You are on page 1of 7

Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

TEKNOLOGI BINAAN: TOPIK 1 : NOTA 2

2.0 ASAS BANGUNAN

2.1. Am

Asas (Ig. foundation)

Binaan yang terletak di bawah tiang, dinding atau rasuk yang


memindahkan seluruh beban bangunan ke strata tanah galas. Asas pad, asas rakit
dan asas jalur merupakan asas-asas binaan yang sering ditemui dalam pembinaan.

Asas merupakan bahagian struktur binaan yang terletak terus dengan bumi
serta mampu memindahkan beban-beban binaan kepada tanah dengan lebih
sempurna dan teratur.

Asas bangunan merupakan bahagian yang paling penting pada sesebuah


bangunan. Asas menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah binaan.
Merupakan bahagian yang paling bawah.

2.2. Fungsi Asas Bangunan

2.2.1. Mengagihkan beban bangunan supaya ditanggung oleh tapak tanah yang lebih
luas.
2.2.2. Mencegah bangunan daripada mendap akibat gerakan atau hakisan
2.2.3. Mendapatkan permukaan yang rata untuk membina bangunan itu
2.2.4. Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat graviti ( itu
sebabnya asas bangunan dibina ke dalam tanah )

2.3. Faktor yang menpengaruhi rekabentuk dan saiz asas

2.3.1. Keadaan fizikal tanah – keupayaan tanggungnya


2.3.2. Beban bangunan termasuk beban hidup, beban mati dan beban angin
2.3.3. Ekonomi; perbandingan kos antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan

2.4. Jenis asas

2.4.1. Asas hampar


2.4.2. Asas jalur
2.4.3. Aasa alas tiang
2.4.4. Asas bertangga
2.4.5. Asas rakit
2.4.6. Asas cerucuk

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

2.4.1. Asas hampar

Digunakan secara meluas, kerana kelebihan dari segi ekonomi dan


pembinaan. Sesuai pada tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang
sederhana tinggi untuk menanggung satu tiang atau satu tembok bagi bangunan
yang ringan.

Pada dasarnya asas ini dibina sekurangnya 600mm di bawah aras tanah
(bagi tanah liat) dengan lebarnya tiga kali tebal tembok.

Rajah 1: Asas hampar

2.4.2. Asas jalur

Digunakan untuk menyokong dua tiang di mana satu daripadanya terletak


berhampiran dengan garisan sempadan atau bersebelahan dengan bangunan lain
yang sedia ada.

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

Rajah 2: Asas jalur

2.4.3. Asas alas tiang

Dikenali juga sebagai asas pad.


Sesuai untuk menyokong tiang-tiang dalam binaan ringan yang berangka.
Dalam tiang konkrit perlu ada tetulang dan tiang bata pula diadakan unjuran untuk
memastikan kestabilan.
Asas ini terletak atas lapisan tanah yang mempunyai keupayaan tanggung yang
mencukupi ataupun atas cerucuk jika tanahnya jenis gambut.

Rajah 3: Asas alas tiang (Asas pad)

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

2.4.4. Asas Bertangga

Berupa tangga untuk menyesuaikan kedudukan tapa yang curam disamping


mengawal kos binaan.
Asas bertangga perlu mematuhi kriteria berikut:
i. Tiap-tiap anak tangga hendaklah seragam
ii. Naiknya hendaklah seragam dan sebaiknya tidak melebih 1 meter
iii. Cerucuk konkrit barus diadakan pada hadapan tangga yang paling bawah
untuk mencegah asas daripada tergelincir.

Rajah 4: Asas bertangga

2.4.5. Asas rakit

Sesuai untuk bangunan besar yang berat, terutamanya bangunan yang mempunyai
tingkat di bawah tanah. Pembinaannya meliputi keseluruhan kawasan bangunan.

Tanah yang lembut dikeluarkan dari keseluruhan tapak, kemudian dibina konkrit
bertetulang pada tapak berkenaan sebagai asas.

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

Rajah 5: Asas rakit

2.4.6. Asas cerucuk

Cerucuk digunakan untuk menguatkan keadaan tanah. ( Di tapak binaan yang


terdiri dari tanah lembut dan keupayaan tanggungnya tidak mencukupi.)

Cerucuk digunakan bersama satu jenis asas lain, biasanya alas tiang atau rakit.

Cerucuk dibahagikan kepada 2 kumpulan:

i. Cerucuk tanggung
Dimasukkan ke dalam tanah mencapai lapisan tanah yang keras
yang berupaya menanggung bebannya.
ii. Crucuk geseran
Cerucuk ini ditanggung oleh daya geseran diantara tanah dan
permukaan cerucuk.

Bahan yang sesuai untuk cerucuk:


Kayu : kayu bakau atau kayu awet
Konkrit jenis tuang dahulu atau tuang disitu
Rencam biasanya kayu atau keluli (bahagian bawah cerucuk) dan
konkrit bahagian atas cerucuk
Keluli Cerucuk H, cerucuk paip cerucuk kepingan.

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

Rajah 6: Jenis cerucuk

3.0 Prinsip Binaan Asas Bangunan

3.1. Mengagihkan beban

Asas hendaklah direkebantuk bagi memindahkan beban-beban dari bangunan


kepada tanah supaya enapan bangunan yang terjadi dapat dihadkan.

3.2. Mencegah bangunan daripada lembap

Kebiasaannya diadakan lapisan kalis lembap yang bersambung dipermukaan atas


tanah apabila asas dibina di dalam tanah untuk menghalang kelembapan dari
dalam tanah ke dinding.

3.3. Mendapatkan permukaan yang rata

3.4. Menambah kestabilan bangunan

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Nota Kuliah/ Teknologi Binaan/ SKTB 1112:Asas Bangunan:

RUJUKAN

1. Azizan Mohd Noor, 2003, Ringkasan Implementasi Kerja Bangunan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Barry R, 2001, Kursus Seni Bina Jilid 1, Ibs Buku Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor
3. Hamidon Abdul Ralim, 1988, Asas Pembinaan Rumah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
4. Mahyuddin bin Ramli, Ir, 1990, Kamus Kejuruteraan Bangunan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
5. Tan Boon Tong, 1990, Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur
6. Tan Boon Tong, 2004, Lukisan Binaan Bangunan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.

Ceramah oleh:

Mohd Yusoff bin Abd Rahman,


Kolej Kesihatan Awam, Batu Rakit. Tel: 09 6696670 / 09 6696679 Faks: 09 6697355
slkbr@tm.net.my.

Kolej
This study source was KesihatanbyAwam/
downloaded Batu Rakit/from
100000834988196 Kursus Pembantu Kesihatan
CourseHero.com Awam
on 09-28-2022 05:57:10 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/40499083/12-Asas-bangunandoc/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

You might also like