You are on page 1of 8

1.

1 Pengenalan

Malaysia adalah salah sebuah negara yang terdapat banyak sistem perumahan kos rendah. Sistem perumahan ko rendah di Malaysia dibina dengan mementingkan cirri-ciri keselamatan pada semua struktur dan pembinaan bangunannya. Kebanyakkan sistem perumahan kos rendah di Malaysia mengamalkan corak pembinaan masonry.

Pada umumnya, pembinaan rumah kos rendah merupakan pembinaan perumahan yang nilanya tidak melebihi RM 45 000 yang dibina secara meluas berdasarkan permintaan dan beberapa faktor yang mempengaruhinya. Pembinaan rumah kos rendah yang berasaskan masonry mempunyai nilai tersendiri dan ia telah lama bertapak di Malaysia.

Perkataan masonry itu sendiri bermaksud satu sistem pembinaan yang merangkumi unit-unit masonry yang digabungkan satu sama lain. Ia digabungkan dengan mortar sebagai sesuatu individu dengan individu yang lain dengan menggunakan mortar supaya menjadi satu ikatan yang kukuh.

Terdapat pelbagai jenis unit masonry yang digunakan dalam sistem pembinaan masonry. Di antaranya ialah bata tanah liat, blok konkrit, bata konkrit dan sebagainya. Struktur masonry sebenarnya adalah sangat penting bagi setiap bangunan yang dibina. Ia termasuklah bangunan yang bersaiz kecil, sederhana dan juga yang bersaiz besar. Biasanya struktur masonry boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu struktur yang menanggung beban dan struktur yang tidak menanggung beban.

1.2 Penyataan masalah

Rumah kos rendah merupakan rumah yang dibina dengan menggunakan kos pembinaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dikhaskan harganya. Di samping itu juga ia dibina untuk keperluan mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapka oleh pihak kerajaan persekutuan atau negeri.

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan ( PMBK ) pada majlis pelancaran rumah kos rendah, telah memperuntukkan sebanyak 128 buah rumah dengan harga yang amat berpatutan untuk rakyat Kelantan.

Tujuan utama adalah untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan harga rumah yang bersesuaian dan berpatutan dengan kemampuan rakyat negeri ini, di samping turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan sosial.

Kebanyakkan pembinaan rumah kos rendah di Malaysia menggunakan masonry sebagai salah satu struktur pembinaanya. Pembinaan struktur masonry di Malaysia telah dipelbagaikan mengikut kegunaan tertentu.

1.3 Persoalan kajian

Persoalan kajian adalah merupakan perkara yang perlu dititik beratkan dalam melaksanakan sesuatu kajian yang ingin dicadangkan. Persoalan kajian dilakukan bagi mengenalpasti dan merumuskan persoalan kajian yang dilakukan. Persoalan kajian bertujuan untuk mengukur sepanjang mana kejayaan sesuatu yang dikaji sama ada dapat mencapai oblektif yang dikehendaki atau tidak. Dengan adanya persoalan kajian objektifobjektif yang telah digariskan tidak akan bercanggah. Antara persoalan yang timbul bagi kajian ini ialah: i) ii) Apakah fator-faktor pemilihan bata masonry ? Bagaimanakah kaedah pembinaan menggunakan bata masonry untuk rumah kediaman kos rendah? iii) Berapakah kos yang diperlukan untuk pembinaan rumah kediaman kos rendah menggunakan bata masonry?

1.4 Kepentingan kajian

Antara kepentingan kajian yang diperolehi daripada hasil pemerhatian dan juga kaji selidik yang kami jalankan bersama adalah: i) ii) Dapat mengenalpasti faktor-faktor pemilihan bata masonry. Dapat mengenalpasti kaedah pembinaan menggunakan bata masonry untuk rumah kediaman kos rendah . iii) Dapat mengatahui kos yang diperlukan untuk pembinaan rumah kediaman kos rendah menggunakan bata masonry .

1.5 Objektif kajian

Setiap kajian yang dibuat mestilah mempunyai objektifnya yang tersendiri bagi mengambarkan serba sedikit mengenai tujuan penyelidikan tersebut setelah penyata masalah bagi sesuatu kajian dibincangkan. Dengan adanya objektif dalam sesuatu kajian ia dapat mengelakkan kajian yang dilakukan tidak tersasar dari tujuan yang sebenar dan dapat menfokuskan ke arah satu matlamat yang ingin dicapai. Bagi mencapai matlamat kajian ini, terdapat tiga objektif yang dapat dikenalpasti iaitu:

i) ii)

Mengenalpasti faktor-faktor pemilihan bata masonry. Mengenalpasti kaedah pembinaan menggunakan bata masonry untuk rumah kediaman kos rendah .

iii)

Mengatahui kos yang diperlukan untuk pembinaan rumah kediaman kos rendah menggunakan bata masonry .

1.6 Skop kajian

Skop kajian akan ditentukan dari awal proses kajian bagi memudahkan proses pencarian maklumat dan pengumpulan data mengenai sistem pembinaan masonry untuk rumah kos rendah ini. Skop kajian akan menjelaskan tentang had-had perlaksanaan kajian yang akan dijalankan. selain itu, Ia dapat memastikan perlaksanaan kajian tidak terkeluar daripada skop atau had yang telah ditetapkan dalam kajian ini.

i)

Skop penyelidikan kajian tertumpu di kawasan pembinaan yang baru atau sedang dijalankan di kawasan negeri Kelantan.

ii)

Skop kajian adalah dari segi pengurusan dan sistem pembinaan masonry dalam pembinaan rumah kos rendah.

1.7 Metodologi

Untuk mencapai matlamat dan objektif sebenar bagi kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang telah diatur secara berperingkat agar segala maklumat dan data yang diperoleh dapat menjamin kelancaran perjalanan kajian bagi permasalahan dan pertikaian dapat mencapai penyelesaian yang berkesan. Data - data yang dikumpulkan bagi kaedah penyelidikan akan melalui beberapa cara. Antaranya ialah :1. 2. Perbincangan awal terhadap cadangan. Kajian Literatur Pembacaan ke atas bahan-bahan penerbitan seperti majalah, tesis, buku dan internet. 3. Pengumpulan Data Soal selidik berkaitan tajuk kajian akan disediakan dan diserahkan kepada pihak responden untuk diisi. 4. Borang soal selidik Diedar kepada individu tertentu untuk mengetahui tahap keberkesanannya bahan kajian 5. Temu bual Untuk mendapatkan banyak maklumat tentang penggunaan Masonry dalam industri pembinaan. rujukan

Lampiran

Artikal Tentang Jenis Masonry Untuk Rumah Anda

Sementara membangun rumah penampilan luar banyak hal. Terutama ketika Anda sedang membangun, merenovasi atau renovasi rumah besar. Jalur, teras, taman dan halaman harus benar-benar eye-catching. Siapa yang tidak ingin rumah mereka untuk dikagumi? Sebuah kesan pertama yang baik akan selalu bergantung pada luar. Di zaman modern orang memilih untuk berbagai jenis batu untuk menghias luar rumah mereka. Batu bata dan batu batu memberikan terlihat kuno, sedangkan kaca dan marmer akan membuat tampilan yang sangat modern. Beberapa jenis batu yang veneer, serpentin dan batu blok beton. Veneers, blok beton, Bata, A-Jacks, dan blok batu adalah beberapa bahan yang digunakan dalam batu. Dalam artikel ini kita akan berbicara tentang beberapa jenis umum dari bahan batu yang dapat meningkatkan tampilan eksterior rumah Anda. batu bata - bata jenis ini dibangun dengan batu bata individu yang ditempatkan dalam pola tertentu dan terikat bersama-sama. Pasangan bata bata adalah salah satu jenis yang paling populer digunakan untuk konstruksi. Mereka dapat mendukung berat badan dan oleh karena itu sangat tahan lama. Serpentine - Ini adalah jenis batu yang terikat bersama oleh mortir. Hal ini mengikuti jalur yang 'belok kresek', yaitu, ia tidak memiliki keseragaman dalam pola nya. Nama itu sendiri menunjukkan fakta ini. Veneer batu - batu jenis ini biasanya terdiri dari tanah liat berbasis batu bata. Dinding dibangun dari batu veneer memiliki gigi berlubang udara yang membantu dalam drainase yang efektif dan isolasi. Tipe ini mandiri dan karena cahayanya alam, membantu untuk menghindari beban tambahan sementara pembangunan.

Artikal yang dikeluarkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)

Kelantan Bantu rakyat miskin dengan menyediakan rumah mampu milik. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) merupakan sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan ekonomi Negeri Kelantan melalui projekprojek pembangunan insfrastruktur, industri, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini. "Kebajikan rakyat diutamakan" merupakan prinsip asas penubuhan PMBK. Ia selaras dengan dasar yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Untuk merealisasikan matlamat tersebut PMBK mengambil tanggungjawab untuk menyediakan perumahan dan kediaman yang mampu dimiliki oleh rakyat dengan kos yang murah.

Tujuannya utama adalah untuk menyediakan kemudahan perumahan yang sempurna kepada golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan harga rumah yang bersesuaian dan berpatutan dengan kemampuan rakyat negeri ini, di samping turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas dan sosial. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memutuskan pelancaran Rumah Kos Rendah PMBK perlu dilaksanakan dengan segera, dan 15 Mei lalu telah dipilih sebagai hari pelancaran Rumah Kos Rendah PMBK. Majlis diadakan di Desa Wadi Iman, Mukim Mahang West, Kok Lanas, dimulai dengan solat hajat yang diimamkan Tuan Guru sendiri dengan dihadiri penduduk setempat dan warga Kelantan yang berminat untuk mendapatkan kediaman tersebut. PMBK telah memperuntukkan sebanyak 128 buah rumah dengan harga yang amat berpatutan untuk rakyat Kelantan. Pada majlis itu Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan "Kerajaan Negeri membelanjakan RM50 juta bagi tempoh 2006 hingga 2010 di bawah Program Rumah Mampu Milik. Permintaan dan keperluan rumah kos rendah di negeri ini masih tinggi dan kerajaan negeri sedaya mungkin cuba memenuhi keperluan tersebut. Kerajaan Negeri Kelantan memerlukan 6,364 unit rumah untuk menampung keperluan golongan berpendapatan rendah, termasuk 2,800 di jajahan Kota Bharu" "Kita percaya masih banyak lagi rumah kos rendah diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah di negeri ini dan kerajaan cuba sedaya upaya memenuhinya dengan kemampuan yang terhad kerana masalah peruntukan," ujar beliau.
7

Pada majlis pelancaran tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mej (B) Dato' Md Anizam Abd Rahman berkata Kerajaan Negeri akan memastikan setiap projek perumahan yang dilaksanakan tidak terbengkalai. "Ini perlu bagi mastikan matlamat dasar dan konsep kerajaan negeri iaitu satu rumah satu keluarga tercapai." PMBK sebagai sebuah agensi kerajaan bertanggungjawab untuk membela rakyat yang kurang berkemampuan mengambil langkah sewajarnya dengan meyediakan kediaman yang selesa dan selamat serta mampu milik dengan kos yang amat berpatutan. Dengan adanya Rumah Kos Rendah PMBK ini, adalah diharapkan ianya dapat membantu rakyat negeri Kelantan memiliki kediaman yang selesa.

You might also like