You are on page 1of 5

BAB 1:PENGURUSAN KAJIAN

1 .1 Pengenalan

1 .1 . 1 Pendahuluan

Industri pembinaan negara telah mengalami perubahan berikutan penggunaan teknologi masa kini yang secara tidak langsung
meningkatkan tahap kualiti dan keselamatan sebuah bangunan tersebut. Sektor pembinaan adalah penyumbang utama kepada
pembangunan ekonomi Negara. Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai
industri serta meliputi pelbagai bidang. Industri binaan bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga fasa-fasa pra
pembinaan dan pasca pembinaan
Selalunya, di dalam sektor ini terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pembinaan. Banyak
projek pembinaan di Malaysia menghadapi masalah akibat daripada kelemahan penggunaan teknologi dalam pembinaan.Masalah yang paling
umum adalah masalah projek tidak dapat disiapkan sepertimana yang telah dirancang. Jadi adalah penting untuk kita mengurangkan masalah
kelemahan penggunaan teknologi dalam pembinaan. Pembinaan bangunan konvensional merujuk kepada kaedah
pembinaan tradisional dimana pengetahuan dalam pembinaan dipindah dari satu generasike satu generasi yang lain .

Pembangunan lestari merupakan suatu strategi pembangunan yang bolehmenguruskan aset seperti sumber asli, sumber manusia, kewangan
dan aset fizikal untukmeningkatkan kekayaan dan kehidupan jangka masa Panjang . Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan
sumber-sumbersemulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jeniskehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari
amat bergantung kepadapemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem bersama.

Skop kajian ini adalah untuk mengkaji bangunan yang menggunakan kaedah konvensional untuk melestarikan bangunan . Seterusnya
beberapa cadangan juga dikemukan bagi mengatasi masalah bangunan ini. Kemungkinan dari segi bahan , pencahayaan dan kaedah
ikatan bata .
Pernyataan masalah
Kaedah pembinaan konvensional merupakan kaedah yang sudah lama digunakan. Kaedah pembinaan konvensional perlu
menggunakan jentera yang berat , ia akan merosakkan jalan di Kawasan pembangunan . selain itu, kaedah pembinaan mengambil masa lama
kerana menggunakan bahan tradisional.

Seterusnya, kaedah konvensional memerlukan tenaga kerja mahir. Misalnya, tenaga kerja mahir diperlukan untuk mengendalikan jentera berat
seperti jentera pemadat. Kaedah konvensional menggunakan cara manual. Contohnya, membancuh konkrit secara manual dan proses
mengikat bata pekerja mahir. Menggunakan lebih ramai sumber pekerja mahir yang separa mahir dan berkemahiran rendah dalam
perkhidmatan dan ini menyukarkan kerajaan dan pihak yang terlibat untuk meningkatkan kadar purata gaji rakyat Malaysia ke tahap yang lebih
tinggi.
Kaedah konvensional memerlukan kos yang tinggi kerana bahan yang digunakan adalah bahan tradisonal yang sukar dicari. Kos juga
termasuk mengupah pekerja yang mahir .
Latar Belakang Kajian
Kerja kursus ini saya akan mengkaji sebuah rumah banglo yang menggunakan kaedah konvensional. lokasi rumah ini di lot 3 , desa tanjung ,
jalan istana , 06000 , jitra , kedah.

Tujuan saya mengkaji di kawasan ini adalah kerana kebanyakan rumah disini menggunakan kaedah pembinaan konvensional. Kawasan ini
dikelilingi ladang kelapa sawit. Cuacanya kurang panas kerana taburan hujan yang sederhana.

Rumah ini berkeluasan 5230sqft. Rumah ini mengisi 5 orang penghuni iaitu ibu, bapa kepada tiga permata kecil. Rumah ini menggunakan
kaedah pembinaan konvensional seperti ketinggian rumah yang tinggi, tidak menggunakan konkrit bertetulang , menggunakan bata dan
sebagainya.
https://www.coursehero.com/file/35266032/1docx/#:~:text=i.,ke%20satu%20generasi%20yang%20lain.
https://ustazkenali.wordpress.com/2013/01/07/contoh-tujuan-kajian-skop-kajian-dan-kaedah-kajian/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelestarian
https://id.scribd.com/doc/195250163/Tujuan-Dan-Kepentingan-Pembangunan-Lestari
OBJEKTIF

Mengenal pasti bangunan kaedah pembinaan konvensional


Mendapatkan pelan lokasi kawasan kajian
Mendapatkan informasi dan imej berkaitan bangunan yang dikaji
Melakukan soal selidik bersama pihak yang berkaitan
Mencadangkan dan memberi justifikasi penggunaan pembinaan kaedah lestari pada bangunan yang dikaji .
Membuat kesimpulan yang relavent dengan kajian .
PERKARA / BULAN APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
MENGANALISIS TUGASAN DAN
TAKLIMAT DARI GURU
MENDAPAT PELAN KAWASAN KAJIAN
DAN BANGGUNAN KAJIAN
MENJALANKAN KAJIAN BANGGUNAN
MENYEDIAKAN BAB 1 : PENGURUSAN
KAJIAN
MENDAPATKAN BAHAN KAJIAN
TERDAHULU
MENYEDIAKAN BAB 2:
PERANCANGAN KAJIAN
MELAKUKAN SOAL SELIDIK DENGAN
ORANG DI SEKITAR KAWASAN KAJIAN
MENCARI DAN MENGUIMPUL KAJIAN
MENYEDIAKAN BAB 3 : DAPATAN
KAJIAN
PENERANGAN DAN PEMBENTANGAN

You might also like