oleh kerajaan ialah menggalakkan pelabur asing menanam modal dalam sektor pelancongan, membuka pusat pengajian tinggi, dan menyediakan perkhidmatan insurans dan bank. Contohnya, para pelabur diberikan pengecualian cukai antara 85% hingga 100% bagi menggalakkan mereka melabur di negara ini. 2. Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar negara terns dilakukan oleh kerajaan menerusi TDC. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan pula, kerajaan bersungguh-sungguh mengembangkan industri francais, memperluaskan konsep e-dagang, menjayakan MSC, menyediakan infrastruktur yang lengkap seperti membina jaringan lebuh raya dan rangkaian telekomunikasi canggih. Tujuan pelaksanaan yang diambil oleh kerajaan ini adalah untuk menjana sektor perkhidmatan dalam negara. 3. Menerusi dasar penswastaan negara pula, kerajaan telah memajukan perkhidmatan utiliti seperti bekalan air bersih, tenaga elektrik dan telekomunikasi. Justeru itu, muncul syarikat konglomerat swasta yang memberikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat seperti TELEKOM, CELCOM, MAXIS, dan sebagainya. FAKTOR TEKNOLOGI 1. Kepesatan pembangunan sektor perkhidmatan amat dibantu oleh kemajuan teknologi dan inovasi barn. Justeru itu, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan sentiasa dilakukan oleh kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi cita rasa pengguna. 2. Teknologi moden bukan sahaja dibangunkan melalui R&D dalam negara malah ada yang dipindahkan atau diimport dari luar negara. Secara jelas teknologi telekomunikasi berkembang dengan pesat di Malaysia clan perkembangan teknologi telekomunikasi ini amat membantu perkembangan sektor perkhidmatan yang lain seperti sektor pelancongan, pengangkutan, kewangan, perniagaan, dan lain-lain. KEPENTINGAN SEKTOR PERKHIDMATAN KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIAL 1. Sektor perkidmatan turut terlibat dalam menjana pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. Salah satu sumbangan sektor ini ialah membantu meningkatkan KDNK negara dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga manusia yang sekaligus mengurangkan kadar pengangguran. Sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK dan guna tenaga (pekerjaan) ditunjukkan pada Jadual 13.1. 2. Sektor perkhidmatan juga berkepentingan dalam membantu membangunkan sektor ekonomi lain yang berkaitan khususnya sektor primer dan sekunder. Dengan adanya sektor perkhidmatan maka sektorsektor lain juga akan turut berkembang sebagai satu rantaian tindak balas ekonomi.

3. Misalnya, bahan mentah dan barangan siap untuk perindustrian yan.- diangkut ke kilang atau ke pasaran menerusi sistem pengangkutardarat, air, atau udara. 4. Sektor kewangan dan bank memberikan perkhidmatan pinjaman kredi- untuk pekilang atau pengusaha-pengusaha untuk menjalankaroperasinya. Pembekalan tenaga elektrik dan air pula menjamin sektor industri berkembang dengan baik. Kesannya seluruh peringkat kegiata- ekonomi akan dapat dimajukan. 5. Selain itu, sektor perkhidmatan turu t menyumbang dalam meningkatkan taraf sosioe konomi penduduk. Di Malaysia, peningkatan taraf sosial dan taraf hidup penduduk amat dibantu oleh perkhidmatan kerajaan. Misalnya perkhidmatan kesihatan yang disediakan seperti hospital, poliklinik, klinik desa, bekalan ubat, dan doktor terlatih telah mengurangkan kadar kematian penduduk, meningkatkan kelahiran, dan memanjangkan jangka hayat penduduk. 6. Kemudahan ini disediakan khususnya kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar bagi menikmati kesihatan yang sempurna. 7. Dalam konteks pendidikan pula, kerajaan turut menyediakan sekolah, kolej, IPT yang memberikan pendidikan terbaik kepada rakyat. Faktor ini akan akan membantu mengurangkan kadar buta huruf dan meningkatkan kadar celik teknologi. 8. Sektor perkhimatan juga berperanan dalam meningkatkan teknologi dan kualiti buruh dalam negara. Melalui perkembangan ICT, Malaysia telah berjaya menjana inovasi baru dan menghasilkan teknologi baru yang mampu berdaya saing bagi mengeluarkan produk yang berkualiti. Teknologi reka bentuk dan teknologi kawalan mutu dicipta melalui perkhidmatan ICT yang ada. 9. MIMOS misalnya, banyak melahirkan teknologi baru yang digunapakai dalam pelbagai aspek pengurusan maklumat di negara kita. 10. Selain itu, aspek pemindahan teknologi dari luar negara juga menjadi lebih cepat dengan adanya kemudahan perkhidmatan ICT ini. 11. Dari segi kualiti buruh pula, tenaga buruh mahir dapat ditingkat melalui kemudahan ICT yang disediakan. Latihan, pengembangan, dan pembangunan sumber tenaga manusia (HRD) dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta akan dapat melahirkan ramai golongan profesional dalam negara. 12. Seterusnya sektor perkhidmatan berkepentingan dalam menambahkan aliran masuk modal ke dalam negara khususnya daripada pelabur asing. Sumbangan sektor perkhidmatan ke arah kemasukan modal asing ke Malaysia amatlah besar. 13. Dengan adanya kemudahan perbankan luar pesisir seperti di Labuan maka pelabur asing dengan mullah boleh membuat pinjaman untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi di negara kita. 14. Selain itu, perkhidmatan bank-bank dan syarikat kewangan tempatan juga banyak membantu penambahan modal negara khususnya di kalangan pengusaha-pengusaha tempatan.

INDUSTRI PENGANGKUTAN 1. Jenis Pengangkutan ISI HURAIAN a. Jalan a. Jalanraya darat Sesuai untuk semua bmb, jarak jauh/dekat, kaw. padat penduduk b. Jalan keretapi Bmb rata, jarak jauh, kaw kurang padat b. Jalan a. Jarak jauh, lapangan terbang, produk ringan dan udara bernilai b. Tahap keselamatan tinggi c. Penumpang dan kargo c. Jalan air a. Jalan sungai b. Jalan laut Pelabuhan, produk berat, banyak (pukal) Jarak jauh

CONTOH bas, lori LRT, MONORAIL ERL, KOMUTER Kapalterbang MAS, AIR ASIA Bot laju Kapal kargo Kapal tangki Cruise

Kos murah Risiko rendah

2. Kepentingan Pengangkutan ISI a. Meningkatkan aliran barang b. Mempengaruhi pola/taburan penduduk c. Menggalakkan mobiliti penduduk d. Meningkatkan darjah ketersampaian e. Meningkatkan pendapatan negara f. Menjimatkan masa g. Peluang pekerjaan HURAIAN a. Darjah ketersampaian tinggi CONTOH Lebuhraya, jalan keretapi Kebun kecil Jalan raya Pusat bandar KLIA Felda/ kawasan pedalaman Tol Sg Besi Lebuh/ raya PLUS Pemandu bas, pilot, kelasi

a. Berselerak, berjajar, berkelompok a. Migrasi, pelancong, tempat kerja a. Mudah meneroka kawasan baru a. Cukai jalan, tol a. Lebuhraya, Komuter, LRT a. Profesional, separa mahir

3. Kesan Industri Pengangkutan Terhadap Alam Sekitar ISI a. Pencemaran udara HURAIAN a. Asap kenderaan, jelaga b. Karbon dioksida, Karbon monoksida, Plumbum a. Asap dan minyak b. Bunyi kapalterbang, keretapi a. Bina lebuhraya, lapangan terbang a. Jalanraya di tanah tinggi a. Tumpahan/kebocoran minyak kapal a. Asap kenderaan, kawasan lapangan terbang CONTOH Lori Bas Kereta - kilang getah/sawit - lapangan terbang - L/raya timur barat - Cameron Highland-Tapah - Selat melaka - bandar KL

b. Pencemaran bau dan bunyi c. Kepupusan hutan flora dan fauna d. Hakisan tanah tanah runtuh e. Pencemaran air/laut f. Suhu mikro bandar meningkat

You might also like