You are on page 1of 37

STANDARD

I NDUSTR
PEMBINAAN
(CONSTRUCTION IN DUSTRY STANDARD)

C€S 2 {S#S
=
SY&ruffiAffiffi PMffiUilWAH&ru KffiffiAMffi5A&ru
ffi&G s PH ffi U a#4ffi&f{ KG?+mE r€ *AH
ffi#ffiAt{ F&NGS& r"
a

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA CIDB


Agensi Penyediaan Standard MALAYSIA
STANDARD PERUMAHAN KEBANGSAAN
BAGI PERUMAHAN KOS RENDAH
RUMAH PANGSA

CIDB
MALAYSIA

l
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Standard perumahan kebangsaan bagi perumahan kos rendah


rumah pangsa.
(Construction industry standard : Cl52 : 1998)
tsBN 983-40002- 1-9
1. Constructionindustry--Standards--Malaysia. 2. House
construction--Standards--Malaysia. 3. Aparlments--Standards--
Malaysia. l. Lembaga Pembangunan lndustri Pembtnaan Ma avs a.
ll. Srrr.
690.80218
Standard ini disediakan oleh Lembaga Pembangunan lndustri-Pembinaan Malaysia sebagai Standard
lndustri Pembinaan ( Construction lndustry Standard ) melalui perlantikan Lembaga Pembangunan
lndustri Pembinaan Malaysia sebagai Agensi Penyediaan Standard (SWO) oleh SIRIM Bhd. pada 22
April 1997.

Standard ini diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Standard Perumahan yang ditubuhkan oleh
Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia bagi menyediakan standard-standard bagisektor
perumahan.

Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia ingin menarik perhatian bahawa fakta-fakta yang
terdapat dalam standard ini tidak semestinya mengandungi segala keperluan kontrak pembinaan.

Standard ini tertakluk kepada kajian semula berkala mengikut perkembangan semasa industri
perumahan. Segala cadangan untuk memperbaiki akan direkod dan dikemukakan kepada pihak
Jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi mengkaji semula standard yang dirujuk.

Penyediaan Standard ini meruluk kepada :

Rujukan Jawatankuasa : CIDB / SWO - TC 1 / WG 2


Rujukan Fail : LPPIM:PT/USQ/09/12

Segala komen yang dicadangkan hendaklah dihantar kepada urusetia yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia


Bahagian Pembangunan Teknologi
Unit Standard dan Kualiti
Tingkat 15, Menara Dato Onn PWTC
45 Jalan Tun lsmail,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 603 441 4311
Faks : 603 445 4272 I 4433172
http : //www.cidb.gov.my

Perubahan yang dibuat setelah diterbitkan

Brl. Perubahan Tarikh dikeluarkan Pembetulan yang dibuat

(i)
PRAKATA

Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan Malaysia ( CIDB ) adalah sebuah badan statutod yang
ditubuhkan melalui Akta Parlimen iaitu Akta 520 (Akta Lembaga Pembang{rnErn lndusfri Pent*naan
Malaysia) yang telah diwartakan pada bulan Julai 1994. Lembaga ini telah mula beroperasi @a 1
Disember 1994.

Salah satu fungsi lembaga ini seperti yang termaktub di bawah subsekysen 4(1) AlthSAr&&ah untuk
menggiatkan penstandardan dan peningkatan teknik serta bahan binaan dalam lrdustri Fen*tinaan.
CIDB telah dilantik menjadiAgensi Penyediaan Standard (StandardsWritingOrgiani:safbn)pada22April
1997 oleh SIRIM Berhad bagi membangunkan standard - standard untuk se*tor pembiman.

Skop perlantikan ini adalah bagi menyediakan standard nasional iaitu Standard Malaysia (MS) dan
standard industri iaitu Standard lndustri Pembinaan (ClS ).

Standard initelah disediakan oleh kumpulan kerja Standard Perumahan Kebangsaan bagi Perumahan
Kos Rendah Rumah Pangsa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perumahan.

(ii)

5
Perwaki lan Jawatan kuasa

Perwakrlan kepada Jawatankuasa adalah terdiri daripada individu-individu yang mewakili Kementerian-Kementerian, Badan-
badan Berkanun, lnstitusi-lnstitusi Pengajian Tinggi, Pertubuhan-Pertubuhan lkhtisas dan Persatuan-Persatuan berikut:

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Kementerian Kerla Raya
Kementerian Tenaga dan Pos
Kementerian Peidagangan dan Hal Ehwal Pengguna dalam Negeri
SIRIM Berhad
Universiti Teknologi Malaysia
Pertubuhan Arkitek Malaysra
Pertubuhan Perancangan Malaysia
Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia
lnstitul Jurulera Malaysia
Persatuan Perunding Jurutera Malaysia
Persatuan Pemborong Binaan Malaysia

Jawatankuasa Teknikal bagi Standard Perumahan Kebangsaan diwakili oleh:

lr. Sim Gan Poh (Pengerusi) Jabatan Perumahan Negara


En. Lokman b. Darus / En. lsmail b. Sharitf ( Setiausaha ) CIDB
En. Nordin b. Mohd Salleh Jabatan Kerajaan Tempatan
Pn. Norasiah bt. Yahya Jabatan Perancang Bandar dan Desa
En. N. N.4arimuthu Persatuan Pengguna Malaysia
Prof Madya Noor Sharipah bl. Sutan Sidi /
Dr. Nooraini bt. Yusoff Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia
Pn Khatijah bt. Hashim SIRIM Bhd.
En. Chong Lee Siong Pertubuhan Arkitek Malaysia
Dr. Muhamad b. Nong Pertubuhan Perancangan Malaysia
En. Lee Yee Kuang Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia
lr. Toh Hock Choon Persatuan Perunding Jurutera Malaysia
En. Azlan b. Mohamed Salleh Persatuan Pemborong Binaan Malaysia
lr. Mohamed b. Mohd.Nuruddin / CIDB
En. Megal Kamil Azmi b. Megat Rus Kamarani

Kumpulan Kerja yang terlibat dalam penyediaan Standard Perumahan Kebangsaan Kos Rendah
bagi Rumah Pangsa ialah:
Pn. Dang.Anom bt. Md. Zin (Pengerusi) Jabatan Perumahan Negara
Gha{far
En. Chow Wah / En. Ahmad Fahmi b. Abd. Jabatan Perumahan Negara
En. Lokman b Darus / En. lsmail b. Sharilf (Setiausaha ) CIDB
En. Amir b. lsmail Jabatan Kerajaan Tempatan
lr Chin Wei Choong / En. Kamalaldin b, Abdul LatiJ Jabatan Kerja Raya
Pn. Norasiah bt. Yahya /Pn Jamariah bt. lsam Jabatan Perancang Bandar dan Desa
En. Mustapah b. Aris Jabatan Lanskap Negara
En. Yusni b Hj.Yaakob Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
En. Mohd Ali b. Rashidi Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas
Salleh
En. Razali Aw. b. Mat Jabatan Bomba dan Penyelamat
Sulaiman
Prof. Madya Ahmad Bashri b. Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia
En. Lee Yee Kuang Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia
lr. Tan Hoh You, Peter lnstitut Jurutera l/alaysia
Wahab
Y. Bhg. Dato Abdullah Bakri b. A. Pertubuhan Arkitek Malaysia
lr. Mohamed b. Mohd. Nuruddin /
En. Megat Kamil Azmi b. Megat Rus Kamarani CIDB

(iii)

I
KANDUNGAN

Muka surat

0. Pendahuluan 1

'1.
Skop 2
2. Def inisi 3

BAHAGIAN 1: STANDARD PERANCANGAN

1. Skop
2. Kerja - Kerja Tanah
a Keluasan Lantai
/
+. Saiz Unit Kediaman
tr Jarak Antara Bangunan
6. Sistem Rangkaian Jalan
1
Sistem Betikulasi Air
8. Sistem Pembetungan
9. Keperluan Pencegahan Kebakaran
10. Ruang Letak Kereta dan Motosikal
.11.
Kemudahan Sosial dan Kemasyarakatan
tz. Kemudahan Elektrik
13. Landskap

BAHAGIAN 2: STANDARD REKA BENTUK

1. Skop 2l
2. Susun Atur dan Beka bentuk Bangunan 21
Sistem Bekalan Air Dalaman ZI
4. Pemasangan Elektrik 27
tr Pemasangan Gas m
6. Pendawaian Dalaman Bagr Telefon Ztt
7 Sistem Rangkaian Jalan 2A
L Sistem Saliran m
9. Sistem Pembetungan n
LAMPIRAN

(iv)
CIS 2 : 1998

STANDARD PERUMAHAN KEBANGSAAN BAGI PERUMAHAN


KOS RENDAH RUMAH PANGSA

O. PENDAHULUAN

Standard Perumahan Kos Rendah yang seragam adalah perlu bagi mempastikan pembangunan
Perumahan Kos Rendah yang lebih sempurna dan komprehensif. Standard ini adalah untuk memberi
kesan yang memuaskan terhadap usaha-usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan
alam persekitaran terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Standard ini adalah untuk digunapakai bagi perancangan semua projek pembangunan Perumahan Kos
Rendah Rumah Pangsa yang merangkumi projek-projek sektor awam dan sektor swasta di Malaysia.

Semua reka bentuk hendaklah mematuhi semua kehendak Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, termasuk pindaan terkini.

Standard ini mengambil kira empat parameter sebagai skop dan asas penentuan Standard iaitu :

0.1 Keselamatan

Perhatian diberi kepada keselamatan individu dan harta benda serta penekanan kepada
keperluan fizikal seperti penyediaan ruang-ruang dan laluan keluar/masuk yang mencukupi
di masa kecemasan, penentuan jarak minimum di antara bangunan-bangunan dan jalan
keluar/masuk pilihan ke blok-blok kediaman.

0.2 Kemudahan infrastruktur yang lengkap

Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang perlu ada bagi setiap skim perumahan ialah
sepertijalan keluar/masukyang mencukupi, sistem saliran, bekalan elektrik, sistem pembetungan,
sistem pembuangan sampah, lampu-lampu jalan yang mencukupi, perkhidmatan telekom,
dan lain-lain kemudahan awam. Dengan perancangan yang teliti, kesemua kemudahan
dapat disediakan melalui penggunaan tanah yang optimum tanpa menjejaskan kualiti
kemudahan yang disediakan.

0.3 Kesihatan mental dan fizikal

Keperluan asas yang perlu bagi menjamin kesihatan mental dan fizikal ialah reka bentuk ruang
unit-unit kediaman yang menitikberatkan keselesaan penghuni dengan penekanan kepada
pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serla keluasan lantai yang bersesuaian.
Kawasan lapang yang cukup untuk kemudahan fizikal dan rekreasiterutamanya bagi belia dan
kanak-kanak juga perlu diadakan.

Perancangan fizikal setiap skim perumahan perlu memberi perhatian kepada susun atur
unit-unit kediaman supaya penghuni mendapat privacy serta langkah-langkah perlu bagi
mengurangkan pencemaran udara, bunyi bising, bau busuk, kesesakan dan lain-lain.

t
CIS 2 : 1998

0.4 Kesihatan masyarakat

lndividu tidak boleh hidup tanpa interaksi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Perhatian
yang khusus perlu diberi kepada keadaan persekitaran masyarakat. Kemudahan sosialdalam
kawasan perumahan seperti kedai, sekolah, kemudahan keugamaan, kemudahan kesihatan
dan lain-lain hendaklah disediakan dengan sempurna dan mencukupi demi kesejahteraan
masyarakat.

0.5 Standard ini disediakan berdasarkan enam (6) objektif berikut :

0.5.1 Mewujudkan keseragaman dalam pembangunan Perumahan Kos Rendah.

0.5.2 Membantu pihak-pihak sektor awam dan swasta yang terlibat mempercepatkan
proses perancangan dan penyediaan pelan-pelan bagi projek Perumahan Kos
Rendah.

0.5.3 Memudah dan mempercepatkan Pihak Berkuasa -[e-:a:a' -.-:-_ s:: :3 ai-
pelan yang dikemukakan untuk kelulusan.

0.5.4 Membantu mengurangkan kos Denca"J--z^ :':.a< :='--i- =- - -. '=^:ah


tanpamenjejaskan kualrti ruma'la- <=--:1'z' -:-= ::'= --=' aa,.n
persekitaran Perumahan Kos Fe^::-

0.5.5 Mempertingkatkan kualiii rumar :?^ <a* -:=- i- ' : -.- ::-= - --- '. aram
persekitaran Perumahan Kos Rendah.

0.5.6 Membantu membentuk suasana dan perse<;a'e' ;=-l ^:----:' -- -. -::,-aksi


sesama penduduk dan diantara penduduk da' z :=- ::-
=-

1. SKOP

Standard ini dibahagikan kepada dua bahagian.

1.1 Standard Perancangan

Standard perancangan ini memberi penekanan <ea1:1 :.:- l:-t-: = -:=': ;1'a aat J
dipatuhiuntukperancangankawasanperumahanbag -:-l-'. -a- r.-:-'-'-':=:a,i,ang
cekap, selesa dan selamat demi kesejahteraan peng. -''',z

1.2 Standard Reka Bentuk

Standard reka bentuk ini memberi penekanan keoaca s:e-la'l'::;':)') :2-::.. - irpatuhi
bagi mempastikan setiap unjt rumah yang dihasrlkan ce---)> :1' :=:sa --:-( l,aiamr.

Dengan adanya standard ini, semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Perumahan Kos Rendah
samaada di sektor awam ataupun di sektor swasta dapat melaksanakan projek Perumahan Kos Rendah
dengan lebih berkualiti dan efisyen.

2
CIS 2 : 1998

2.O DEFINISI

2.1 Perumahan Kos Rendah merangkumi semua projek Perumahan Rumah Kos Rendah
Rumah Pangsa yang dilaksanakan oleh pihak awam dan pihak swasta,

z.t Rumah Kos Rendah bermaksud rumah-rumah yang dijual dengan harga tidak
melebihi RM 25,000.00 seunit ataupun apa-apa harga yang akan ditentukan oleh
Kerajaan dari masa ke semasa khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

2.3 Ciri-ciri unit rumah pangsa adalah seperti berikut :

(a) mempunyar sekurang-kurangnya tiga bilik tidur


(b) mempunyai keluasan lantai bersih tidak kurang daripada 63 m persegiyang diukur
mengikut dinding luar.
(c) ruang tamu dan makan
(d) dapur
(e) bilik mandi dan tandas
(f) ruang menyimpan barang dan ruang legar sefia ruang mengeringkan kain.

2.4 Landskap bermaksud suatu pemandangan luaran atau permukaan bumi yang dihasilkan
daripada olahan keadaan semulajadi atau binaandengan menggunakan unsur-unsurasli
dan binaan supaya berfungsi dan menarik.

2.5 Landskap Lembut bermaksud kepada unsur-unsur tanaman sepefii pokok-pokok, bunga-
bungaan dan pokok-pokok renek termasuk yang menjalar atau yang menutup bumi.

z.o Landskap Keiur/Keras bermaksud unsur-unsur binaan yang dibangunkan di sesuatu


kawasan landskap meliputi struktur-struktur dan bangunan-bangunan sepenl wakaf , menara
pandangan, kolam, air pancutan, tempat meletak kenderaan, siar kaki dan perabot-perabot
landskap lain.

2.7 Perabot Landskap bermaksud kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kegunaan


pengunjung-pengunjung sepedi lampu-lampu hiasan, bangku, meja perkelahan, papan tanda
dan tong sampah.

2.8 Silara bermaksud rimbunan daun.

2.9 Rumput Tompok bermaksud penanaman kepingan rumput yang dipotong mengikut saiz yang
sesuai dan ditanam secara setompok-setompok dalam jarak yang sesuai iaitu nisbah saiz
kepingan dan jarak adalah 1:1.

2.10 Rumput Rapat-Rapat bermaksud penanaman kepingan atau gulungan rumput mengikut
lebar dan panjang yang sesuai. Kepingan atau gulungan rumput dihamparkan secara rapat-
rapat bagi tujuan mendapatkan kesan yang segera. Saiz kepingan rumput yang sesuai
adalah 300mm x 300mm x60mm(panjang x lebarx tebal), manakala saizbagi gulungan
rumput biasanya (1800 mm - 3000 mm) x 300 mm x 60 mm.

2.11 Perabot Jalan bermaksud struktur yang dibina atau dipasang ditepi-tepi atau pinggiran jalan
untuk memberi kemudahan kepada pengguna seperti lampu-lampu jalan, papan-papan tanda/
tunjuk arah, lampu-lampu isyarat.

I
CIS 2 : 1998

Tanaman Jenis Campuran bermaksud gubahan tanaman mengg-'a, =-


atau empat ciri-ciritanaman yang berlainan bagitujuan mengelakkan rasa.3--

2.13 Buka Depan Lot bermaksud saiz minimum buka depan lot yang perlu diadakan iai:- (E e: a':-
unit kediaman ialah 6.0 m bagi rumah pangsa.

2.14 Jalan Dalaman bermaksud jalan ekses ke rumah-rumah kediaman dan rumah kedai.

2.15 Lorong Pejalan Kaki bermaksud laluan pejalan kaki daripada tempat letak kereta berpusat
dengan mengambil kira kegunaan bersama oleh basikal dan motosikal.

2.16 Siar Kaki bermaksud siar kaki hendaklah diadakan di sepanlang jalan-jalan yang mempunyai
pejalan kaki terutama sekali dijalan-jalan susur dan dalaman.

2.17 Lintasan Pejalan Kaki bermaksud jenis-jenis lintasan pejalan kaki yang sesuai untuk mei niasi
jalan keluar / masuk dan jalan susur perlu diadakan.

2.18 Laluan Motosikal bermaksud bagi jalan-jalan yang mempunya c a^:ar n'otosikal
yang tinggi (> 30% daripada jumlah kenderaan). Laluan motcsika! 'e^ra< a^ Jrbina dan
kelebaran minimum laluan ini ialah 1.8 m.

2.19 Jalan Keluar/Masuk bermaksud jalan yang meruoaKa. era' -'z-a --e- j--c-ngr sistem
jalan luaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya aia, P'a< 3s'<-asa i=-:aian.
CIS 2 : 1998

BAHAGIAN 1

STANDARD PERANCANGAN
CIS 2 : 1998

BAHAGIAN 1 : STANDARD PERANCANGAN

1. SKOP

Bahagian ini memberi panduan skop Standard berikut :

1.1 Kerja-Kerja Tanah yang bersesuaian.

1.2 Keluasan Lantaiyang mencukupi untuk unit kediaman.

1.3 Saiz Lot Unit Kediaman yang mencukupi untuk keselesaan ruang dalaman.

1.4 Jarak Antara Bangunan yang bersesuaian.

1.5 Sistem Rangkaian Jalan yang cekap serla rizab jalan yang mencukupi.

1.6 Sistem Retikulasi Air yang baik dan dapat membekalkan air bagi setiap unit kediaman.

1.7 Sistem Pembetungan yang cekap.

1.8 Keperluan Pencegahan Kebakaran yang mencukupr untuk keselamatan penghuni dan
hafta benda.

1.9 Ruang Letak Kereta dan Motosikal yang mencukupi.

1.10 Kemudahan Sosialdan Kemasyarakatan yang mencukupi mengikut keperluan penduduk


serta dapat membentuk interaksi sosial yang baik antara penduduk dan lansdkap yang
bersesuaian.

1.11 Kemudahan Elektrik yang mencukupi dan efisyen yang dapat membekalkan kuasa elektrik
kepada setiap unit kediaman.

1.12 Landskap yang bertuluan untuk mengindahkan dan juga untuk keselesaan penghuni.

2. KERJA.KERJA TANAH

2.1 Pembentukan aras bagi kerja-kerja tanah hendaklah seboleh-bolehnya mengikut kontor
permukaan semula jadi tapak.

2.2 Kerja-kerja pemotongan dan tambunan hendaklah ditahap yang paling minimum.

2.3 Kerla-kerja tanah hendaklah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan mengikut
amalan kejuruteraan yang dibenarkan.

2.4 Semua permukaan cerun hendaklah ditanam dengan rumput rapat-rapat.

I
CIS 2 : 1998

3. KELUASAN LANTAI

3.1 Unit-unit kediamanperlumempunyaisaizya'a*=^:-- -: ::: <ecerluanasasdankeselesaan


penghuni menjalankan aktiviti-aktiviti harian

3.2 Keperluan terperinci keluasan lantai minimur .aJ '-.': :1 1- .: :: ,^ : <eC a'nan dan reka
bentuk unit kediaman adalah sepefii di Bahagian 2 Stancarc Beka Bentuk

4. SAIZ UNIT KEDIAMAN

4.1 Unit-unit kediaman hendaklah mempunyai ukL,ra- -- = -:-=- :=-- :: : .:- = -=-: -- -- -2:
mempastikan ruang dalaman dapat digunaka-
=
::-:=' :=-.=::- ::- :a-:= '1- -:='z
yang sempurna demi keselesaan penghunr

4.2 Buka depan minimum bagi unit kediaman a ar 6 i - -

5. JARAK ANTARA BANGUNAN

5.1 BangunanyangberhadapandenganDa-J-^a' z'z'.i- : -=- ="=- --- -1'1- -=---',ai


larakyang sesuai bagi mempastikan kese e-z'.)-' :=' :' ,1-. -=-:--- :=-: -:-:-':-t{an
pencemaran bunyi bising

5.2 Jarak Bangunan dan Rezab Jalan.

5.2.1 Jarak antaradinding bahagran 'a:1az- :: :-: -:a =.=-: -=-.-- =- :1- ta'san
sempadan rezab jalan talahT5C-
":a-' 2:=--=-= -- =-.:---::-::-:--an
( mengikut mana yang lebih ttngg s=:=- = =.- '

-l
I l
I 6T I
I I
.,1

= 7.50 meter atau X = Tinqoi banounan -

Bajah 1
CIS 2 : 1998

5.2.2 Jarak antara dinding bahagian bangunan dari garisan sempadan tapak, rezab lorong
yang tidak bersempadan / berhadapan rezab jalan ialah 3.60m alau 112.5 daripada
jumlah ketinggian bangunan. (mengikut mana yang terlinggi) seperti Rajah 2 :-

"F-*-1"
t6Tt
lt
L----J

Jalan

= 3.6 meter atau Y = Tinooi banqunan ( m )


2.5

Rajah 2

6. SISTEM RANGKAIAN JALAN

6.1 Am

Flangkaian jalan hendaklah disediakan bagi memudahkan pergerakan kenderaan dalam


kawasan perumahan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan penduduk-penduduk.

Jalan yang disediakan hendaklah boleh menampung semua jenis kenderaan dalam keadaan
biasa dan semasa kecemasan.

6.2 Rizab

Kelebaran minimum bagi rizab jalan-jalan yang perlu disediakan hendaklah menepatikeperluan
berikut: ( rujuk Rajah 3 )

a. Jalan keluar/masuk - 20.0 m


b. Jalan susur - 12.0 m
C. Jalan dalaman - 12.0 m
d. Laluan pejalan kaki - 3.0m

I
CIS 2 : 1998

Jalan Luaran 40.0 m - 50.0 m

Hizab Rangkaian Jalan

Baiah 3

6.3 Lebar Turapan

Lebar turapan minimum bagi jalan-jalan di klausa 6-2 ialah seperti berikut:

Jalan keluar/masuk 6.0 m


Jalan susur 6.0 m
Jalan dalaman 6.0 m
Laluan pejalan kaki 2.0 m

6.4 Keratan Jalan

Keratan lalan hendaklah merujuk kepada Arahan Teknik (Jalan )8,,86-A Guide On
Geometric Design of Roads. ( rujuk Ralah 4 )

Laluan Kenderaan Laluan Kenderaan

Contoh Keratan Jalan

Bajah 4

10
CIS 2 : 1998

6.5 Jalan Keluar/Masuk (rizab 30 meter atau 20 meter)

Jalan keluar/masuk merupakan laluan utama menghubung dengan sistem jalan luaran
(Jabatan Kerja Raya atau Pihak Bei'kuasaTempatan yang lainl. Hencjakiah terdiridaripada
sistem jalan 'dual carriageway' Bilangan lorong sama ada 4 orong - 2 hala atau 6 lorong - 2
hala bergantung kepada kapasiti lalulintas yang direka bentuk.

Pembinaan perlu mengikut standard U5 atau U4. Ciri-ciri reka bentuk jaian adalah seperti di
dalam garis panduan reka bentuk jalan yang terdapat dalam Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - A
Guide on Geometric Design of Roads termasuk pindaan terkini yang dikeluarkan oieh
Cawangan Jalan, JKR Malaysia,

Persimpangan di antara jalan keluar/masuk dengan jalan luaran hendakiah direka bentuk
dengan mengambil kira jumlah kenderaan yang terdapat dijalan luaran dan jumlah kenderaan
yang akan dihasilkan oleh perumahan yang akan dtbina.

Semua permohonan untuk mengadakan penyambungan ke lalan-jalan Persekutuan i Negeri


hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang kerkenaan.

6.6 Jalan Susur (rizab 12.0 m)

Jalan ini merupakan sistem rangkaian jalan yang menghubungi jalan-jalan dalaman ke
lalan-jalan keluar/masuk. Jalan ini merupakan sistem jalan dua hala.

Semua jenis bangunan (kediamanikedai) tidak dibenarkan mempunyai jalan keluarimasuk


terus ke jalan-lalan yenis ini kecuali ra merupakan jalan susur di tepi jalan keluarimasuk atau
jalan luaran dengan mempunyai bangunan di sebelah jalan sahaja dan di sebelah lagi
merupakan rizab zon penampan.

6.7 Jalan Dalaman (rizab 12.0 meter)

Jalan ini merupakan lalan ekses ke rumah-rumah kediaman dan rumah kedai. Pili bomba,
bekalan air dan talian elektrrk/lampu jalan ditempatkan di dalam rizab ini.

Had kelaluan bagi lalan ini ralah 30 km/jam dengan diadakan iangkah-langkah pengawalan
had laju seperti bonggol disediakan.

6.8 Laluan Pejalan Kaki (rizab 3.0 nneter)

Bagi laluan pejalan kaki daripada tempat letak kereta berpusat ke tempat kediaman, lebar
turapan hendaklah sekurang-kurangnya 2.0 m untuk mengambil kira kegunaan bersama oleh
basikal.

Bagi laluan pejalan kaki dijaluran hijau yang menghubungi kawasan-kawasan kediaman
dengan pusat aktiviti yang lain, lebar minimum turapan hendaklah 3.0 m untuk mengambil
kira kegunaan bersama oleh basikal dan motosikal.

Jenis turapan yang biasa digunakan ralah premix, konkrit, 'interlocking paving block' atau
'concrete {lag'.

11
CIS 2 : 1998

6.9 Siar Kaki

srarkakr nenca(:a'.za?!2-'r :::=- =-': ar-^-.zlanyangmempunyai pejalankaki terutama


sekalt dt lalan-laia's-s-' ::- :)-,-'='

6.10 Lintasan Pejalan Kaki

UntUk meningkai<a^ <e3ai-i-.=' :a)-=- -=- -:::- :a)-Z' 1.?/. .,a^l SaS-a
=='-
diadakan untuk pela a'-Ca.1 a- -: -:=: ='- 1=- :-: -':-=' ) )- :a -a'-a3-1.
=

rc trcr FeCestr ar. .z-l : -: -a'ran cl€h


Nota Teknik Jalan 18/97 - Guideline To pro",,id
Cawanga^.:3r3n Jdlala^ K:'z==-.=','=:.. a-=' :'- -- --'-- --':''.-/.?'.anrs-jelis
=
lintasan yang sesuar o ara<a-.

6.11 Laluan Motosikal

Bagi lalan-1alan yang mer.oJ-'ta . ?':a' -- -:.: .=';'-): >30"" daripada jumlah
kenderaan) laluan mctost<a'.':--1 a- :a' =' = =-='=- a,uan ini ialah 1.Bmeter.

Laluan motosikal perlu : aaa<.i' -" -! 'z',- = =- .= 1'- r, )' .a.' j rnempunyai sistem 2 hala
(jalan susu' dan .a a' <e -).' - =: --

6.12 Audit Keselamatan Jalan Baya

Auditkeselamatanla )-"2;z;.2'=:'z'J.a z' i 1'-.)- arcalamsesuatucadanganperumahan


adalah diwajibkan . a.2- i' -'-.-r -.':.' = .::: r ' -crr keselamatan yang tidak baik yang
boleh menyebabkan ke- a z')?-

Penekanan perlu:rce'/.2' r=:i:- -1'z -".-, -ee,gurangkan konflikdi antara kenderaan-


kenderaandanpeng3-^?-..'==-'z,z- ;'t:a<tilindungi (unprotectedroadusers) seperti
penunggang moic!'S,<a :2. t.) :z' a2.z a^ kaki da am penempatan kawasan-kawasan
kedraman dan pr.]sai-: -sa: :: : 1 :2' 'a<.'eas .

7 SISTEM RETIKULASI AIR

7.1 Kesemua kerja-kerla rei(a :e-1-< :an pembrnaan sistem retikulasi air hendaklah merujuk dan
mematuhi kehendak Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan untuk kelulusan.

8 SISTEM PEMBETUNGAN

8.1 Setiap skim perumahan hendaklah d sediakan dengan sistem pembetungan yang sesuar bagi
mempastikan kesihatan penduduk dan menjaga keselahteraan alam sekitar dengan merujuk
kepada Garis Panduan Reka bentuk dan Pemasangan Sistem Pembetungan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan.

IZ
CIS 2 : 1998

KEPERLUAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

9..1 Langkau api antara blok-blok kediaman yang mencukupi hendaklah disediakan bagi
keselamatan penduduk dan harta benda.Jarak langkau api yang diperlukan ialah 7.50 m atau
lz daripada jumlah linggi bangunan dari garisan sempadan jalan mengikut mana yang lebih
tinggi.

9.2 Panjang setiap blok kediaman hendaklah tidak melebihi 90 m.

9.3 Pili Bomba

9.3.1 Pili Bomba yang digunakan hendaklah mematuhi piawaian MS 1395:1996


Specification for Pillar Hydrants.

9.3.2 Bilangan, lokasi dan jenis pili-pili bomba hendaklah mematuhi kehendak Jabatan
Bomba dan Penyelamat.

10. RUANG LETAK KERETA DAN MOTOSIKAL

10.1 Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa tempat letak kereta berpusat (communalcar
park) perlu disediakan . Nisbah tempat letak kereta yang sesuai untuk perumahan kos rendah
rumah pangsa ialah satu (1) ruang letak kereta bagi setiap empat (4) unit kediaman dan
tambahan 20olo daripada jumlah unit hendaklah disediakan untuk pelawat.

Ruang letak motosikal berbumbung perlu disediakan dengan nisbah satu (1) ruang letak
motosikal bagi setiap satu (1) unit kediaman.

1't. KEMUDAHAN SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

1 1.1 Kesemua keperluan kemudahan sosialdan masyarakat disetiap Skim Perumahan Rumah Kos
Rendah hendaklah mematuhi kehendak Manual Piawaian Perancangan Kemudahan
Masyarakat, 1988 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandardan Desa, Semenanjung
Malaysia.

11 .2 Rizab Tapak Kemudahan lbadat bagi setiap skim Perumahan Kos Rendah hendaklah
mematuhikehendak ManualPiawaian Perancangan, Garis Panduan PerancanganTempat
lbadat lslam, 1997 yang dikeluar oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung
Malaysia sepefii di Jadual 1:-

Jadual 1

Keperluan Perancangan Keluasan Minimum

Su rau Kurang daripada 40 keluarga Muslim 0.2 hektar


Masjid 200 Jemaah 0.2 hektar
500 Jemaah 0.5 hektar
1 000 Jemaah 1.0 hektar

IJ
CIS 2 : 1998

11.3 Rizab Tadika :al Ka atau pusat penjagaan kanak-kanak hendaklah disediakan bagi
membantu sebtiangan cesar cu bapa yang bekerja. Nisbah untuk penyediaan tadika ialah
sebuah tadika/pusat penjagaan kanak-kanak seluas 0.1 hektar bagi setiap 500 unit
kediaman dan bag se:ac :arbahan 500 unit atau sebahagian daripadanya tambahan 0.1
hektar hendaklah :ise: a<a^,

11,4 RizabDewanSerbaguna-rzab seluas0.25hektarbagi setiap100-1,000unitkediaman I


hendaklah disedrakan.
I
11.5 Rumah Kedai - keCa -xeCar kecil yang berdekatan dengan unit kediaman hendaklah
disediakan bagi memberi kemudahan kepada penduduk. Nisbah kedai yang sesuai ialah
sebuah kedai bagi setiap 30 unit kediaman dengan maksima 10% darrpadalumlah unlt
kediaman

11.6 Tempat Pengumpulan Sampah - tempat-tempat pengumpulan sampah Ci lokasi yang


bersesuaian dengan susun atur perlu disediakan bagi memudahkan pembuangan sampah.

12. KEMUDAHAN ELEKTRIK

12.1 Kesemua kerja reka bentuk, pembrnaan dan penyiapan bangunan penca\^,,ang e extrix, iampu
jalan dan hal-hal yang berkaitan, hendaklah mematuhi kehendak dan men:aca: kelulusan
pihak Tenaga Nasional Berhad peringkat negeri atau daerah yang berka tar.

12.2 Perletakan Pencawang Elektrik hendaklah mematuhi Garis Panduan Perancangan Tapak
Pencawangan Elektrik, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Bil.9/97.

13. LANDSKAP : PERANCANGAN LANDSKAP

13.0.1 Bagi mempastikan ruang -ruang khas untuk projek landskap disediakan pada peringkat awal
perancangan projek perumahan, adalah perlu aspek landskap dibincangkan diperingkat
awal perancangan yang mana input landskap diambil kira semasa menyediakan pelan susun
atur secara keseluruhan.

13.0.2 Perancangan dan rekabentuk landskap yang sesuai, teraturdan sistematik boleh mewujudkan
suasana persekitaran tempat kediaman yang selesadan harmoni- Bagitujuan ini pokok
teduhan perlu ditanam di sekitar kawasan perumahan, di samping tempat letak kereta,
kawasan lapang dan di sekitar bangunan tertentu seperti Surau dan Dewan Serloaguna.

13.0.3 Perancangan dan reka bentuk landskap hendaklah mengikut Buku Garis Panduan Landskap
I
Negara dan disesuaikan dengan kawasan dan keluasan landskap yang telah diluluskan. I
13.0.4 Sebelum kerja landskap kos perumahan rendahdilaksanakan,pelan landskap dan kemudahan
rekreasi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan bagi kemudahan
penyelarasan kerja-kerja penyelenggaraan dan bagi mempastikan projek dapat dilaksanakan
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

13.0.5 Menyediakan Jaluran Hijau minimum 6.0 m lebar yang menghubungkan kawasan
perumahan dan kemudahan awam seperti taman awam, sekolah dan kedai. Kawasan ini
hendaklah terpisah daripada kenderaan.

14
CIS 2 : 1998

13.1 . PERLAKSANAAN LANDSKAP

13.'1 .1 Bagi mendapatkan impak kehijauan di perumahan kos rendah, faktor utama yang perlu diambil
kira adalah menyediakan kawasan tanaman pokok rendang di tepian jalan tempat letak
kereta, kawasan lapang dan taman permainan kanak kanak daripada jenis yang selamat dan
tidak beracun, tidak berduri, tidak rapuh dan tidak mempunyai silara yang terlalu besar.

13.1.2 Tapak Tanaman

Kawasan yang telah dikenal pasti untuk tanaman pokok rendang memerlukan spesifikasi
yang betuldengan saiz minimum lubang l m x'1 m x 1 m dengan campuran tanah yang
sesuai bagi menjamin pokok hidup segar.

13.1.3 Spesies Pokok

Bagi tuluan mengurangkan bebanan kerja penyelenggaraan, spesies pokok yang ditanam
adalah daripada jenis yang sesuai dan mudah diselenggara. Jalan-jalan utama ke projek
perumahan dan jalan di dalam kawasan perumahan bolehlah ditanam dengan pokok
rendang. Pokok yang sesuai ditanam di kawasan lapang adalah daripada jenis yang
berkanopi lebar bagi memberi keteduhan.

13.1.4 Tanaman Pokok Renek dan Penutup Bumi

Di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah tanaman pokok reneUpenutup bumi tidak
digalakkan bagi mengurangkan kos kerja penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, pokok
renek untuk mewujudkan 'pagar' boleh ditanam di kawasan tertentu bagi memberi halangan/
memperti ngkatkan keselamatan.

13.1.5 Tanaman Rumput

Semua permukaan tanah rata dan tanah lapang dalam kawasan perumahan hendaklah
ditanam dengan rumput tompok manakala tanah cerun, lereng bukit hendaklah ditanam
dengan rumput rapat-rapat bagi mengelakkan terjadinya hakisan. Spesies rumput mestilah
mempunyai ketulenan yang diperakui.

13.2. LANDSKAP KEJUR

13.2.1 Landskap kejur bagi kawasan Perumahan Kos Rendah meliputi pembinaan jaluran hijau
siar kaki dan bekalan perkakas landskap sepedi tong sampah, bangku duduk, papan tanda dan
sebagainya.

13.2.2 Kawasan Lapang

Sebanyak 10% (minimum) daripada jumlah kawasan pembangunan perumahan hendaklah


diperuntukkan bagi kawasan lapang. la perlu ditempatkan di kawasan yang selamat, sesuai
dari segi reka bentuk fizrkal tanah rata, lauh dari laluan yang sibuk dengan kenderaan dan loji
rawatan kumbahan serta mudah dikunjungi oleh kanak-kanak dalam skim tersebut melalui
lokasi pejalan kaki. Keluasan tanah lapang ini meliputi kawasan padang permainan, padang
bola dan jaluran hijau.

15

I
CIS 2 : 1998

13.3. KAWASAN REKREASI

13.3.1 Kawasan rekreasi bagi projek Perumahan Kos Rendah


iaitu untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan d as
13.3.2 Bagi kanak-kanak 1 2 tahun ke atas perlu drse: a, a-
sepeft i sepak takraw, bola tan g kis, bola tampar dan padrrg
umur 12 tahun perlu disediakan padang perrnaian
gelanggang yang disediakan berpanduka' <.:.:-=

13.3.3 TamanPermainan Kanak-Kanak

(a) Padang permainan hendaklah dise: a'a- : . = =::-


kenderaan yang sibuk dan mudah dikunjungi ohtt
kaki. Keluasan minimum bagipadang Qa-*z '='
100 hingga 400 unit kediaman.

(b) Nisbah yang ciisediakan bagi pembinaan tarnan


kanak-kanak ( 100 untt kediaman , :at = :='- '.- :-
sistem alatan permainan modula' :3'sa: 1- - -- -
gelungsur, 2 jongkang jongkii ca' ' :=:=- =' ' .-=- -.-
permainan boleh dibuat secara rn: . :-
(c) Bagi setiap 1500 kanak-kanak 3:, -- - - =- .'
-
di klausa 13.3.3(b) perlu diganCa<..' :=- :'=- ---'
koleksi zoo dan juga menyediakan <a,'. z:,' ::. 1:
berlari.

(d) mema:-- s':- -''- t,r3


Peralatan permainan perlu
3:1985 Specification for Playgrounc i:-:-,?--
-
DomesticUse ataudrluluska' ::- S = r --: :.' :. -

(e) Taman permainan dan gelan33e'a '--':=:


dan peparitan yang betul bagi mengelald€n

13.3.4 Padang Bola

(a) Padang bola hendaklah disedia<a- :


yang sibuk dan mudah dikunjungiobh
Keluasan minimum bagt pa:=- - -- = = ='
kediaman.

(b) Kawasan padang bola perlu digredlan


tanaman rumput, tiang gol dan terrpat

13.3.5 GelanggangRekreasiTerbuka

Gelanggang rekreas'.e"--': -=-t:' :- - ::- ='=' -..a^ z'.-' i:=:"1: : . . :

memUdahkan kerja Qe',a =- --='-:- -=- -=' =:1 "aS: a-a:a' :=- ----- =
CIS 2 : 1998

13.3.6 LorongBerbasikal
Perlu diwujudkan di kawasan Perumahan Kos Rendah sebagai galakan dan juga berekreasi
di kalangan penduduk setempat. Jaluran khas bagi menjaga keselamatan awam perlu
disediakan disemua lorong berbasikal.

13.4 Rizab Zon Penampan

I tg.+.t Lebar Rizab zon penampan minimum hendaklah disediakan mengikut keperluan Jadual 2.

Jadual 2

Lebar Rizab Penampan

BIL KAWASAN LEBAR RIZAB ZON PENAMPAN


MINIMUM (m)

1 Kawasan pdrumahan yang menghadapi 20


Jalan Utama 30.0 m lebar dan ke atas
t
2. Sempadan kawasan pencawang elektrik 60 lr

dan rumah pam

3. Kawasan loji rawatan kumbahan tertutup 10


(Aras zon penampan hendaklah
ditinggikan)

4. Kawasan loji rawatan kumbahan terkuka JU


(Aras zon penampan hendaklah
ditinggikan)

5 Kawasan pengurnpulan sampah 10

13.4.2 Aras zon penampan di kawasan loji rawatan kumbahan tentunya serta terbuka dan pengumpulan
sampah hendaklah diting gikan/dinaikkan

NOTA: Semua kerla landskap dr kawasan Perumahan Kos Rumah Pangsa perlu mematuhi
pelan landskap yang mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum dilaksanakan.
Perkara yang perlu diambilkira adalah jenis spesies pokok, kos landskap, pelan susun atrur,
gelanggang rekreasi padang dan perkakas permainan kanak-kanak.

17
CIS 2 : 1998

BAHAGIAN 2
STANDARD REKA BENTUK

I
CIS 2 : 1998

BAHAGIAN 2 : STANDARD REKA BENTUK

1. SKOP

Bahagian ini memberi panduan skop standard berikut :

Susun atur dan reka bentuk bangunan

Sistem bekalan air dalaman

Pemasangan elektrik

Pemasangan gas

Pendawaian dalaman bagi telefon

Sistem rangkaian jalan

Sistem saliran

Sistem pembentungan

2. SUSUN ATUR DAN REKA BENTUK BANGUNAN

Susun atur dan kegunaan ruang hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) bilik
tidur, ruang tamu dan makan, bilik mandi dan tandas serla ruang menyimpan barang dan ruang
legar.Semua dimensi reka bentuk bangunan hendaklah mengikut spesif ikasi MS 1064 - Guide
To Modular Coordination in Building. Sebarang bahan atau produk yang digunakan dalam
pembinaan Perumahan Kos Rendah hendaklah menepati Standard Malaysia terutama bila ciri-
ciri keselamatan dan kualiti adalah ditekankan.

2.1. Bilangan Bilik Tidur

Bilangan bilik tidur bagi setiap unit kediaman hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) bilik.

2.2. Keluasan Lantai

Semua ukuran adalah diukur mengikut garisan tengah dinding.

2.2.2. Unit kediamqn perlu mempunyai keluasan lantai yang mencukupi bagi keperluan
asas dan keselesaan penghuni. Keluasan lantai bersih hendaklah tidak kurang
daripada 63.0 m persegi. Ruang komunal seperti tangga, lif dan ruang legar
hendaklah disediakan bagi keselesaan penghuni dan tidak termasuk ruang dalam
perkiraan keluasan unit kediaman.

2.2.3. Bilik tidur t hendaklah tidak kurang daripadal1.70 m persegi.

21
CIS 2 : 1998

2.2,4 Bilik tidur 2 -=':-" =- - -,. --=': :=-.ala g,90 m persegi.


2.2,5 Bilik tidur 3 -=-:-=- =- '::" ', =- - :.-' -=:-- 20 m persegi.
2.2.6 Ruang dapu' -=- -a. .-
=-, 't:- .:_-2ng Caripada 5.40
m persegi.

2.2.7 Bilik mandi dan

(a) Luas c r. - -=-:


(b) Luas Dr ,(:a^ra:::=.

kurang dar pa:a 1.20 nn

2.2.8 Fluang tamu dan ruang makan :..: 2- =-

2.2.9 Ruang menyimpan barang dan ruang


mengeringkan kain yang terlindung
penghuni.

2.2.10 Contoh dimensi mrnimum aCaa' s:::1 :: :-


1. BILIK TIDUR 1

3900 mm

tl 3000 mm

Keluasan = 11.70 m persegl

2. BILIK TIDUR 2

3300 mm

tt 3000 mm

Keluasan = 9.90 m persegr

BILIK TIDUR 3 mLJm T,mff@[UE

2400 mm

tlI I 3000 mm

Keluasan - 7.20 m persegi

Rajah 1

22
CIS 2 : 1998

2.3 Kemasan dan Lekapan

2.3.1 Kemasan lantai yang minimum adalah seperti Jadual 1 :-

Jadual 1

BUANG KEMASAN LANTAI

Ruang tamu
Ruang makan Lepaan simen

Bilik tidur Lepaan simen


Stor/ Serbaguna
Laluan
Langkan
Apron

Dapur
Bilik air i tandas Ubin seramik lidak mengelicik

2.3.2 Kemasan dinding yang minimum adalah sepedi di Jadual 2 :

Jadual 2

RUANG/BAHAGIAN KEMASAN DINDING

Dinding bahagian dalaman yang dilepa Cat emulsi

Dinding bahagian luaran yang dilepa / Cat lapis kalis cuaca


yang perlu dicat. (Minimum: 1 lapisan dasar dan 2
lapisan akhir)

Dapur
Bilik air / tandas Ubin seramik setinggi 1.5 m

Dinding dan komponen bangunan Cat kilat


yang berkayu

t3
CIS 2 : 1998

2.3.3 Lekapan yang minimum adalah seperti diJadual 3

Jadual 3

j.r
-,- .i
=--r KEMASAN/LEKAPAN

Logam jenis bergelongsor / kesmen


Ram kaca boleh laras
Ram kaca tetap

= / :-'
'-r- '- z '

B rk A' -z'al>

Siling

Bumbung

Dapur

Bilik Air

Tandas

Longkang

2.4 Pencahayaan dan Pengudaraan Semu a ra:


.,?') i s:: :.:- -= =- :=' 1-
Bilik-biliUruang-ruan: '. - =- .- - -- ,=. =- -.- -a-a'
pencahayaan dan 3e-),:Z'a:- :=-- 1 1- -.. - :='- 1-'.- =- -'- -.=- .=- --=-:--.=
keluasantidakku'a-;:1-:=:a '-',.= -=:=' =-- 1-'= : "-=- --'.":a:--:a- -:--=. =-
mgmpunya fuaa! : -'= .a-: :- :- -=-:='.".- = -1' --='. ::-=-a -:::: -:-
-::.
tefgangguliCa<<-'a-::1'-=l==-':.= -::a- -=-. =-'= - ..'-:':-:":::-: ::a='::Z=--1-
Supaya peng-:a'a2- S 1-- ---:: .a'' =' -- :.a=' -:'=-:-' :a-=:1- ,Z': :- a-
kgSelUfUha. : <-: ! --*=' -=' ,=-="=-: -: :;- :::--:=-- -,2-e' aaaa., i-r.ai Senrngga
pefmukaan Ce a<a-:'-- =' =-=- .a-= -' ;=

2.5 Ketinggian Bilik

za. Ketinggian dad lantai ke siling bilil</ruang dalam setiap unit kediaman hendaklah
sepertiberikut:

(a) Ruang tamu / makan dan bilik tidur - ketinggian hendaklah tidak lqrrrg
daripada 2.80 m;
(b) Dapur - ketinggian hendaklah tidak kurang daripada 2.8O n;
(c) Bilik mandi/tandas - ketinggian hendaklah tidak kurarg dali*2Jlr

a/

I
CIS 2 : 1998

2.5.2 Bagi unit kediaman yang mempunyai siling cerun, purata ketinggian bagi bilik/ruang
hendaklah seperli di atas, kecuali dengan syarat tiada mana-mana bahagian sesuatu
bilik tersebut boleh kurang daripada 2.00 m tingginya.

2.6 Dinding Pemisah

Dinding pemisah hendaklah dibina antara setiap unit dan setiap dinding pemisah hendaklah
dibina sehingga paras bumbung dan mempunyai tahap ketahanan api sekurang-kurangnya
dua (2) jam.

2.7 Elemen Struktur Lain

Semua elemen struktur seperti yang ditafsirkan dalam Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam 1984, selain dinding pemisah, hendaklah diperbuat daripada bahan binaan yang
berupaya menahan api selama sekurang-kurangnya setengah (112) iam.

2.8 Anggapan Tempoh Ketahanan Api

Bagi bahan binaan yang tidak termasuk dalam Senarai Anggapan Tempoh Ketahanan Api,
Jadual Kesembilan, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, sijil pengesahan
tempoh ketahanan api bagi bahan berkenaan yang dlkeluarkan oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat hendaklah dikemukakan.

2.9 Tangga-Tangga dan Lif

2.9.1 Tangga-tangga dan lif yang disediakan hendaklah mempunyai lebar yang mencukupi
dan menepati kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam terkini bagi
memudahkan pergerakan penghuni te'rutama semasa kecemasan.

2.9.2 Bangunan yang menggunakan'balcony approach'sekurang - kurangnya 2 tangga


konkrit diperlukan mengikut 'jarak perjalanan'di kiri kanan atau di tempat-tempat
yang sesuai dengan mengambil kira had hujung mati.( rujuk Rajah 2)

90 meter

Rajah 2

25
CIS 2 : 1998

2.9.3 Bagibanguna-.,.-: -:- -=- ---: -: --::a: :iap-tiaptingkat,tanggane-::. :-


direka Supava ::-l-,- -:=-.--- :::-: /= -ai pada kala kebakaran SE!:-
berikut:

(a) 2tangga .a': -1'-.- -1,:- -:: - =.=-:1- : -. -:.Candungi 4 Unitbagi


tiap-t ap a-'= '- -. '= =- :

(b) SatutanggaDae-: J-'=.='::: : :. -:-,=- ---, - --- -:: :+- =: =-'-


sekiranyatan:3a :-.3-s.- -1' :=' ---=:=--=-= -:-"--::-".- - -'-
rintanga^aC g^S-. a- :=.':-.-=-=- ---:- -.-':-: l:-: --, - --:.:-
( rujuk ralah i '

2 9.4 Kesemua keria reka berttd( dan pemasangan lif hendaklah menepati kehendak-
kehendak Alta Klhrg dan Jentera 1964, Peraturan - Peraturan Lif Elektrik
Penunpang dan Barang termasuk pindaan terkini yang di keluarkan oleh Jabatan
Keselamatan dan Kesihstan Pekerja.

Zb
CIS 2 : 1998

2.10 Jeriji Keselamatan Tingkap

Sekiranya jeriji perlu dipasang di rumah kediaman, ia hendaklah memenuhi kehendak-


kehendak asas Bahagian Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia yang digariskan seperli berikut :

(a) Jerijiyang dipasang hendaklah mempunyaiciri-cirikeselamatan yang mudah dibuka


dari dalam.
(b) Keutamaan pemasangan adalah di bilik tidur kerana ia mempunyai sleeping risk' dan
"panic risk".
(c) Perlu mengadakan alternatif untuk memudahkan pasukan Bomba masuk semasa
kebakaran untuk tujuan penyelamatan dan pemadaman.

2.11 Railing atau Adang-Adang Keselamatan

Railing atau adang-adang yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk melindungi kanak-
kanakperlu disediakan di semua balkoni dan koridor terbuka.

3. SISTEM BEKALAN AIR DALAMAN

3.1 Kesemua kerja reka bentuk pembinaan dan penyiapan sistem bekalan air dalaman
hendaklah merujuk dan mematuhi kehendak Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan
untuk kelulusan.

3.1.1 Penyediaan kemudahan untuk mengumpuldan menyimpan air hujan untuk kegunaan
tertentu sepefti di tandas dan sebagainya adalah digalakkan.

4. PEMASANGAN ELEKTRIK

4.1 Kesemua kerja reka bentuk dan pemasangan elektrik hendaklah menepati kehendak-
kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik '1994, dan Peraturan-
Peraturan Pendawaian lnstitut Jurutera Elektrik British (Edisi 16).

42 Pendawaian

4.2,1 Semua pendawaian hendaklah dalam konduit yang tersembunyididalam lepaan dan
di bumbung yang bersiling. Konduit adalah daripada lenis yang diluluskan oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4.2.2 Sistem pendawaian hendaklah direka bentuk supaya setiap unit rumah diberi
satu (1) m berasingan yang diletak di bahagian luar rumah.

4.2.3 Papan agihan yang digunakan hendaklah daripadalenis polikarbonatyang diluluskan


oleh Jabatan Bekalan Elektrik.

27
CIS 2 : 1998

4.3 Punca Mata Elektrik

Setiap ruang dalam unit kediaman hendaklah disediakan dengan


mencukupi seperti berikut :

(a) Anjung - satu (1) mata lampu;


(b) Ruang tamu - satu (1) mata lampu, satu (1) mata kipas siling dan dua (2) mata kuasa;
(c) Buang makan - satu (1)mata lampu dan satu (1)mata kuasa;
(d) Setrap b ir( ::3-. - sa:- 1 r mata la-cu. satu {i) mata kuasa dan satu (1) mata <icas
: '-.
(e) :=a-- - =a,- ' -z'a =-:- :a' i-z . * =-= - -=:=
(f)

(g)

(h) Jrka ruang


ditengah kedua-dua ruang.

5. PEMASANGAN GAS

5.1 Kesemua kerja reka bentuk dan pemasangan gas hendaklah


Akta Bekalan Gas 1993.

6. PENDAWAIA}I DALAfAil BAGI TELEFON

7. SISTEM RANG KAIAN

7.1 Kesemua reka bent"< ,- =ekabentuk Jalanra\a . =- -:


terdapat dalam Arahan 3ecrnetric Design of Fcads
termasuk pindaan terkini Prg J KR lJalaysia

8. SISTEM SALIRAN

8.'1 Kesemua kerja reka bentu< :=- dan Prosedur


Reka bentuk Saliran Dalam

9. SISTEM PEMBETUNGAN

9.1 Setiap skim perumahan hendakla'


mempastikan kesihatan pendudr,<
Garis Panduan Reka bentuk
J acatan Perkhidmatan Pembetunga-
CIS 2 : 1998

LAMPIRAN
CIS 2 : 1998

PENERBITAN YANG DIRUJUK

1. Akta Jalan, Parrt dan Bangunan 1974 alau pindaan terkini.


2. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 atau pindaan terkini.
3. Garis Panduan Rekabentuk dan Pemasangan Sistem Pembentungan yang diterbitkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
4. Garis Panduan Landskap Negara yang diterbitkan oleh Jabatan Landskap Negara.
5. Garis Panduan Landskap Untuk Jalanraya yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan, Jabatan
Kerja Raya Maiaysia.
6 Akta Bekalan Elektrik 1990.
7. Akta Bekalan Gas 1993 ( Akta 501 ).
8. Garis Panduan Rekabentuk Jalanraya yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja
Raya Malaysia.
9. Garis Panduan Tapak Pencawang Elektrik, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia bil. JPBD 9/97.
1 0. Garis Panduan Pe rancangan Tanah Lapang dan Rekreasi,l 998, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia
11. Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat, 1998, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Semenanjung Malaysia
12. Piawaian Perancangan Garis Panduan Perancangan Tempat lbadat lslam, 1997, Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
13. Standard dan Prosidur Reka bentuk Saliran Dalam Bandar bagi Semenanjung Malaysia (1974)
diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
14. Akta Kilang dan Jentera 1964 yang diterbitkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja.
15. MS 1064:Pa11 1:1988 - Guide to ModularCoordrnation in Buildings:Basic Module.
16. MS 1064:Part 2:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Terminology and Graphics
Conventions.
17. MS 1064:Pa113:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings: Prrnciples & Rules.
18. MS 1064:Pa114:1988 - Gurde to Modular Coordination in Buildings : Submodular lncrements.
19. MS 1064:Part 5:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings:Series of Preferred
Multrmodular Sizes for Horizontal Dimensions.
20. MS 1064:Part 6:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Multimodules for Horizontal
Coordinating Dimensions.
21. MS 1064:Part 7:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Modular Floor Plane for
Vertical Drmensions.
22. MS 1064:PartB:1988 - Gurde to Modular Coordination in Buildings:Storey Heights and
Room Heights.
23 MS 1064:Part 9:1988 - Gurde to Modular Coordination in Buildings:Coordinating Sizes of
Doorsets (external and internal).
24 M S 1 064:Part 1 0: 1 988 - G urde to Modular Coo rdination in Build ings : Preferred Dimensions for
Doorsets.
25. MS 1064:Pa( 11:1988 - Gurde to Modular Coordinatron in Buildings: Reference Lines of
Horizontal Controlling Coordinatrng Dimensions.
26 .l
MS 1 064:Part 2:1 988 - G urde to Mod u lar Coo rdination in Buildings : Pref erred Storey Heights
and Room Herghts for Residentral Buildings.
27 . MS 1064.Part 1 3:1 988 - Guide to Modular Coordinatron in Buildings : Coordinating Dimensions
for Stairs and Stair Openings,
28 MS 1064:Part 14:1988 - Guide to Modular Coordination in Buildings : Fundamental Principles
for Design of Joints in Burldrngs.
29. MS1064:Paft15:1988 - Guide to ModularCoordinationinBuildings:CoordinatingSizesfor
Rigid Flat Sheet Boards Used in Buildrngs.
30. MS 966:1985 / 86 - Specrf ication for Playground Equipment for Parks, Schooland Domestic
Use.
31 MS 1395:1996 - Specificatron for Pillar Hydrants.

31

You might also like