You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnianya dapat saya menyempurnakan laporan amali bagi kod 4033 (IBS) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu Saharudin Bin Zakaria , kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada saya untuk melunaskan laporan amali yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus
dalam usaha membantu menyempurnakan laporan ini terutamanya kepada pensyarah saya atas budi
bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa amali ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan amali dan laporan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua laporan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

1
1.0 PENGENALAN

Blok konkrit ringan adalah salah satu bahan binaan yang boleh digunakan sebagai
alternatif kepada batu bata bagi membina dinding bangunan atau tembok. Blok konkrit ringan
juga dikenali Lightweight Blockwall, ianya dibuat daripada simen, pasir dan kemudiannya
dicampurkan dengan agen pembuih (frothing agent). Ini membuatkan blok konkrit ringan ini
mengandungi gelembung-gelembung udara yang halus apabila ia mengeras. Permukaan Blok
Konkrit Ringan yang mengandungi gelembung- gelembung udara halus.

Terdapat dua sistem blok utama di pasaran iaitu blok konkrit biasa (Concrete Masonry
Units (CMU)) dan blok ringan (lightweight blocks). Blok CMU untuk membina komponen tiang
dan dinding galas beban (load-bearing wall). Manakala blok ringan pula digunakan untuk
membina dinding.

Salah satu ciri utama blok konkrit ringan ini adalah mempunyai ketumpatan yang rendah
iaitu kurang daripada 1500kg/m3 dan lebih ringan daripada blok konkrit biasa (lebih kurang 1/5
berat konkrit biasa). Ciri-ciri ini membolehkan blok konkrit ini mudah dipotong, didrill dan
dibentuk, ianya juga mempunyai ciri-ciri penebat haba dan bunyi yang baik

2.0 OBJEKTIF

 Dapat menentukan pemasangan struktur dinding lightweight block mengikut pelan.


 Dapat memastikan kerataan sambungan dan tembok,kepugakan dan kepersegiaan yang
mengikut spesifikasi.
 Menghasilkan proses dan prosedur kerja yang baik dan berkualiti sebelum dan selepas
dijalankan.
 Mengenal pasti aspek keselamatan dan keperluan semasa proses pemasangan dilakukan.

2
3.0 BAHAN / PERALATAN

I. Menyediakan segala peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa proses pemasangan
struktur dinding menggunakan kaedah Lightweight Block Work System.

Rajah 1, Peralatan yang digunakan sudip, sesiku L, alat aras spirit, baldi dan
sesiku bangunan

Rajah 2, Bahan yang digunakan Lightweight block yang bersaiz

600(P)x100(L)x200(T) sebanyak 30 biji

3
II. Sediakan bahan Cement Adhesive untuk membuat bancuhan.

Rajah 3, Cement adhesive sebelum dibancuh

Rajah 4, Bancuhan cement adhesive yang telah siap di bancuh

4
4.0 PANDUAN KESELAMATAN

 Sediakan peralatan keselamatan yang mencukupi seperti helmet, safety boots, sarung
tangan, dan pakaian yang bersesuaian..
 Pastikan kawasan dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk melakukan sebarang
kerja
 Pastikan peralatan yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan baik.
 Simpan bahan-bahan yang digunakan di tempat yang berasingan dan berkunci.
 Bersihkan semua peralatan yang telah digunakan dan simpan semula dengan sempurna di
tempat yang ditetapkan.
 Laporkan kepada guru atau penyelia sekiranya terdapat sesuatu keadaan yang boleh
mengakibatkan bahaya

5.0 PROSEDUR MEMASANG STRUKTUR DINDING KAEDAH

LIGHTWEIGHT BLOCK WORK SYSTEM

I. Langkah pertama bagi lapisan bawah, letakkan bancuhan Cement Adhesive mengikut ketebalan
yang bersesuaian.

Rajah 5, Ratakan cement adhesive menggunakan peralatan sudip

5
II. Pastikan kerataan pada lightweight block pada lapisan pertama adalah baik. Dan setiap jarak blok
mestilah antara 8-10 mm.

Rajah 6, Gunakan alat aras spirit untuk mendapat kerataan yang sempurna.

III. Pastikan kedudukan lapisan pertama bagi lightweight block mengikut pelan yang diberi sebelum
melakukan lapisan seterusnya.

Rajah 7, Lapisan pertama yang telah siap.

6
IV. Bagi lapisan yang kedua, pastikan kedudukan blok yang bersaiz besar berada dipermukaan
panjang dan dipermukaan lebar dimulakan dengan blok yang bersaiz kecil.

Rajah 8, Lapisan kedua bagi blok besar

Rajah 9, Lapisan kedua dibahagain lebar.

7
Rajah 10, Gambaran atas lightweight block di lapisan kedua.

V. Lapisan yang ketiga dilakukan mengikut kaedah kedudukan lightweight pada permulaan lapisan,
iaitu lapisan pertama. Pastikan kerataan sambungan,tembok,kepugakan dan kepersegian setiap
lightweight sempurna dilakukan.

Rajah 11, Lapisan ketiga dari pandangan atas dan hadapan.

8
VI. Teruskan sehingga ke lapisan terakhir iaitu lapisan keempat. Lapisan keempat dilakukan dengan
kaedah kedudukan lapisan kedua. Setiap lapisan hendaklah mengikut pelan.

Rajah 12, Lapisan keempat yang telah siap

VII. Selesai proses memasang struktur dinding, pastikan kesemua peralatan yang diguna dibersihkan
sebelum disimpan.

Rajah 13, Peralatan sebelum dan selepas dibersihkan.

9
6.0 RUMUSAN

Pemasangan IBS bagi bangunan perlulah tepat. Sebarang kesalahan lokasi pemasangan
akan menyebabkan kesukaran pamasangan dan penyusunan dalam sistem ini. Setiap bahagian
penyambungan IBS perlu disemak dengan teliti. Prosedur kerja yang dilakukan seharusnya
memenuhi aspek yang ditetapkan dari segi kerataan penyambungan setiap lightweight yang
dipasang. Tembok, kepugakan dan kepersegian juga sangat memainkan peranan yang penting
bagi mendapatkan pemasangan struktur dinding yang baik.

Sistem kerja blok adalah sistem yang paling mudah, fleksibel dan paling serba boleh
digunakan oleh ramai dalam industri, pemasangannya juga mudah dipasang oleh pengguna. Oleh
itu, tempoh bagi proses yang dijalankan mungkin tidak mengambil masa yang lama untuk setiap
bahagian struktur yang dibina.

Disamping itu, prosedur setiap kerja perlulah memainkan peranan untuk menjaga aspek
keselamatan. Peralatan yang digunakan mestilah baik bagi mengelakkan sebarang kerosakkan
terjadi. PPE juga penting bagi mereka yang melaksanakan kerja sebagai salah satu keselamatan
menggelakkan kecederaan mahupun sebarang masalah yang bakal berlaku.

10
VII.0 LAMPIRAN

Hasil struktur dinding bagi 4 lapisan menggunakan kaedah


Lightweight Block Work system

11

You might also like