You are on page 1of 19

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CITY CAMPUS JALAN SEMARAK, 54100 KUALA LUMPUR

ASAS BANGUNAN UNTUK PEMBINAAN MASJID

WAN MUHAMMAD HAZEM B MOHD YUSOH ADO81395 IZZUL IZAN B ISMAIL AD081362 NUR SYAZANA BT MD SALLEH AD081218 SITI AISYAH Bt JAMALUDDIN AD080295

Asas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah (aras bumi). Fungsinya menerima dan memindahkan beban ke tanah di bawahnya. Juga dapat mengelakkan enapan. Dan mengekalkan keadaan bangunan yang ditanggungnya.

Asas terdiri daripada beberapa jenis asas iaitu:a) Asas Hampar (Asas Pad) b) Asas Jalur c) Asas Alas Tiang d) Asas Bertangga e) Asas Rakit f) Asas Cerucuk

Semua asas termasuklah dalam kategori asas cetek manakala asas cerucuk sahaja dikategorikan sebagai asas dalam. Untuk pengetahuan umum, jenis tapak binaan bangunan yang kami kaji ialah tapak asas bangunan sebuah masjid dua tingkat. Masjid tersebut dibina di kawasan Cheras iaitu Masjid Sri Permaisuri.

Asas cerucuk adalah asas yang digunakan untuk pembinaan masjid Sri Permaisuri ini. Asas cerucuk ini digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu, beban bangunan tersebut terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.

Tapak binaan tersebut terdiri daripada tanah lembut dan keupayaan tanggungannya tidak mencukupi. Tindakan yang harus di ambil bagi menguatkan lagi keadaan tanah ialah dengan menggunakan cerucuk asas. Asas cerucuk digunakan bersama satu jenis asas yang lain iaitu alang tiang atau rakit.

Asas cerucuk ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu cerucuk tanggung dan cerucuk geseran. CERUCUK TANGGUNG i Cerucuk ini dimasukkan ke dalam tanah sehingga lapisan tanah yang keras atau lapisan batu yang berupaya menanggung bebannya.

ii

Cerucuk2 ini merupakan tiang2 yang terletak pada tapak yang kukuh untuk menanggung ke semua bebanan tanggungan. iii Beban bangunan tersebut diagihkan terus ke atas tanah atau batu yang menyokongnya. iv Jarak di antara cerucuk2 berdasarkan kepada saiz cerucuk dan bahan yang digunakan.

CERUCUK GESERAN i Bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di sekelilingnya. ii Perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. iii Contohnya, cerucuk konkrit di dalam tanah pasir dalam.

Asas cerucuk ini digunakan adalah disebabkan Oleh beberapa faktor yang sesuai mengikut Jenis Penggunaannya. Iaitu : KETINGGIAN BANGUNAN - Ketinggian masjid ini mempengaruhi kepada faktor penggunaan asas cerucuk. - Setiap bangunan mempunyai ketinggian berbeza serta penggunaan asas yang berbeza. - Semakin tinggi bangunan, semakin kukuh dan kuat asas yang digunakan.

KELUASAN BANGUNAN - Pemilihan asas ini kerana beban akan mengganggu kekuatan asas. - Jika sesebuah bangunan yang dibina itu besar bermakna bebanan yang ditanggungnya juga bertambah. JENIS TANAH - Keadaan fizikal tanah yang mempengaruhi keupayaan tanggungannya.

BEBAN - Beban bangunan termasuklah beban hidup, beban mati dan beban angin yang ditanggungnya. EKONOMI - Perbandingan kos di antara jenis-jenis asas yang boleh digunakan. - Ianya bergantung kepada kos yang dimiliki oleh pihak yang berkenaan.

Pembinaan asas cerucuk ini mengambil masa yang begitu lama untuk sesuatu pembinaan bangunan yang menggunakan jenis asas cerucuk. Untuk pembinaan asas cerucuk ini, terdapat beberapa langkah penyediaannya yang menyebabkannya mengambil masa yang begitu lama untuk pembinaan asas ini.

Antara langkah penyediaannya ialah : a) Kerja penanaman cerucuk spun permulaan (trial pile). b) Penyediaan untuk ujian beban cerucuk. c) Ujian beban cerucuk untuk masjid. d) Ujian beban cerucuk untuk menara. e) Ujian beban untuk bangunan kuarters. f) Ujian JKR PROBE untuk HI-KLEEN. g) Ujian JKR PROBE untuk tembok penahan. h) Kerja pengorekan untuk tetopi cerucuk.

i) Kerja pemotongan cerucuk. j) Pemasangan acuan & besi tetulang. k) Tetopi cerucuk & stump bangunan masjid.

Oleh itu, masa penyediaan untuk pembinaan asas cerucuk bagi masjid Sri Permaisuri di Cheras ini adalah dalam tempoh masa enam bulan (seperti yang diberitahu oleh arkitek projek tersebutEn.Azli Mohammad Jamil)

Kos binaan asas bangunan ini ialah 30 % daripada jumlah kos pembinaan bangunan masjid tersebut. Anggaran yang telah diberitahu untuk pembinaan masjid ini adalah lebih kurang 3 juta. Hal ini bermakna, kos penyediaan dan pembinaan asas cerucuk untuk masjid ini adalah RM900,000.00.

Tapak binaan bangunan yang kami kaji ialah masjid dua tingkat yang terletak di Cheras iaitu Masjid Sri Permaisuri. Asas cerucuk adalah asas yang dikategorikan sebagai asas dalam. Hal ini disebabkan oleh ketinggian bangunan, keluasan bangunan, jenis tanah, beban dan ekonomi.

Tempoh masa yang diambil untuk penyediaan asas cerucuk bagi masjid dua tingkat ini adalah selama enam bulan. Kos binaan atau penyediaannya yang agak berpatutan juga menyebabkan pemaju memilih asas ini demi keselamatan dan penjimatan iaitu hanya RM900,000.00 sahaja.

You might also like