You are on page 1of 19

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/1

KERJA BATA
OBJEKTIF
AM

Unit

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan


kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis
bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan
susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :


Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta
ukurannya.
Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata
potong.
Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.
Membeza dan menerangkan istilah-istilah dalam kerja bata.

INPUT

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/2

2.0 PENGENALAN
Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas.
Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur
bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.
Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran
215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar
ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah
ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu.
Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis
bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis
bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata
tanah liat, bata simen dan blok simen.
Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.

2.1

JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA


Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah
liat, bata simen dan blok simen.

2.1.1 Bata tanah liat


Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling
meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata
biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya
menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa
kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih.
Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan
harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam
pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/3

digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah
liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk
kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

SUDAHKAH ANDA
FAHAM APA YANG
DIMAKSUDKAN
DENGAN BATA ?

Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/4

Sumber: Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/5

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk
bata, pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau
jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk
dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin
pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan
keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata
tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan
dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong
dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan.
Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.
Pengeringan

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/6

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun
dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan
udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan
hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan
udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan.
Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 7 hari bergantung
pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau
supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau
dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar
dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan
menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran
dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata
dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk
menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan
mengeluarkan bata dari relau.

2.1.2 Bata simen


Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya
berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan
bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan.
Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak
terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan.
Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet
selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan
dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama
semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata
tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.
2.1.3 Blok Simen
Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi
harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya
menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok
450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa.
Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada
konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau
bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah
lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi
blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam
pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok
padu, blok bersel dan blok berongga.
Rajah 11 : Blok Konkrit

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/7

Sumber : Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok Padu
Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit
berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurangkurangnya 75 % isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).
Blok Berongga
Blok ini mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang
lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari
dimensi keseluruhanya. ( Rujuk rajah12 ).

Blok Bersel

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/8

Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok
itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya
diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya
permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan
senang. ( Rujuk rajah12 ).
Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.1.4 Saiz Blok

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/9

Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya


mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok
dalam kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan
bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan
C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak
berbeban sahaja.
Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok

Blok

Panjang x Tinggi (mm) Tebal (mm)


(saiz kerja)
(Saiz Kerja)
A (ketumpatan : 390 x 90
75,90,100,140,190
>1500kg/m3)
390 x 190
140,190
440 x 225
75,90,100,140,190,215
B (ketumpatan:
<1500kg/m3)

390 x 90
390 x 190

75, 90,100,140,190

C (ketumpatan : 440 x 190


<1500kg/m3)
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215
390 x 190
440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215

75,90,100,140,215

60,75

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah


atau syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya.
Ketumpatanya kurang daripada 1500 kg/m 3 . Blok ini memberi penebatan
yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok
terutamanya tembok sekatan.
Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang
mempunyai ketumpatan melebihi 1500kg/m 3. Blok ini sesuai digunakan
untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya
dikemaskan dengan betul.
Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini
dihasilkan daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk
aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung
dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/10

udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan


konkrit menyebabkan blok ringan berpenebatan baik. Selain dari blok-blok
yang tersebut diatas, blok yang berudara juga dihasilkan dengan
berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam pembinaan lubang
udara tembok.
2.2

KEGUNAAN JENIS-JENIS BATA POTONG


Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :
1. mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan sambungan
tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.
2. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina.
Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan
tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya
berterusan ( tidak berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang.
Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah
dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang
terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di
bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih
berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.
Gambarajah 13 : Perbandingan Kekuatan Tembok Dengan Ikatan Terikat (Berlekap) Dan Tidak Terikat (Tidak
Berlekap)

Sumber : ms 139 Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong )

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/11

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata
yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah
bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali
tembok satu bata.
Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia
mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup
setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang
terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di
bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi
prinsip-prinsip ikatan bata:

Rajah 14 : Jenis-jenis Bata Potong

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/12

2.3 Bahagian dan ukuran bata


Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).
Kepala Bata
Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)
Sisi Bata
Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)
Kekatak/Lubang
Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata,
muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi
ikatan yang kuat.
Aris/Segi Bata.
Tepi pepenjuru bata.
Gambarajah 15 : Bahagian dan ukuran bata

Kekatak/Lubang
Sisi Bata
Segi Bata
65mm
Kepala Bata
102.5mm
215 mm
Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.4

Istilah-istilah Dalam Kerja Bata


Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam
kerja bata :
Sambungan Datar
Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan
sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.
Sambungan Tegak
Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang
antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur
binaan pada tiang lurus.
Sambungan Tindih
Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah.
Biasanya bata diikat dengan berlekap bata ataupun bata. Lihat rajah
13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga T.

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/13

Quoin/Pepenjuru
Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi
bangunan. Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau
bertindih antara satu sama lain.
Hujung Terhenti
Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara
menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana
hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan
lain lagi selepasnya.
Gerigi
Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan
terus tetapi ditinggalkan bata atau bata pada lapisan yang berselang
seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan
kerja penyambungan pada masa hadapan.
Pepara
Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata
dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini
biasanya dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas
kerangka pintu atau tingkap.

UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN


ANDA, SILA BUAT AKTIVITI
BERIKUT. JIKA ANDA TIDAK
BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN
ANDA, SILA MEMBUAT ULANGKAJI
PADA INPUT YANG ANDA RASA
MASIH KABUR.

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/14

Untuk menguji kefahaman


anda sila buat aktiviti
dibawah dengan ceria
selamat mencuba!

AKTIVITI 2A
1.
2.
3.
4.

Apakah yang dimaksudkan dengan bata ?


Nyatakan jenis-jenis bata yang telah anda pelajari.
Apakah prinsip ikatan bata.
Nyatakan bahagian-bahagian bata.

CUBA SEMAK JAWAPAN


ANDA PADA
MAKLUMBALAS BERIKUT

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/15

MAKLUMBALAS
1. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan
berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan
dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.
2. a. Bata tanah liat
b. Bata simen
c. Blok simen
3. Antara prinsip-prinsip ikatan bata ialah :
a. mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan
sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun
didalam tembok.
b. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.
4.

Kekatak/Lubang
Sisi Bata
Segi Bata
65mm
Kepala Bata
102.5mm
215 mm

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/16

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan tanpa menjeling kawan anda...
1.

Bagi mendapatkan batu bata yang bermutu tinggi, terdapat beberapa


proses pembuatannya seperti persediaan tanah, membentuk bata,
pengeringan dan pembakaran. Huraikan dengan terperinci proses-proses
tersebut.

2.

Terdapat banyak jenis batu bata yang berada di pasaran seperti bata
tanah liat, bata simen dan blok simen. Huraikan mana-mana dua jenis
bata tersebut.

3.

Bata mempunyai rupabentuk yang standard, begitu juga dengan bahagian


serta ukurannya. Terangkan bahagian dan ukuran bata tersebut.

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/17

MAKLUMBALAS
1. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk
bata, pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau
jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk
dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin
pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan
keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata
tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan
dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong
dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan.
Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.
Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun
dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan
udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan
hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan
udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan.
Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 7 hari bergantung
pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau
supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau
dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar
dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan
menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran
dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata
dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk
menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan
mengeluarkan bata dari relau.

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA
2.

C1001/ UNIT2/18

Bata tanah liat


Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling
meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata
biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya berdaya
menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa
kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih.
Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan
harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam
pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok
digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa.
Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya
berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan
bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan.
Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak
terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan.
Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet
selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan
dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama
semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata
tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

3. Bahagian dan ukuran bata


Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).
Kepala Bata
Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)
Sisi Bata
Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)
Kekatak/Lubang
Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata,
muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi
ikatan yang kuat.
Aris/Segi Bata.
Tepi pepenjuru bata.

Kekatak/Lubang
Sisi Bata
Segi Bata
65mm
Kepala Bata
102.5mm

polisas.nizam.dewi.maill

KERJA BATA

C1001/ UNIT2/19
215 mm

polisas.nizam.dewi.maill

You might also like