You are on page 1of 14

SPPE 2212 AMALI KERJA BATA

LAPORAN PROJEK 2 IKATAN INGGERIS

NAMA PENSYARAH:
DR. DAYANA FARZEEHA ALI

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:
Nur Najla Fatin Binti Mohayidin

NO. MATRIK:
A14PP3089

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dengan jayanya walaupun terdapat juga halangan-halangan kecil yang
terpaksa dilalui. Projek ini memerlukan saya untuk membina 4 lapisan susunan bata dengan
menggunakan ikatan yang betul iaitu ikatan inggeris dan mengaplikasikan segala teknik kerjakerja bata yang telah saya pelajari.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Dayana
Farzeeha Ali, pensyarah kursus amali kerja bata, kerana telah bertungkus lumus memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sepanjang tempoh kami menyiapkan
projek ini. Beliau juga telah banyak berkongsi maklumat serta ilmu-ilmu yang berguna supaya
saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik dan dapat mengaplikasikan dengan kehidupan
seharian.
Tidak lupa juga buat kedua ibu bapa saya, yang sentiasa mendoakan kejayaan saya tanpa
kenal erti jemu dan putus asa, begitu buat rakan sekumpulan saya, K. Thipanraj a/l Kartigasu
dan juga rakan-rakan sekelas yang saling membantu dalam mendapatkan maklumat yang
berguna. Bantuan rakan-rakan sedikit sebanyak telah meringankan beban saya dalam
melengkapkan tugasan ini. Juga buat semua insan yang turut membantu dalam sedar ataupun
tidak, terima kasih.

ISI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Muka surat

1.

Penghargaan

2.

Isi kandungan

3.

Pengenalan

4.

Bab 1 Langkah keselamatan

5.

Bab 2 Alatan dan bahan yang digunakan

6-7

6.

Bab 3 Proses penyiapan kerja

8 - 14

7.

Kesimpulan

14

PENGENALAN

Bagi projek kali ini, saya dikehendaki untuk menyiapkan 4 lapisan susunan bata dengan
menggunakan ikatan inggeris. Projek ini melibatkan dua orang ahli untuk satu kumpulan dan
memerlukan kerjasama dan semangat berpasukan yang sangat tinggi. Projek ini merupakan
syarat khusus untuk menentukan samada saya lulus subjek SPPE2212 - AMALI KERJA BATA
ini ataupun tidak.
Bata merupakan bahan terpenting dan yang paling popular digunakan dalam pembinaan
tembok. Beberapa faktor boleh dijadikan sebab mengapa bahan ini menjadi pilihan seperti
saiznya boleh disesuaikan dalam sebarang keadaan, sifatnya yang padat dan tahan lasak, warna
dan jalinan permukaannya yang semulajadi serta bentuknya yang boleh disusun dalam pelbagai
cara. Jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain yang setaraf dengannya, bata adalah ekonomik
dan mudah diperolehi.
Batu bata adalah bahan yang paling dominan dan berpengaruh dalam dunia, kerana batu
bata adalah bahan utama untuk membentuk dinding bangunan Terdapat berbagai-bagai jenis batu
bata dengan tujuannya yang tertentu. Pekerja mahir hendaklah mengetahui jenis-jenis bata yang
biasa digunakan dalam pembinaan di Malaysia dan ciri-ciri am yang terkandung didalamnya.

BAB 1 LANGKAH KESELAMATAN

Dalam semua kerja-kerja yang melibatkan amali dan pembinaan, aspek-aspek


keselamatan sangat penting dan perlu diambil kira bagi mengelakkan segala perkara yang tidak
diingini berlaku. Pengawasan yang teliti oleh orang yang lebih pakar seperti pensyarah serta
penyelia bengkel juga adalah penting untuk menjamin keselamatan pelajar. Berikut merupakan
antara perkara penting yang perlu diambil kira:
a) Peralatan Perlindungan Peribadi - Personal Protective Equipment (PPE)
Saya dikehendaki memakai kasut keselamatan apabila berada di tapak amali, memakai pakaian
yang sesuai seperti baju bengkel semasa kerja-kerja dilakukan serta memakai sarung tangan.
b) Arahan keselamatan untuk penggunaan peralatan
Sebelum menjalankan sesuatu kerja amali, saya perlu mengetahui fungsi alat yang digunakan
terlebih dahulu. Saya juga perlu memastikan peralatan yang digunakan tidak rosak dan
hendaklah menggunakannya dengan cara yang betul dan bersesuaian dengan kerja. Saya juga
perlu membersihkan kawasan dan alat yang telah digunakan dan menyimpannya di tempat yang
telah disediakan.
c) Etika kerja
Sebagai seorang pelajar yang sentiasa perlu mementingkan keselamatan diri dan persekitaran,
saya perlu berdisiplin semasa melakukan kerja dan sentiasa mengutamakan langkah-langkah
keselamatan. Selain itu, saya juga hendaklah tidak bergurau semasa melakukan kerja, mengikut
arahan yang diberikan oleh tenaga pengajar dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

BAB 2 ALATAN YANG DIGUNAKAN

Bahan bahan yang diperlukan bagi projek ini antaranya adalah:


1. Kapur
2. Air
3. Simen
4. Pasir
5. Batu bata
Peralatan yang digunakan sepanjang menjalan projek berikut adalah:
1. Cangkul
2. Skop
3. Baldi
4. Benang
5. Penyodok
6. Pemaras keluli

BAB 3 PROSES PENYIAPAN KERJA


Ikatan yang digunakan pada kali ini adalah ikan inggeris yang mana ianya adalah yang paling
meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata
berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan
pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan
memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian
dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat
sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak
yang berterusan
Langkah langkah yang perlu di ambil kira sewaktu di awal pembinaan projek adalah:
a) Membersihkan kawasan yang ingin digunakan bagi tapak projek
b) Menyediakan peralatan yang ingin digunakan
Kemudian diteruskan pula dengan langkah yang sepatutnya, iaitu;
c) Membancuh mortar

d) Terapkan bata bagi lapisan pertama dengan menggunakan benang. Uji kepersegian,
pugak, aras, dan kelurusan diuji dengan menggunakan alat aras spirit.

e) Menyusun batu bata yang ingin digunakan mengikut susunan yang betul sebagai panduan
kepada pembinaan (setting out)

f) Letakkan mortar pada lantai dan letakkan bata mengikut susunan yang betul

g) Mengikat tembok bata menggunakan ikatan inggeris dengan meletakkan motar


menggunakan sudip ditempat yang sudah di sahkan atau disediakan setting outnya.

10

h) Mengambil kerataan sama tinggi bata dari hujung ke hujung menggunakan spirit level.

11

i) Ketuk bata bagi meratakan bata dan ukur aras menggunakan aras spirit untuk
mendapatkan susunan bata yang lurus.

12

j) Mengulangi kerja-kerja seperti yang tersebut diatas untuk lapisan seterusnya dengan
mengikut pelan yang telah disediakan oleh pengajar.
Lakukan langkah di atas sehingga bata telah mencapai 4 lapisan seperti yang telah
ditetapkan dan dengan menggunakan ikatan inggeris yang tepat.

Setelah selesai alur bata perlu dilakukan semasa proses kemasan.


13

Binaan lapisan blok bata ikatan inggeris seperti yang telah saya hasilkan bersama ahli kumpulan
saya telah menepati ciri-ciri sebenar ikatan inggeris seperti yang dipaparkan seperti gambar di
atas.

KESIMPULAN

Kesimpulannya selepas menjalani amali kerja bata ini, saya telah dapat:

Mempelajari prinsip-prinsip mengikat bata.

Mempelajari jenis-jenis ikatan yang digunakan

Mempelajari kerja-kerja kemasan ikatan dalam kerja bata

Dan yang terakhir saya telah mengenali peralatan yang sesuai digunakankan dalam kerja
bata dan fungsinya

Selain itu, saya dapat menerapkan sikap bekerjasama dalam satu pasukan dan saling bantumembantu di mana ianya sangat penting untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian supaya
kelak sewaktu saya ingin mendidik anak murid saya akan sentiasa menerapkan tentang perkara
sebegini kepada mereka dan tentunya mereka tidak lagi mengalami masalah tentang perkara
seperti ini.

14

You might also like