You are on page 1of 17

C 4006/UNIT 10/ 1

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

UNIT 10

PENGUKURAN DINDING BANGUNAN

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM

Memahami dan mengetahui kaedah pengukuran kuantiti bagi elemen dinding luar dan dinding dalam sesebuah bangunan berdasarkan SMM 2.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menyenaraikan semua item kerja berdasarkan lukisan kerja/pelan yang dibekalkan.

Mengukur kuantiti dan menulis keterangan kerja dinding luar dan dinding dalam sesebuah bangunan berpandukan kepada SMM 2.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 2

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

INPUT
10.0 PENGENALAN

ADAKAH ANDA TAHU APA ITU DINDING ?

Dinding merupakan binaan menegak yang berfungsi untuk menyedia, membahagi, menyekat bagi mewujudkan bilik-bilik / ruang-ruang dalam sesebuah bangunan. Sebagaimana yang telah anda pelajari dalam matapelajaran Teknologi Bangunan & Bahan, bahawa dinding terbahagi kepada beberapa ketegori iaitu berdasarkan kepada jenis ( dinding bata, konkrit, kayu dll ), keupayaan tanggung beban ( dinding tanggung beban dan dinding tidak tangggung beban ) dan kedudukan ( dinding luar dan dinding dalam ). Walaubagaimanapun, apa yang bakal dipelajari dalam unit adalah pengukuran kuantiti bagi dinding luar dan dalam sahaja. Secara umumnya, walaupun terdapat pengasingan semasa membuat pengukuran kuantiti antara dinding luar dan dalam, tetapi kaedah dalam mengambil ukuran tetap sama. Dinding terbahagi kepada dua jenis :y y Dinding Bata Dinding Berongga.

Manakala bata-bata yang digunakan untuk membina dinding tersebut terbahagi kepada tiga jenis :1. Bata Biasa (Common Brick) 2. Bata Muka (Facing Brick) 3. Bata Kejuruteraan (Engineering Brick)

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 3

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 1. Bata biasa digunakan bagi pembinaan dinding luar. Diikat dengan sambungan simen mortar (1:9) atau (1:6). Biasanya pada permukaan sebelah luar dan dalam perlu dilepa untuk mendapatkan kemasan yang baik.

2.

Bata muka pula digunakan sebagai dinding luar dan diikat dengan menggunakan simen mortar. Permukaan luar dan dalamnya tidak perlu dilepa, kerana bata muka itu sendiri telahpun memberikan kemasan yang cantik.

Terdapat tiga jenis bata yang digunakan sebagai bata muka :i. ii. iii. Red rustic brick. Selected brick. Facing brick.

3.

Bata kejuruteraan hanya digunakan untuk kerja-kerja di bawah tanah sahaja iaitu bagi dinding sub-struktur.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 4

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI Di dalam membuat ikatan bagi bata muka ini terdapat beberapa kaedah ikatan yang boleh digunakan iaitu :1. Flush 2. Lower struck

3. Upper struck

4. Recessed

5. Keyed

6. Inner V

Selain daripada kerja bata, kerja-kerja lain yang perlu diukur pada dinding luar ialah lapis kalis tiris dan juga besi pengikat (bonding ties) untuk mengikat dinding bata dengan tiang konkrit.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 5

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.1 PENYENARAIAN BUTIRAN KERJA


Bagi kerja-kerja pengukuran kuantiti, anda dikehendaki untuk merujuk kepada Standard Method of Measurement 2. Peraturan untuk mengukur kuantiti elemen dinding ini diterangkan di dalam seksyen-seksyen berikut:

y y

Section G : BRICKWORK AND BLOCKWORK Section F : CONCRETE WORK

Jadual 6.1 : Taking Off List For Wall NO. 1 2 3 4 ITEM Internal wall External wall Damp proof course Bonding tie UNIT M2 M2 M KG

Merujuk kepada SMM 2 : G.1.1 menyatakan bahawa setiap pengukuran bagi kerja dinding hendaklah diklasifikasikan dibawah tajuk / kepala ( heading ) :a. Asas b. Dinding tanggung beban c. Dinding tidak tanggung beban

Manakala sekiranya terdapat bukaan pada dinding, maka penolakan yang perlu dibuat adalah berdasarkan kepada SMM2 : G.2.2 . Bagi penulisan keterangan

kerja pula, ianya perlulah merujuk kepada SMM 2 : G.3.1 dan unit pengukuran pula adalah dalam meter persegi sebagaimana SMM : G.3.3.a.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 6

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

10.2 PENGUKURAN KUANTITI DAN PENULISAN KETERANGAN KERJA


10.2.1 Dinding Bata Biasa (Common Brick)

Rumusan : 1. 2. 3. Dinding luar dari bata biasa. Unit Ukuran Meter persegi Keluasan dinding luar. Digalakkan menggunakan ukuran purata bangunan bagi panjang dan tinggi dinding bata tersebut. 4. Keterangan Ketebalan dinding bata. nyatakan sambungan dan bancuhan simen mortar yang digunakan. Lapisan tetulang bata (perlu dinyatakan jika ketebalan dinding 1/2 B ke bawah) di mana ianya dibina.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 7

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

DIMENSI

KETERANGAN

Non-load bearing wall Half brickwall in comm. Brick in cmt. Mtr. (1:6) wi. Reinf. as specified in external wall. Length
Area A) 3/ 4 000 12 000

12.00 3.10

Add Conc. Slab

Height 3 000 100 3 100

1/2 /2/ T/

1.00 2.00 ____

Ddt. Ditto for door opening (Semua tulisan, ukuran & D1) kurungan menggunakan pen merah)

2.00 3.10 ____

Half brickwall ditto to a radius 2.00 meter. Area B) Height Add 3 000 Conc. 100 Slab 3 100 ===== Radius 2 000 =====

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 8

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 10.2.2 Dinding Bata Muka Dalam pengukuran dinding dari bata muka ini, perlulah merujuk kepada SMM 2 : G.10. Rumusan : 1. 2. 3. 4. Dinding luar bata muka. Unit Ukuran Keterangan Meter persegi Keluasan dinding sebagaimana pelan. Ketebalan bata Jenis ikatan bata. nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan. 1/2B perlu nyatakan penggunaan fabric reinf. nyatakan di mana ia dibina. DIMENSI KETERANGAN Load bearing wall Half bkwl facing brick in cmt. Mtr. (1:6) including reinf. As external wall.

M2

M2 ____

B Brickwall fair face in selected comm. Bk & pointg with a struck joint in cmt mtr (1:6) including reinf as specified as external wall.

M2 ____

B bk. wi. Fairface in red rustic brick & pointing with recessed jointing cmt. Mtr (1:6) including reinf as specified as external wall.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 9

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 10.2.3 Dinding Berongga (Hollow Wall) Dinding berongga dibina sebagai salah satu kaedah penebatan haba atau penelusan hujan pada bangunan tersebut. Dinding ini amat popular dibina di negara yang mengalami kadar kesejukan yang tinggi ataupun kadar hujan yang banyak.

Sebagaimana SMM2 : G.22 Rumusan : 1. 2. 3. 4. Dinding berongga. Unit Ukuran Keterangan Meter persegi Keluasan dinding sebagaimana pelan. Ketebalan keseluruhan dinding rongga. Tebal dinding luar dan dinding dalam. Lebar rongga. Jenis, kualiti, saiz bata dan kemasan permukaan Jenis ikatan bata. nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan. nyatakan di mana ia dibina.

DIMENSI

KETERANGAN

M2

280mm cavity wall consisting of 115mm inner and outer wall with 50mm cavity complete with 3 no. mild steel bonding ties per meter square, in cmt. Mtr. (1:6) as specified as external wall.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 10

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 10.2.4 Lapis Kalis Tiris (Damp Proff Course) Lapis kalis tiris perlu dipasangkan pada dinding luar bata untuk mengelakkan lembapan daripada memasuki bangunan. Sebagaimana SMM2 : G. 28 Rumusan : 1. 2. Lapis kalis tiris. Unit 3. 4. Ukuran Keterangan Dinding kurang dari 225mm - Meter panjang

Dinding melebihi dari 225mm Meter persegi Sepanjang dinding luar bata. Jenis lapis kalis tiris. Di mana ianya diletakkan. Diukur bersih tanpa mengira pertindihan..

DIMENSI

KETERANGAN

Approved bitumen damp proff course on 113mm thick brickwall as specified (Measured nett no allowance made for laps)

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 11

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 10.2.5 Dawai Pengikat (Bonding Tie)

Bagi mengikat sambungan dinding bata dengan tiang konkrit. `Bonding tie ditanam ke dalam tiang konkrit terlebih dahulu sebelum dinding bata siap diikat. Biasanya jarak `bonding tie ini ialah 1 meter di antara satu sama lain pada tiang.

Sebagaimana SMM2 : F.8 Rumusan : 1. 2. 3. 4. Dawai pengikat. Unit Ukuran Keterangan Kilogram Dikira pada setiap tiang konkrit. Diameter dawai pengikat. Jenis dawai pengikat dan kualiti Di mana ianya dipasangkan.

DIMENSI

KETERANGAN

KG

6mm diameter m.s bonding ties one end cast into concrete and the other end built into brickwork including forming perforation in formwork.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 12

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

AKTIVITI

ARAHAN SILA JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH TANPA MERUJUK KEPADA TEKS YANG DISEDIAKAN DI BAHAGIAN INPUT. SETELAH ITU SEMAK JAWAPAN ANDA DENGAN DENGAN BAHAGIAN MAKLUMBALAS. SEMOGA BERJAYA. SOALAN 1. Senaraikan jenis-jenis bata yang biasa digunakan dalam kerja dinding. 2. Jelaskan fungsi / kegunaan setiap dari jenis bata di atas. 3. Dengan bantuan lakaran, jelaskan jenis-jenis ikatan dinding bata. 4. Sediakan taking off list bagi pengukuran dinding bata. 5. Jelaskan panduan bagi penyediaan pengukuran kuantiti berdasarkan taking off list di atas.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 13

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

MAKLUMBALAS

1. Jenis-jenis bata yang baisa digunakan :   Bata Biasa (Common Brick) Bata Muka (Facing Brick) Bata kejuruteraan (Engineering Brick)

2. a. Bata biasa digunakan bagi pembinaan dinding luar. Diikat dengan sambungan simen mortar (1:9) atau (1:6). Biasanya pada permukaan sebelah luar dan dalam perlu dilepa untuk mendapatkan kemasan yang baik.

b. Bata muka pula digunakan sebagai dinding luar dan diikat dengan menggunakan simen mortar. Permukaan luar dan dalamnya tidak perlu dilepa, kerana bata muka itu sendiri telahpun memberikan kemasan yang cantik.

c.

Bata jurutera hanya digunakan untuk kerja-kerja di bawah tanah sahaja

iaitu bagi dinding sub-struktur.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 14

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI

3. Jenis-jenis ikatan dinding bata. a. Flush b. Lower struck

c. Upper struck

d. Recessed

e. Keyed

f. Inner V

4. Taking Off List For Wall NO. 1 2 3 4 ITEM Internal wall External wall Damp proof course Bonding tie UNIT M2 M2 M KG

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 15

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI 5.Panduan dalam penyediaan pengukuran kuantiti bagi item di atas. Dinding Bata Biasa (Common Brick) Rumusan : 1. Dinding luar dari bata biasa. 2. Unit Meter persegi 3. Ukuran Keluasan dinding luar. Digalakkan menggunakan ukuran purata bangunan bagi panjang dan tinggi dinding bata tersebut. 4. Keterangan Ketebalan dinding bata. nyatakan sambungan dan bancuhan simen mortar yang digunakan. Lapisan tetulang bata (perlu dinyatakan jika ketebalan dinding 1/2 B ke bawah) di mana ianya dibina. Dinding Bata Muka Dalam pengukuran dinding dari bata muka ini, perlulah merujuk kepada SMM 2 : G.10. Rumusan : 1. Dinding luar bata muka. 2. Unit Meter persegi 3. Ukuran Keluasan dinding sebagaimana pelan. 4. Keterangan Ketebalan bata Jenis ikatan bata. nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan. 1/2B perlu nyatakan penggunaan fabric reinf. nyatakan di mana ia dibina.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 16

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI Dinding Berongga (Hollow Wall)

Dinding berongga dibina sebagai salah satu kaedah penebatan haba atau penelusan hujan pada bangunan tersebut. Dinding ini amat popular dibina di negara yang mengalami kadar kesejukan yang tinggi ataupun kadar hujan yang banyak. Sebagaimana SMM2 : G.22 Rumusan : 1. Dinding berongga. 2. Unit 3. Ukuran 4. Keterangan -

Meter persegi Keluasan dinding sebagaimana pelan. Ketebalan keseluruhan dinding rongga. Tebal dinding luar dan dinding dalam. Lebar rongga. Jenis, kualiti, saiz bata dan kemasan permukaan Jenis ikatan bata. nyatakan bancuhan simen mortar yang digunakan. nyatakan di mana ia dibina.

Lapis Kalis Tiris ( Damp Proff Course) Lapis kalis tiris perlu dipasangkan pada dinding luar bata untuk mengelakkan lembapan daripada memasuki bangunan. Sebagaimana SMM2 : G. 28 Rumusan : 1. Lapis kalis tiris. 2. Unit Dinding kurang dari 225mm - Meter panjang Dinding melebihi dari 225mm Meter persegi 3. Ukuran Sepanjang dinding luar bata. 4. Keterangan Jenis lapis kalis tiris. Di mana ianya diletakkan. Diukur bersih tanpa mengira pertindihan.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

C 4006/UNIT 10/ 17

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN 2 KAEDAH MEMBUAT PENGUKURAN KUANTITI Dawai Pengikat (Bonding Tie) Bagi mengikat sambungan dinding bata dengan tiang konkrit. `Bonding tie ditanam ke dalam tiang konkrit terlebih dahulu sebelum dinding bata siap diikat. Biasanya jarak `bonding tie ini ialah 1 meter di antara satu sama lain pada tiang. Sebagaimana SMM2 : F.8 Rumusan : 1. Dawai pengikat. 2. Unit 3. Ukuran 4. Keterangan -

Kilogram Dikira pada setiap tiang konkrit. Diameter dawai pengikat. Jenis dawai pengikat dan kualiti Di mana ianya dipasangkan.

MOHD, SAFRI OMAR

JKA, POLISAS

You might also like