You are on page 1of 10

Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 Pengenalan

(R.1) Kerajaan Negeri Kedah sebagai tuan tanah bercadang untuk menebusguna tanah seluas 122.90
ekar di Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman dan seterusnya Property
Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd. akan membangunkan kawasan tebusguna tersebut untuk tujuan
pembangunan bercampur terdiri dari gunatanah kediaman, komersial dan infrastruktur serta
kemudahan yang berkaitan (seterusnya dikenali sebagai Projek Yang Dicadangkan). Pelan kunci
dan lokasi Projek Yang Dicadangkan ditunjukkan pada Rajah R.1 dan Rajah R.2.

(R.2) Tebusguna tanah yang melibatkan kawasan kurang dari 50 ha merupakan aktiviti yang
ditetapkan di bawah Jadual Pertama, Aktiviti 7, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang
Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Justeru itu laporan EIA perlu
disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 sebelum Projek Yang Dicadangkan boleh dilaksanakan.

(R.3) Bagi maksud ini, Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd. telah melantik YES Enviro Services
Sdn. Bhd. sebuah firma alam sekitar berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan
kajian EIA dan hasil analisa dilaporkan dalam bentuk laporan untuk pertimbangan Jabatan Alam
Sekitar sebelum Projek Yang Dicadangkan boleh dilaksanakan.

(R.4) Apa jua pertanyaan mengenai Projek Yang Dicadangkan boleh dikemukakan kepada:-

Pemilik Tanah
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Perbadanan Setiausaha Kerajaan (SSI)
Tingkat 4, Blok B, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telephone No. : 04-7744000
Facsimilie No. : 04-7744166
Contact Person : Dato' Haji Bakar Bin Din

Pemaju Bersama
PKB Development Sdn. Bhd.
Tingkat 8, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Telephone No. : 04-7301992/7301993
Facsimile No. : 04-7313224
Contact Person : Encik Abdul Rahman Bin Haji Din

Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.


No. 93 & 94, Pusat Perdagangan Tunku Haminah,
Mergong, 05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Telephone No. : 04-7344333
Facsimile No. : 04-7343608
Contact Person : Dato Iskandar Dzulkarnian Bin Abdul Khalid

Environmental Impact Assessment For Page R.1 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

Perunding EIA
YES Enviro Services Sdn. Bhd.
4936, Jalan Siram, Desa Siram,
12100 Butterworth, Penang
Telephone No. : 04-3312945
Facsimile No. : 04-3319678
E-Mail : ms@yesenviro.com
Contact Person : Ir. Dr. Lee Aik Heng

(R.5) Laporan EIA ini membentangkan hasil penemuan kajian EIA bagi Projek Yang Dicadangkan yang
melibatkan tebusguna tanah seluas 122.90 ekar dan membangunkan kawasan tebusguna untuk
tujuan pembangunan bercampur di Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
untuk dimajukan oleh Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd..

2.0 Kenyataan Keperluan

(R.6) Kesejahteraan rakyat merupakan tonggak utama yang diwawarkan didalam Rancangan Malaysia
Kesebelas 2016-2020 dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Rancangan Malaysia
Kesebelas bertujuan untuk memberi tahap kehidupan dan kualiti hidup yang selesa kepada
semua rakyat tidak kira tempat tinggal atau pendapatan.

(R.7) Pada masa yang sama bagi memenuhi keperluan urbanisasi dan peningkatan penduduk,
pembangunan tanah yang bersesuaian diperlukan untuk Negeri Kedah. Kebanyakan tanah di
Daerah Kota Setar melibatkan kawasan padi dan membangunkan tanah-tanah ini akan
meninggalkan kesan ketara terhadap kawasan jelapang padi dimana pengeluaran padi akan
berkurangan bagi Negeri Kedah. Oleh itu bagi mengatasi isu ini, tebusguna tanah adalah opsyen
yang bersesuaian dimana tanah baru akan dihasilkan dan pembangunan boleh dilaksanakan
pada kawasan tebusguna untuk memenuhi objektif Rancangan Malaysia Kesebelas dan
Rancangan Struktur Negeri Kedah.

(R.8) Oleh itu Projek Yang Dicadangkan ini bertujuan untuk memberi kehidupan yang lebih sejahtera
dan kualiti hidup yang lebih baik kepada pelbagai lapisan masyarakat di Daerah Kota Setar,
Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Selain itu Projek Yang Dicadangkan bertujuan untuk
menjana peluang ekonomi dikawasan terbabit dengan penyediaan ruang komersial, infrastruktur
serta kemudahan awam.

3.0 Pilihan Projek

(R.9) Pelbagai opsyen telah huraikan dalam Bab 4 yang melibatkan opsyen-opsyen berikut:-

• Opsyen tapak;
• Opsyen menebusguna; dan
• Opsyen membina atau tidak membina.

(R.10) Tapak Projek Yang Dicadangkan merupakan tapak potensi pembangunan berdasarkan
pertimbangan berikut:-

Environmental Impact Assessment For Page R.2 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

• Kawasan sekeliling tapak adalah gunatanah kediaman atau pertanian. Oleh itu
gunatanah kediaman dan komersial yang dilengkapi dengan kemudahan awam akan
menambah baik kawasan sekeliling ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik; dan
• Tanah seluas 122.90 ekar akan ditebusguna memberi ruang untuk merancang tapak
bagi tujuan pembangunan gunatanah bercampur yang dimaksudkan.

4.0 Huraian Projek Yang Dicadangkan

(R.11) Projek Yang Dicadangkan melibatkan tebusguna kawasan seluas 49.73 ha atau 122.90 ekar
terdiri dari Petak 1 – 10.16 ha (25.11 ekar), Petak 2 – 9.95 ha (24.59 ekar), Petak 3 – 2.84 ha
(7.02 ekar), Petak 4 – 17.05 ha (42.13 ekar) dan Petak 5 seluas 9.73 ha (24.05 ekar) untuk
dibangunkan sebagai kawasan pembangunan bercampur.

(R.12) Komponen-komponen yang akan disediakan untuk Projek Yang Dicadangkan yang akan
dibangunkan mengikut 4 fasa ditunjukkan pada Rajah R.3 terdiri dari:-
Fasa 1

• 92 unit kedai setingkat;


• 84 unit kedai dua tingkat;
• 12 unit kedai dua setengah tingkat;
• 1,000 unit pangsapuri perkhidmatan dengan bazar pada aras bawah;
• Hotel; dan
• Infrastruktur dan kemudahan awam.
Fasa 1A
• 1,000 unit pangsapuri mampu milik;
• 830 unit pangsapuri kos sederhana;
• 830 unit pangsapuri kos rendah;
• Sistem pengolahan kumbahan; dan
• Infrastruktur dan kemudahan awam.
Fasa 2
• 600 unit pangsapuri perkhidmatan;
• Kemudahan berkaitan; dan
• 24 ekar tanah untuk diserah balik kepada Kerajaan Kedah.
Fasa 3
• 1,000 unit kondominium;
• 24 unit banglo;
• Masjid; dan
• Kemudahan yang berkaitan.

(R.13) Adalah dianggarkan Projek Yang Dicadangkan akan menjana 29,000 penduduk setara apabila
siap beroperasi. Oleh itu adalah dianggarkan bahawa Projek Yang Dicadangkan akan
menghasilkan 1.5 juta galon sehari (MGD) kumbahan. Kumbahan yang terhasil akan disalur
melalui sistem pembetungan berpusat yang akan dibina di Fasa 1A yang akan direkabentuk
untuk memenuhi Piawai A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan
mengikut keperluan yang disyaratkan oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd..
Environmental Impact Assessment For Page R.3 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

(R.14) Projek Yang Dicadangkan akan menghasilkan 23.2 ton sehari (tpd) buangan domestik yang
mana akan diuruskan dengan baik dan akan dilupuskan di tapak pelupusan yang ditetapkan oleh
pembekal perkhidmatan. Projek Yang Dicadangkan akan menarik trafik sebanyak 1,237 pcu/jam
dan menjana trafik sebanyak 1,419 pcu/jam semasa siang. Sementara waktu malam Projek
Yang Dicadangkan akan menarik trafik sebanyak 1,975 pcu/jam dan menjana trafik sebanyak
1,766 pcu/jam.

(R.15) Aktiviti-aktiviti yang akan dikendalikan dalam perlaksanaan Projek Yang Dicadangkan melibatkan
3 peringkat iaitu peringkat pra-pembinaan, peringkat pembinaan yang terdiri dari kerja tebusguna
dan peringkat pembinaan diatas tanah tebusguna dan peringkat menduduki. Peringkat
pembinaan melibatkan tebusguna tanah dan pembinaan bangunan dan infrastruktur yang
berkaitan pada tanah tebusguna mengikut fasa. Manakala peringkat operasi melibatkan
penghunian gunatanah pelbagai yang telah disediakan dimana kumbahan, buangan domestik
dan trafik akan terjana. Projek Yang Dicadangkan akan dibangunkan dalam 4 fasa dan akan
mengambil masa 7 tahun untuk siap sepenuhnya.

5.0 Alam Sekitar Sedia Ada

(R.16) Bab 6 menerangkan keadaan alam sekitar sedia ada di kawasan kajian yang diperolehi melalui
kajian lapangan, kajian meja serta data sekunder yang diperolehi dari pelbagai agensi.

(R.17) Tanah sediada adalah rata dan buat masa ini dilindungi dengan pokok api-api disebahagian
sisiran pantai berkenaan. Laut yang bersempadan tanah sediada mempunyai aras 0.2 mCD
hingga 2.2 mCD.

(R.18) Aliran semulajadi berhampiran tapak terdiri dari Sungai Kedah di sebelah utara tapak. Namun
begitu semua air larian dan beban hujan dari tapak projek akan disalurkan ke sistem perparitan
yang akan disediakan yang mengalir ke laut.

(R.19) Persisiran pantai dilindungi dengan pokok bakau (pokok api-api). Persisiran pantai didapati stabil
tanpa tanda-tanda hakisan atau longgokkan (accretion).

(R.20) Data meteorologi bagi tapak diperolehi dari stesen perkhidmatan kajicuaca Alor Setar yang
terletak di Kepala Batas, Kedah Darul Aman. Suhu kawasan adalah dalam julat antara 26.8°C
hingga 30.3°C sebulan manakala kelembapan bulanan adalah antara 65.6% hingga 89.8%.

(R.21) Hujan bulanan adalah antara 0 hingga 495.8 mm sebulan. Rekod tiupan angin yang diperolehi
dari Lapangan Terbang Kepala Batas menunjukkan angin dari arah utara atau timur laut adalah
dominan dengan kelajuan purata 1.7 hingga 1.8 m/s.

(R.22) Tapak Projek Yang Dicadangkan terletak disisiran pantai merupakan kawasan sumber perikanan
memandangkan terdapat kawasan pendaratan ikan terletak di Kuala Kedah di utara tapak Projek
Yang Dicadangkan.

(R.23) Gunatanah dalam jejari 3 Km dari tapak projek terdiri dari kawasan kediaman dan pertanian.
Antara kawasan kediaman yang terdapat berhampiran tapak terdiri dari Kampung Tepi Laut,
Taman Seri Putera, Taman Bahtera, Taman Seri Marina, Taman Bersatu dan lain-lain lagi.
Environmental Impact Assessment For Page R.4 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

(R.24) Bandar Kuala Kedah terletak 1 Km dari tapak Projek Yang Dicadangkan manakala SMK Seri
Pantai terletak 300 m ke arah utara tapak dan SK Taman Bersatu terletak 300 m ke arah timur
tapak Projek Yang Dicadangkan.

(R.25) Kajian sosioekonomi telah dilaksanakan yang melibatkan tiga mukim terdiri dari Kuala Kedah,
Tebengau dan Teluk Kuchai di Daerah Kota Setar yang mana dibincangkan pada Bab 6 laporan
EIA. Data primer juga telah dikumpul untuk mengkaji status sosioekonomi dan persepsi komuniti
yang tinggal berhampiran Projek Yang Dicadangkan. Secara amnya 50.94% responden yang
disoal selidik adalah nelayan. Kebanyakan responden mempunyai pendapatan antara RM1,000
hingga 2,000. Lebih dari 30.12% responden yang tinggal dikawasan berkenaan lebih dari 50
tahun. Dari soal selidik yang dijalankan, peratus responden yang mempunyai persepsi positif dan
negatif berkenaan Projek Yang Dicadangkan adalah hampir sama hanya dengan perbezaan 1%
sahaja. Secara amnya, 43.34% bersetuju dengan perlaksanaan Projek Yang Dicadangkan
manakala 42.14% tidak bersetuju dan baki 14.44% tidak pasti. Berdasarkan soal selidik yang
dilaksanakan, majoriti komuniti yang tidak bersetuju dengan Projek Yang Dicadangkan adalah
nelayan yang mempunyai persepsi bahawa peluang menjana pendapatan akan berkurangan
atau usaha dan kos akan meningkat dalam menjalankan aktiviti perikanan.

(R.26) Contoh air marin juga telah diperolehi bagi menilai kualiti air marin. Contoh air telah diperolehi
dari lima lokasi yang dikenalpasti semasa air pasang dan air surut. Hasil analisis yang diperolehi
dari persampelan yang dilaksanakan menunjukkan kualiti air marin pada amnya adalah di bawah
Kelas 2, Piawai Kualiti Air Marin kecuali bagi parameter TSS, NO3 dan NO2 dan As.

(R.27) Kualiti udara di tapak projek dan kawasan sekelilingnya telah dianalisis. Bagi tujuan ini empat
lokasi stesen percontohan telah dikenalpasti. Hasil analisis menunjukkan kualiti udara ambien
dari aspek TSP (jumlah kumin terampai) adalah antara 10 µg/Nm3 hingga 20 µg/Nm3 di stesen
percontohan. Oleh itu boleh dirumuskan kualiti udara ambien di lokasi persampelan adalah di
bawah garispanduan kualiti udara ambien sebanyak 260 µg/Nm3 untuk TSP. Nilai PM2.5 pula
adalah antara 5 µg/Nm3 hingga 10 µg/Nm3 dan didapati di bawah garispanduan 75 µg/Nm3 untuk
PM2.5.

(R.28) Aras bunyi bising telah diukur pada empat lokasi. Aras bunyi bising di kawasan kediaman
terdekat adalah diantara 50.3 hingga 50.7 dB(A) Leq (waktu siang) dan 49.4 hingga 50.5 dB(A)
Leq (waktu malam). Bunyi bising didapati dibawah piawai yang ditetapkan pada waktu siang
sebanyak 55 dB(A) Leq manakala bunyi bising waktu malam di reseptor terdekat didapati lebih
tinggi dari garispanduan yang ditetapkan iaitu 45 dB(A) Leq. Pergerakkan kenderaan adalah
penyumbang utama bunyi bising di kawasan berkenaan.

6.0 Penilaian Impak

(R.29) Bab 7 Laporan EIA membincangkan impak dan langkah-langkah kawalan yang perlu
disepadukan dalam Projek Yang Dicadangkan pada pelbagai peringkat perlaksanaan.

(R.30) Impak bagi Projek Yang Dicadangkan telah dinilai dari aspek litosfera, atmosfera, hidrosfera dan
alam sekitar, manusia dan sosial. Bagi tujuan ini, setiap penilaian impak mengikut aktiviti telah
disenaraikan dalam helaian berasingan merangkumi setiap peringkat perlaksanaan terdiri dari
peringkat pra-pembinaan, pembinaan dan operasi yang mana disertakan sebagai Annex A
kepada Bab 7.
Environmental Impact Assessment For Page R.5 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

(R.31) Selepas menilai impak langkah-langkah kawalan bagi setiap aktiviti digariskan pada setiap
helaian aktiviti yang dikenalpasti. Illustrasi dan lukisan-lukisan yang berkaitan bagi
menggambarkan impak atau langkah kawalan disenaraikan dalam Helaian Rujukan Tenikal yang
didapati pada Annex B kepada Bab 7. Pada penghujung penilaian untuk setiap peringkat
perlaksanaan, jadual matrik disertakan bagi mengenalpasti isu yang perlu diberi perhatian
semasa perlaksanaan.

(R.32) Hasil kajian menunjukkan peringkat pra pembinaan yang melibatkan kajian-kajian yang
dilaksanakan dan penilaian alam sekitar tidak akan meninggalkan kesan. Namun begitu amalan
dan kod etika bagi pelbagai kajian perlu diamalkan bagi memastikan semua hasil kajian yang
diperolehi dapat memberi input kepada perancangan pembangunan yang dimaksudkan dengan
lebih baik. Semua cadangan yang digariskan dalam laporan teknikal perlu digunapakai dalam
perlaksanaan Projek Yang Dicadangkan.

(R.33) Aktiviti-aktiviti utama semasa peringkat pembinaan melibatkan kerja-kerja seperti berikut:-

• Kerja-kerja tebusguna;
• Kerja-kerja pembinaan bagi tanah tebusguna seperti pembinaan bangunan, kemudahan
infrastruktur, utiliti, laluan, sistem pengolahan kumbahan dan lain-lain lagi;
• Kerja-kerja pembinaan pada tanah sediada;
• Penyediaan sistem peparitan, aktiviti mengangkut bahan-bahan binaan, jentera dan
kelengkapan lain;
• Keperluan untuk melupuskan buangan bahan binaan; dan
• Keperluan untuk melupuskan sisa pepejal dan kumbahan dari kem pekerja.

(R.34) Aktiviti-aktiviti diatas boleh meninggalkan kesan seperti berikut:-

• Impak ke atas kualiti air;


• Impak kepada proses hidrodinamik;
• Impak kepada sumber perikanan;
• Isu keselamatan; dan
• Impak kepada kualiti udara.

(R.35) Oleh itu langkah-langkah kawalan perlu dilaksanakan bagi mengawal isu-isu yang terjana akibat
dari aktiviti-aktiviti di atas.

(R.36) Aktiviti-aktiviti semasa peringkat operasi yang boleh meninggalkan kesan termasuk:-

• Tarikan/janaan trafik dan pelepasan dari punca bergerak;


• Penghasilan kumbahan; dan
• Penghasilan sisa domestik.

(R.37) Isu-isu di atas perlu dikawal dan disepadukan dalam rekabentuk Projek Yang Dicadangkan.

(R.38) Impak tertinggal dari Projek Yang Dicadangkan adalah semasa peringkat operasi yang akan
menghasilkan kesan berikut:-

Environmental Impact Assessment For Page R.6 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

• Kumbahan setelah dirawat terhasil dari Projek Yang Dicadangkan adalah kesan yang
tertinggal;
• Sisa domestik yang dihasilkan adalah kesan tertinggal; dan
• Penjanaan/tarikan trafik yang menghasilkan bunyi dan bendasing fugitif adalah kesan
tertinggal.

(R.39) Selain dari kesan tertinggal di atas faedah Projek Yang Dicadangkan adalah seperti berikut:-

• Penyediaan kawasan kediaman untuk menampung penduduk Negeri Kedah;


• Penjanaan peluang ekonomi dan pekerjaan yang mampu mempertingkatkan ekonomi
penduduk setempat;
• Peningkatan kutipan hasil kepada Majlis Bandaraya Alor Setar;
• Kegunaan tanah secara ekonomi selaras dengan pertumbuhan urbanisasi negeri Kedah
dengan penyediaan kawasan kediaman, komersial dan kemudahan berkaitan; dan
• Penghasilan kawasan yang estetik yang akan menggerakkan Negeri Kedah ke arah
bertaraf antarabangsa.

7.0 Langkah-Langkah Kawalan

(R.40) Bab 8 laporan EIA menerangkan langkah-langkah kawalan yang perlu dilaksanakan diperingkat
pembinaan dan operasi Projek Yang Dicadangkan.

(R.41) Secara ringkas, langkah-langkah kawalan yang perlu dilaksanakan semasa peringkat pembinaan
adalah seperti berikut:-

• Penyediaan tirai perangkap kelodak dua lapis (double silt curtain) semasa kerja-kerja
tebusguna dilaksanakan;
• Menyediakan penanda bagi memberi amaran kepada bot kecil mengenai aktiviti
tebusguna serta kedudukan tongkang (barge);
• Tongkang yang digunapakai perlu dilengkapi dengan GPS;
• Semua syor-syor yang digariskan dalam laporan hidraulik hendaklah dipatuhi
sepenuhnya;
• Membina pagar sekeliling tapak bersempadan dengan kawasan yang telah dibangunkan
bagi memelihara nilai-nilai estetika;
• Buangan yang dilupuskan perlu dilaksanakan dengan cara yang baik dan diawasi
dengan betul;
• Pembakaran terbuka tidak dibenarkan;
• Kenyataan kaedah kerja-kerja tanah dan pembinaan perlu disediakan sebelum kerja-
kerja dimulakan;
• Mengawal habuk dan tanah terbuang dari kenderaan-kenderaan mengangkut bahan
binaan;
• Mengawal dan menjadualkan kenderaan-kenderaan yang membawa bahan binaan bagi
mengurangkan kemalangan dan kacau ganggu;
• Memastikan sampah sarap dan bahan-bahan buangan binaan dilupus dengan cara baik
tanpa merosakkan ekosistem atau menimbulkan kacau-ganggu di kawasan-kawasan
berdekatan;
• Menyediakan sistem peparitan bagi mengalirkan air larian dengan sempurna;
Environmental Impact Assessment For Page R.7 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

• Menyediakan kemudahan untuk mengumpul dan merawat kumbahan dari khemah


pekerja;
• Menyediakan pelan kawalan hakisan dan kelodakan dan menyediakan perangkap
mendak bagi memastikan masalah kelodakan terkawal;
• Kaedah pembinaan hendaklah mengikuti syor-syor yang dicadangkan oleh perunding
sivil;
• Aktiviti semasa peringkat pembinaan perlu mengambilkira cuaca dan keadaan hidrologi
terutamanya paten hujan dan air larian; dan
• Melaksanakan program pemantauan secara berkala.

(R.42) Langkah-langkah kawalan yang lebih terperinci yang perlu disepadukan dalam perlaksanaan
Projek Yang Dicadangkan dihuraikan dalam Bab 8 laporan EIA.

(R.43) Langkah kawalan yang perlu dilaksanakan semasa peringkat operasi adalah seperti berikut:-

• Menyediakan rangkaian jalan di dalam kawasan pembangunan yang boleh mengagih


trafik dari kawasan baru ini yang menghubung jalan utama ke tapak projek supaya
agihan trafik dan aras perkhidmatan adalah baik;
• Mengawal pergerakan traffik keluar masuk dengan menyediakan langkah-langkah
kejuruteraan;
• Mengadakan sistem kutipan dan pelupusan sampah sarap yang baik dan sempurna
bagi melupuskan sampah di tapak pelupusan sampah sarap yang diluluskan oleh Majlis
Bandaraya Alor Setar; dan
• Menyediakan sistem retikulasi pembentungan supaya kumbahan yang terjana dapat
disalurkan ke sistem rawatan kumbahan berpusat yang akan dibina dan direkabentuk
untuk mematuhi Piawai A, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan)
2009 dengan kelulusan dari IWK.

(R.44) Ringkasan impak, magnitud dan langkah-langkah kawalan yang dicadangkan untuk Projek Yang
Dicadangkan ditunjukkan pada Jadual E.1.

8.0 Pelan Pengurusan Alam Sekitar

(R.45) Pelan pengurusan alam sekitar digariskan dalam Bab 9 Laporan EIA. Bagi maksud ini empat
program alam sekitar telah dicadangkan.

(R.46) Program pengawasan alam sekitar dan program audit juga dicadangkan bagi Projek Yang
Dicadangkan. Antara kriteria bagi program audit yang akan digunapakai adalah seperti berikut:-

• Pematuhan kepada semua keperluan pengawasan;


• Pematuhan kepada piawai, kriteria dan garispanduan yang ditetapkan oleh Jabatan
Alam Sekitar dan agensi-agensi lain;
• Pematuhan kepada langkah-langkah kawalan; dan
• Pematuhan kepada semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi kerajaan.

Environmental Impact Assessment For Page R.8 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

9.0 Hasil Kajian

(R.47) Bab 10 laporan EIA memberi kesimpulan dan syor aktiviti tebusguna seluas 122.90 ekar di
Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman yang akan dibangunkan sebagai
kawasan pembangunan bercampur yang akan dimajukan oleh Property Builder (Kuala Kedah)
Sdn. Bhd.. Berdasarkan penilaian yang dilaksanakan adalah didapati projek ini boleh
dilaksanakan tanpa mendatangkan impak ketara terhadap alam sekeliling sekiranya semua
langkah-langkah kawalan yang dicadangkan dalam laporan EIA ini disepadukan dalam proses
perancangan dan perlaksanaan projek.

(R.48) Pada masa yang sama dengan adanya pelan pengurusan alam sekitar dan pemantauan rapi
terhadap projek akan mengurangkan kesan kepada alam sekitar semasa fasa pembinaan.

(R.49) Oleh yang demikian objektif utama Penggerak Projek bagi menyediakan kawasan kediaman dan
institusi dengan mengukuhkan kemudahan rekreasi bagi Kedah merupakan usaha dan
gandingan bahu Penggerak Projek membantu Majlis Bandaraya Alor Setar ke arah pencapaian
matlamat yang disarankan dalam Rancangan Struktur Negeri Kedah.

(R.50) Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa Projek Yang Dicadangkan ini diberi pertimbangan dengan
syarat bahawa semua langkah-langkah kawalan dilaksanakan mengikut syor-syor yang telah
digariskan serta pemantauan rapi dilaksanakan semasa pelaksanaan Projek Yang Dicadangkan.

Environmental Impact Assessment For Page R.9 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman
Commercial In Confidence Enviro Services Sdn. Bhd.

Not To Scale
Rajah R.1 Pelan Kunci

Georeferences
ID
Latitude Longitude
A N 06005'30.77” E 100017'12.97”
B N 06005'26.71” E 100017'09.42”
C N 06004'38.78” E 100018'13.50”
D N 06004'34.84” E 100018'08.91”

Not To Scale
Rajah R.2 Pelan Lokasi

Environmental Impact Assessment For Page R.10 Property Builder (Kuala Kedah) Sdn. Bhd.
Proposed Land Reclamation For Mixed Coastal Development
At Bandar Kuala Kedah, Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

You might also like