You are on page 1of 214

PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 1

UNIT 1 PENGENALAN KONKRIT

OBJEKTIF AM

Memahami pengetahuan asas mengenai simen dan

Unit
teknologi konkrit dalam industri pembinaan.

1
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit mengikut kaedah dan


bahan yang digunakan bagi menghasilkannya.

Menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan


konkrit penting dalam industri binaan.

Mengenali struktur-struktur konkrit.

Menerangkan perkembangan-perkembangan
yang berlaku dalam teknologi konkrit.

Unit 1-1
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 2

INPUT

1.0 PENGENALAN KONKRIT


Konkrit merupakan bahan binaan yang sangat penting dan popular digunakan dalam
pembinaan pada masa sekarang. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat pada konkrit tersebut
memenuhi kriteria yang diperlukan bagi memastikan ia sesuai digunakan dalam apa jua
keadaan.

1.1 Takrifan Konkrit


Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu
baur kasar dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang
tertentu dibiarkan mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur. Nisbah
bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan
kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah
bancuhannya (Rujuk Jadual 1.1).

JADUAL 1.1 : Nisbah Bancuhan Konkrit Mengikut Kegunaannya


Nisbah Bancuhan Kegunaan

1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam peparit bagi kerja tanah keras.

1:3:6 Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi.

1: 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

1:1:3 Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain lagi.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui proses
kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta simen.

Unit 1-2
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 3

Pasta simen ini bertindak sebagai bahan pengikat/pelekat kepada komponen-komponen


konkrit seperti batu baur halus/ pasir dan batu baur kasar (Rujuk Rajah 1.1).

RAJAH 1.1 : Proses Untuk Menghasilkan Konkrit

Air
Tindakbalas kimia hidratan
Pasta simen

Simen KONKRIT

Batu baur

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Bahan aktif yang terdapat dalam konkrit adalah simen dan air. Manakala batu baur pula
adalah bahan lengai. Batu baur tidak memberikan sebarang tindakan semasa proses
penghidratan tetapi bertindak sebagai pengisi ruang dan memberikan kekuatan, kelasakan
serta daya rintangan daripada berlakunya pengecutan. Oleh kerana harga batu baur lebih
murah daripada bahan-bahan lain maka ia boleh digunakan semaksima yang mungkin.

Selepas proses penghidratan, kandungan air air dalam konkrit menjadi kurang dan
beransur-ansur kering.

Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai rekabentuk yang baik mestilah
mempunyai lompang (liang udara/void) lebih kurang 1% , dan pasta simen
(air/simen/campur batu baur kasar dan halus) lebih kurang 75% .

Kualiti konkrit bergantung kepada:-

a) Kualiti bahan-bahan yang digunakan.


b) Nisbah bancuhan.

Unit 1-3
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 4

c) Penggredan batu baur.


d) Amaun air yang digunakan.
e) Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.
f) Pengawetan yang dilakukan setelah mengeras.
g) Cara mencampur dan mengangkut.
h) Kualiti acuan yang digunakan.

Sifat-sifat konkrit:-

a) Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting dalam
pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

b) Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga
lain.

c) Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut
acuannya.

d) Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

e) Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu
baur mudah didapati dan murah.

Syarat bagi penyediaan konkrit yang baik

a) Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu granit.
b) Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna.
c) Kandungan simen hendaklah mencukupi.
d) Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi
sebarang kotoran atau garam.
e) Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan konkrit yang sama konsistansi.
f) Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna supaya konkrit itu menjadi
bancuhan yang seragam.

Unit 1-4
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 5

g) Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan yang
sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.
h) Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai perlu
dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

AKTIVITI 1A

1.1 Nyatakan 5 (Lima) faktor untuk menentukan kualiti konkrit.

1.2 Nyatakan kegunaan setiap nisbah bancuhan berikut dalam jadual di bawah
mengikut kesesuaiannya dalam pembinaan.

Nisbah Bancuhan Kegunaan


1 : 5 : 10

1:3:6

1: 2 : 4

1:1:3

Unit 1-5
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 6

1.3 Namakan bahan yang terlibat dalam proses seperti dalam lakaran di bawah :

Tindakbalas kimia hidratan

KONKRIT

MAKLUMBALAS 2A

1.1 5 (Lima) faktor untuk menentukan kualiti konkrit.


i. Kualiti bahan-bahan yang digunakan.
ii. Nisbah bancuhan.
iii. Penggredan batu baur.
iv. Amaun air yang digunakan.
v. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.

Unit 1-6
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 7

1.2 Kegunaan nisbah bancuhan seperti dalam jadual di bawah :

Nisbah Bancuhan Kegunaan


1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam peparit bagi kerja
tanah keras.
1:3:6 Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi.
1: 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk,
dan lain-lain lagi.
1:1:3 Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain
lagi.

1.3 Bahan yang digunakan dalam proses ini ialah :


Air
Tindakbalas kimia hidratan
Pasta simen

Simen KONKRIT

Batu baur

INPUT

1.2 Kelebihan Konkrit

Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular sebagai


bahan pembinaan iaitu :
a) Kukuh
b) Kosnya yang murah
c) Mudah didapati
d) Mudah dibentuk mengikut acuan
e) Tahan Lasak

Unit 1-7
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 8

f) Mempunyai daya rintangan api


g) Kemas
h) Kekal bentuk dibawah beban
i) Tidak menyerap
j) Tidak Mengecut
k) Tidak Rapuh

1.3 Struktur-struktur Konkrit

Konkrit digunakan bagi pembinaan struktur-struktur bangunan seperti :


a) Tiang (column)
b) Rasuk (beam)
c) Papak Lantai (floor slab)
d) Balak Konkrit (concrete beam)
e) Tapak (footing)
f) Asas (Foundation)

1.4 Perkembangan Teknologi Konkrit

Permintaan terhadap konkrit sebagai bahan binaan adalah sangat meluas. Berbagai-bagai
jenis bangunan dan struktur kejuruteraan awam menggunakan bahan-bahan ini. Konkrit
berupaya menanggung beban yang besar, mempunyai daya rintangan lelasan, daya
rintangan asid dan menghalang dari serangan kerosakan yang lain.

Jangkahayat konkrit yang lama, tahan lasak boleh dihasilkan dikilang-kilang secara
komersial dan boleh digunakan di tapak binaan dengan jentera pengangkut.

Kemunculan teknik-teknik pembinaan struktur konkrit yang lebih menjimatkan samada


dari segi kos, masa dan sumber tenaga telah menarik ramai pengusaha untuk menerokai
bidang ini.

Penggunaan teknik konkrit tuang-dulu/pratuang sebagai komponen binaan adalah satu


amalan yang berkesan dan diamalkan sejak kebelakangan ini.

Unit 1-8
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 9

Penggunaannya didapati begitu meningkat dalam industri binaan kerana ia dapat


memberikan beberapa kebaikan seperti tempoh pembinaan yang lebih cepat, pihak
pengeluar boleh mengusahakannya secara stok, berkualiti tinggi, tenaga kerja yang
sedikit, dapat digunakan untuk struktur yang mempunyai rentang yang lebar melalui
konsep pra-tegangan dan dapat dikendalikan walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk.
Contoh Konkrit Pra-Tuang :
Paip,longkang,pembentung,cerucuk,bingkai-bingkai struktur dan lain-lain lagi.

Penggunaan bar keluli yang ditempatkan dalam pembinaan struktur konkrit dapat
menambahkan lagi keupayaan tanggung beban konkrit tersebut. Kaedah ini dikenali
sebagai Konkrit Tetulang. Kekuatan mampatannya adalah daripada konkrit dan
kekuatan tegangan daripada bar keluli.

Konkrit Tegas Dulu adalah merupakan teknik yang popular dan sering dimajukan lagi
supaya dapat menambahkan keupayaan tanggung beban anggota-anggota konkrit
terutamanya untuk rentang yang luas.

Konkrit Beban Ringan boleh digunakan untuk mengurangkan beban mati sesuatu
bangunan atau struktur, juga mempunyai sifat penebatan yang baik dan sesuai digunakan
untuk pengeluaran blok-blok konkrit bagi pembinaan dinding penebat. Ini boleh
dihasilkan dengan menggunakan batu baur asli khas atau batu baur tiruan.

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut.......
Jika anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur........

Unit 1-9
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 10

AKTIVITI 2B

1.4 Nyatakan 5 (Lima) faktor yang menyebabkan konkrit sesuai digunakan dalam
pembinaan.

1.5 Nyatakan 5 (Lima) contoh struktur bangunan yang dihasilkan menggunakan konkrit.

1.6 Nyatakan 4 (Empat) teknik pembinaan menggunakan konkrit yang popular digunakan
dalam pembinaan pada masa kini

Unit 1-10
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 11

MAKLUMBALAS 2B

1.4 5 (Lima) faktor konkrit sesuai digunakan dalam pembinaan ialah:


a) Kukuh
b) Kosnya yang murah
c) Mudah didapati
d) Mudah dibentuk mengikut acuan
e) Mempunyai daya rintangan api

1.5 5 (Lima) contoh struktur bangunan menggunakan konkrit konkrit:


a) Tiang (column)
b) Rasuk (beam)
c) Papak Lantai (floor slab)
d) Balak Konkrit (concrete beam)
e) Tapak (footing)

1.6 4 (Empat) teknik pembinaan menggunakan konkrit yang popular :


a) Konkrit Siap tuang/Pra-Tuang
b) Konkrit Bertetulang
c) Konkrit Tegas dulu
d) Konkrit Ringan

Unit 1-11
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 12

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Nyatakan Takrifan konkrit mengikut pemahaman anda.

2) Lakarkan proses penghidratan(hydration) untuk menghasilkan pasta simen hinggalah


konkrit dapat dihasilkan.

3) Nyatakan 4 (Empat) nisbah bancuhan dan Terangkan kegunaannya dalam pembinaan.

4) Nyatakan 5 (Lima) faktor yang mempengaruhi kualiti konkrit.

5) Terangkan 5 (Lima) faktor yang menyebabkan konkrit popular untuk digunakan dalam
pembinaan.

6) Nyatakan 4 (Empat) teknik pembinaan yang menggunakan konkrit.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

Unit 1-12
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 13

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1) Konkrit ialah bahan yang dihasilkan apabila simen,batu baur halus/pasir, batu baur kasar
dan air digaul dan dicampur mengikut kadar campuran/nisbah yang tertentu dibiarkan
mengeras supaya membentuk sesuatu anggota struktur.

2)
Air
Tindakbalas kimia hidratan
Pasta simen

Simen KONKRIT

Batu baur
3)

Nisbah Bancuhan Kegunaan


1 : 5 : 10 Tapak tembok dalam peparit bagi kerja
tanah keras.
1:3:6 Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi.
1: 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk,
dan lain-lain lagi.
1:1:3 Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain
lagi.

4)
i. Kualiti bahan-bahan yang digunakan.
ii. Nisbah bancuhan.

Unit 1-13
PENGENALAN KONKRIT C 1004 / Unit1/ halaman 14

iii. Penggredan batu baur.


iv. Amaun air yang digunakan.
v. Cara memampatkannya setelah di tempatkan di dalam acuan.

5)
i. Kukuh Struktur bangunan yang menggunakan konkrit dapat menanggung
beban.
ii. Kosnya yang murah Bahan binaan yang menggunakan konkrit adalah lebih
murah berbanding penggunaan bahan lain seperti besi dan logam.
iii. Mudah didapati Bahan-bahan untuk menghasilkan konkrit mudah untuk
diperolehi.
iv. Mudah dibentuk mengikut acuan Konkrit dapat dibentuk mengikut rekabentuk
acuan berbanding penggunaan bahan lain.
v. Mempunyai daya rintangan api Daya rintangan api bagi konkrit adalah lebih
tinggi bagi keselamatan semasa berlakunya kebakaran.

6)
i. Konkrit Siap tuang/Pra-Tuang
ii. Konkrit Bertetulang
iii. Konkrit Tegas dulu
iv. Konkrit Ringan

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 2.

Unit 1-14
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 1

UNIT 2 BAHAN-BAHAN KONKRIT

OBJEKTIF AM

Unit
Memahami bahan-bahan yang digunakan bagi

2
bancuhan konkrit, penghasilan dan ujian-ujian
yang berkaitan dengannya.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menerangkan jenis-jenis bahan yang


digunakan bagi bancuhan konkrit.

Menerangkan ciri-ciri bahan untuk


bancuhan konkrit.

Menyenaraikan kaedah-kaedah
penyimpanan bahan-bahan konkrit di
tapak bina.

Mengenalpasti jenis-jenis ujian untuk


menentukan kualiti bahan-bahan konkrit.

UNIT 2-1
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 2

INPUT

2.0 BAHAN-BAHAN KONKRIT


Bahan-bahan bagi tujuan bancuhan konkrit terdiri daripada :
i. Simen
ii. Batu Baur Halus/Kasar
iii. Air
iv. Bahan Tambah

2.1 Simen
2.1.1 Pengenalan Simen

Simen adalah bahan yang dihasilkan dengan membakar


campuran batu kapur dan tanah liat. Simen mempunyai sifat
lekitan (cohesive) dan lekatan (adhesive), yang membolehkannya
mengikat bahan-bahan komponennya; pasir dan batu baur
supaya menjadi konkrit yang padat.

Berapakah jenis
simen yang digunakan
dalam industri

Secara umumnya simen ini boleh


dibahagikan kepada 7 jenis :
a) Simen Portland Biasa
b) Simen Portland Haba Rendah
c) Simen Portland Penahan Sulfat
d) Simen Portland Diubahsuai
e) Simen Portland Relau Bagas
f) Simen Portland Aluminia Tinggi

UNIT 2-2
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 3

2.1.2 Jenis-jenis Simen


a) Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement)

Simen yang paling banyak digunakan. Sesuai digunakan dalam


pembinaan konkrit umum, di tempat-tempat yang tidak terdapat
sulfat atau air dalam tanah.

b) Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland


Cement)

Simen ini mempunyai kekuatan yang hampir sama dengan


Simen Portland Biasa tetapi ia dikisar lebih halus. Perbezaannya
adalah dari segi masa mengerasnya lebih cepat kerana
simennya yang halus. Kekuatan yang dihasilkan pada umur tiga
(3) hari adalah lebih kurang sama seperti yang dihasilkan oleh
Simen Portland Biasa.

Simen ini juga dikenali sebagai simen cepat kuat. Kegunaan


simen ini adalah untuk kerja kecemasan yang memerlukan
kekuatan segera untuk menahan cuaca sejuk, atau acuan perlu
ditanggalkan lebih awal.

Masa pembekuannya bergantung kepada suhu persekitaran,


biasanya dalam lingkungan 5 minit hingga 30 minit.

c) Simen Portland Haba Rendah (Low Heat Portland Cement)

Untuk mengelakkan kerekahan terjadi disebabkan oleh kenaikan


suhu bahagian dalam konkrit semasa proses penghidratan
berlaku, simen jenis ini perlu digunakan. Simen jenis ini
mempunyai kadar pertambahan kekuatan yang perlahan tetapi
kekuatan maksimumnya tidak berubah.

UNIT 2-3
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 4

Simen ini digunakan untuk membina jasad atau struktur konkrit


yang besar seperti; empangan, tembok penahan dan tembok
landasan, dimana perubahan suhu yang cepat (penghasilan
haba) semasa proses penghidratan simen perlu dihadkan untuk
mencegah berlakunya keretakan.

d) Simen Portland Penahan Sulfat

Simen yang mengandungi kandungan trikalsium aluminat (C 3 A)


yang rendah. Kandungan tetrakalsium aluminoferrit (C3 AF) yang
lebih dari simen Portland yang lain menyebabkan warnanya
lebih gelap.

Sulfat boleh bertindakbalas dengan trikalsium aluminat terhidrat


menyebabkan konkrit yang dihasilkan dari jenis ini dapat
menahan serangan sebatian sulfat yang kerap terdapat dalam
larutan air bawah tanah dan juga air laut.

Simen jenis ini sesuai digunakan untuk pembinaan struktur bawah


tanah dan juga struktur yang mungkin terkena air laut dan bahan
kimia.

e) Simen Portland Diubahsuai

Simen ini mengeluarkan haba yang kurang daripada Simen


Portland Biasa tetapi mempunyai kekuatan yang sama.
Ketahanan terhadap serangan sulfat adalah sederhana.

Simen Portland Biasa yang diubah dengan menambah bahan


kimia untuk disesuaikan dengan penggunaannya. Jenis bahan
tambah yang digunakan adalah seperti berikut:-

UNIT 2-4
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 5

i. Bahan tambah pencepat - digunakan Kalsium Klorida.


Bertujuan untuk mempercepatkan proses penghidratan dan
mencapai kekuatan.
ii. Bahan tambah pelambat - gula dan karbon. Digunakan
untuk melambatkan proses pengerasan dan pencapaian
kekuatan.
iii. Bahan tambah kalis air - penggunaan serbuk galian silika.
iv. Bahan AE (Air Entraining agent) - untuk memudahkan kerja
konkrit tanpa menggunakan kuantiti air yang banyak dengan
menggabungkan udara dalam bentuk gelembung ke dalam
konkrit.

f) Simen Portland Relau Bagas

Simen jenis ini dihasilkan dengan mengisar campuran batu


hangus (clinker) bersama dengan sanga relau bagas
(blastfurnace slag).

Sanga adalah bahan keluaran dari proses pembuatan besi dan


ia biasa digunakan sebagai batu baur. Biasanya sanga
dicampurkan antara 8% hingga 30% dari berat simen.

Sifat simen ini serupa dengan simen Portland biasa, tetapi konkrit
yang dihasilkan dari simen ini mempunyai kekuatan yang lebih
perlahan dan kenaikan suhu yang kurang daripada OPC.

Ia mempunyai sifat ketahanan daripada serangan bahan kimia


yang lebih baik.

Sesuai untuk pembinaan yang memerlukan penahanan sulfat


dan pengerasan lambat seperti kerja di tepi laut dan kerja konkrit
yang besar. Harganya juga lebih murah daripada OPC.

UNIT 2-5
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 6

g) Simen Portland Aluminia Tinggi

Mengandungi kandungan aluminia yang tinggi; 40% aluminia,


40% kapur, 8% silika, dan selebihnya bahan lain.

Kadang-kala ia dipanggil simen berkilau. Kelebihannya: Ia boleh


tahan dari serangan kimia, cepat mengeras (dalam masa 24
jam), kekuatannya boleh mencapai 80%.

Masa permulaan pembekuan lambat dari OPC, tetapi masa


membeku akan berlaku serta merta. Masa permulaan
pembekuan antara 4 jam hingga 5 jam dan masa tamat
membeku 30 minit.

2.1.3 Kaedah-kaedah penyimpanan simen


a) Penyimpanan kampit simen di dalam Stor

Disimpan di dalam stor yang kalis air, keluasan yang sesuai untuk
pengedaran udara yang baik, permukaan lantai yang kering
dan semua pembukaan mempunyai penutup dan boleh ditutup
rapat.

Kampit simen disusun pugak tidak lebih daripada 1 meter (5


kaki) tinggi dan diletakkan di atas pelapik yang tingginya
daripada permukaan lantai sekurang-kurangnya 23 cm dan 30
cm dari dinding. Simen disusun mengikut peringkat masa ia
diterima supaya dapat mengelakkan dari tersimpan lama.

Susunan hendaklah dibuat serapat yang boleh untuk


menghadkan peredaran udara antara kampit-kampit simen dan
tidak menumpu ke dinding.

UNIT 2-6
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 7

Jika simen disusun dan disimpan di tempat yang terbuka/lapang,


ianya hendaklah diletakkan di atas pelapik yang tinggi dan rata.
Ia juga perlu ditutup dengan penutup kalis air yang disambung
secara berlapis dan ditindih dengan benda yang berat (Rujuk
Gambar 2.1).

GAMBAR 2.1 : Kaedah Penyimpanan Simen

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

b) Penyimpanan simen di dalam Silo

i. Disimpan dalam keadaan kering untuk mengelakkan


berlakunya pembekuan udara (air setting) untuk membentuk
butir-butir simen separuh membeku.
ii. Silo perlu berada dalam keadaan kalis air.
iii. Pemeriksaan hendaklah sentiasa dilakukan untuk mengesan
supaya ianya sentiasa kalis air dan kalis udara.
iv. Penyimpanan dengan kaedah ini lebih baik kerana tenaga
buruh digunakan dengan minimum. Tidak perlu mengangkut
untuk penyimpanan.
v. Mengelakkan berlakunya pembaziran jika kampit simen
bocor atau pecah
vi. Kerja penyimpanan yang terkawal dan berkesan.

UNIT 2-7
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 8

vii. Silo merupakan tempat yang sesuai untuk menyimpan simen


di loji penggaulan konkrit (batching plant).

2.1.4 Pengilangan Simen Portland

Simen portland ialah keluaran yang diperolehi daripada batu


hangus yang terhasil dari proses mengkapur tohorkan suatu
campuran bahan-bahan argilasius dan kalsarius dihancur
lumatkan.

Terdapat empat (4) proses utama dalam pengilangan simen:-


i. Menghancurkan bahan-bahan mentah supaya 95% akan
lulus ayak No. 100
ii. Menggaul bahan-bahan mentah mengikut kadar
campuran yang sesuai.
iii. Memanaskan campuran menjadi paduan awal berupa
batu kerikil.
iv. Mengisar batu hangus yang terhasil menjadi debu halus.

Simen boleh diproses melalui dua (2) kaedah:-

i) Proses basah
ii) Proses kering

i) Proses basah

1. Proses yang sesuai untuk bahan mudah larut dalam air


seperti kapur dan tanah liat.
2. Batu kapur dan tanah liat yang diperolehi daripada kuari
di bawa ke tempat pengilangan.
3. Batu kapur dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan
dihancurkan sehingga menjadi debu.

UNIT 2-8
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 9

4. Batu kapur dicampurkan dengan air di dalam mesin air


(wash mill).
5. Proses yang sama dilakukan terhadap tanah liat dan
dicampurkan dengan air di dalam mesin air yang lain.
6. Kedua-dua campuran digaulkan bersama dengan
nisbah campuran yang bersesuaian untuk menghasilkan
cairan simen (cement slurry).
7. Ditapis untuk pengasingan bahan-bahan yang kasar.
8. Cairan simen disimpan dalam tangki simpanan yang
besar dengan penggaulan dilakukan di dalam pembaur
sawat supaya pepejal yang terapung tidak termendap.
9. Cairan simen dialirkan ke dalam tanur putar yang
berkedudukan condong (selinder keluli bergarispusat 10
kaki hingga 15 kaki dan 300 kaki panjang).
10. Cairan simen dimasukkan pada hujung sebelah atas
tanur dan haba daripada pembakar bahan api diesel
disembur masuk pada hujung sebelah bawah.
11. Selepas cairan simen kering, proses pembakaran
diteruskan di bahagian tengah tanur untuk
menghasilkan bahan seperti batu kerikil, dan proses
pembakaran dilakukan pula pada bahagian bawah
tanur pada suhu 1500oC.
12. Batu hangus terbentuk apabila tindakan secara kimia
berlaku bila kapur silika dan alumina bergabung.
13. Batu hangus disejukkan untuk membentuk bebola hitam
yang keras, dikisar dan ditambah 3% gipsum (bahan
tambah untuk melambatkan tindakan kimia) bagi
menghasilkan simen Portland.
14. Simen Portland dihantar ke stor simpanan.
15. Dicurahklan ke loji pembungkusan atau dimasukkan ke
dalam lori untuk digunakan.

UNIT 2-9
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 10

ii) Proses kering

1. Proses yang sesuai untuk bahan yang tidak mudah larut


dalam air seperti batu kapur.
2. Proses yang hampir sama dengan proses basah. Batu kapur
dan tanah liat dicampurkan dalam keadaan kering.
3. Campuran diayak, dituangkan ke dalam piring berpusing
(granulator).
4. Dicapur dengan 12% air bagi menghasilkan ketulan
berukuran .
5. Ketulan dibakar di dalam kekisi pemanas dulu oleh gas
panas daripada tanur.
6. Dimasukkan dalam tanur yang berputar.
7. Turutan operasi pemprosesan seterusnya adalah sama
seperti mana proses basah.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti


berikut....

Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan


anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda
rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

UNIT 2-10
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 11

AKTIVITI 2A

2.2 Nyatakan 7 (Tujuh) jenis simen yang digunakan dalam industri


pembinaan.

2.3 Namakan jenis-jenis simen mengikut kegunaannya di dalam jadual


di bawah ini?

Jenis Simen Kegunaan


Ianya amat berguna digunakan dalam
1. keadaan cuaca dingin disebabkan
kadar pelepasan haba yang tinggi.
Ianya amat sesuai bagi projek
2. pembinaan yang besar kerana ianya
dapat melambatkan proses
penghidratan.
Kandungan trikalsium aluminat yang
3. rendah membolehkan ianya dapat
menahan serangan sulfat.

2.4 Namakan 2 (Dua) kaedah penyimpanan simen di tapak bina.

2.5 Nyatakan 2 (Dua) proses yang dijalankan bagi menghasilkan


simen.

UNIT 2-11
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 12

MAKLUMBALAS 2A

2.1 Secara umumnya simen ini boleh dibahagikan kepada 7 jenis :


a. Simen Portland Biasa
b. Simen Portland Haba Rendah
c. Simen Portland Penahan Sulfat
d. Simen Portland Diubahsuai
e. Simen Portland Relau Bagas
f. Simen Portland Aluminia Tinggi
2.2
Jenis Simen Portland Kegunaan
1) Simen Portland mengeras cepat Ianya amat berguna digunakan dalam
keadaan cuaca dingin disebabkan
kadar pelepasan haba yang tinggi.
2) Simen Portland Haba Rendah Ianya amat sesuai bagi projek
pembinaan yang besar kerana ianya
dapat melambatkan proses
penghidratan.
3) Simen Portland Penahan Kandungan trikalsium aluminat yang
Sulfat rendah membolehkan ianya dapat
menahan serangan sulfat.

2.3 2 (Dua) kaedah penyimpanan simen di tapak bina :


i. Penyimpanan kampit simen
ii. Penyimpanan simen di dalam stor secara pukal

2.4 2 (Dua) proses yang dijalankan bagi menghasilkan simen :


i. Proses basah
ii. Proses kering

UNIT 2-12
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 13

INPUT

2.2 Batu baur

Batu baur ini apa


agaknya?

Istilah Batu baur adalah untuk menerangkan


batu kerikil, batu pecah dan batu pasir yang
dicampurkan dengan simen dan air untuk
menghasilkan konkrit.

2.2.1 Takrifan batu baur

Batu baur mengandungi pasir dan batu kelikir yang digunakan


dalam campuran konkrit selain daripada simen dan air (Rujuk
Gambar 2.1) di bawah.

GAMBAR 2.1 : Campuran batu baur, simen dan air

Sumber : PENGENALAN KEPADA KONKRIT (Universiti Teknologi Malaysia 1992)

UNIT 2-13
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 14

Kandungan batu baur dalam bancuhan konkrit mestilah daripada


isipadu konkrit. Oleh itu batu baur sangat penting dan boleh
mempengaruhi kekuatan dan kelasakan konkrit.

Batu baur ini perlu digredkan mengikut saiznya. Batu baur yang saiznya
tidak melebihi 5mm ialah batu baur halus.

Batu baur kasar terdiri daripada serpihan batu yang saiznya berbeza-
beza dari 5mm hingga 50mm.
Gambar 2.2 : Bentuk-bentuk Batu Baur
2.2.2 Jenis-jenis batu baur

a) Batu Baur Kasar (Coarse


Aggregate)

Batu baur boleh diperolehi samada


daripada sungai atau kuari. Bentuk
batu baur daripada sungai adalah
bulat, manakala daripada kuari
pula berbentuk tajam.

Terdapat tiga (3) jenis batu baur


kasar, iaitu 10mm, 20mm, dan
40mm. Saiz yang paling popular
adalah saiz 20mm untuk konkrit
tetulang gred 20 atau nisbah
campuran 1:2:4 .

Saiz 10mm dan 40mm jarang


digunakan kecuali jika terdapat
binaan tetulang yang sangat rapat
atau saiz 20mm dan 40mm tidak dapat mengisi ruang yang kecil.

UNIT 2-14
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 15

Batuan yang bersaiz 10mm, 20mm dan 40mm boleh dicampurkan untuk
membentuk konkrit yang lebih baik. Contohnya:-
1:2 - Kombinasi batu baur kasar 10mm dan 20mm
1:1.5:3 - Kombinasi batuan 10mm, 20mm dan 40mm
Batu baur semulajadi boleh dikelaskan mengikut jenis batu (BS 812:1967)
seperti berikut:
a) Kumpulan basalt - basalt, andesit, bolerit, dan spilit
b) Kumpulan granit - gneis,granit, dan syenit
c) Kumpulan batu kapur - dolomit, batu kapur, dan marmar
d) Kumpulan batu api - chert, dan batu api
e) Kumpulan batu pasir kasar - konglomerat, pasir kasar, dan
batu pasir
f) Kumpulan sekis - philit, sekis, dan sabak (slate)

Jenis yang biasa digunakan di Malaysia ialah granit, batu kapur, batu
pasir, dan konglomerat.

b) Batu Baur Halus (Fine Aggregate)

Jenis-jenis batu baur halus adalah seperti berikut:


a) Pasir sungai
b) Pasir lombong
c) Pasir laut

Pasir sungai dan pasir laut merupakan batu baur halus yang paling sesuai
digunakan kerana ia bersih daripada sebarang kotoran kimia atau
bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan kualiti konkrit.
Pasir terkilang yang dikenali m-sand merupakan gantian kepada pasir
sungai yang sukar diperolehi dalam kuantiti yang banyak. Pasir terkilang
diperolehi daripada kuari melalui proses penghancuran pasir kasar ditapis
dan digredkan. Pasir yang digredkan biasanya mempunyai kualiti yang
baik dan setanding dengan pasir sungai dan harganya yang lebih murah.

UNIT 2-15
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 16

Penggredan pasir adalah menggunakan ayak piawaian British BS


410:1969. Saiz ayak adalah 10mm, 4.76mm, 2.36mm, 1.18mm, 600 m, 300
m, dan 150 m.

Piawaian British BS 882:Bahagian 2:1973, telah menggariskan had-had


penggredan mengikut empat zon seperti berikut; Zon 1, Zon 2, Zon 3, dan
Zon 4. Lebih tinggi zonnya, lebih halus saiznya.

Dalam pindaan BS 882:1983, pengelasan pasir dibahagikan kepada had


keseluruhan, had kasar, pertengahan dan halus.

2.2.3 Jenis-jenis ujian

a) Ujian Batu Baur Kasar

Ujian-ujian yang perlu dilakukan untuk batu baur kasar adalah seperti
berikut (Rujuk Gambar 2.2) :-
i. Ujian hentaman
ii. Ujian kehancuran/nilai pecah
iii. Ujian pemeringkatan batu baur

GAMBAR 2.2 : Peralatan untuk ujian batu baur

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN (Mahyuddin Ramli)

UNIT 2-16
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 17

i) Ujian Kehancuran / Nilai Pecah

1. Bahan yang hendak diuji perlulah lulus ayak inci dan tertahan ayak
3/8 inci.
2. Sampel berjisim 3kg dipanaskan dalam oven pada suhu 100oC hingga
110oC selama 4 jam.
3. Dimasukkan ke dalam acuan selinder dan ditumbukkan.
4. Satu pencolok diletakkan di bawah mesin ujian mampatan dan
dikenakan beban 40 tan selama 10 minit.
5. Selepas beban dilepaskan, batu baur tadi diayak dengan ayak No. 7 .
Nisbah berat bahan yang lulus melalui ayak ini kepada jumlah berat
contohnya dipanggil nilai pecahan batu baur.
6. Contoh nilai yang diperolehi dan penggunaannya adalah seperti
berikut:-
30% bagi batu baur hendak digunakan untuk permukaan haus
40% bagi batu baur untuk kegunaan lain-lain tujuan

ii) Ujian Pemeringkatan Batu Baur

1. Ujian yang digunakan untuk mengasingkan dan mengelaskan batu


baur halus dan batu baur kasar.
2. Pemeringkatan batu baur kasar menggunakan saiz-saiz ayak bukaan
37.5mm, 20mm, 14mm, 10mm, dan 6.36mm .
3. Pemeringkatan batu baur halus ialah dengan menggunakan ayak saiz
4.75mm, 2.36mm, 1.18mm, 600 mm. dan 150 mm .
4. Jisim sampel diambil sebanyak 2kg dan dimasukkan ke dalam ayak
yang paling atas. Pastikan susunan ayak disusun dengan mengikut
turutan yang paling besar di bahagian atas.
5. Dengan menggunakan alat penggetar, batu baur tadi digetarkan
selama 10 minit. Timbang dan rekodkan keputusan untuk sampel yang
tersekat.
6. Keputusan analisa data digunakan untuk plotan lengkung gred.

UNIT 2-17
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 18

b) Ujian Batu Baur Halus

Ujian yang biasa dijalankan adalah ujian kebersihan pasir iaitu:-


i. Ujian kelodak
ii. Ujian tapak tangan

i) Ujian Kelodak

Ujian ini adalah untuk mengetahui kandungan bahan asing yang


halus seperti humus dan kapur. Menggunakan satu selinder penyukat
250ml. Kaedah dan langkah-langkah aturcara adalah seperti berikut:-
1. Masukkan 50ml larutan garam ke dalam selinder penyukat.
2. Sedikit sampel pasir dimasukkan ke dalam selinder hingga paras air
garam naik ke tanda 100ml.
3. Lebih banyak larutan garam ditambah untuk mencapai 150ml.
4. Selinder digoncang dengan kuat dan dibiarkan mendak selama 3
jam.
5. Tebal kelodak yang mendak direkodkan.
6. Pasir dianggap bersih jika kelodak tidak melebihi 8%.

ii) Ujian Tapak Tangan

1. Ujian ini mudah dilakukan untuk mengetahui kandungan bahan


kotoran seperti humus dan kapur.
2. Kaedahnya ialah dengan mengambil segenggam pasir dan
digenggamkan dengan kuat. Jika hasil yang diperolehi iaitu
kotoran tidak melekat pada tapak tangan, ia menunjukkan pasir
adalah bersih.

UNIT 2-18
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 19

2.2.3 Sifat-sifat Batu Baur

Sifat-sifat batu baur yang berkualiti baik adalah dinyatakan


seperti berikut:-
a) Kekuatan batu baur dan ikatannya
b) Sifat-sifat fizikal seperti ketumpatan bandingan, ketumpatan
gembur, keliangan, dan serapan kandungan lembapan,
kembangan (bulking), soundness dan rintangan melawan
serangan asid dan alkali.
c) Saiz zarah dan agihannya.
d) Kekerasannya mestilah melebihi kekerasan simen.
e) Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses
penghidratan dan merosakkan besi.
f) Bentuknya mestilah hampir bulat dan permukaannya mestilah
kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat.

2.3 Air

Air apa agaknya yang


digunakan untuk
bancuhan konkrit?

Air yang digunakan untuk membancuh

konkrit mestilah bebas dari bahan-bahan

yang meninggalkan kesan seperti kelodak,

tanah, asid organik dan bahan organik yang

lain seperti garam dan alkali.

UNIT 2-19
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 20

2.3.1 Peranan Air

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah bebas dari


bahan-bahan yang meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah,
asid organik dan bahan organik yang lain seperti garam dan alkali.

Biasanya air yang digunakan untuk membancuh konkrit adalah air


yang layak diminum atau yang diambil dari sumber yang
diluluskan.

Air memainkan tiga (3) peranan dalam kerja-kerja konkrit:-


a) Air menyebarkan simen (atau kapur) supaya tiap butir batu
diliputi dengan rapat.
b) Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
c) Air merupakan bahan tindakbalas kimia dalam simen untuk
mengikatkan semua batu dalam bancuhan konkrit itu.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

UNIT 2-20
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 21

AKTIVITI 2B

2.5 Nyatakan takrifan batu baur.

2.6 Namakan jenis batu baur di dalam jadual di bawah berdasarkan huraian
yang diberi.
Jenis Batu Baur Huraian
Terdiri daripada 3 saiz iaitu 10mm,
20mm dan 40mm. Cukup popular
untuk nisbah campuran 1:2:4

Saiz maksimum tidak melebihi 5 mm.

2.7 Nyatakan 2 (Dua) ujian yang dijalankan ke atas batu baur halus.

2.8 Nyatakan 3 (Tiga) ujian yang dijalankan ke atas batu baur kasar.

2.9 Terangkan 3 (Tiga) peranan air dalam kerja-kerja konkrit.

UNIT 2-21
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 22

MAKLUMBALAS 2B

2.5 Istilah Batu baur adalah untuk menerangkan batu kerikil, batu pecah
dan batu pasir yang dicampurkan dengan simen dan air untuk
menghasilkan konkrit.

2.6
Jenis Batu Baur Huraian
Terdiri daripada 3 saiz iaitu 10mm,
Batu Baur Kasar 20mm dan 40mm. Cukup popular
untuk nisbah campuran 1:2:4

Batu Baur Halus Saiz maksimum tidak melebihi 5 mm.

2.7 3 (Tiga) dijalankan ke atas batu baur halus


i. Ujian kelodak
ii. Ujian tapak tangan

2.8 3 (Tiga) ujian yang dijalankan ke atas batu baur kasar :


i. Ujian hentaman
ii. Ujian kehancuran/nilai pecah
iii. Ujian pemeringkatan batu baur

2.9 3 (Tiga) peranan air dalam kerja-kerja konkrit :


a. Air menyebarkan simen (atau kapur) supaya tiap butir batu diliputi
dengan rapat.
b. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
c. Air merupakan bahan tindakbalas kimia dalam simen untuk
mengikatkan semua batu dalam bancuhan konkrit itu.

UNIT 2-22
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 23

INPUT

2.4 BAHAN TAMBAH

Bahan Tambah ialah cecair yang


dicampurkan semasa kerja-kerja bancuhan
konkrit untuk meningkatkan
kebolehkerjaan konkrit

Apa agaknya bahan tambah?

2.4.1 Takrifan Bahan Tambah


Bahan tambah adalah sejenis bahan yang dicampurkan ke dalam
konkrit semasa bancuhan dijalankan.
Tujuannya: Adalah untuk meninggikan atau mengubahsuai lagi taraf
kerja pada konkrit.
Additive biasanya dikatakan sebagai percampuran kimia pada
masa proses pembuatan simen dan ianya berbeza daripada bahan
tambah.
Kedua-dua bahan ini, additive dan bahan tambah adalah untuk
kebaikan konkrit.
Campuran yang berlebihan hendaklah dielakkan, kerana ia akan
menggugat dan menimbulkan kesan yang tidak baik pada konkrit.
Kebaikan dalam penggunaan bahan tambah ialah, ia dapat
membantu mendapatkan hasil yang cepat dan baik apabila
berlakunya perubahan pada kadar bahan-bahan di dalam
bancuhan.

UNIT 2-23
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 24

Tujuan penggunaannya yang lebih spesifik adalah:-


a) Meninggikan kebolehkerjaan konkrit tanpa meninggikan
kandungan air atau merendahkan kandungan air.
b) Mempercepatkan kadar pertambahan kekuatan awal konkrit.
c) Menambahkan kekuatan konkrit.
d) Untuk melambatkan atau mempercepatkan tempoh pengerasan
awal.
e) Untuk melambatkan atau mengurangkan pelepasan haba.
f) Untuk mengubahsuai kadar atau kemampuan lelehan atau
kedua-duanya sekali.
g) Untuk meninggikan kelasakan konkrit.
h) Untuk mengawal pengembangan konkrit yang disebabkan oleh
tindakan alkali batu baur.
i) Untuk mengurangkan aliran rerambut serta mengurangkan
ketelapan kepada sebarang cecair.
j) Untuk menghasilkan sifat berliang.
k) Mengurangkan pengasingan atau campuran simen dengan batu
baur.
l) Menambahkan ikatan atas keluli dan konkrit, antara konkrit lama
dan konkrit baru.
m) Menghasilkan konkrit yang tahan dari amcaman cendawan,
serangga dan kumbang.

2.4.2 Jenis-jenis Bahan Tambah

Bahan tambah boleh dikelaskan kepada beberapa jenis


berdasarkan kegunaannya:-
i. Bahan tambah pencepat (accelerators)
ii. Bahan tambah pelambat (retardes)
iii. Bahan tambah perangkap udara (air entraining agent)
iv. Bahan tambah penangkis air (water repelling agent)
v. Bahan tambah pemudah adun (plasticizer)

UNIT 2-24
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 25

i) Bahan tambah pencepat (accelerators)


Digunakan untuk meningkatkan kadar permulaan
pengembangan kekuatan konkrit. Bahan yang digunakan
untuk bahan pencepat ialah kalsium klorida. Kadangkala
digunakan karbonat, silikon, dan bahan-bahan organik seperti
triethenolamine.
Satu kesan buruk bahan ini ialah ia akan menyebabkan kakisan
pada bar tetulang, maka ia tidak sesuai digunakan pada
konkrit bertetulang.
Pencepat kadangkala dipasarkan dengan nama hardener,
anti freeze, frost proofer .
Fungsi kalsium klorida:-
Pada suhu rendah, ia menolong proses pembekuan.
Ia menyebabkan campuran menjadi panas disebabkan
oleh tindakbalas kimia.
Ia meningkatkan kecekapan konkrit menentang tindakbalas
fros.

ii) Bahan Pelambat (retarders)


Bahan ini bertindak melambatkan proses tindakbalas kimia
khasnya semasa proses penghidratan.
Ia mampu untuk melambatkan kadar pemejalan konkrit
sehingga 1 jam.
Biasanya ia digunakan di negara beriklim panas bagi
mengatasi kesan suhu panas yang tinggi pada konkrit.
Bahan ini juga membantu mengurangkan penjujuhan dan
pengecutan pada konkrit.
Bahan yang digunakan ialah kalsium sulfat. Gipsum juga
digunakan dan mesti ditentukan dan diberi perhatian untuk
memberi kerja yang baik. Penggunaan gipsum adalah untuk
melambatkan masa memejal.
Bahan-bahan gipsum adalah kanji, gula, asid atau garam asid.

UNIT 2-25
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 26

iii) Bahan Tambah Perangkap Udara (air entraining agent)


Ia dihasilkan daripada campuran kuantiti yang kecil agen
kemasukan udara atau menggunakan udara daripada simen.
Agen ini boleh membentuk gelembung yang boleh
meningkatkan keboleolahan konkrit, mengurangkan lelehan,
pemisahan dan penyudahan kualiti kerja konkrit yang baik.
Agen bahan ini di dalam konkrit ialah:-
a. Bahan semulajadi seperti damar kayu
b. Tumbuhan berminyak seperti lemak, minyak zaitun, dan asid
lemak seperti stearic dan oleic
c. Agen-agen basah seperti garam alkali atau sulfat juga sulfat
organik
d. Air garam yang terlarut iaitu damar asid dan asid lemak
tumbuhan.
e. Garam sodium seperti asid sulfurik petrolium, hidrogen
peroksida, dan serbuk aluminium
Kelebihan penggunaan bahan AE di dalam konkrit ialah:-
a. Meningkatkan ketahanan terhadap pembekuan dan
pencairan
b. Memperbaiki dalam kebolehkerjaan/keboleholahan kerja
(workability)
c. Mengubah kekuatan/memperbaiki kekuatan konkrit.

iv) Bahan Pengurang Air (water repelling agent)


Struktur konkrit yang direkabentuk untuk menahan retakan
biasanya diperbuat daripada konkrit padu yang cukup tebal
bagi menahan aliran air di bawah tekanan.
bahan kimia juga digunakan sebagai bahan tambah
penangkis air.

UNIT 2-26
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 27

Bahan tambah yang biasa digunakan ialah kalsium sterat.


Fungsinya:-
a. Apabila bahan ini disatukan ke dalam bancuhan konkrit, ia
akan memberikan lapisan berliang rerambut dan liang seni
dalam konkrit.
b. Ia memberi cas elektrik dan dengan berkesannya menahan
aliran cecair di dalam sistem lubang seni yang sedia ada.
c. Bahan ini juga digunakan sebagai pembantu dalam
mengurangkan pembersihan yang kerap pada bangunan.

v) Pemudah Adun (Plasticizer)

Sejenis bahan yang bergerak cergas di permukaan (surface


active agent) yang membantu simen menyebar dengan lebih
berkesan lagi di dalam air.
Apabila bahan ini berpadu di dalam konkrit, ia akan
mempercepatkan sifat kejelekitan (cohesiveness) .
Bahan tambah ini sesuai untuk menghasilkan konkrit tegasan
tinggi.
Bahan ini adalah merupakan garam-garam dari asid organik
kompleks seperti natrium glukonat dan kalsiukm libno sulfurat.
Kuantiti yang kecil perlu digunakan iaitu 0.2% dari berat simen.

2.4.3 Bancuhan Bahan Tambah

Penggunaan bahan tambah memerlukan kawalan yang baik


daripada penggunaan biasa.
Ia dibancuh ke dalam konkrit dalam kuantiti yang kecil bagi
mengelakkan berlakunya kesilapan.
Bancuhan mestilah rata dan seragam warnanya.
Ikuti label arahan/peraturan yang disediakan pada bekasnya
sebelum bahan tambah ini digunakan.

UNIT 2-27
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 28

2.4.4 Penyimpanan Bahan Tambah

Biasanya bahan tambah diedarkan ke tapak di dalam bekas


kaca, logam dan plastik.
Ia hendaklah disimpan di dalam bilik kerana penggunaannya
adalah kerap dengan kuantiti yang kecil.
Bahan tambah akan rendah mutunya jika dibiarkan terdedah
kepada cuaca panas yang berlebihan kerana sifat fizikalnya
akan berubah dan ini akan menyebabkan sukar untuk
menyediakan bancuhan konkrit yang baik.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut......

Jika anda tidak berpuashati dengan


jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur......

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

UNIT 2-28
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 29

AKTIVITI 2C

2.10 Nyatakan takrifan bahan tambah.

2.11 Namakan jenis-jenis bahan tambah mengikut kegunaannya di dalam


jadual di bawah ini?

Jenis Bahan Tambah Kegunaan


1. Mencepatkan proses pengerasan
konkrit
Melambatkan proses pengerasan
2. konkrit
Mengurangkan jumlah kandungan
3. air
Rintangan terhadap fros
4.
Untuk memudahkan penyebaran
5. simen

2.12 Terangkan 2 (Dua) perkara yang akan berlaku jika bahan tambah tidak
disimpan dengan baik.

UNIT 2-29
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 30

MAKLUMBALAS 2C

2.10 Bahan Tambah ialah cecair yang dicampurkan semasa kerja-kerja


bancuhan konkrit untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit

2.11
Jenis Bahan Tambah Kegunaan
a) Bahan Pencepat Mencepatkan proses pengerasan
konkrit
b) Bahan Pelambat Melambatkan proses pengerasan
konkrit
c) Bahan Pengurang air Mengurangkan jumlah kandungan
air
d) Bahan Tambah Perangkap Rintangan terhadap fros
Udara
e) Bahan Tambah Pemudah adun Untuk memudahkan penyebaran
simen

2.12 2 (Dua) perkara yang berlaku jika bahan tambah tidak disimpan dengan
baik :

i. Bahan tambah akan rendah mutunya jika dibiarkan terdedah


kepada cuaca panas yang berlebihan.
ii. Sifat fizikalnya akan berubah dan ini akan menyebabkan sukar
untuk menyediakan bancuhan konkrit yang baik.

UNIT 2-30
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 31

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Nyatakan 2 (DUA) kaedah pembuatan simen.

2) Huraikan 1 (SATU) daripada kaedah pembuatan simen tersebut.

3) Padankan jenis simen di dalam jadual di bawah mengikut kesesuaian


penggunaannya.

Jenis Simen Portland Kegunaan


1) Simen Portland mengeras Kandungan trikalsium aluminat yang
cepat rendah membolehkan ianya dapat
menahan serangan sulfat.
2) Simen Portland Haba Rendah Ianya amat berguna digunakan dalam
keadaan cuaca dingin disebabkan
kadar pelepasan haba yang tinggi.

3) Simen Portland Penahan Ianya amat sesuai bagi projek


Sulfat pembinaan yang besar kerana ianya
dapat melambatkan proses
penghidratan.

UNIT 2-31
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 32

4) Terangkan secara ringkas jenis-jenis simen di bawah :


i. Simen Portland Diubahsuai
ii. Simen Portland Relau Bagas

5) Nyatakan ujian-ujian yang dijalankan bagi batu baur halus dan batu baur
kasar.

6) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan bahan tambah dan


Nyatakan 3 (TIGA) jenis-jenisnya berserta dengan 3 (TIGA) kebaikkan
penggunaannya.

7) Di dalam merekabentuk bancuhan konkrit, terdapat beberapa faktor


yang mempengaruhi taraf kerjanya. Terangkan 4 (EMPAT) ciri-ciri penting
yang perlu ada pada batu baur kasar

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

UNIT 2-32
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 33

MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

1. 2 Kaedah pembuatan simen :


i) Proses Basah
ii) Proses Kering

2. Kaedah pembuatan simen :

i) Proses Basah

1) Batu kapur dicampurkan dengan air di dalam mesin air (wash mill).
2) Kedua-dua campuran digaulkan bersama dengan nisbah yang
bersesuaian untuk menghasilkan cairan simen (cement slurry).

3) Cairan simen dialirkan ke dalam tanur putar yang berkedudukan condong


(selinder keluli bergarispusat 10 kaki hingga 15 kaki dan 300 kaki panjang).

4) Selepas cairan simen kering, proses pembakaran diteruskan dibahagian


tengah tanur untuk menghasilkan bahan seperti batu kerikil dan proses
pembakaran dilakukan pada bahagian bawah tanur pada suhu 1500C.

5) Batu hangus disejukkan untuk membentukbebola hitam yang keras, dikisar


dan ditambah 3% gypsum (bahan tambah untuk melambatkan tindakan
kimia0 bagi menghasilkan simen Portland.

UNIT 2-33
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 34

ii) Proses Kering

1) Batu kapur dan tanah liat dicampurkan dalam keadaan kering.


2) Campuran diayak, dituangkan ke dalam piring berpusing (granulator).
3) Dicampur dengan 12% air bagi menghasilkan ketulan berukuran .
4) Ketulan dibakar dalam kekisi pemanas dulu oleh gas pana daripada
tanur.
5) Dimasukkan dalam tanur berputar.

3. Padanan jenis simen dan kegunaannya :


Jenis Simen Portland Kegunaan
1) Simen Portland mengeras Kandungan trikalsium aluminat yang
cepat rendah membolehkan ianya dapat
menahan serangan sulfat.
2) Simen Portland Haba Rendah Ianya amat berguna digunakan dalam
keadaan cuaca dingin disebabkan
kadar pelepasan haba yang tinggi.
3) Simen Portland Penahan Ianya amat sesuai bagi projek
Sulfat pembinaan yang besar kerana ianya
dapat melambatkan proses
penghidratan.

4.
i) Simen Portland Diubahsuai
Mengeluarkan haba yang kurang daripada OPC, tetapi mempunyai
kekuatan yang sama.
Ketahanan terhadap sulfat adalah sederhana.

ii) Simen Portland Relau Bagas


Dihasilkan dengan mengisar campuran batu hangus (Clinker)
Mempunyai kekuatan yang lebih perlahan dan kenaikan suhu yang
kurang daripada OPC.

UNIT 2-34
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 35

5. Ujian bagi :
a) Batu Baur Halus
i) Ujian Kelodak
ii) Ujian Tapak Tangan

b) Batu Baur Kasar


i) Ujian Hentaman
ii) Ujian Kehancuran
iii) Ujian Pemeringkatan Batu Baur

6. Bahan Tambah ialah cecair yang dicampurkan semasa kerja-kerja


bancuhan konkrit untuk meningkatkan kebolehkerjaan konkrit
i) Bahan Tambah Pemudah adun:
Sejenis bahan yang bergerak cergas dipermukaan yang
membantu simen menyebar dengan lebih berkesan lagi di dalam
air.
Apabila bahan ini berpadu di dalam konkrit, ia akan
mempercepatkan sifat kejelekitan.
Sesuai untuk menghasilkan konkrit tegasan tinggi.

ii) Bahan Tambah Perangkap Udara


Dihasilkan daripada campuran kuantiti yang kecil agen
kemasukan udara atau menggunakan udara daripada simen.
Agen ini boleh membentuk gelembung yang boleh meningkatkan
keboleholahan konkrit, mengurangkan lelehan, pemisahan dan
penyudahan kerja kualiti konkrit yang baik.
Kelebihan penggunaan bahan ini ialah :
i. Meningkatkan ketahanan terhadap pembekuan dan
pencairan.
ii. Memperbaiki dalam kebolehkerjaan kerja.
iii. Mengubah kekuatan / memperbaiki kekuatan konkrit.

UNIT 2-35
BAHAN-BAHAN KONKRIT C 1004 / Unit 2 / halaman 36

iii) Bahan Tambah Penangkis Air.


Digunakan pada struktur konkrit yang menahan aliran air dibawah
tekanan.
Apabila bahan ini disatukan kedalam bancuhan konkrit, ia akan
memberi lapisan berliang dalam konkrit.
Ia memberi cas elektrik dan dengan berkesannya menahan aliran
cecair di dalam system lubang seni sedia ada.
Ia juga sebagai pembantu dalam mengurangkan pembersihan
yang kerap pada bangunan.

7. Kekuatan batu baur dan ikatannya.

i. Sifat fizikal seperti ketumpatan bandingan, keliangan dan


rintangan melawan serangan asid dan alkali.

ii. Saiz zarah dan agihannya. Kekerasannya mestilah melebihi


kekerasan simen.

iii. Tidak mengandungi bahan-bahan yang menghalang proses


penghidratan dan merosakkan besi.

iv. Bentuknya mestilah hamper bulat dan permukaannya mestilah


kasar untuk menghasilkan kekuatan yang kuat.

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 3.

UNIT 2-36
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 1

UNIT 3
BANCUHAN KONKRIT

OBJEKTIF AM

Unit

3
Memahami pengetahuan asas mengenai bancuhan
konkrit, hubungkait kekuatan dengan nisbah-nisbah
bancuhan, kebolehkerjaan konkrit dan ujian
kekuatannya.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan bancuhan konkrit dan


membezakan nisbah-nisbah bancuhan.

Menghuraikan kaitan nisbah bancuhan dengan


kesesuaian penggunaannya.

Menerangkan kebolehkerjaan konkrit, faktor-


faktor yang mempengaruhinya dan tujuan ujian
kebolehkerjaan dilakukan.

Mentakrifkan konkrit keras, cirri-ciri dan jenis


ujian ke atas konkrit keras.

Unit 3-1
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 2

INPUT

3.0 BANCUHAN KONKRIT


3.1 Takrifan Konkrit
Merekabentuk bancuhan konkrit merupakan satu proses memilih
juzuk yang sesuai bagi bahan-bahn konkrit supaya bancuhan itu
boleh menghasilkan konkrit yang kuat, lasak, mempunyai
kebolehkerjaan yang tinggi dan ekonomik.

Konkrit boleh didapati dengan tiga (3) cara:-


1) Membancuh dengan menggunakan penyodok
2) Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul
konkrit
3) Dibekalkan daripada kilang sebagai konkrit siap campur.

Pembancuhan konkrit samada di tapak bina mahu pun di kilang


hendaklah mematuhi nisbah bancuhan yang ditetapkan untuk
menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi.

3.1.1 Penentuan Sifat Konkrit


Terdapat dua perkara yang perlu diambilkira bagi mengenalpasti
bancuhan konkrit yang baik iaitu :
i. Kebolehkerjaan (Workability)
Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang
diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa
berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke
dalam acuan.

Unit 3-2
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 3

ii. Kekuatan (Strength)


Kekuatan konkrit biasanya bermakna apabila ia mencapai
kekuatan hancur bagi kiub 150mm (6) pada takat umur 28 hari.
Kekuatan ini dikenali sebagai kekuatan ciri konkrit.
Oleh kerana keputusan sesuatu ujian sering menampakkan
keputusan yang berbeza, konkrit mestilah direkabentuk supaya
mempunyai purata kekuatan yang lebih besar dari kekuatan ciri
yang diperlukan. Perbezaan antara purata kekuatan dan
kekuatan ciri ini dikenali sebagai margin.

3.2 Kesesuaian nisbah bancuhan konkrit


3.2.1 Gred Konkrit (Grade of concrete)
Gred konkrit boleh dibezakan berdasarkan kepada kekuatan
konkrit yang boleh digunakan mengikut keperluan
penggunaannya. CP 110 mencadangkan kadar yang terhad bagi
merekabentuk peringkat konkrit dengan menyamakan angka
yang digunakan dengan kekuatan ciri dalam sebenar. Anda
boleh merujuk (Jadual 3.1) di bawah untuk melihat perbandingan
diantara gred konkrit :
JADUAL 3.1 : Perbandingan antara gred konkrit
Gred Konkrit Kekuatan ciri (N/mm) Kegunaan
7 7 Konkrit tanpa tetulang.
10 10
15 15 Konkrit tetulang dengan batu
baur ringan.
20 20 Konkrit tetulang dengan batu
25 25 baur padu.
30 30 Konkrit tetulang tegas dulu.
40 40 Konkrit tetulang tegas kemudian.

Unit 3-3
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 4

50 50
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

3.2.2 Merekabentuk Bancuhan Konkrit

Apabila purata kekuatan yang diperlukan telah ditetapkan,


bancuhan mestilah direkabentuk bagi memenuhi keperluan ini
dan juga keperluan-keperluan yang lain seperti kebolehkerjaan
dan lain-lain. Untuk satu bancuhan yang tepat, beberapa
bancuhan percubaan perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan
yang dikehendaki.

Pendedahan kaedah teori ini ialah bagi mendapatkan kadar


bancuhan percubaan pertama, kemudian diubahsuai berterusan
sehinggalah dapat satu keputusan akhir yang paling praktikal.

3.3 Jenis-jenis bancuhan


Berdasarkan amalan CP 114, terdapat tiga 3 jenis bancuhan konkrit iaitu:-
a) Bancuhan piawai (standard mix)
b) Bancuhan rekabentuk (designed mix)
c) Bancuhan nominal (nominal mix)

Sementara CP 110 mengkelaskan kepada 2 jenis bancuhan iaitu :


i. Bancuhan dah ditentu (prescribed mix)
ii. Bancuhan rekabentuk (designed mix)

Penggunaan CP 110 adalah lebih meluas digunakan jika dibandingkan


dengan CP 114.

Bancuhan piawai dan bancuhan dah ditentu adalah mempunyai


pengertian yang sama iaitu bagi konkrit yang berkekuatan tertentu.

Unit 3-4
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 5

Kadar campuran bahan-bahannya adalah dengan kaedah berat untuk


menghasilkan satu unit isipadu konkrit yang telah ditetapkan.

Dalam CP 110 ini, campuran dah ditentu ini hanya dihadkan kepada
konkrit gred 30 dan ke bawah. Untuk konkrit gred yang lebih tinggi dari 30,
campuran rekabentuk hendaklah digunakan.

a) Bancuhan dah ditentu (prescribed mix)

Kadar bancuhan ini biasanya berdasarkan berat (CP 110) dan kadar
bancuhan ini adalah yang dinyatakan dalam CP 110.

Peringkat (gred) konkrit melambangkan kekuatan ciri minima yang


dijangkakan ada pada konkrit , tetapi akibat dari pelbagai sifat dari
pelbagai bahan yang ada, biasanya kekuatan ciri konkrit ini melebihi
angka peringkat ini.

Bagi sesetengah kes, pihak jurutera telah menetapkan nisbah bancuhan,


dan pihak kontraktor dikehendaki menydiakan bancuhan tersebut
dengan betul seperti yang telah diterangkan.
JADUAL 3.2 : Bancuhan dah ditentu

Unit 3-5
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 6

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

b) Bancuhan rekabentuk (designed mix)

Bagi bancuhan ini, biasanya pihak kontraktor yang bertanggungjawab


untuk memilih nisbah bancuhan bagi mendapatkan kekuatan dan taraf
kerja yang diperlukan.

Kadar bancuhan ini biasanya berdasarkan isipadu. Bagi kes ini, bagi
mendapatkan satu bancuhan yang berada dalam keadaan terbaik dan
bermutu, beberapa bancuhan hendaklah diubah suai pada bancuhan
tersebut.

c) Bancuhan nominal (nominal mix)

Bancuhan ini disediakan berdasarkan bancuhan berkadarkan isipadu.

Bancuhan nominal ini dinyatakan sebagai bancuhan yang ditetapkan


adalah untuk mempunyai kekuatan minimanya sahaja.

Oleh itu, ia sering di salah anggap sebagai bancuhan rekabentuk.

Konkrit yang dihasilkan mempunyai kekuatan yang minima sahaja, tetapi


ering kurang dari yang ditetapkan dan akibat dari kandungan simen
yang rendah, menyebabkan ia sering tidak tahan lasak.
Bancuhan dengan kadar isipadu adalah sukar dikawal dan spesifikasi
bancuhan nominal tidak begitu mengawal kandungan air.

Oleh itu, spesifikasi bancuhan ini tidak digalakkan kecuali jika diperlukan
di tapak bina atau mutu yang dikehendaki bagi konkrit yang perlu
dikelolakan dengan tangan.

Unit 3-6
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 7

Penyediaan bahan dengan kadar berat bancuhan ini adalah digalakkan


dan mesti mendapat ketetapan jurutera.
Bancuhan nominal boleh dijalankan dengan kadar berat jika
ketumpatan bahan-bahannya diketahui.
Ketumpatan = Berat
Isipadu
Jumlah berat simen dan batu baur kering dalam kilogram adalah bagi
menghasilkan kira-kira satu meter padu konkrit mampatan penuh.
Contoh 1 :
Carikan berat bahan yang diperlukan bagi bancuhan
nominal berkadar 1 : 2 : 4 berdasarkan 150kg simen, dimana
bancuhan akan dibuat berdasarkan pada berat.

Diberi ketumpatan bahan :


Simen 1440 kg/m
Batu Baur Halus - 1640 kg/m
Batu Baur Kasar - 1390 kg/m

Penyelesaian
V=M M=VxD
D

a) Isipadu simen = 150 = 0.104 m


1440
b) Isipadu batu baur halus = 0.104 x 2 (nisbah) = 0.208 m
Berat batu baur halus = 1640 x 0.208 = 341 kg
c) Isipadu batu baur kasar = 0.104 x 4 = 0.416 m
Berat batu baur kasar = 0.416 x 1390 = 578 kg
Jika nisbah air = 0.55 :
simen
= 0.55 x 150 = 82.5 kg
= 82.5 liter.

Unit 3-7
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 8

3.4 Kebolehkerjaan (Workability)

3.4.1 Takrifan Kebolehkerjaan


Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang
diperlukan untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa
berlakunya pengasingan atau kesenangan menuangnya ke
dalam acuan.

Kandungan simen, saiz batu baur dan bentuknya akan


mempengaruhi kuantiti air bagi menghasilkan satu konkrit yang
mudah diolah.

Konkrit yang kuat dan baik mestilah betul-betul padat tanpa


berlaku sebarang lompangan dan gelembung udara.

Untuk mencapai tahap ini, konkrit mestilah berkebolehkerjaan


(workable) supaya boleh dipadatkan dengan mudah mengikut
bentuk-bentuk yang tertentu. Kerja-kerja pemadatan ini boleh
dilakukan samada dengan menggunakan rod besi/tetulang atau
menggunakan alat penggetar (vibrator).

3.4.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan (workability)

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kebolehkerjaan iaitu :

i. Nisbah air-simen

Air digunakan untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang bersifat


plastik dan senang dikerjakan. Jika air yang digunakan lebih

Unit 3-8
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 9

daripada had sepatutnya, kekuatan dan ketumpatan konkrit akan


berkurangan. Jika air yang digunakan terlampau kurang, konkrit itu
susah dikerjakan dan proses penghidratan tidak sempurna.

Hubungan diantara nisbah air dan simen dalam bancuhan konkrit


itu dikenali sebagai nisbah air-simen.

Nisbah air-simen ini adalah merujuk kepada kadar bancuhan air


dan simen yang digunakan bagi nisbah bancuhan tersebut.

Secara umumnya lebih rendah nisbah air-simen, kekuatan konkrit


semakin bertambah dan kebolehkerjaan semakin kurang iaitu
kerja-kerja penuangan dan pemadatan konkrit adalah lebih susah.

Contoh :
a) Nisbah air-simen = Kekuatan Konkrit = Kebolehkerjaan

b)Nisbah air-simen = Kekuatan Konkrit = Kebolehkerjaan

Kadar ini biasanya dikira mengikut isipadu atau berat.


Contoh :
Jika 27 liter air digunakan untuk membancuh satu beg simen
(50 kg), nisbahnya ialah :
27 x 1 = 0.54
50

Adalah didapati bahawa untuk mencapai kekuatan maksimum


bagi simen portland, nisbah air simen ialah 0.33. Biasanya nisbah
untuk mencapai kesenangan kerja yang baik ialah 0.49.

ii. Nisbah batu-baur-simen

Unit 3-9
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 10

Batu baur halus dan kasar hendaklah terdiri daripada berbagai


saiz bagi menghasilkan lompangan yang minimum.

Penggunaan simen hendaklah mencukupi untuk mengisi


lompangan dalam pasir dan campuran simen dan pasir
mencukupi untuk menutup lompangan dalam batu baur kasar
(Rujuk Rajah 3. 1).

Rajah 3.1 : Penggunaan simen dan pasir bagi menutup lompangan

Walaubagaimanapun ia akan menghasilkan konkrit yang kasar.


Oleh itu, simen dan pasir yang berlebihan adalah diperlukan untuk
menghasilkan campuran yang mempunyai kebolehkerjaan yang
tinggi.

iii. Bentuk permukaan batu baur

Batu baur yang mempunyai permukaan licin boleh memberikan


kebolehkerjaan yang baik tetapi mempunyai kekuatan ikatan
yang rendah.
Contoh :
Batu Baur Licin = Kekuatan ikatan

Batu Baur Kasar = Kekuatan ikatan

Unit 3-10
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 11

Manakala batu baur yang mempunyai permukaan yang kasar


menghasilkan kebolehkerjaan yang rendah tetapi kekuatan ikatan
antara batu baur dan simen adalah lebih baik.

3.4.3 Pengasingan dan penjujuhan

i. Pengasingan

Pengasingan boleh diertikan sebagai pemisahan juzuk-


juzuk/bahan-bahan daripada suatu campuran berlapis
(heterogeneous) sehingga agihan menjadi tidak segaya/sekata.

Pengasingan tidak akan berlaku sekiranya konkrit mempunyai


kebolehkerjaan yang baik dan mempunyai sifat lekit.

Pengasingan dalam konkrit boleh dikelaskan kepada dua jenis :


i. Zarah-zarah kasar cenderung untuk terpisah daripada
campuran semasa menuang dan memadat. Ini berlaku
disebabkan oleh terlalu banyak penggunaan batu baur.
ii. Campuran simen terpisah daripada juzuk-juzuk/bahan-bahan
lain. Ini disebabkan oleh campuran sangat basah.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal


pengasingan ini daripada berlaku adalah seperti berikut :
i. Campuran mestilah berkebolehkerjaan yang betul.
ii. Tidak digetarkan berlebihan jika menggunakan penggetar
(vibrator) atau rod besi.
iii. Tidak dituang dalam kedudukan yang sangat tinggi semasa
kerja menuang.
iv. Tidak bergerak terlalu jauh di dalam acuan.

Unit 3-11
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 12

Jika berlaku pengasingan terhadap konkrit tersebut maka ia akan


menghasilkan permukaan konkrit yang buruk dan mempunyai
kekuatan yang lemah.
Contoh : Kecacatan konkrit honey comb

ii. Penjujuhan/lelehan air (bleeding)

Penjujuhan merupakan suatu bentuk pengasingan dimana sejumlah air di


dalam campuran naik ke permukaan konkrit yang baru dituang.

Ini adalah disebabkan ketidaupayaan bahan-bahan pepejal dalam


campuran untuk memegang air bila ia termendap ke bawah.

Kesan yang timbul daripada berlakunya penjujuhan ialah bahagian atas


tiap-tiap unit struktur akan menjadi basah dan lembap mengakibatkan
bahagian tersebut menjadi lemah.

Jika air yang naik ini mengandungi zarah-zarah simen halus yang banyak,
suatu lapisan laitance akan terbentuk.

Lapisan laitance ini adalah lemah dan berliang. Oleh itu ia perlu diberus
dan dibasuh supaya ikatan yang bagus dapat dihasilkan.

3.4.4 Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan (Workability)

Untuk mengukur kebolehkerjaan, tiada ujian yang spesifik digunakan.


Walaubagaimanapun, ujian yang biasa dibuat di tapak bina ialah :

i. Ujian Keruntuhan (slump test)


ii. Ujian Faktor Mampatan
iii. Ujian Meter Konsisten Vebe

Unit 3-12
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 13

i. Ujian Keruntuhan/penurunan (slump test)

a) Tujuan
Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat
kebolehkerjaan/taraf kerja untuk semua jenis konkrit.
Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan perubahan
pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Dengan itu ia
amat berguna bagi mengawal kualiti konkrit yang akan dihasilkan.

b) Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.


Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada
cetak/frustrum berbentuk kon dengan 100mm (4) garispusat bahagian
atas, 200mm (8) garispusat bahagian bawah dan 300mm (12) tingginya
serta dipasangkan dengan dua pemegang pada bahagian sisi.
Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
1) Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan
diletakkan di atas alas yang keras dan rata serta kedap.
2) Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan.
3) Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali
dengan rod keluli bergarispusat 5/8.

Gambar 3.1 : Pemadatan konkrit dalam cetak kon menggunakan rod keluli

Unit 3-13
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 14

4) Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel).


5) Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan
runtuh.
6) Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.
Gambar 3.2 : Runtuhan konkrit diukur bagi ujian penurunan

7) Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan
roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara
hingga 4.
8) Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu
kekurangan sifat lekit atau terlalu basah. Konkrit begini tidak boleh
digunakan dalam pembinaan.
Rajah 3.2 : Runtuhan benar, ricih dan roboh

Unit 3-14
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 15

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

ii. Ujian Faktor Mampatan

a) Tujuan

Ujian faktor mampatan ini adalah ujian yang kaedah pengukuran taraf
mampatannya agak sensitif dari ujian penurunan.

Dalam ujian ini, ia menunjukkan darjah perbezaan ketumpatan konkrit


separuh mampat berbanding dengan mampatan penuh.

Radasnya terdiri daripada 2 corong tuang (hopper) berbentuk kon dan


takungan silinder yang disusun tegak ke atas antara satu sama lain.

Corong tuang (Hopper) mempunyai permukaan yang licin untuk


mengurangkan geseran. Terdapat pintu berengsel di bahagian
bawahnya.

Gambar 3.3 : Peralatan ujian faktor mampatan

Unit 3-15
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 16

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

b) Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.

1) Corong tuang (hopper) akan diisi dengan konkrit tanpa dipadatkan.


Pintunya dibuka supaya konkrit jatuh di dalam hopper di bawah yang
lebih kecil.
2) Kemudian Corong tuang (hopper) kedua dibuka pintunya sepertimana
di atas dan konkrit akan memenuhi dalam silinder.
3) Konkrit yang berlebihan dari tinggi silinder hendaklah dibuang rata
dengan menggunakan dua steel float.
4) Timbangkan konkrit separa padat dan ini dikenali sebagai beray
separyh mampat.
5) Konkrit ini kemudiannya dibuang dan diisi dengan konkrit yang baru ke
dalam silinder dengan 4 lapisan. Setiap lapisan adalah setebal 50mm
(2) dan ianya digetarkan supaya pemadatan dapat dilakukan
sepenuhnya.
6) Kemudian timbangkan konkrit yang telah dipadatkan tadi.
7) Gunakan formula ini untuk menentukan factor mampatan.
Formula :

Faktor Mampatan : Berat Konkrit Separuh Mampat


Berat Mampatan Penuh

8) Untuk konkrit biasa nilainya ialah antara 0.75 hingga 0.95

iii. Ujian Meter Konsisten Vebe

a) Tujuan

Unit 3-16
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 17

Ianya merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan bagi


pengukuran kebolehkerjaan/taraf kerja dimana mampatan dengan
penggetar diperlukan.
Mula digunakan di sweden dengan menggunakan kuasa 3 fasa, boleh
digunakan di makmal atau di tapak bina.

b) Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.


1) Ujian runtuhan dilakukan dalam sebuah silinder terbuka yang terletak di
atas sebuah meja getar yang diam.
2) Satu plat (plate) lut sinar yang cukup muat dalam silinder itu dijatuhkan
tegak perlahan-lahan menggunakan beratnya sendiri diletakkan
perlahan-lahan di atas konkrit yang telah menurun tadi.
3) Kemudian suis meja getar dihidupkan dan disebabkan getaran ini, berat
konkrit itu sendiri dan berat plat lut sinar, konkrit itu bergerak turun
memenuhi ruang silinder.
4) Apabila selesai konkrit memenuhi ruang, jika dilihat dari plat lut sinar, suis
itu ditutup.
5) Masa diambil (masa konkrit memenuhi ruang) hingga ke saat terdekat
dan nilai ini dikira sebagai darjah vebe dan ini merupakan pengukuran
kebolehkerjaan konkrit.
6) Masa yang semakin lama menunjukkan kebolehkerjaan semakin rendah.

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.
Unit 3-17

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!


BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 18

AKTIVITI 3A

3.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Bancuhan Konkrit?

_____________________________________________________________________

3.2 Nyatakan 3 (TIGA) jenis Bancuhan Konkrit mengikut CP114?

i. ________________________________________
ii. ________________________________________
iii. ________________________________________

3.3 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Kebolehkerjaan (Workability)


dalam kerja konkrit?
___________________________________________________________________________

_______________________________________________________________

3.4 Padankan kegunaan setiap gred konkrit dalam jadual di bawah mengikut
kesesuaian kegunaannya dalam pembinaan.

Gred Konkrit Kegunaan


7 Konkrit tetulang dengan batu baur
10
padu.
15 Konkrit tetulang tegas dulu.
20 Konkrit tetulang tegas kemudian.
25
30 Konkrit tanpa tetulang.

40 Konkrit tetulang dengan batu baur

Unit 3-18
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 19

50 ringan.

MAKLUMBALAS 3A

3.1 Merekabentuk bancuhan konkrit merupakan satu proses memilih juzuk


yang sesuai bagi bahan-bahn konkrit supaya bancuhan itu boleh
menghasilkan konkrit yang kuat, lasak, mempunyai kebolehkerjaan yang
tinggi dan ekonomik.

3.2 Berdasarkan amalan CP 114, terdapat tiga 3 jenis bancuhan konkrit iaitu:-
a) Bancuhan piawai (standard mix)
b) Bancuhan rekabentuk (designed mix)
c) Bancuhan nominal (nominal mix)

3.3 Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai banyaknya kerja yang diperlukan


untuk konkrit itu dituang dan dimampatkan tanpa berlakunya
pengasingan atau kesenangan menuangnya ke dalam acuan.

3.4 Padanan kgunaan setiap gred konkrit dalam jadual di bawah mengikut
kesesuaian kegunaannya dalam pembinaan.
Gred Konkrit Kegunaan
7 Konkrit tetulang dengan batu baur
10
padu.
15 Konkrit tetulang tegas dulu.
20 Konkrit tetulang tegas kemudian.
25
30 Konkrit tanpa tetulang.

Unit 3-19
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 20

40 Konkrit tetulang dengan batu baur


50 ringan.

INPUT

3.5 Konkrit Keras

3.5.1 Ciri-ciri Konkrit Keras


Konkrit yang telah mengeras mempunyai pelbagai sifat untuk diambilkira
seperti :
a) Kekuatan Ciri (Characteristic strength).
Dalam CP 110, kekuatan ciri bermakna nilai kekuatan konkrit
dimana keputusan jumlah ujian kiub yang gagal tidak melebihi 5%.
Kekuatan ciri konkrit ditentukan hanya pada satu takat umur iaitu
28 hari dan terdiri daripada jenis simen portland biasa.
Bagi tujuan kawalan, ujian akan diadakan pada umur konkrit yang
0lebih muda untuk menentukan samada bancuhan itu akan
mencapai tahap kekuatan yang diperlukan pada umur konkrit 28
hari.
Oleh itu, kemungkinan perubahan bancuhan boleh dilakukan.

b) Kekuatan tegangan/lenturan.
Kekuatan tegangan konkrit biasanya diambil kira 1/10 daripada
kekuatan mampatan tetapi perbezaan batu baur menyebabkan
variasi yang besar bagi kadar.
Ujian mampatan adalah satu panduan am bagi kekuatan
tegangan.

c) Kelasakan konkrit.

Unit 3-20
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 21

Sifat ketahanan konkrit pada perubahan cuaca, serangan kimia,


sejukan dan api bergantung pada kualiti dan kadar bahan-
bahannya.
Dalam konkrit bertetulang dan konkrit tegas dulu, perlindungan
keluli daripada pengaratan dipengaruhi oleh tebal penutup
(concrete cover) dan ketertelapan konkrit.
Dalam keadaan tertentu, kelasakan boleh diperolehi dengan
menggunakan konkrit berkualiti tinggi dan penggunaan simen
tertentu.
d) Kebolehtelapan.
Kebolehtelapan yang rendah bagi konkrit adalah mustahak
untuk menambahkan sifat rintangan tindakan sejukan,
tindakan kimia dan melindungi keluli yang diletakkan dari
berlaku pengaratan.
Untuk mendapatkan kebolehtelapan yang rendah, konkrit
perlu dimampatkan sepenuhnya dan pengawetan yang
baik dilakukan.
Kebolehtelapan juga dapat dikurangkan dengan
menggunakan air kandungan atau menambahkan
kandungan simen.

e) Rintangan kepada serangan kimia.


Konkrit simen portland sering diserang oleh asid seperti asid
organik dan lain-lain terutamanya apabila kerja memproses
makanan dijalankan.
Contoh : cuka, air kimia, air buah-buahan dan susu
peraman
Unsur kimia yang biasa menyerang konkrit ialah garam sulfat
yang ada di dalam tanah dan di dalam air laut.
Sifat rintangan konkrit daripada serangan sulfat bergantung
kepada jenis simen yang digunakan, kandungan simen dan
nisbah air-simen.

Unit 3-21
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 22

f) Perubahan bentuk (Deformasi).


Komponen utama bagi perubahan bentuk konkrit mengeras
adalah seperti berikut :
1) Deformasi kenyal yang terjadi pada ketika itu dan
bergantung kepada nilai tegasan gunaan.
2) Pengecutan kering yang terjadi dalam masa yang
panjang dan tidak bergantung kepada tegasan di
dalam konkrit.
3) Rayapan yang terjadi dalam jangkamasa yang panjang
tetapi bergantung kepada nilai tegasan yang ada pada
konkrit.
Sebagaimana bahan lain, konkrit juga akan mengalami
pengembangan dan pengecutan akibat pertukaran
suhu.

g) Pengecutan.
Pengecutan konkrit bergantung kepada nilai jumlah
pengeringan yang berlaku.
Oleh itu ia dipengaruhi oleh kelembapan dan suhu udara
sekeliling, kadar aliran angin ke atas permukaan dan kadar
antara luas permukaan dan isipadu konkrit.
Pada keadaan biasa, pengecutan dipengaruhi oleh jumlah
air yang ada di dalam konkrit semasa bancuhan dan
kandungan simen.
Bagi konkrit kecil, biasanya dianggapkan bahawa separuh
daripada jumlah pengeringan berlaku pada satu bulan
yang pertama dan bakinya berlaku dalam tempoh enam
bulan selepasnya.

Unit 3-22
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 23

h) Rayapan.
Rayapan konkrit bergantung kepada nilai tegasan yang
ada di dalamnya.
Bagi tegasan sehingga 1/3 daripada kekuatan kiub
inidianggapkan rayapan berkadar terus dengan tegasan.
Rayapan dipengaruhi oleh suhu dan lembapan sekeliling,
kandungan simen di dalam konkrit, nisbah air simen, jenis
simen dan keadaan semulajadi batu baur.
Jisim konkrit juga mempunyai sedikit pengaruh terhadap
nilai rayapan tetapi lebih sedikit jika dibandingkan dengan
pengaruhnya terhadap pengecutan.
Parameter yang biasa digunakan untuk menilai rayapan
ialah nisbah tegasan gunaan pada kekuatan kiub konkrit
pada satu takat masa.

3.5.2 Jenis-jenis ujian Kebolehkerjaan (Workability)


Pengujian terhadap konkrit keras sudah menjadi perkara utama
dalam pembinaan struktur konkrit, khususnya untuk mengawal kualiti
konkrit.
Kawalan kualiti yang baik semasa pembinaan bukan sahaja dapat
mewujudkan sebuah struktur yang tahan dan selamat, malah dapat
menjimatkan kos penyelenggaraan yang begitu besar jika berlaku
kerosakan kepada struktur bangunan.
Terdapat dua jenis ujian yang biasa dilakukan ke atas konkrit keras
iaitu :

a) Ujian Tak Pecah.

Unit 3-23
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 24

Kaedah ini merupakan ujian-ujian yang dijalankan pada konkrit


tanpa meninggalkan kesan kecacatan atau kerosakan yang
ketara pada struktur.
Ujian-ujian seperti ini melibatkan permukaan struktur konkrit sahaja.
Kaedah perlaksanaannya tidaklah begitu sukar jika dibandingkan
dengan kaedah ujian pecah yang memerlukan perbelanjaan
yang lebih besar.
Walabagaimanapun, kaedah ujian tak pecah ini tidak dapat
memberikan hasil yang begitu tepat. Ia hanya digunakan sebagai
asas perbandingan antara konkrit yang baik dan kurang baik.
Antara ujian yang biasanya dilakukan menggunakan kaedah ujian
tak pecah ini ialah :

i. Ujian tukul anjal

Ujian ini merupakan salah satu ujian tak pecah yang begitu meluas
digunakan.
Lazimnya peranti ini menggunakan sejenis tukul yang dikawal oleh
pegas.
Fungsi pegas adalah untuk memberikan tenaga pantulan secara
automatik apabila ia ditekan pada permukaan konkrit.
Kekerasan permukaan konkrit ini dapat diukur dengan
berpandukan pada bacaan skala pada tukul anjal yang lebih
dikenali sebagai tukul anjal Schmidt.
Nombor pada tukul anjal ini sangat peka terhadap perubahan
setempat, khususnya jenis aggregat dan tekstur permukaan
konkrit yang terbentuk.
Tukul anjal schmidt bukan sahaja dapat digunakan pada
permukaan yang menegak dan mengufuk malah ianya dapat
digunakan pada permukaan yang sendeng.

Unit 3-24
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 25

Gambar 3.4 dapat memberikan gambaran yang lebih jelas


kepada anda mengenai tukul anjal schmidt yang digunakan
untuk menentukan perubahan ciri-ciri konkrit pada struktur.

Gambar 3.4 : Tukul Anjal

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

Biasanya penggunaan tukul anjal schmidt ini digunakan untuk


menunjukkan perbandingan samada ia konkrit mampat
ataupun konkrit yang berongga.
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil pengujian tukul
anjal ini ialah seperti :
1) Ciri-ciri campuran seperti simen, kandungan simen dan jenis-
jenis aggregat yang digunakan dalam campuran konkrit.

2) Ciri-ciri lain seperti ketumpatan, pemadatan, jenis permukaan,


umur konkrit, kaedah pengawetan, kadar pengerasan, tegasan
dan pengaruh suhu.

Unit 3-25
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 26

Menyedari hakikat bahawa konkrit mempunyai ciri yang


berubah-ubah dan sangat mempengaruhi hasil ujian, maka
kesan-kesan yang dinyatakan di atas hendaklah diselaraskan
supaya dapat meminimumkan selisih pada bacaan pengujian.
ii. Ujian ultrasonik

Ujian ultrasonik dilakukan dengan menggunakan kuasa elektrik


untuk mengukur kelajuan gelombang denyut yang merentasi
sesuatu ruang.

Berdasarkan kaedah ini, sejenis alat yang dikenali dengan


jenama PUNDIT telah direka khas untuk mengukur ciri-ciri
tertentu konkrit samada sebagai ujian dimakmal mahupun ujian
ditapak.

Walaupun ia digunakan sebagai ujian permukaan namun ia


dapat memberikan hasil yang lebih memuaskan khususnya
untuk menganggarkan sifat-sifat tertentu konkrit seperti
ketumpatan, kekuatan dan keretakan.

Peralatan PUNDIT mengandungi dua pangkalan transduser iaitu


alat penghantar dan alat penerima (Rujuk Rajah 3.2).

Rajah 3.2 : Alat penghantar dan penerima

Unit 3-26
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 27

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

Gambar 3.4 menunjukkan peralatan PUNDIT yang digunakan


dalam pengujian ultrasonik.

Gambar 3.4 : Peralatan pengujian ultrasonik

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

b) Ujian Pecah.

Dalam membuat penilaian terhadap prestasi struktur konkrit,


kadangkala kaedah tak pecah tidak dapat memberikan
gambaranyang lebih terperinci dan konklusif.

Masalah tersebut akan menjadi lebih rumit apabila struktur


berkenaan perlu diselidik dan dipastikan kekuatannya.

Ujian pecah akan dapat memberikan data kajian yang lebih


tepat sekiranya peraturan-peraturan tertentu dipatuhi.

Unit 3-27
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 28

Antara ujian-ujian yang dijalankan menerusi kaedah ini ialah :

i. Ujian Kiub

Ujian ini dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran 150mm x


150mm x 150mm yang dibuat semasa menyediakan campuran
untuk sesuatu pembinaan.

Kekuatan mampat diuji apabila kiub tersebut telah mencapai


umurnya 7 hari dan 28 hari.

Nilai kekuatan yang diperoleh akan dibandingkan dengan


kekuatan reka bentuk konkrit.

Sekiranya nilai kekuatan yang diuji itu mencapai sekurang-


kurangnya kekuatan ciri bagi sesuatu gred konkrit, maka konkrit
tersebut dianggap telah lulus ataupun memenuhi keperluan
rekabentuk.
Sebaliknya jika kekuatan yang diuji itu kurang daripada
kekuatan ciri, maka konkrit tersebut dianggap telah gagal dan
langkah tertentu perlu diambil untuk menjamin keutuhan
struktur yang terlibat.

Gambar 3.5 : Kiub konkrit untuk diuji

Unit 3-28
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 29

ii. Ujian Pembebanan Rasuk


Apabila kekuatan anggota struktur tidak dapat dinilai
berdasarkan hasil pengujian bahan secara disitu, ujian
beban rasuk menjadi pilihan utama.
Matlamat ujian beban rasuk ini adalah untuk memastikan
keutuhan struktur dan ujian yang dijalankan perlulah
menggambarkan keadaan sebenar struktur.

Gambar 3.6 : Susunan ujian pembebanan rasuk

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

iii. Ujian Teras Konkrit/Selinder

Walaupun ujian kiub sering digunakan untuk mengukur


kekuatan tertentu struktur, namun perbezaan yang terdapat
pada kedua-dua jenis konkrit ini tetap menyulitkan penaksiran
dan penilaian, lebih-lebih lagi wujudnya perbezaan ketika
proses pemadatan, pengawetan dan juga kaedah pengujian.

Unit 3-29
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 30

Sebelum ujian pecah dibuat, langkah-langkah tetentu dibuat


bagi mendapatkan gambaran, khususnya kedudukan struktur
yang perlu dibuat kajian.

Untuk menggangarkan kekuatan sebenar teras, beberapa


andaian dan faktor pembetulan digunakan untuk
mengambilkira perbezaan antara kiub dengan silinder, arah
penuangan, pembebanan dan sebagainya.

Gambar 3.7 : Pengujian teras konkrit dengan mesin pemampat

Sumber : TEKNOLOGI KONKRIT DAN PEMBINAAN

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut........

Jika anda tidak berpuashati dengan


jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur.......
Unit 3-30

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!


BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 31

AKTIVITI 3B

3.5 Nyatakan 8 (Lapan) ciri konkrit keras.

3.6 Nyatakan 2 (Dua) jenis ujian tak pecah.

3.7 Nyatakan 3 (Tiga) jenis ujian pecah.

3.8 Padankan gambar dibawah dengan ujian yang sesuai.


Jenis Ujian Gambar

Ujian Tukul Anjal

Ujian Ultrasonik

Ujian Rasuk

Unit 3-31
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 32

MAKLUMBALAS 3B

3.5 8 (lapan) ciri konkrit keras ialah:


a) Kekuatan mampatan
b) Kekuatan tegangan
c) Kekuatan lasakan
d) Kebolehtelapan
e) Rintangan kepada serangan kimia
f) Perubahan bentuk
g) Pengecutan
h) Rayapan

3.6 2 (Dua) jenis ujian tak pecah ialah:


a) Ujian tukul anjal
b) Ujian ultrasonik

3.7 4 (Empat) teknik pembinaan menggunakan konkrit yang popular :


a) Konkrit Siap tuang/Pra-Tuang
b) Konkrit Bertetulang
c) Konkrit Tegas dulu
d) Konkrit Ringan

Unit 3-32
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 33

3.8 Padanan gambar dibawah dengan ujian yang sesuai seperti berikut :

Jenis Ujian Gambar

Ujian Tukul Anjal

Ujian Ultrasonik

Ujian Rasuk

Unit 3-33
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 34

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Di dalam melakukan ujian penurunan (slump test), terdapat 3 (TIGA) jenis


penurunan yang mungkin berlaku.
a) Nyatakan 3 (Tiga) jenis penurunan tersebut dan sebab-sebab
berlakunya runtuhan tersebut.
b) Lakarkan ketiga-tiga jenis penurunan tersebut.

2) Dapatkan berat batu baur kasar dengan menggunakan kaedah berat.


Diketahui :
Nisbah Bancuhan = 1:3:6
Berat Batu Baur Halus = 1800 kg
Ketumpatan Batu Baur Halus = 1640 kg/m3
Ketumpatan Batu Baur Kasar = 1390 kg/m3
Ketumpatan Simen = 1440 kg/m3

3) Nyatakan Takrifan bagi perkara-perkara berikut yang sering terjadi


semasa kerja konkrit dijalankan dan Terangkan bagaimana ia berlaku :
i. Pengasingan
ii. Penjujuhan

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.
Unit 3-34
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 35

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1)
a) 3 (Tiga) jenis runtuhan yang berlaku ialah :

i. Runtuhan Benar
Runtuhan antara 4 .
Bancuhan yang seragam dan mengikut spesifikasi.

ii. Runtuhan Ricih


Konkrit kekurangan sifat kejelekitan.

iii. Runtuhan Roboh


Konkrit terlalu basah dan tidak boleh digunakan untuk
pembinaan

b) Lakaran 3 (Tiga) jenis runtuhan yang berlaku ialah :

Unit 3-35
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 36

2) Berat batu baur kasar menggunakan kaedah berat :

1 Kampit simen 50 kg = 50kg = 0.035 m


1440 kg/m3

3 x 50 kg Pasir = 3 x 50kg = 0.091m


1640 kg/m

6 x 50 kg Batu Baur = 6 x 50 kg = 0.216 m3


1390 kg/m3

Saiz Kotak : (0.3m x 0.3m x 0.3m) = 0.027 m3

Oleh kerana itu : Simen = 1Beg


Pasir = 0.091 m3 = 3.37 kotak @ 3 kotak
0.027 m3

Batu Baur = 0.216 m3 = 8 kotak


0.027 m3

3) i) Pengasingan

Takrifan : Pemisahan juzuk-juzuk daripada suatu campuran


heterogeneous sehingga agihan menjadi tidak segaya.

2 keadaan yang menyebabkan keadaan ini berlaku :


Zarah-zarah kasar cenderung untuk terpisah daripada campuran
semasa menuang dan memadat ini kemungkinan disebabkan
terlalu banyak batuan.
Graut simen terpisah daripada juzuk-juzuk lain disebabkan
campuran sangat basah.

Unit 3-36
BANCUHAN KONKRIT C1004/ Unit 3 / halaman 37

ii) Penjujuhan

Takrifan : Satu bentuk pengasingan dimana sejumlah air di dalam


campuran naik ke permukaan konkrit yang baru dituang.

Kesannya ialah bahagian atas tiap-tiap unit struktur akan menjadi


basah dan lembab mengakibatkan bahagian tersebut menjadi
lemah.

Jika air yang naik mengandungi zarah-zarah simen halus yang


banyak suatu lapisan laitance akan terbentuk.

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 4.

Unit 3-37
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 1

UNIT 4 PENYEDIAAN KONKRIT


DI TAPAK BINA

OBJEKTIF AM

Memahami langkah-langkah penyediaan dan kerja-

Unit
kerja konkrit di tapak bina.

4
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Menerangkan langkah-langkah pengkelompokan.

Menyatakan kaedah-kaedah menggaul konkrit


bagi kerja-kerja pembinaan.

Mengenali kaedah-kaedah bagi mengangkut


konkrit.

Menjelaskan kaedah-kaedah menuang dan


memadatkan konkrit.

Mentakrifkan pengawetan konkrit di tapak bina.

Menerangkan kaedah-kaedah pengawetan di


tapak bina.

Unit 4-1
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 2

INPUT

4.0 PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA


Konkrit Siap Campur (Ready Mixed Concrete) digunakan secara meluas
di negara ini bagi industri pembinaan. Penghasilan konkrit siap campur
memerlukan perancangan yang teliti kerana ianya melibatkan kuantiti
penghasilan konkrit yang besar.

4.1 Langkah-langkah Pengelompokan

Konkrit siap campur ini dihasilkan di Loji


Penggaulan/Pengelompokan konkrit (Batching Plant) yang
biasanya berdekatan dengan tapak bina bagi memudahkan
penghantaran konkrit dengan menggunakan trak penggaul (truck
mixer)(Rujuk Gambar 4.1).

Gambar 4.1 : Loji Pengelompokan Konkrit (Batching Plant)

Unit 4-2
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 3

4.1.1 Langkah-langkah kerja konkrit

Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

1) Pengelompokan dan
Penggaulan Konkrit

2) Mengangkut Konkrit

3) Penempatan dan Pemadatan


Konkrit

4) Meratakan (Levelling) Konkrit

Unit 4-3
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 4

Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

5) Kerja Kemasan menggunakan


Hand Floating

6) Pengawetan (Curing)

4.1.2 Jenis-jenis Loji Pengelompokan

Terdapat 2 jenis loji pengelompokan asas :


i. Loji Pengelompokan Kering
Simen dan batu baur ditimbang dan dicurah terus ke dalam trak
penggaul (truck mixer). Air akan dimasukkan ke campuran di loji.
Campuran konkrit dibuat di dalam drum trak penggaul dengan
menggunakan 80-100 pusingan drum bagi 8-10 minit masa penggaulan
untuk menjamin campuran konkrit yang dihasilkan adalah seragam
(Rujuk Gambar 4.2).

ii. Loji Penggaul Pusat


Simen, batu baur dan air digaul di dalam penggaul sebelum
dimasukkan ke dalam trak penggaul. Semasa pemindahan, drum trak
penggaul berputar perlahan-lahan pada kadar 1 atau 2 putaran per
minit untuk membalik-balikkan konkrit.

Unit 4-4
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 5

Apabila trak penggaul tiba di tapak bina, dram perlu sentiasa berputar
antara 10-15 putaran per minit sekurang-kurangnya selama 3 minit. Ini
adalah untuk memastikan campuran digaul secara menyeluruh
sebelum dikeluarkan.

Gambar 4.2 : Trak Penggaul

4.1.3 Kaedah-kaedah Pengelompokan Konkrit

Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam pengelompokan, iaitu :


i. Kaedah isipadu
ii. Kaedah berat

i. Kaedah isipadu
Kaedah ini biasanya menggunakan kotak penyukat dan merupakan
kaedah konvensional dan telah lama dipaktikkan di tapak bina. Kaedah
ini tidak boleh digunakan untuk kerja yang memerlukan ketepatan yang
jitu kerana isipadu bahan konkrit bergantung kepada kepadatannya.
Nisbah setiap bahan konkrit dikira berdasarkan isipadu. Isipadu simen
dikira berdasarkan isipadu satu kampit/ beg simen dan begitu juga untuk
pasir dan batu baur kasar dikira mengikut isipadu satu beg simen.

Unit 4-5
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 6

Ketumpatan simen berdasarkan BS lebih kurang 1442 kg/m. penentuan


ukuran kotak adalah seperti berikut :
1 kampit simen = 50kg
Dalam isipadu = 50kg/ 1442kg/m = 0.035m
Ukuran kotak yang digunakan ialah (0.33m x 0.33m x 0.33m = 0.035m.)

Jika di tapak bina tidak boleh menyediakan alat timbang. Kaedah


campuran berdasarkan berat bahan konkrit perlu digunakan. Dimana
ketumpatan untuk simen 1440kg/m, pasir 1400kg/m dan batu baur kasar
1600 kg/m.

Contoh :

Nisbah Campuran = 1 : 1.9 : 3.8


1 kampit simen 50kg = 50/1440 = 0.035m
1.9 x 50kg pasir = (1.9 x 50) /1400 = 0.068m
3.8 x 50kg batu baur kasar = (3.8 x 50) / 1600 = 0.118m

Ukuran kotak yang biasa digunakan adalah berisipadu :


(0.3m x 0.3m x 0.3m = 0.027m)
maka gunakan :
Simen = 1 beg
Pasir (0.068/0.027) = 2.5 kotak
Batu Baur Kasar (0.118/0.027) = 4.4 kotak

Gambar 4.3 : Kotak Penyukat Gambar 4.4 : Mesin Bagi Kaedah Isipadu

Unit 4-6
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 7

Gambar 4.5 : Timbangan Kaedah Berat


ii. kaedah berat

Kaedah berat
menggunakan prinsip
timbangan. Kaedah ini lebih
sesuai digunakan untuk
tujuan kawalan di makmal
bagi tujuan pengujian
(Rujuk Gambar 4.3).
Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

Contohnya :

Nisbah Campuran - 1:1.9:3.8 dan nisbah air-simen 0.5

1 kampit simen x 50kg = 50kg


1.9 x 50kg pasir = 95kg
3.8 x 50kg batu baur kasar = 190kg
Air = 25kg

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 4-7
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 8

AKTIVITI 4A

4.1 Nyatakan 2 (DUA) jenis konkrit siap campur.


i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________

4.2 Nyatakan 2 (DUA) keburukan konkrit siap campur.


i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________

4.3 Namakan langkah-langkah kerja konkrit berdasarkan gambar seperti


dalam jadual di bawah :
Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

1)

2)

Unit 4-8
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 9

3)

4)

5)

6)

Unit 4-9
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 10

MAKLUMBALAS 4A

4.4 Nyatakan 2 (DUA) jenis konkrit siap campur.


i. Loji Pengelompokan Kering
ii. Loji Penggaul Pusat

4.5 Nyatakan 2 (DUA) keburukan konkrit siap campur.


i. Masa yang terhad iaitu mesti dihantar dalam masa 40 minit
ii. Kuantiti yang boleh dibawa adalah terhad dengan menggunakan
Agitator/truck mixer.

4.6 Namakan langkah-langkah kerja konkrit berdasarkan gambar seperti


dalam jadual di bawah :
Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

1) Pengelompokan dan
Penggaulan Konkrit

2) Mengangkut Konkrit

Unit 4-10
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 11

3) Penempatan dan
Pemadatan Konkrit

4) Meratakan (Levelling) Konkrit

5) Hand Floating

7) Curing

Unit 4-11
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 12

INPUT

4.2 Kaedah-kaedah penggaulan konkrit di tapak bina.

Mencampur konkrit dengan manual iaitu bancuhan tangan (hand


mixing) tidak digalakkan untuk kerja kerja yang memerlukan mutu yang
tinggi kerana kurang efektif dan sukar mengawal mutunya. Ia hanya
sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan kuantiti konkrit yang kecil
sahaja. Konkrit perlulah digaul dengan menggunakan mesin pencampur
(mixer) kecualilah jika kerja tersebut terlalu sedikit.

i. Jenis T- Gelendong condong


ii. Jenis NT- Gelendong tak condong
iii. Jenis P pencampur panic

Jenis T Gelendong condong

Menggunakan drum untuk tujuan pencampuran bahan- bahan konkrit.


Apabila selesai digaulkan konkrit akan dikeluarkan dan dicondongkan/
jongkit. Pencampur berbentuk kon, memusing pada satu hala dan
semasa pencampuran drum di condongkan pada sudut 45 hingga 60.

Jenis NT Gelendong tak condong

Mesin campur berbentuk selinder dan hampir sama seperti mesin


gelendong condong semasa menuang dipusingkan ke arah berlawanan.
Selinder berpusing dalam keadaan tegak, apabila mengeluarkan konkrit
bahagian bawahnya akan dibuka.

Unit 4-12
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 13

4.3 Kaedah-kaedah Mengangkut konkrit di tapak bina.


Terdapat 4 jenis alat yang sering digunakan di tapak bina untuk mengangkut
konkrit yang telah disediakan, iaitu :
i. Kereta sorong
ii. Pelongsor (chute)
iii. Pam (pipe)
iv. Kren

Pelongsor (Chute) Gambar 4.6 : Pelongsor


Pelongsor digunakan untuk
mengangkut konkrit dari tempat atas ke
bawah tanpa berlaku ceraian.
Diperbuat daripada belahan paip PVC
atau dibuat daripada kayu dan
kepingan logam. Panjang pelongsor
dihadkan kepada 3m untuk
mengelakkan berlakunya ceraian.
Garispusatnya lebih kurang 300mm.
Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

Pam konkrit (Concrete Pump) Gambar 4.7 : Pam konkrit


Penggunaan pam adalah satu kaedah
yang cepat, kemas dan ekonomik jika
dirancang dengan teliti. Menggunakan
paip- paip 6 yang dipamkan dari
tempat menggaul. Digunakan untuk
kuantiti konkrit yang banyak. Boleh
mengangkut sejauh 30m hingga 50m
arah tegak dan 300m hingga 500m
arah ufuk. Terdiri daripada 2 jenis
samaada jenis pelocok (plunger pump)
atau pam tekan (squeeze pump).

Unit 4-13
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 14

Penggunaan pam biasanya digunakan jika terdapat masalah- masalah seperti


di bawah :

a) Kedudukan tapak bina di kawasan Bandar yang sesak, sukar untuk


menggunakan lori dan jentera pengangkutan.

b) Kemudahan jalanraya yang terhad

c) Tapak bina yang berhampiran dengan bangunan sedia ada, kesukaran


memasuki kawasan tersebut atau masalah penyimpanan bahan mentah.

d) Keadaan tanah yang tidak sesuai untuk penggunaan jentera berat.

e) Kekurangan tenaga pekerja. Penggunaan jentera dapat memaksimunkan


produktiviti.

f) Projek perlu disegerakan dan perlukan pembinaan yang tetap.

g) Pembinaan struktur yang terlalu tinggi.

Gambar 4.8 : Peletakan konkrit menggunakan kaedah pam konkrit

Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

Unit 4-14
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 15

Kren

Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit
iaitu :
i. Kren Bergerak (Mobile Crane)
ii. Kren Menara (Tower Crane)

i. Kren Bergerak (Mobile Crane)


Gambar 4.9 : Kren Bergerak
Digunakan untuk projek yang besar dan
dalam pembinaan struktur yang sangat
tinggi.
(Rujuk Gambar 4.9)

Gambar 4.10 : Langkau (skip)


Dimana konkrit dimasukkan dalam
suatu bekas besar yang dilengkapkan
dengan pintu kolong (trap door) di
bawahnya dan dituangkan secara
langsung melalui langkau (skip).
(Rujuk Gambar 4.10)

Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

Unit 4-15
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 16

ii. Kren Menara (Tower Crane)


Gambar 4.11 : Kren Menara
Kren menara digunakan untuk
bangunan yang tinggi yang
melebihi 30 meter. Kren bergerak
pula hanya terhad kepada
bangunan yang tingginya 20
meter. Penggunaan langkau (skip)
bergantung kepada saiz muatan.
Jika kadar perletakan konkrit
tinggi, langkau yang besar perlu
digunakan supaya lebih ekonomik.
Saiz langkau terhad kepada saiz
maksimum 0.57 m atau 1394kg
(Rujuk Gambar 4.11).

4.4 Kaedah-kaedah Menuang dan Memadatkan konkrit di tapak bina.

a) Menempatkan konkrit dan persediaan acuan


Gambar 4.12 : Penempatan Konkrit
Konkrit mestilah ditempatkan dan
dimampatkan secepat mungkin
selepas dibancuh dengan air
dan sebelum simen mula
membeku . Had masa maksimum
yang dibenarkan ialah 1 jam
(mungkin boleh dibenarkan
sehingga 2 ataupun 3 jam jika
keadaanya memerlukan) dan
tidak boleh dikacau lagi apabila
simen mula membeku.
(Rujuk Gambar 4.12)

Unit 4-16
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 17

Semasa menempatkan konkrit ke dalam acuan seprti acuan tiang ,


tinggi turunya ( drop ) tidak boleh terlampau dan biasanya tidak melebihi
1.2 m untuk mencegah pemisahan bahan bahan ( segretation ).

Gambar 4.13: Kerja-kerja pembersihan


Acuan mestilah dibersihkan sebelum
penuangan dibuat dengan
menggunakan semburan tekanan pam
udara (Rujuk Gambar 4.13). Acuan
biasanya dibasahkan terlebih dahulu
sebelum konkrit dituang untuk
memastikan supaya kandungan air
dalam bancuhan konkrit tidak diserap
oleh acuan.Permukaan acuan juga
disapu dengan satu lapisan minyak ,
atau air sabun , atau cat supaya konkrit
tidak melekat padanya.
Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

4.4.1 Langkah-langkah penempatan yang terbaik.

Operasi ini biasanya dijalankan serentak dan merupakan salah satu


operasi terpenting dalam kerja konkrit. Oleh itu, beberapa langkah perlu
diambil bagi memastikan kerja-kerja penempatan dan pemadatn ini
dapat dilakukan dengan sempurna bagi menjamin kualiti kerja konkrit.
Antaranya ialah :

i. Sebaik-baiknya, konkrit yang telah siap dibancuh, mestilah


ditempatkan sehampir yang mungkin dengan tapak pembinaan.

Unit 4-17
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 18

ii. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam. Ini


adalah bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya pengasingan
terutamanya bagi bancuhan yang bersifat jelekit.
iii. Bagi struktur tembok dan tiang, konkrit mestilah ditempatkan ke
dalam cetaknya dengan setiap lapisan setebal 450mm. Lapisan
yang terlalu tebal menyebabkan udara yang terperangkap sukar
untuk dihilangkan dengan menggunakan alat getar (vibrator).
iv. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas, tetapi pengasingan
(segregation) perlu dielakkan daripada berlaku.
v. Penempatan konkrit perlu dilakukan secepat mungkin bagi
mengelakkan konkrit daripada mengeras.
vi. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna
sebelum kerja-kerja lapisan seterusnya dibuat.
vii. Elakkan dari terjadinya cold joint. Seelok-eloknya kerja dijalankan
mengikut perancangan yang telah sedi ada.
viii. Elakkan bar tetulang daripada berganjak semasa kerja penuangan
konkrit dilakukan.
ix. Awasi kerja-kerja penuangan dan pastikan kemudahan ada
disediakan.

4.4.2 Pemadatan Konkrit.

Setelah ditempatkan , konkrit hendaklah dimampatkan dengan cara


Rejaman atau getaran. Ini perlu supaya konkrit mampat dan tiada
lompangan . Cara memampatkan konkrit ada beberapa cara iaitu :

i. Rejaman dengan sebatang rod besi


ii. Mengetuk dengan tukul besi pada tepi acuan
iii. Penggunaan alat getar (vibrator).

Unit 4-18
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 19

Beberapa alat getar boleh didapati untuk kerja konkrit. Alat getar
dijalankan oleh kuasa elektrik atau kuasa diesel.Tiga jenis alat getar yang
biasa digunakan ialah :
i. Alat getar dalam (internal vibrator)
ii. Alat getar luar (external vibrator)
iii. Alat getar pentas ( platform )
i. Alat getar dalam
Gambar 4.14 : Alat Getar Dalam
Alat jenis ini boleh dijalankan oleh kuasa
elektrik atau diesel (Rujuk Gambar 4.14).
Ia mempunyai sebatang besi ( pin )
yang boleh dimasukkan ke dalam
konkrit untuk menggetar .Konkrit digetar
sehingga air dalam bancuhan konkrit
naik ke atas permukaannya. Getaran
tidak boleh dilakukan terlampau kuat
supaya air dan simen tidak terpisah dari
batu baur dan menyebabkan
kelemahan dalam konkrit. Alat getar
jenis ini mempunyai kelebihan
kelebihan seperti berikut :
Memberi hasil getaran yang baik
dan alat ini tahan lama.
Alat getar ini boleh dipindah
pindahkan kerana ia dijalankan oleh
sebuah enjin diesel atau petrol yang
kecil dan mudah dibawa.
Alat ini mempunyai pin getaran
dalam beberapa saiz dan boleh
ditukar untuk disesuaikan dengan
tempat kerja : tembok , asas , tiang ,
rasuk dan lain lain .

Unit 4-19
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 20

ii. Alat getar luar

Getaran alat getar ini dilakukan disebelah luar acuan konkrit sehingga
bancuhan menjadi mampat. Biasanya ia digunakan di dalam bengkel dan
dijalankan oleh kuasa elektrik untuk membuat genting , cerucuk , paip air
yang besar dan rasuk.

iii. Alat getar pentas

Alat ini berupa sebuah meja yang permukaanya disokong oleh beberapa
spring yang dijalankan oleh kuasa elektrik yang membolehkan muka meja itu
bergetar. Ia biasanya digunakan di dalam bengkel untuk membuat konkrit
tuang dahulu. Bahagian binaan konkrit hendaklah dibuat dalam acuan
konkrit dan ditempatkan di atas meja itu untuk digetar sehingga mampat .

4.5 Kaedah-kaedah Pengawetan Konkrit di tapak bina.

Semasa air dibancuh dengan simen, tindakbalas berlaku dan menyebabkan


simen itu membeku dan mengeras . Air ini hanya cukup untuk tindakbalas
kimia pada peringkat permulaan sahaja . Jika air kurang semasa simen itu
mengeras , konkrit tidak dapat mencapai kekuatan maksimum.

Apabila bancuhan konkrit ditempatkan , kandungan airnya akan hilang


dengan cepat melalui proses penyejatan kalau tindakan segera tidak
diambil.Tindakan mencegah kehilangan air dari konkrit dinamakan
pengawetan konkrit.

Konkrit mestilah dijaga supaya sentiasa berada dalam keadaan lembab


sekurang kurangnya 14 hari selepas ia membeku.

Unit 4-20
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 21

4.6 Cara cara pengawetan

Keadaan iklim , cuaca dan hawa mempengaruhi cara dan keperluan


pengawetan konkrit. Pengawetan mestilah dimulakan secepat mungkin
sebaik baik sahaja konkrit itu beku dan cukup keras . Cara caranya
adalah seperti berikut :
Gambar 4.15 : Pengawetan plastic
a. Ditutup dengan beg guni, plastik,
jerami , habuk kayu , pasir dan
lain lain bahan yang basah.
Bahan bahan yang mungkin
merosakkan warna konkrit tidak
boleh digunakan.
(Rujuk Gambar 4.15)

Sumber : Amalan Kerja Konkrit (Blackledge)

Gambar 4.16 : Semburan air (ponding)


b. Membanjirkan atau membuat
semburan ke atas permukaan
konkrit dengan menggunakan air
. Cara ini sesuai digunakan bagi
kerja-kerja konkrit di bahagian
lantai .
(Rujuk Gambar 4.16)

Unit 4-21
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 22

Gambar 4.17 : Semburan bahan kimia


c. Menyapu bahan kimia seperti
kompound silika pada
permukaan konkrit untuk
mengelakkan kehilangan air
melaui sejatan.
(Rujuk Gambar 4.17)

Gambar 4.18 : Pengawetan wap air


d. Menggunakan wap air ( stim ) .
Cara ini digunakan dalam kilang
untuk mempercepatkan proses
pengawetan terutama bagi
konkrit tegas dahulu
(Rujuk Gambar 4.18)

Sumber : Const. Materials, & Methods (H.Leslie simmons)

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 4-22
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 23

AKTIVITI 4B

4.4 Padankan gambar berkenaan kerja-kerja peletakan, pemadatan dan


pengawetan sepert dalam jadual di bawah :

GAMBAR KERJA/ALATAN

KREN BERGERAK (MOBILE


CRANE)

PENGAWETAN
MENGGUNAKAN WAP STIM

KAEDAH PAM KONKRIT


(CONCRETE PUMP)

ALAT GETAR DALAM


(INTERNAL VIBRATOR)

Unit 4-23
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 24

4.5 Terangkan 5 (LIMA) langkah penempatan konkrit yang terbaik.


i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________
v. _____________________________________________________________

4.6 Nyatakan 2 (DUA) tanda yang menunjukkan pemadatan telah dijalankan


dengan sempurna.
i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________

4.7 Namakan 4 (EMPAT) kaedah pengawetan konkrit di tapak bina.


i. _____________________________________________________________
ii. _____________________________________________________________
iii. _____________________________________________________________
iv. _____________________________________________________________

Anda sudah berpuashati


dengan jawapan anda.
Mari kita semak jawapan
anda di Maklumbalas 4B.

Unit 4-24
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 25

MAKLUMBALAS 4B

4.7 Padankan gambar berkenaan kerja-kerja peletakan, pemadatan dan


pengawetan sepert dalam jadual di bawah :

GAMBAR KERJA/ALATAN

KREN BERGERAK (MOBILE


CRANE)

PENGAWETAN
MENGGUNAKAN WAP STIM

KAEDAH PAM KONKRIT


(CONCRETE PUMP)

ALAT GETAR DALAM


(INTERNAL VIBRATOR)

Unit 4-25
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 26

4.8 Terangkan 5 (LIMA) langkah penempatan konkrit yang terbaik.


i. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam
ii. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas tetapi pengasingan mesti
dielakkan
iii. Penempatan konkrit mestilah dibuat dengan secepat mungkin untuk
mengelakkan ia daripada beku
iv. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna
sebelum kerja-kerja lapisan seterusnya dibuat
v. Konkrit yang telah siap dibancuh mestilah ditempatkan sehampir
kawasan kerja.

4.9 Nyatakan 2 (DUA) tanda yang menunjukkan pemadatan telah dijalankan


dengan sempurna.
i. Paras konkrit akan menurun apabila kerja pemadatan dilakukan
ii. Satu lapisan nipis mortar akan dapat dilihat di atas permukaan
konkrit.

4.7 Namakan 4 (EMPAT) kaedah pengawetan konkrit di tapak bina.


i. Pengawetan menggunakan limpahan air (ponding).
ii. Pengawetan dengan pengekalan lembapan seperti menggunakan
guni basah, pasir dan habuk kayu.
iii. Pengawetan menggunakan bahan kimia seperti kompound silika.
iv. Pengawetan menggunakan wap air (stim).

Unit 4-26
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 27

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Dapatkan berat batu baur kasar dengan menggunakan kaedah berat.

Diketahui :
Nisbah Bancuhan = 1:3:6
Berat Batu Baur Halus = 1800 kg
Ketumpatan Batu Baur Halus = 1640 kg/m
Ketumpatan Batu Baur Kasar = 1390 kg/m
Ketumpatan Simen = 1440 kg/m

2) Operasi membancuh, mengangkut, memampat dan memadat adalah


perkara-perkara yang perlu diberi perhatian di dalam kerja-kerja konkrit.
Terangkan 5 (LIMA) langkah penempatan konkrit yang terbaik.

3) Konkrit Siap Campur adalah konkrit yang dibancuh di loji dan bukannya
di tapak bina.

a. Terangkan 2 (DUA) kebaikan.


b. Terangkan 2 (DUA) keburukan konkrit siap campur.
c. Nyatakan 2 (DUA) jenis konkrit siap campur.

Unit 4-27
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 28

4) Namakan 3 (TIGA) jenis alat yang digunakan bagi kerja-kerja


pemadatan.

5) Nyatakan 4 (EMPAT) kaedah pengawetan konkrit di tapak bina.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul

Unit 4-28
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 29

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1) Dapatkan berat batu baur kasar dengan menggunakan kaedah


berat.

1 Kampit simen 50 kg = 50kg = 0.035 m3


1440 kg/m3

3 x 50 kg Pasir = 3 x 50kg = 0.091m3


1640 kg/m3

6 x 50 kg Batu Baur = 6 x 50 kg = 0.216 m3


1390 kg/m3

Saiz Kotak : (0.3m x 0.3m x 0.3m) = 0.027 m3

Oleh kerana itu : Simen = 1Beg


Pasir = 0.091 m3 = 3.37 kotak @ 3 kotak
0.027 m3

Batu Baur = 0.216 m3 = 8 kotak


0.027 m3

Unit 4-29
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 30

2) Terangkan 5 (LIMA) langkah penempatan konkrit yang terbaik.


i. Konkrit mestilah ditempatkan dalam bentuk lapisan seragam
ii. Konkrit boleh dijatuhkan dari jarak bebas tetapi pengasingan mesti
dielakkan
iii. Penempatan konkrit mestilah dibuat dengan secepat mungkin untuk
mengelakkan ia daripada beku
iv. Pastikan lapisan konkrit telah dimampatkan dengan sempurna
sebelum kerja-kerja lapisan seterusnya dibuat
v. Konkrit yang telah siap dibancuh mestilah ditempatkan sehampir
kawasan kerja.

3) Konkrit Siap Campur adalah konkrit yang dibancuh di loji dan bukannya
di tapak bina.

a. Terangkan 2 (DUA) kebaikan.


i. Sesuai digunakan dikawasan yang kecil, seperti pembinaan
jalanraya.
ii. Tidak memerlukan kawasan bagi membancuh konkrit

b. Terangkan 2 (DUA) keburukan konkrit siap campur.


i. Masa yang terhad iaitu mesti dihantar dalam masa 40 minit.
ii. Kuantiti yang boleh dibawa adalah terhad dengan
menggunakan Agitator/truck mixer.

c. Nyatakan 2 (DUA) jenis konkrit siap campur.


i. Loji Pengelompokan Kering
ii. Loji Penggaul Pusat

Unit 4-30
PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA C 1004 / Unit4/ halaman 31

4) Namakan 3 (TIGA) jenis alat yang digunakan bagi kerja-kerja


pemadatan.

i. Alat getar dalam (internal vibrator)


ii. Alat getar luar (external vibrator)
iii. Alat getar pentas ( platform )

5) Nyatakan 4 (EMPAT) kaedah pengawetan konkrit di tapak bina.

i. Pengawetan menggunakan limpahan air (ponding).


ii. Pengawetan dengan pengekalan lembapan seperti menggunakan
guni basah, pasir dan habuk kayu.
iii. Pengawetan menggunakan bahan kimia seperti kompound silika.
iv. Pengawetan menggunakan wap air (stim).

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 5.

Unit 4-31
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 1

UNIT 5 KONKRIT BERTETULANG

OBJEKTIF AM

Unit
Memahami pengetahuan asas mengenai konkrit

5
bertetulang dan penggunaannya di dalam industri
pembinaan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit bertetulang.

Menerangkan sifat-sifat konkrit bertetulang.

Mengenali struktur-struktur konkrit bertetulang.

Menerangkan kelebihan tetulang keluli.

Menyatakan perbandingan konkrit dan keluli.

Menerangkan kaedah pembinaan konkrit


bertetulang.

Menjelaskan penggunaan kotak bentuk dalam


pembinaan konkrit bertetulang.

Unit 5-1
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 2

INPUT

5.0 PENGENALAN KONKRIT BERTETULANG

5.1.1 Takrifan Konkrit Bertetulang

Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-


sifat yang berbeza pada konkrit dan keluli. Gabungan ini dapat
menghasilkan satu kekuatan untuk menahan daya mampatan dan
tegangan.
Bahan-bahan ini merupakan bahan-bahan binaan yang kuat dan
tahan lasak bagi menjadikannya sebagai suatu anggota bangunan. Ia
boleh dibentuk kepada bentuk-bentuk yang berbeza-beza dengan saiz
yang berubah-ubah. Misalnya dari suatu tiang segiempat yang mudah
hinggalah kepada bentuk kubah (dome) yang langsing dan
melengkung.

Gambar 5.1 : Pembinaan menggunakan


konkrit bertetulang

Contoh-contoh ahli struktur konkrit


bertetulang ialah balak, tiang, tembok
dinding, papak dan cerucuk.
Contoh struktur konkrit bertetulang
ialah bangunan, jambatan, tembok
penahan dan lain-lain.

Unit 5-2
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 3

5.2 Sifat-sifat Konkrit Tetulang

a) Kekuatan tegangan konkrit bersamaan 10 % daripada kekuatan


mampatannya.
b) Rekabentuk konkrit tetulang dibuat beranggapkan konkrit tidak dapat
mengatasi rintangan daya-daya tegangan.
c) Tetulang direkabentuk untuk mengambil daya-daya tegangan yang
dipindahkan melalui ikatan permukaan dua bahan tersebut iaitu konkrit
dan tetulang.
d) Jika ikatan (dalam) lekatan permukaan kedua-dua bahan tidak
mencukupi, tetulang akan tergelincir dari konkrit dan tidak akan ada
tindakan gabungan konkrit dan keluli.
e) Konkrit hendaklah dimampatkan / dipadatkan dengan baik di sekeliling
tetulang semasa pembinaannya.
f) Sebagai tambahan, tetulang yang digunakan hendaklah terdiri
daripada tetulang yang mempunyai permukaan berpintal / bertindan
untuk mendapatkan cengkaman tambahan mekanikal (ribbed and
twisted bar).

5.3 Penentuan Bahan-bahan


a) Simen
Terdiri daripada simen baru (fresh). Bersih daripada ketulan-ketulan
mengeras dan disimpan di dalam bangunan simpanan (store) yang
kalis air / cuaca dengan lantainya yang dinaikkan dari permukaan
bumi.

b) Batu baur
Bahannya mestilah bersih, tajam dan mempunyai gred yang baik,
misalnya pasir sungai yang bebas dari segala kotoran. Bagi pasir yang
kotor (mengandungi lumpur, kelodak dan daun-daun mati), ia mestilah
dibasuh dahulu dan seelok-eloknya ditapis.

Unit 5-3
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 4

c) Batu baur kasar


Mestilah didatangkan dari kuari yang dibenarkan, misalnya batu kelikir
atau batu kapur. Ianya mesti dari gred yang baik dan sekata dengan
saiznya 6 12 mm. Bahan ini mestilah bebas dari kelodak, lumpur atau
semua jenis kotoran.

d) Air
Hendaklah bersih dan baru (dari jenis air yang boleh diminum). Ianya
diambil dari punca air yang sebenar.

5.3.1 Konkrit

Konkrit merupakan bahan campuran batu baur, simen dan air, dan
apabila bertindak antara simen dan air ia akan memejal dan padu.

Konkrit adalah keras dan merapuh. Kekuatannya bergantung kepada


kadar bancuhan, umur kematangannya dan lain-lain lagi.

Kekuatan ketara yang ada pada konkrit adalah lemah pada daya
tegangan iaitu kira-kira 1/10 daripada kekuatan mampatannya.

Konkrit akan terus bertambah kekuatannya terutamanya pada peringkat


awal beberapa minggu dan ia akan berterusan secara perlahan
selepas dari itu. Di peringkat 28 hari, konkrit telah mencapai tiga
perempat (3/4) daripada kekuatan maksimumnya. Sifat kekuatan inilah
kerja binaan dapat dijalankan dengan lebih maju (progress) lagi.

Kuantiti penggunaan air juga penting. Jika terlalu banyak air, ia akan
melemahkan sifat kekuatan konkrit dan jika terlalu berkurangan pula ia
akan menyebabkan konkrit sukar untuk dimampat dan dipadukan.

Unit 5-4
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 5

Kuantiti penggunaan air adalah bergantung kepada jenis batu baur


yang digunakan dan kuantiti simen itu sendiri. Tetapi biasanya ialah
lebih sedikit atau separuh daripada jumlah berat simen.

Bagi kerja kecil, simen biasanya boleh dibeli dalam kampit 50 kg dan
dengan beg simen ini bolehlah dijadikan sebagai satu kadar bancuhan
seperti berikut:
i) simen 50 kg
ii) pasir 85 kg
iii) kelikir 160 kg
iv) air 28 kg

Bagi kerja yang besar, simen dibekalkan dalam kelompokan besar 1


meter padu dan ini bolehlah juga dijadikan sebagai satu kadar
bancuhan seperti berikut:
i) simen 360 kg
ii) pasir 600 kg
iii) kelikir 1150 kg
iv) air 200 kg

Bancuhan yang diterangkan di atas adalah dikenali sebagai bancuhan


diterangkan (prescribed mix) dan dari bancuhan ini kiub konkrit 150 mm
dibentuk dan dibiarkan selama 28 hari. Purata kekuatan dari keputusan
ujian kiub yang ada ialah 33 N/mm2 dan biasanya tidak ada yang
kurang daripada 25 N/mm2.

Jika ada yang mempunyai kekuatan yang kurang daripada 21 N/mm2,


ini menunjukkan ada sesuatu yang diluar dari prosedur penyediaan kiub
iaitu simen, batu baur dan kadar bancuhan atau mungkin pada
kaedah ujian mampatan.

Unit 5-5
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 6

Biasanya kiub 150 mm pada peringkat umur 28 hari mempunyai


kekuatan minima 25 N/mm2 dan dengan alasan ini kita menamakannya
sebagai konkrit gred 25 dan 25 N/mm2 adalah kekuatan ciri bagi konkrit
(fcu) tersebut.

Bancuhan rekabentuk adalah merupakan bancuhan yang memerlukan


data-data yang berkaitan dengan sejarah bahan-bahan yang
digunakan, penggunaan jentera pembancuh dan sistem penyeliaan.

Konkrit lain juga digredkan mengikut sistem yang sama iaitu gred 20, 30,
40 dan lain-lain lagi. Konkrit gred 20 biasanya digunakan untuk tiang /
balak untuk superstruktur yang besar saiznya. Konkrit gred 40 biasanya
digunakan di keadaan tertentu, terutama untuk mengelakkan saiz yang
terlalu besar bagi bangunan rendah atau bagi struktur tinggi.

Konkrit gred 25 adalah dari jenis yang biasa digunakan pada struktur
yang kerap didapati pada hari ini dan penggunaan simennya mestilah
ekonomi dan keputusan kiub yang dihasilkan mencapai matlamat
tanpa menimbulkan kesukaran.

Terdapat dua (2) faktor di mana konkrit patut dikenakan tetulang untuk
kegunaan praktikal selain dari kemampuannya terhadap kekuatan
mampatannya iaitu:

i) Pertambahan kekuatan
Pertambahan kekuatan konkrit berlaku mengikut pertambahan
umurnya iaitu ia bertambah dengan cepat di peringkat awal dan akan
berkurangan kemudiannya. Perubahan tipikal dalam kekuatan bagi
konkrit simen Portland yang dibenarkan dalam CP 110 ialah:

Unit 5-6
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 7

Jadual 5.1 Perubahan tipikal kekuatan Simen Portland dalam CP 110

Umur 7 hari 1 bulan 2 bulan 3 bulan 6 bulan 1 tahun


Kekuatan 16.5 25.0 27.5 29.0 30.0 31.0
N/mm2

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

ii) Ciri-ciri ketahanan (durability) konkrit


Struktur konkrit direkabentuk dan dikira untuk jangka masa panjang dan
memerlukan pemeliharaan yang sedikit. Sifat ketahanan konkrit
dipengaruhi oleh :
Keadaan pendedahannya.
Mutu konkrit
Tebal penutup (concrete cover)
Lebar permukaan keretakan

Pendedahan struktur akan mempengaruhi campuran simen yang


diperlukan; penggunaan bahan dan nisbah air-simen; tebal minima
penutup konkrit serta penggunaan jenis simen misalnya simen rintangan
sulfat.

Mengadakan penutup konkrit adalah untuk bertujuan menghalang ejen


pengaratan dari merosakkan tetulang, melindungi tetulang dari
mengalami kenaikan suhu yang cepat serta menghilangkan kekuatannya
semasa kebakaran.

iii) Kesimpulan
a) Pemilihan jenis konkrit dipengaruhi oleh kekuatan yang diperlukan.
b) Kekuatan konkrit diperolehi dengan mengukur kekuatan hancur contoh
kiub yang diawetkan. Pada kebiasaannya kekuatan untuk 7 atau 28
hari diukurkan.
c) Kekuatan konkrit diketahui melalui gred yang diberikannya.

Unit 5-7
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 8

5.3.2 Keluli / Bar Tetulang


Keluli bukanlah logam asli kerana keluli lembut biasanya mengandungi 90
% besi dan 10 % terdiri daripada setengah bahagian manganese, suku
bahagian karbon dan selebihnya ialah silikon, sulfur dan fosforus. Dari
bahan kandungan minor tadi, karbonlah yang terpenting.

a) Jenis Keluli
Keluli lembut tergelek panas biasanya mempunyai pemukaan yang licin.
Oleh itu keluli jenis ini senang dibengkokkan dan memerlukan jejari yang
kecil. Contohnya dawai keluli pengikat tiang atau balak kecil.

Keluli alah tinggi tergelek panas ialah keluli yang mempunyai bahan
kandungan karbon yang lebih dari keluli lembut biasa. Ianya dikilangkan
dengan permukaan kasar yang bertindih.

Keluli alah tinggi kerja sejuk mempunyai permukaan bertindih-tindih


berbentuk pintal empat segi, juga disebut sebagai deformed bar atau
bar dibentuk.

Bentuk piawai bar dan cara menjadualkan tetulang ditentukan dalam BS


446. Jenis tetulang (keluli) ditandakan dengan kod iaitu R bagi keluli
lembut dan Y bagi keluli tegasan tinggi.

Pengukuran bagi kekuatan berjenis-jenis keluli adalah sukar untuk


dinyatakan dalam bentuk mudah kerana timbulnya nilai-nilai kesesuaian
penggunaannya tetapi ia lebih dikenali sebagai:
i) Keluli lembut tergelek panas (Hot rolled mild steel) mempunyai
kekuatan 250 N/mm2 (fy)
ii) Keluli alah tinggi tergelek panas (Hot rolled high yield steel)
mempunyai kekuatan 410 N/mm2 (fy)
iii) Keluli alah tinggi kerja sejuk (Cold worked high yield steel)
mempunyai kekuatan 425 N/mm2 (fy)

Unit 5-8
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 9

b) Sifat tetulang / bar


Jadual 5.2 : Sifat tetulang (bar)
Bar Keluli Saiz nominal (mm) Kekuatan ciri
(fy) N/mm2
1. Hot rolled mild steel (BS 4449) Semua saiz 250
2. Hot rolled high yield steel (BS Semua saiz 410
4449 Sehingga dan termasuk 460
3. Cold worked high yield steel (BS 16 425
4461) Melebihi 16 485
Sehingga dan termasuk
4. Hard drawn steel wire 16
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Semua tetulang hendaklah bebas dan bersih dari karat, minyak, gris, cat
atau lapisan-lapisan keluli yang lain sebelum ia diletakkan dalam konkrit.
Tetulang yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan penentuan
piawaian British yang terbaharu untuk rekabentuk struktur. Tetulang tidak
boleh dipanaskan atau dibakar. Semua tetulang yang cacat seperti
bengkok, cengkok, retak dan lain, jika ianya perlu dibaiki hendaklah dibuat
di dalam keadaan sejuk.

5.3.3 Jarak Tetulang CP 110


a) Jarak minima antara bar keluli
Jarak tetulang di dalam ahli struktur adalah penting kerana sekiranya
terlalu dekat, sukar untuk kerja-kerja mampatan hendak dilakukan. Dari itu
kekuatan konkrit yang diperlukan tidak tercapai. Sekiranya terlalu jauh,
kemungkinan kegagalan ricih akan berlaku. Oleh itu kod praktik dalam CP
110 telah menyarankan perkara berikut:

i) Bar Individu
Jarak mengufuk mestilah tidak kurang daripada H agg = saiz maksima
batu baur.

Unit 5-9
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 10

ii) Bar berpasangan


Jarak mengufuk mestilah tidak kurang dari H agg + 5 mm. Jarak
pugak mestilah tidak kurang daripada 2/3 H agg. Jarak pugak
sekiranya bar berpasangan tersebut adalah sebelah menyebelah
mestilah tidak kurang daripada H agg + 5 mm.
iii) Sekumpulan Bar
Jarak mengufuk dan pugak mestilah tidak kurang daripada H agg +
15 mm.
Jadual 5.3 : Tebal nominal penutup konkrit (concrete covers)
Tebal nominal penutup konkrit
Fungsi penutup mengikut gred (mm)
Gred konkrit
20 25 30 40 50
dan ke atas
1. Melindungi daripada cuaca biasa 25 20 15 15 15

- 40 30 25 20
2. Melindungi daripada hujan, cairan
air batu dan konkrit terendam.

- 50 40 30 25
3. Melindungi daripada hujan lebat,
hujan dan panas silih berganti dan
punca pengaratan. - - - 60 50

4. Melindungi daripada air laut dan


- - 50 40 30
aliran air di bawah tekanan.

5. Melindungi daripada garam bagi


kegunaan cairan air batu.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-10
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 11

5.4 Perbandingan Konkrit dan Keluli

JADUAL 5.4 : Perbezaan Sifat-sifat (Ciri) Konkrit dan Tetulang

Sifat Konkrit Keluli


1. Kekuatan tegangan Lemah Baik
2. Kekuatan Baik Baik (keluli langsing akan membengkok
mampatan dan
Mengembur)
3. Kekuatan ricihan Sederhana Baik
4. Ketahanan lasak Baik Berkarat jika tidak dilindungi
5. Rintangan Baik Lemah (mengalami kehilangan
kebakaran kekuatan dengan cepat pada suhu
yang tinggi)

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.4.1 Kegunaan Tetulang untuk Zon Tegangan

Jika suatu balak disangga di atas dua sesangga pada kedua-dua


hujungnya dan dikenakan beban di atas bahagian tengahnya, maka akan
berlaku lenturan pada balak itu. Apabila lenturan terjadi, maka
permukaan bahagian atas balak akan memampat akibat dari tegasan
mampatan dan di bahagian bawahnya berkeadaan tegang dan
memanjang disebabkan oleh tegasan tegangan.

Tegasan maksima didapati berlaku pada lengkungan yang terbawah


sekali bagi permukaan bawah balak itu. Sekiranya balak itu terdiri tanpa
bertetulang, maka akan berlakulah keretakan pada bahagian bawah dan
kemungkinan akan terus patah. Akan tetapi sekiranya balak tersebut
dilengkapi dengan tetulang di bawahnya, balak tersebut tidak akan
mengalami apa-apa kegagalan.

Unit 5-11
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 12

Rajah 5.1 : Lenturan balak konkrit

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.4.2 Kegunaan Tetulang Untuk Zon Ricihan

Suatu balak boleh dibuat dengan keupayaan menahan kesan


lenturan iaitu dengan mengadakan saiz konkrit yang sesuai untuk
menahan kesan mampatan dan dengan pemasangan bar
tetulang keluli untuk mengatasi kesan tegangan. Tetapi balak
yang sama ini mungkin akan gagal disebabkan oleh satu
tindakan yang dikenali sebagai ricihan.

Jumlah tindakan daya luaran yang bertindak melintang pada


paksi akan memanjangkan balak dan daya ini dikenali sebagai
daya ricihan.

Kekuatan ricihan sesuatu balak pula diadakan di sebahagian


balak iaitu yang menghubungkan antara kawasan mampatan
konkrit dengan kawasan tegangan keluli.

Unit 5-12
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 13

Rajah 5.2 : Prinsip asas ricihan pada satu balak konkrit

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Salah satu cara untuk mengatasi tegangan sendeng pada balak


ialah dengan mengikatkan bar tetulang keluli dengan sudut
tepat dari arah retakan.

Bagaimanapun bar tetulang memanjang mesti diadakan pada


balak untuk memberi kekuatan menahan lenturan dan lebih
normal untuk menahan ricihan lebih-lebih lagi jika ianya
digabungkan dengan besi pengikat (rujuk Rajah 5. 3)

Satu cara lagi untuk mengatasi tegangan sendeng yang berlaku


pada balak ialah dengan mengadakan bar bengkokan 45o
bagi merintangi satah yang mana dijangkakan keretakan
berkembang, Cara ini adalah yang paling berkesan dan
kaedah yang terakhir bagi penyelesaian masalah ini.

Unit 5-13
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 14

Rajah 5.3 : Daya ricihan menahan hasil dari gabungan bar memanjang, bar
pengikat

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Rajah 5.4 : Bar Bengkokan, bar memanjang dan besi pengikat bagi gabungan
tetulang ricihan untuk balak berterusan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.4.2.1 Balak Julur

Balak julur ialah balak yang terikat pada satu hujung sahaja. Apabila
balak seumpama ini dibebankan, maka akan berlakulah tegangan di
bahagian atas balak dan mampatan berlaku di bahagian bawahnya.
(Rujuk Rajah 5.5 )

Unit 5-14
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 15

Rajah 5. 5 : Balak Julur

5.4.2.2 Balak Terikat


Balak terikat ialah balak yang terikat pada kedua-dua hujungnya.
Pada kebiasaannya tetulang disediakan pada zon mampatan dan
juga pada zon tegangannya.

Rajah 5.6 : Balak Terikat

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

A, C dan E mengalami tegasan tegangan.


B, D dan F mengalami tegasan mampatan.

5.4.2.3 Balak Selanjar


Apabila satu batang balak diletakkan di antara beberapa penatang,
pergerakan lenturan positif akan terbentuk di antara penatang. Begitu
juga dengan pergerakan lenturan negatif. Ini menunjukkan tegangan
dalam satu balak selanjar berterusan di atas penatang.
Oleh yang demikian tetulang dalam balak konkrit jenis ini hendaklah
ditempatkan di bahagian-bahagian yang diperlukan (Rujuk Rajah 5.7 ).

Unit 5-15
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 16

Rajah 5.7 : Balak Selanjar

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.5 Jenis-jenis Tetulang


Terdapat 2 jenis tetulang iaitu:
i) tetulang dalam bentuk bar. (Rujuk Gambar 5.2)
ii) tetulang dalam bentuk jejaring. (Rujuk Gambar 5.3)

Gambar 5.2 : Tetulang dalam bentuk bar (Bar Reinforcement)

Unit 5-16
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 17

5.5.1 Jenis bahan dan ciri-ciri tetulang keluli


5.5.1.1 Tetulang dalam bentuk bar
a) Bar Keluli Lembut
Dibuat dengan haba panas menurut BS 449 : 1974. Ianya dibentuk dalam
keadaan permukaan yang licin dan berpintal. Ia mempunyai kekuatan
tegasan 250N/mm. Pemanjangan yang dibenarkan ialah 22.0%.

b) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Berpintal


Ianya dibuat daripada pancalogam BS 4449 :1978. Ia adalah berbeza
daripada keluli lembut kerana permukaannya yang berpintal dan
kekuatan tegasan 460N/mm. Pemanjangan minima sekurang-kurangnya
12% kecuali tetulang yang lebih besar daripada 16mm dimana kekuatan
tegasannya ialah 425N/mm dengan pemanjangan 14%.

c) Bar Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk


Ianya merupakan keluli lembut yang dipintal menurut BS 4461 : 1978.
Kekuatan tegasan ialah 460N/mm dengan pemanjangan yang
dibenarkan 12%. Walaubagaimanapun, bagi tetulang yang besar,
kekuatan tegasannya ialah 425N/mm dengan pemanjangan yang
dibenarkan 14%.

Kesemua tetulang ini diperbuat dalam saiz metrik seperti berikut :


6,8,10,12,16,20,25,32 dan 40mm. Panjang keluli dibuat dalam bentuk
panjang piawai seperti 12 atau 5 meter.

5.5.1.2 Tetulang dalam bentuk jejaring.


Ianya adalah sejenis kawat yang dibuat dalam pelbagai saiz. Jejaring ini
biasanya mengandungi dawai-dawai halus dan dikimpal sebagai satu
jaring. Keutamaannya ia mesti senang digunakan dan jika perlu senang
untuk dibengkokkan terutamanya disudut-sudut tajam. Fungsi tetulang
jejaring ini adalah sebagai satu rangkai yang mudah untuk memberi
bentuk dan juga menyokong konkrit.

Unit 5-17
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 18

Tetulang jejaring ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu :


i. Tetulang jejaring dawai hexagonal.
Jejaring ini adalah yang mudah dikenali dan termurah sekali. Jejaring
ini juga dikenali sebagai chicken wire mesh dan dawai yang biasa
digunakan adalah bersaiz antara 10-25mm (diameter).

ii. Tetulang jejaring dawai terkimpal.


Dawai yang membentuk jejaring ini dibuat daripada keluli yang
berkekuatan kecil dan sederhana. Dawai ini lebih kuat dan teguh,
daripada dawai jenis hexagonal. Jejaring jenis ini boleh dibentukkan
kepada bentuk lengkuk struktur. Keburukan jejaring ini ialah
merupakan kelemahan sambungan dua dawai kerana kimpalan
sering tidak dibuat dengan baik pada masa membuat jejaring ini.

iii. Tetulang rangka.


Penggunaannya adalah untuk rangka struktur yang merupakan
lapisan-lapisan jejaring diikat. Tetulang rangka diletakkan dengan
jarak jauh sebanyak 30cm empat persegi. Saiz garispusat tetulang
4.20mm dan 6.25mm adalah yang paling biasa digunakan.

Gambar 5.3 : Tetulang Dalam Bentuk Jejaring

Unit 5-18
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 19

5.5.2 Penyimpanan Tetulang


Tetulang yang telah sampai di tapak bina perlulah diikatkan mengikut saiz
yang digunakan. Ianya disusun mengikut jenis, panjang dan saiz tetulang
tersebut. Jika tetulang tersebut berkarat, maka ianya hendaklah dibuang
dan diganti semula. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan jauh dari
kotoran minyak, karat, tanah dan bahan-bahan lain (Rujuk Gambar 5.4).

Gambar 5.4 : Penyimpanan Tetulang Di Tapak Bina

5.5.3 Pemasangan Tetulang di Tapak Bina

Tetulang dipasang mengikut lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk


sesuatu binaan tersebut. Adalah amat penting untuk memastikan adanya
penutup konkrit (concrete cover) bagi tetulang tersebut.

Oleh itu, setiap struktur hendaklah mengikut ketetapan jadual penutup


konkrit. Keluli ini diikat dengan besi pengikat gauge 16 atau 18. Besi
pengikat ini digunakan untuk tujuan menstabilkan dan memudahkan
peletakan rangkaian tetulang.

Unit 5-19
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 20

Di dalam CP 110, kita dapat ketahui kehendak-kehendak rekabentuk


tetulang di dalam bahagian struktur bangunan. Segala pembengkokan
hendaklah dibuat mengikut lukisan kejuruteraan dengan tolerans kerja
ialah 25% (Rujuk Rajah 5.8).

Rajah 5.8 : Kiraan Bagi Bengkokan Besi Tetulang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-20
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 21

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-21
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 22

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-22
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 23

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-23
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 24

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 5-24
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 25

AKTIVITI 5A

5.1 Nyatakan takrifan konkrit bertetulang?

5.2 Jadual di bawah menunjukkan perbezaan sifat-sifat konkrit dan


tetulang. Anda diminta mengisi di petak kosong dengan jawapan
baik atau lemah?

Sifat Konkrit Keluli


1. Kekuatan tegangan
2. Kekuatan
mampatan
3. Kekuatan ricihan
4. Ketahanan lasak
5. Rintangan
kebakaran

5.3 Berikan Takrif simbol bagi :

i. R = ________________________________________
ii. Y = ________________________________________

5.4 Padankan gambar jenis tetulang dibawah


GAMBAR JENIS TETULANG

tetulang dalam bentuk


jejaring

tetulang dalam bentuk


bar

Unit 5-25
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 26

MAKLUMBALAS 5A

5.1 Konkrit bertetulang ialah suatu pembentukan hasil gabungan dari sifat-
sifat yang berbeza pada konkrit dan keluli dimana gabungan ini dapat
menghasilkan satu kekuatan untuk menahan daya mampatan dan
tegangan.

5.2
Sifat Konkrit Keluli
1. Kekuatan Lemah Baik
tegangan
2. Kekuatan Baik Baik
mampatan
3. Kekuatan ricihan Sederhana Baik
4. Ketahanan lasak Baik Lemah
5. Rintangan Baik Lemah
kebakaran

5.3 R = keluli lembut


Y = keluli alah tinggi

5.4
GAMBAR JENIS TETULANG

tetulang dalam bentuk


jejaring

tetulang dalam bentuk


bar

Unit 5-26
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 27

INPUT

5.6 Pembinaan Konkrit Bertetulang

5.6.1 Kaedah Pembengkokan Bar Tetulang

kerja-kerja pembengkokan bar tetulang dijalankan setelah selesai kerja-


kerja pemotongan.
Ia menggunakan alat pembengkok tangan yang diletakkan di atas
meja.
Meja mestilah cukup panjang untuk meletakkan bar tetulang yang
panjang (Rujuk Gambar 5.5).
Sekiranya bar terlalu panjang dan banyak, maka dua alat pembengkok
digunakan.
Pembengkokan bar dilakukan dengan perlahan supaya tidak berlaku
retak rerambut.
Untuk bar yang bergarispusat besar, bar hendaklah dipanaskan terlebih
dahulu.
Untuk bar yang alah tinggi, tidak boleh dipanaskan sebelum
dibengkokkan.
Gambar 5.5 : Meja dan Mesin Bagi Kerja Membengkok Tetulang (Bar)

Unit 5-27
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 28

5.6.2 Kaedah Susunan, Jarakkan Ikatan Dan Pemasangan Keluli.

Selepas pemotongan bar, kerja-kerja mengikat bar dengan dawai halus.


Tujuannya supaya tidak berlaku pergerakan terutama apabila kerja-kerja
concreting dijalankan. Dawai pengikat yang digunakan adalah
bergarispusat 0.8 mm hingga 1.6 mm. Untuk mendapatkan jarak antara
acuan dan bar tetulang yang sesuai maka blok-blok kecil konkrit (spacer
block) digunakan (Rujuk Rajah 5.9).
Rajah 5.9 : Cara Mengikat Rajah 5.10 : Spacer Block

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.6.3 Kaedah Sambungan


Sambungan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
a) Sambungan lekap
b) Sambungan kimpal
c) Sambungan kimpal tertekan

Rajah. 5.11 : Sambungan Lekap, Kimpal dan Kimpal Tertekan


Sambungan Lekap Sambungan Kimpal Samb. Kimpal
Tertekan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 5-28
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 29

5.6.4 Sambungan Bagi Tiang


Sebaik-baik sambungan perlulah dibuat pada 1/3 ketinggian tiang dari
bawah

5.6.5 Sambungan Rasuk


Sambungan bagi rasuk perlu dibentuk jarak rasuk dari kedua-dua hujung.

5.6.6 Tambatan
Berlaku apabila menyambung dua bahagian binaan konkrit tetulang yang
mana bar disampaikan ke dalam bahagian yang lain. Contohnya ialah
antara tiang dan rasuk atau antara asas dengan tiang (Rujuk Rajah 5.12).

Rajah 5.12 : Tambatan Bagi Tiang Dan Asas

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

5.6.7 Susunan dan Jarak Tetulang

Tetulang hendaklah ditempatkan di titik-titik di mana adanya tegasan


maksimum seperti di bawah permukaan struktur. Ini adalah kerana
kemasukan tetulang boleh menyebabkan bar / tetulang berkarat dan ini
akan melemahkan ikatannya dengan konkrit. Jarak dari permukaan
konkrit ke tetulang dipanggih penutup (concrete cover) dan biasanya
berjarak 15 mm hingga 40 mm.

Unit 5-29
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 30

5.7.4 Pembinaan Kotak Bentuk (Formwork).

Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah papan, papan lapis, keluli,


getah polystyrene, sistem thermo dan lain-lain lagi.
Untuk kerja-kerja pembinaan yang besar, kotak bentuk merupakan
sebahagian daripada sistem kerja.
Sistem tupang peranca (scaffolding) digunakan untuk menyokong
kotak bentuk. Tujuannya adalah untuk menahan beban yang
dikenakan ke atasnya.
Peranca yang biasa digunakan ialah peranca keluli atau sangga keluli.

Gambar 5.6 : Kotak Bentuk Menggunakan Keluli

Sumber : Fundamentals of Building Construction, Materials & Methods (Edward Allen)

Unit 5-30
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 31

5.7.4 Kegunaan Kotak Bentuk (Formwork)

i. Untuk memasukkan konkrit basah sebelum dimampat supaya ia boleh


mencapai kekuatan yang diperlukan.
ii. Mendapatkan ahli struktur konkrit mengikut bentuk dan juga saiz yang
dikehendaki.
iii. Untuk memperolehi kemasan yang baik.

Rujuk Rajah 5.13 : Kotak Bentuk Bagi Tiang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Gambar 5.7 : Kotak Bentuk Bagi Rasuk (Beam)

Unit 5-31
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 32

5.7.4 Ciri-ciri kotak bentuk yang baik:


i. Kotak bentuk hendaklah kuat untuk menahan dari berlakunya
pesongan semasa penempatan konkrit basah dilakukan.
ii. Mesti kuat untuk menampung beban kerja (working load)
iii. Mestilah dibina dengan tepat tanpa melebihi had-had yang
ditetapkan.
iv. Semua sambungan hendaklah ketat untuk mengelakkan kehilangan
mortar dari konkrit basah.
v. Saiz panel dan unit hendaklah mudah untuk dikelolakan dan
rekabentuk hendaklah mengambilkira kaedah penegakan dan juga
pembukaan.

5.7.4 Tempoh Minima Bagi Pembukaan Kotak Bentuk (Pampan) Untuk Struktur
Tempoh pembukaannya kotak bentuk adalah bergantung kepada jenis
konkrit yang digunakan, cuaca,kaedah pengawetan dan lain-lain. Kotak
bentuk dibuka apabila ianya cukup kuat untuk menanggung beban berat
sendiri dan beban-beban yang akan dikenakan.
Jadual 5.5 : Tempoh Pembukaan Kotak Bentuk (Formwork)
Tempat Acuan Tempoh Bukaan
Lantai (floor) dengan kelebaran 3.3 meter 21 hari
Lantai (floor) yang melebihi 3.3 meter 28 hari
Balak Konkrit (Concrete Beam) 28 hari
Tiang (Column) 14 hari
Dinding (Wall) 7 hari
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Untuk menguji kefahaman anda, sila buat


aktiviti berikut. Jika anda tidak berpuashati
dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji
pada input yang anda rasa masih kabur.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!

Unit 5-32
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 33

AKTIVITI 5B

5.5 Untuk mendapatkan jarak antara acuan dan bar tetulang yang sesuai
maka ___________________ digunakan.

5.6 Namakan gambar jenis sambungan tetulang keluli dibawah

_________________________ ____________________ ___________________

5.7 Nyatakan 5 (LIMA) jenis bahan yang digunakan untuk membuat


kotakbentuk (formwork).
i. _________________________________
ii. _________________________________
iii. _________________________________
iv. _________________________________
v. _________________________________

5.8 Nyatakan 3 (TIGA) kegunaan kotakbentuk (formwork).


i. _________________________________
ii. _________________________________
iii. _________________________________

Unit 5-33
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 34

MAKLUMBALAS 5B

5.5 Untuk mendapatkan jarak antara acuan dan bar tetulang yang
sesuai maka blok konkrit (spacer block) digunakan.

5.6 Namakan gambar jenis sambungan tetulang keluli dibawah

Sambungan Lekap Sambungan Kimpal Samb. Kimpal


Tertekan

5.7 5 (LIMA) jenis bahan yang digunakan untuk membuat kotakbentuk


(formwork).
i. Papan
ii. Papan Lapis
iii. Keluli
iv. Getah Polystrene
v. Plastik Thermo

5.8 3 (TIGA) kegunaan kotakbentuk (formwork).


i. Untuk memasukkan konkrit basah sebelum dimampat..
ii. Mendapatkan struktur konkrit mengikut bentuk dan saiz yang
dikehendaki.
iii. Untuk memperolehi kemasan yang baik.

Unit 5-34
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 35

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Nyatakan Takrifan konkrit bertetulang mengikut pemahaman anda.

2) Jelaskan langkah-langkah di dalam kaedah pemotongan bar tetulang.

3) Nyatakan 3 (Tiga) jenis sambungan tetulang keluli.

4) Lakarkan ketiga-tiga jenis sambungan tetulang keluli yang anda ketahui.

5) Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tambatan.

6) Lakarkan contoh tambatan yang anda fahami.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

Unit 5-35
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 36

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1) Konkrit bertetulang ialah satu pembentukan hasil gabungan dari sifat-sifat


yang berbeza pada konkrit dan keluli serta ianya mampu menahan daya
mampatan dan daya tegangan.

2) Langkah-langkah pembengkokan tetulang :


i) dijalankan setelah selesai kerja-kerja pemotongan.
ii) menggunakan alat pembengkok tangan yang diletakkan di atas
meja.
iii) meja mesti cukup panjang untuk letakkan bar tetulang yang
panjang.
iv) dilakukan dengan perlahan supaya tidak berlaku retak rerambut.
v) untuk bar yang bergarispusat besar, bar hendaklah dipanaskan
terlebih dahulu.
vi) untuk bar yang alah tinggi, tidak boleh dipanaskan sebelum
dibengkokkan.

3) Tiga jenis sambungan iaitu :

i. Sambungan Lekap
ii. Sambungan Kimpa
iii. Sambungan Kimpal Tertekan

4)

Sambungan Lekap Sambungan Kimpal Samb. Kimpal Tertekan

Unit 5-36
KONKRIT BERTETULANG C 1004 / Unit5/ halaman 37

5) Tambatan ialah berlaku apabila menyambung dua bahagian binaan


konkrit bertetulang yang mana bar disampaikan ke dalam bahagian yang
lain. Contohnya di antara asas dengan tiang.

6)

Tiang

Asas

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 6.

Unit 5-37
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 1

UNIT 6 KONKRIT TEGAS DULU

OBJEKTIF AM

Unit

6
Memahami pengetahuan asas mengenai kaedah tegas
dulu dari segi takrif, prinsip-prinsip, kebaikan, kaedah
pembuatan, jenis-jenis tetulang tegas dulu serta
kegunaannya dalam kerja-kerja pembinaan.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit tegas dulu.

Menyenaraikan kebaikan konkrit tegas dulu.

Menerangkan kaedah proses penegasan dulu.

Menyenaraikan jenis-jenis bar/tendon yang


lazim digunakan.

Menyenaraikan pelbagai kegunaan konkrit


tegas dulu dalam kerja-kerja pembinaan.

Unit 6-1
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 2

INPUT

6.0 KONKRIT TEGAS DULU


6.1 Takrifan Konkrit Tegas Dulu

Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan


tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang
berlaku pada zon tegangan dapat diatasi.

Tujuannya adalah untuk menghadkan kawasan tegasan tegangan


struktur di mana retakan / rekahan akan berlaku pada konkrit apabila
beban dikenakan ke atasnya.

Proses tegas dulu dalam konkrit bertetulang dibuat dengan menarik


atau menegangkan dawai-dawai keluli dan tetulang secukupnya.

Apabila dawai atau tetulang ini dilepaskan dari mesin penarik


atau penegang, ia akan menarik sama rata konkrit-konkrit yang terdapat
disekelilingnya dalam usaha untuk kembali ke ukuran atau saiz asalnya.
(Rujuk Rajah 6.1)

Rajah 6.1 Prinsip Teori Tegas dulu

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 6-2
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 3

Ciri-ciri rekabentuk konkrit tegas dulu mengambilkira iaitu:


a) Retakan / rekahan
b) Pindahan tegasan
c) Lenturan
d) Pesongan
e) Ricihan

Contoh mudah harian terhadap prinsip asas teori tegas dulu ialah kerja
yang dilakukan oleh seseorang ketika mengangkat beberapa biji bata.
Salah satu daripada cara mengangkat ialah dengan menyusun bata itu
melintang dan mengenakan tekanan yang seimbang dikedua-dua
hujungnya (Rujuk Rajah 6.2).

Rajah 6.2 : Prinsip Asas Teori Tegas dulu

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Dalam konkrit tegas dulu, tegasan mampatan dulu boleh direkabentuk


untuk menahan tegasan tegangan sendeng (ricihan).

Unit 6-3
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 4

Di bawah beban kenaan unit tegas dulu akan melentur dan


mengurangkan mampatan bina dalam. Tetapi apabila beban diedarkan,
mampatan akan kembali semula dan unit akan kembali ke bentuk asalnya.
Anda boleh merujuk Rajah 6.3 (a) dan (b) untuk lebih penjelasan dalam
membantu memahami konsep teori ini.

Rajah 6.3 : Konsep Teori Tegas Dulu

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Apabila beban dikenakan dan tegasan tegangan terbentuk dalam


tetulang keluli, retakan/rekahan juga terbentuk pada konkrit disekeliling
tetulang.

Ini adalah kerana daya terikan tegangan konkrit adalah rendah. Oleh itu
konkrit tegas dulu direkabentuk untuk mengatasi kelemahan ini yang
berlaku kepada konkrit tetulang (Rujuk Rajah 6.4).
Rajah 6.4 : Retakan/rekahan pada konkrit tetulang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 6-4
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 5

Tegasan tegangan dalam konkrit dapat diatasi dengan :


a) Penggunaan tetulang dalam konkrit bertetulang.
b) Penggunaan system teori penegasan dulu.

Konkrit tegas dulu digunakan untuk struktur siap tuang iaitu struktur
yang menanggung beban yang tinggi seperti jambatan.

6.2 Prinsip-prinsip Asas Konkrit Tegas Dulu

Prinsip yang digunakan ialah dengan memberikan daya mampatan


terhadap konkrit.

Oleh itu tegasan mampatan akan terdapat dalam konkrit.

Tujuannya ialah untuk mengimbangi tegasan tegangan yang terlibat


apabila beban dikenakan.

Kabel / Besi tetulang akan di tarik dan ditegangkan serta ditambatkan


secara kekal di hujung konkrit dan ini akan berlakunya daya
tegangan.

Daya tegangan ini kemudiannya dilepaskan agar kabel tadi akan


cuba kembali ke panjang asal.

Proses ini akan menerbitkan / berlakunya daya mampatan (yang


berlainan arah) di dalam konkrit.

Konkrit yang telah dimampatkan tadi tidak lagi dianggap sebagai


beban mati tetapi bertindak seperti mempunyai kekuatan tegangan
yang tinggi untuk mengelakkan retakan.

Konkrit adalah kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan.

Unit 6-5
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 6

6.3 Kebaikan Konkrit Tegas Dulu

Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh


konkrit bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu.

Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang.

Ahli konkrit tegas dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang


kerosakan dapat diperbaiki.

Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar.


Contoh : Jambatan dan Fly- over.

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut....
Jika anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur......

Unit 6-6
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 7

AKTIVITI 6A

6.1 Nyatakan takrifan konkrit tegas dulu.

6.2 Terangkan tujuan utama kaedah tegas dulu ini digunakan.

6.3 Nyatakan 4 (Empat) kebaikan konkrit tegas dulu.

6.4 Nyatakan 5 (Lima) ciri-ciri rekabentuk konkrit tegas dulu

Unit 6-7
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 8

MAKLUMBALAS 6A

6.1 Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan


tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang
berlaku pada zon tegangan dapat diatasi.

6.2 Tujuannya adalah untuk menghadkan kawasan tegasan tegangan struktur


di mana retakan / rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban
dikenakan ke atasnya.

6.3 Kebaikan Konkrit Tegas Dulu

i. Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh konkrit
bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu.

ii. Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang.

iii. Ahli konkrit tegas dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang
kerosakan dapat diperbaiki.

iv. Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar.

6.4 Ciri-ciri rekabentuk konkrit tegas dulu mengambilkira iaitu:


f) Retakan / rekahan
g) Pindahan tegasan
h) Lenturan
i) Pesongan
j) Ricihan

Unit 6-8
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 9

INPUT

6.4 KAEDAH-KAEDAH PROSES PENEGASAN

Terdapat dua kaedah iaitu :

a) Kaedah Tegang Dulu (Pre-Tensioning) (Rujuk Rajah 6.5)


b) Kaedah Tegang Kemudian (Post-Tensioning) (Rujuk Rajah 6.6)

a) Kaedah Tegang Dulu


i) Acuan dipasang mengelilingi tendon (contoh : kabel keluli)
ii) Konkrit diisi dan dibiarkan mengeras serta diawetkan.
iii) Apabila konkrit telah mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon
tadi dilepaskan dari tambatan dan hydraul jack.
iv) Oleh kerana konkrit telah mencengkam pada tendon, maka
tendon tadi tidak akan bergerak dan kekal kepada panjang asal.
v) Tendon dipotong rata pada permukaan konkrit di kedua-dua
hujung dan dicat dengan cat pencegah karat.

Rajah 6.5 : Konkrit Tegas Dulu

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 6-9
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 10

Rajah 6.6 : Contoh kaedah tegang dulu bagi produksi talian panjang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Anda boleh melihat melalui Rajah 6.6 dan Rajah 6.7 untuk melihat dengan
lebih jelas lagi kaedah tegang dulu ini dilakukan.

Rajah 6.7 : Alat Pemegang Untuk Tegas Dulu

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 6-10
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 11

c) Kaedah Tegang Kemudian


i) Tendon dimasukkan ke dalam satu salur / logam yang boleh melentur
di mana satu hujungnya akan diikat pada bucu hydraul jack.
ii) Acuan disediakan pada bentuk yang diperlukan.
iii) Konkrit diisi ke dalam acuan yang mengandungi tendon dalam salur
logam tadi dan dibiarkan mengeras sehingga kekuatan yang
diperlukan tercapai.
iv) Setelah konkrit mencapai kekuatannya, kotak acuan dibuka dan
tendon ditarik serta ditegangkan dengan menggunakan bucu
hydraulik dan diikat pada tambatan.
v) Tambatan dilengkapkan dengan plat.
vi) Apabila tendon mengecut, ia akan menarik plat (di kedua-dua
hujung) masuk ke dalam & seterusnya menghasilkan tegasan
mampatan dalam konkrit.

Rajah 6.8 : Konkrit Tegas Kemudian

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 6-11
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 12

Di dalam (Rajah 6.9) ini anda boleh melihat alat tambatan sistem dividag

Rajah 6.9 : Alat Tambatan Sistem Dividag

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

6.6 Ciri-ciri tetulang/tendon yang digunakan

Tetulang keluli terdiri daripada keluli yang mempunyai tegasan


yang tinggi 100-140 tan/in dan dengan tegasan tegangan yang
dibenarkan 60 tan/in.

Keluli yang digunakan biasanya selapis, dua lapis atau tiga lapis
dan seterusnya sehingga setebal 4mm dalam garispusat.

Jenis-jenis dawai tetulang biasanya dikenali sebagai :


a) Kabel : Sekumpulan tendon.

Unit 6-12
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 13

b) Tendon : Dawai-dawai, bar atau lembar yang dibentuk dalam


keadaan sejuk dikenali sebagai hard drawn wires.
c) Bar : Tetulang dengan keratan padu.
d) Lembar heliks : Sekumpulan dawai yang dipintal atau
dipusingkan dalam bentuk heliks.

Untuk melihat dengan lebih jelas lagi, anda boleh merujuk


(Rajah 6.10)

Rajah 6.10 : Jenis-jenis Dawai Tetulang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

6.6 Ciri-ciri Konkrit yang digunakan

Konkrit hendaklah terdiri daripada konkrit kualiti kelas satu.

Segala proses pembuatan atau bancuhannya diteliti dan diawasi


dengan baik dan sempurna mengikut penentuan yang
ditetapkan.

Unit 6-13
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 14

Simen yang digunakan adalah terdiri daripada simen mengeras


cepat supaya bancuhan yang telah dibuat cepat keras dan
kering dengan lebih awal.

Dengan ini ahli struktur dapat digunakan dengan lebih awal lagi.
Setiap ahli struktur biasanya diwapkan supaya cepat mengeras.

Nisbah bancuhan bahan ialah 1:1:3.

Nisbah air-simen yang digunakan ialah 0.45.

Proses pemadatan dibuat dengan mesin penggetar.

Kekuatan mampatan yang mesti dicapai hasil daripada ujian kiub


ialah lebih daripada 43 N/mm pada umur 28 hari. Kekuatan
mampatan minima yang mesti tercapai ialah 28.5 N/mm.

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut....

Jika anda tidak berpuashati dengan


jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur.....

Unit 6-14
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 15

AKTIVITI 6B

6.1 Nyatakan 2 (Dua) kaedah proses penegasan

6.2 Padankan gambar dengan kaedah proses penegasan seperti di


bawah :
Kaedah Proses Penegasan Gambar

KAEDAH TEGAS DULU

KAEDAH TEGAS KEMUDIAN

6.3 Nyatakan 4 (Empat) jenis dawai tetulang yang digunakan dalam


kaedah ini.

6.4 Terangkan 5 (Lima) ciri-ciri konkrit yang akan digunakan bagi


kaedah penegasan ini.

Unit 6-15
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 16

MAKLUMBALAS 6B

6.6 2 (Dua) kaedah proses penegasan :

i. Kaedah Tegang Dulu (Pre-Tensioning)


ii. Kaedah Tegang Kemudian (Post-Tensioning)

6.7 Padanan kaedah penegasan ialah :

Kaedah Proses Penegasan Gambar

KAEDAH TEGAS DULU

KAEDAH TEGAS KEMUDIAN

Unit 6-16
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 17

6.8 4 (Empat) jenis dawai tetulang yang biasa digunakan ialah :


a) Kabel : Sekumpulan tendon.
b) Tendon : Dawai-dawai, bar atau lembar yang dibentuk dalam
keadaan sejuk dikenali sebagai hard drawn wires.
c) Bar : Tetulang dengan keratan padu.
d) Lembar heliks : Sekumpulan dawai yang dipintal atau
dipusingkan dalam bentuk heliks.

6.9 5 (Lima) ciri-ciri konkrit yang digunakan bagi kaedah penegasan


ialah :

i. Konkrit hendaklah terdiri daripada konkrit kualiti kelas


satu.

ii. Segala proses pembuatan atau bancuhannya diteliti


dan diawasi dengan baik dan sempurna mengikut
penentuan yang ditetapkan.

iii. Simen yang digunakan adalah terdiri daripada simen


mengeras cepat supaya bancuhan yang telah dibuat
cepat keras dan kering dengan lebih awal.

iv. Dengan ini ahli struktur dapat digunakan dengan lebih


awal lagi. Setiap ahli struktur biasanya diwapkan supaya
cepat mengeras.

v. Nisbah bancuhan bahan ialah 1:1:3.

Unit 6-17
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 18

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAP


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit tegas dulu.

2) Terangkan 2 (Dua) kaedah di dalam pembinaan konkrit tegas dulu iaitu


Kaedah Tegang Dulu dan Kaedah Tegang Kemudian.

3) Nyatakan jenis-jenis keluli/tendon yang digunakan dalam konkrit tegas


dulu.

4) Lakarkan gambarajah Kaedah Tegang Dulu dan Kaedah Tegang


Kemudian.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

Unit 6-18
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 19

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1) Konkrit tegas dulu adalah konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih


dahulu supaya tegasan tegangan di mana timbulnya rerambut akibat
daripada rekahan yang berlaku pada zon tegangan akan dapat diatasi.

2) 2 kaedah tersebut iaitu :

a) Kaedah Tegang Dulu

i) Acuan dipasang mengeliling tendon.

ii) Konkrit diisi & dibiarkan mengeras serta diawetkan.

iii) Apabila konkrit telah mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon tadi
dilepaskan dari tambatan hidraulik jack.

iv) Oleh kerana konkrit telah mencengkam pada tendon, maka tendon tadi
tidak akan bergerak dan kekal kepada panjang asal.

v) Tendon dipotong rata pada permukaan konkrit di kedua-dua hujung


dan dicat dengan cat pencegah karat.

Unit 6-19
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 20

b) Kaedah Tegang Kemudian

i) Tendon dimasukkan ke dalam satu salur / logam yang boleh melentur di


mana satu hujungnya akan diikat pada bucu hidraulik jack.

ii) Acuan disediakan pada bentuk yang diperlukan.

iii) Konkrit diisi ke dalam acuan yang mengandungi tendon dalam salur
logam tadi dan dibiarkan mengeras sehingga kekuatan yang diperlukan
tercapai.

iv) Setelah konkrit mencapai kekuatannya, kotak acuan dibuka dan


tendon ditarik serta ditegangkan dengan menggunakan bucu hidraulik
dan diikat pada tambatan.

v) Tambatan dilengkapkan dengan plat.

vi) Apabila tendon mengecut, ia akan menarik plat di kedua-dua hujung


masuk ke dalam dan seterusnya menghasilkan tegasan mampatan
dalam konkrit.

3) Jenis-jenis keluli yang digunakan dalam konkrit tegas dulu ialah :

i) Keluli / tendon yang mengandungi dawai tegangan tinggi tertarik sejuk


(cold drawn high tensile wire)

ii) Lembar berpintal yang mengandungi dawai tegangan tinggi tertarik


sejuk.

iii) Bar keluli aloi tegangan tinggi jenis kerja sejuk.

Unit 6-20
KONKRIT TEGAS DULU C1004 / Unit 6 / halaman 21

4) Lakaran kaedah tegas dulu dan kaedah tegas kemudian :

a) Kaedah Tegas Dulu

b) Kaedah Tegas Kemudian

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 7.

Unit 6-21
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 1

UNIT 7 KONKRIT SIAP TUANG DAN


TEKNOLOGI PASANG SIAP

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit siap

Unit
tuang dan teknologi pasang siap dari segi kaedah

7
pembuatan, pengangkutan, pemasangan di tapak dan

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit siap tuang.

Menerangkan kaedah pembuatan,


pengangkutan dan pemasangan konkrit siap
tuang.

Menerangkan dua unit siap tuang.

Menerangkan masalah-masalah yang timbul


dalam pemasangan pasang siap.

Menyatakan kebaikan dan keburukan teknologi


pasang siap.

Unit 7-1
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 2

INPUT

7.0 KONKRIT SIAP TUANG

7.1 Takrifan Konkrit Siap Tuang


Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke
tapak bina untuk terus dipasang.

Biasanya bahagian konkrit siap tuang di bawa ke tapak bina pada


peringkat-peringkat yang tertentu dan ia dibina dengan cepat tanpa
pemasangan acuan, keluli tetulang, pembancuhan dan pengangkutan
konkrit ke tapak bina. Kerja-kerja siap tuang dijalankan biasanya di
tempat-tempat yang bekalan bahan dan tenaga mahir mudah didapati.

7.2 Jenis-jenis Unit Siap Tuang

7.1.1 Unit Kemudahan

Unit siap tuang biasanya digunakan untuk membuat dinding pembahagi


dan pelapisan (cladding). Ianya digunakan kerana ia ringan dan mudah
diangkat. Untuk pembinaan pelapisan, ketinggiannya adalah dari lantai
ke lantai dan dipasang secara terperinci dan berulangan.

Pemasangan unit kemudahan ini disokong pada satu aras untuk


memberikan satu gerakan terutamanya disebabkan oleh suhu dan
pengecutan serta gerakan oleh struktur tersebut. Gerakan struktur
dihasilkan oleh beban pada lantai dan pengenapan tapak asas.

Unit 7-2
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 3

7.1.2 Unit Struktur

Ianya terdiri daripada dinding alas beban, tiang rasuk, lantai dan tangga.
Pada keseluruhannya unit-unit struktur dibina untuk memenuhi kehendak
spesifikasi bangunan.

Struktur siap tuang direka dengan mengambilkira sambungan yang


kurang tegar antara struktur yang dibina dengan konkrit tuang di situ.
Setiap unit hendaklah direka sebagai tidak berterusan dan disambung
pada hujungnya. Bagi bangunan yang tinggi, ketegaran dapat dicapai
dengan ruang tengah yang mengandungi lift, tangga kecemasan,
tandas dan perkhidmatan bangunan.

Rajah 7.1 : Penyambungan tiang dan lantai bagi unit struktur


konkrit siap tuang

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-3
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 4

7.3 Kaedah Pembuatan

Kaedah papak angkat merupakan salah satu sistem pembinaan yang


semakin popular. Kegunaannya merangkumi pembinaan bangunan-
bangunan pejabat, hotel, tempat letak kenderaan dan struktur-struktur
yang bentuk kerangkanya adalah serupa antara satu tingkat dengan
tingkat-tingkat yang lain.

Melalui kaedah sistem papak angkat ini, keseluruhan papak lantai dan
bumbung dibina dari aras tanah secara lapisan demi lapisan. Acuan
hanya dipasang pada bahagian tepi papak dan pada pembukaan
lantai yang akan memuatkan struktur tiang.

Sebelum kerja-kerja pengkonkritan dilakukan, tetulang-tetulang keluli


direntangkan pada seluruh bahagian papak mengikut kekuatan reka
bentuk yang diperlukan. Relang khas dipasangkan pada bahagian-
bahagian papak yang menempatkan pembukaan dengan tujuan
untuk menyediakan kemudahan kerja, semasa mengangkat papak-
papak dari aras tanah ke aras yang diperlukan.

7.4 Kaedah Pengangkutan Unit Siap Tuang

8.3.1 Pengangkutan Jalan Raya


8.3.2 Pengangkutan Keretapi
8.3.3 Sistem Pengangkutan Air

7.3.1 Pengangkutan Jalan Raya

Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti low
loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan
penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini

Unit 7-4
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 5

tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja


pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.
Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan
berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala
kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam
perjalanan.

7.3.2. Pengangkutan Keretapi

Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak


penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap
tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi
lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan
perancangan yang teliti.

Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut ditetapkan,


maka jentera pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga
pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit
kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.

7.3.3 Sistem Pengangkutan Air

Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air.


Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk
mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik
supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan
dijalankan.

Unit 7-5
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 6

7.4 Kaedah-kaedah Pemasangan di Tapak

Pemasangan struktur siap tuang memerlukan tenaga mahir yang mampu


untuk memasang pada rekabentuk yang ada. Pemasangan yang
terdapat pada struktur dikehendaki dalam masa yang singkat dan
keadaan yang selamat.

Semasa pemasangan, semua ahli binaan perlu berada di tapak binaan


sama ada pereka bentuk, pembuat dan pembina untuk menentukan
kerja-kerja pemasangan dapat berjalan dengan lancar.

Lakaran tapak, lukisan awalan dan lukisan terperinci pada pemasangan


perlu ada pada tapak. Pemilihan jentera dan peralatan diambilkira ketika
pemasangan dilakukan.

Penggunaan jentera hidraulik dan pembinaan kren perlu dilakukan


secara teliti supaya ia mesti mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Cara
pembinaan yang dilakukan ialah dengan menentukan segala ahli struktur
dan unit kemudahan tidak terdedah kepada beban angin, beban
tekanan dan juga beban gerak yang ada.

Sistem cegahan / tahan air hendaklah direka dan dipasang dengan


trolak keselamatan. Gasket digunakan untuk mengadakan penahanan
bahan terhadp sambungan tersebut.

Unit 7-6
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 7

Gambar 7.1 : Kerja-kerja Pembuatan Konkrit Siap Tuang dan Teknologi Pasang Siap

Sebelum Peletakan Konkrit

Selepas Peletakan Konkrit

Kaedah Penyimpanan Panel

1. Column Erection 2 . Grouting in sleeve joint 3. Erection of beam

4. Setting Pca slab 5. Placing joint structure 6. Completion of structure

Unit 7-7
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 8

7.5 Kaedah Teknologi Pasang Siap

Teknologi pasang siap ialah satu sistem pembinaan yang melibatkan


pembentukan komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang
pembuat dan di bawa ke tapak untuk dipasangkan bagi membentuk
sebuah struktur lengkap. Komponen-komponen struktur biasanya siap
dibina di kilang-kilang kebiasaannya terdiri daripada dinding, lantai,
pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

Ciri-ciri Utama Teknologi Pasang Siap

a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana


sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap dibina
di kilang-kilang pembuat. Oleh itu kerja dapat disiapkan dengan
lebih cepat.

b) Sistem pasang siap dapat memberikan berbagai-bagai pilihan


terhadap kaedah pembinaan. Tujuan rekabentuk ialah untuk
mengurangkan penggunaan acuan dan peranca dalam
pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan
untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

c) Untuk pembinaan dinding sel, sistem ini dapat memberikan


berbagai-bagai jenis papak / lantai yang mempunyai kualiti yang
tinggi lagi homogen. Dua sistem dinding panel yang lazim
digunakan ialah sistem panel satu arah yang mempunyai rentang
yang panjang dan sistem panel dua arah yang berbentuk segi
empat sama dan ini dapat mewujudkan kestabilan ortogon.

d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan


bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit pratuang
yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel pelapisan.

Unit 7-8
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 9

e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan


diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat
daripada agregat halus.
Rajah 7.2 : Pemasangan dinding panel di bangunan bertingkat

Rajah 7.3 : Dinding panel dua arah yang sedang disangga.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-9
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 10

f) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan


diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang
diperbuat daripada agregat halus. Rajah di bawah menunjukkan
contoh sistem pasang siap yang menggunakan tiang dan rasuk
pratuang manakala di bahagian lantainya pula dipasang dengan
lantai konkrit pratuang.

Rajah 7.4 : Sistem kerangka menggunakan tiang, rasuk dan lantai pratuang
dan sambungan antara tiang dan rasuk bumi

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-10
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 11

g) Sistem kekotak lebih berbentuk sebuah unit yang lengkap. Ia


dibentuk daripada panel rasuk yang dibuat di kilang ataupun
daripada unit-unit kompleks yang sudah dilengkapi dengan
berbabgai-bagai pemasangan seperti saluran paip, pendawaian
elektrik dan sebagainya.

Rajah 7.5 : Sistem kekotak yang lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-11
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 12

h) Di dalam sistem pasang siap ini, masalah penyambungan


merupakan kelemahan utama.

Di antaranya ialah:
i) Sebarang jenis sambungan mestilah mengambilkira
keperluan rekabentuk seperti daya ricih, momen lentur,
pengembangan dan kekecutan bahan, daya angkat naik
dan kestabilan sisi struktur binaan.

ii) Sistem ini memerlukan berbagai-bagai kemudahan jentera


pengangkut seperti kren bergerak, kren gantri atau kren
menara dan sistem perancangan serta pengawalan kerja
yang baik untuk memastikan kerja -kerja berjalan dengan
lancar.

iii) Untuk memudahkan pembinaan setiap komponen dalam


satu unit, disertakan nombor-nombor supaya pemasangan
komponen-komponen ini dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah.

Unit 7-12
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 13

Rajah 7.6: Contoh susunan kekotak dalam pembinaan

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Unit 7-13
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 14

7.6 Kebaikan Teknologi Pasang Siap

a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit


dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat
di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat dan
seragam.

b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos


perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat
dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.

c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua


keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.

d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang


mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga
buruh mudah didapati dengan memberikan latihan dalam masa
yang singkat.

7.7 Keburukan Teknologi Pasang Siap

a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk


di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk
dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep utama.

b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan


yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan
mudah.

c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk


menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada
tempat yang sebenarnya.

Unit 7-14
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 15

d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah


yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca,
pengaratan dan cara pembinaannya.

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut....
Jika anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur......

Unit 7-15
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 16

AKTIVITI 7A

7.1 Nyatakan takrifan konkrit siap tuang.

7.2 Terdapat tiga kaedah pengangkutan di dalam unit siap tuang.


Terangkan TIGA kaedah tersebut.

7.3 Berikan LIMA ciri-ciri utama pasang siap.

7.4 Senaraikan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.

Unit 7-16
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 17

MAKLUMBALAS 7A

7.1 Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke
tapak bina untuk terus dipasang.

7.2 TIGA kaedah pengangkutan tersebut ialah:

a) Pengangkutan Jalan Raya


b) Pengangkutan Keretapi
c) Sistem Pengangkutan Air

a) Pengangkutan Jalan Raya

Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti low
loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan
penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini
tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja
pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.
Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan
berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala
kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam
perjalanan.

Unit 7-17
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 18

b. Pengangkutan Keretapi

Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak


penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap
tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi
lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan
perancangan yang teliti. Apabila jangka masa penghantaran unit
struktur tersebut ditetapkan, maka jentera pengangkutan disediakan
lengkap dengan tenaga pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini
sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.

c. Sistem Pengangkutan Air

Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan air.


Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk
mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik
supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan
dijalankan.

7.3 Ciri-ciri utama pasang siap ialah:

a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana


sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap dibina
di kilang-kilang pembuat.

b) Tujuan rekabentuk sistem ini ialah untuk mengurangkan


penggunaan acuan dan peranca dalam pembinaan rasuk
jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan untuk merentangi
sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.

Unit 7-18
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 19

c) Dua sistem dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem panel
satu arah yang mempunyai rentang yang panjang dan sistem
panel dua arah yang berbentuk segi empat sama dan ini dapat
mewujudkan kestabilan ortogon.

d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang digunakan


bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit pratuang
yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel pelapisan.

e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan


diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat
daripada agregat halus.

7.4 Kebaikan teknologi pasang siap ialah:

a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit


dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat
di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat dan
seragam.

b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos


perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat
dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.

c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua


keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.

d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang


mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan tenaga
buruh mudah didapati dengan memberikan latihan dalam masa
yang singkat.

Unit 7-19
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 20

7.5 Keburukan Teknologi Pasang Siap.

a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep rekabentuk


di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan rekabentuk
dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep utama.

b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan


yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan
mudah.

c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk


menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada
tempat yang sebenarnya.

d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah


yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca,
pengaratan dan cara pembinaannya.

Unit 7-20
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 21

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit siap tuang.

2) Nyatakan DUA jenis unit siap tuang.

3) Terangkan dengan jelas kaedah pengangkutan jalan raya yang


digunakan di dalam unit siap tuang.

4) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

Unit 7-21
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 22

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1) Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa ke
tapak bina untuk terus dipasang.

2) DUA jenis unit siap tuang iaitu:

i) Unit kemudahan
ii) Unit struktur

3) Biasanya unit siap tuang di dalam kaedah pengangkutan jalan raya


diangkut dengan menggunakan kenderaan khas kenderaan khas seperti
low loader, treler, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan
penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini
tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-kerja
pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah sendeng.
Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan tegangan
berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala
kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam
perjalanan.

Unit 7-22
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 23

4) Yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap ialah merupakan satu


sistem pembinaan yang melibatkan pembentukan komponen-komponen
struktur tertentu di kilang-kilang pembuat dan di bawa ke tapak untuk
dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap. Komponen-
komponen struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang yang terdiri
daripada dinding, lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain
lagi.

Anda sudah
berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!

Kalau sudah mari kita ke


Unit 8.

Unit 7-23
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 1

UNIT 8 KONKRIT RINGAN

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit ringan,


ciri-ciri, jenis dan kaedah penyediaan serta kegunaan
konkrit ringan di dalam kerja-kerja pembinaan.

Unit

8
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan konkrit ringan.

Membandingkan konkrit ringan dan konkrit padu.

Menghuraikan kaedah penyediaan konkrit


berliang, konkrit tanpa halus dan konkrit batu
baur ringan.

Menamakan jenis batu baur ringan.

Mengenalpasti kegunaan blok-blok ringan untuk


jenis-jenis dinding tanpa beban.

Menyatakan kelebihan menggunakan konkrit


ringan dalam kerja binaan.

Unit 8-1
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 2

INPUT

8.0 KONKRIT RINGAN

8.1 Takrifan Konkrit Ringan


Konkrit ringan adalah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu
baur ringan ini boleh terdiri daripada batu baur ringan yang digunakan
dalam konkrit biasa iaitu batu baur kasar dan pasir, tanah Liat (expand
clay), sanga berbusa (foamed slag ),batu hangus (clinker), batu hancur
(crushed stones) ,batu baur organik dan bukan organik.

8.2 Perbezaan Di antara Konkrit Ringan dan Konkrit Padu

Konkrit ringan : 15 hingga 17.5 kN/m3


Konkrit padu : 21 hingga 23 kN/m3

8.3 Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan


8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang
8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)
8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

8.3.1 Penyediaan Konkrit Berliang

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung


gas atau udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan
pasir halus).

Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh diambilkira


sebagai mortar berliang.

Unit 8-2
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 3

Ciri-ciri Konkrit Berliang

a) Penebatan haba yang tinggi


b) Gerakan lembapan yang tinggi
c) Pengecutan yang tinggi.

Jenis-jenis Konkrit Berliang

a) Jenis tuang di situ


b) Jenis tuang dahulu

8.3.2 Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak
digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu
baur kasar. Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur
tanggung beban dan bukan tanggung beban.

Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak


kurang dari 15 N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi
syarat-syarat berikut:

a) Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18 mm.


b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS
10 mm.
c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm.

Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan


kandungan simen yang digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak
digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi sekiranya digunakan, lapisan
simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm.

Unit 8-3
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 4

Jadual 8.1 : Menunjukkan hubungan nisbah bancuhan


dan kekuatan mampatan
Nisbah batu baur/ simen Nisbah air simen Kekuatan mampatan 28
berdasarkan isipadu berdasarkan berat hari (N/mm2)

1:6 0.38 14
1:7 0.40 12
1:8 0.41 10
1 : 10 0.45 7

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

8.3.3 Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

Konkrit ini selalunya digunakan pada :


a) Blok konkrit tuang dulu
b) Bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah:

a) mempunyai kekuatan yang mencukupi


b) mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan yang
baik)
c) mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk mengelakkan
berlakunya keretakan.

Faktor-faktor di atas bergantung kepada :


a) Jenis batu baur yang digunakan.
b) Kadar bancuhannya.
c) Kadar kepadatannya.
d) Cara dan teknik pengawetannya.

Unit 8-4
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 5

Jadual 8.2 : Jenis-jenis konkrit ringan dari pelbagai bahan

Ketumpatan
Bahan
(kN/m3)
1. Batu hangus 11.5 - 16
2. Sanga berbusa 10 - 12
3. Tanah liat 7 - 11.5
4. Abu bahanapi hancur tersinter 11.5
5. Pumice 7 - 11.5
6. Vermiculite 5.5 - 7.5
7. Pearlit 4.5 - 7.5
8. Konkrit ringan:
Konkrit kasar (non fines) 14 - 17
Konkrit berliang 3-9
Konkrit padu 22 - 23
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

Jadual 8.3 : Jenis-jenis Konkrit Ringan


Konkrit Kasar Konkrit batu baur ringan Konkrit Berliang

1. Batu baur kasar 1. Batu hangus Pengudaraan Campuran


2. Batu baur hancur 2. Tahi besi kimia berbusa
3. Batu hangus kasar 3. Tanah liat kering
4. Tanah liat kembang
5. Syal kering 4. Batuan kering 1. Dengan
Ioh 1. Busa
menggunakan berbusa
kembang kembang
serbuk aluminium 2. Busa
6. Batuan Ioh (Slate) 5. Syal kering kembang 2. Dengan kandung udara
menggunakan
7. Sanga berbusa 6. Bermiculite
hidrogen
8. Abu bahanapi 7. Pearlit peroksida dan
serbuk peluntur.
hancur tersinter 8. Pumice
9. Batu baur organik

Unit 8-5
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 6

Jadual 4 : Jenis-jenis dan Pemeringkatan Batu Baur


yang Sesuai untuk Konkrit Ringan

Jenis konkrit ringan Jenis batu baur Pemeringkatan batu baur


Batu baur asli BS 882 Saiz nominal bahan antara
Tahi besi BS 1047 18 mm dan 10 mm ayakan
Konkrit kasar
Batu hangus BS 1165 BS.
Lain-lain bahan ringan
Batu hangus 4 mm ke bawah
Tanah liat (kering kembang)
Konkrit batu baur ringan
Tahi besi BS 877
(partially compacted)
Batu Ioh, syal
Vermiculite dan pearlit.
Tahi besi BS 877 18n mm atau 12 mm ke
Tanah liat (kering kembang) bawah hingga abuk halus.
Konkrit batu baur ringan
Batuan Ioh
(fully compacted)
Syal dan abu bahanapi
hancur tersinter.

Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)

8.4 Ciri-ciri Konkrit Ringan


8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation)
8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation)
8.4.3 Daya ketahanan (durability)
8.4.4 Penyerapan air (water absorption)
8.4.5 Penembusan air hujan (rain penetration)
8.4.6 Sifat akustik

Unit 8-6
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 7

8.4.1 Penebatan haba (thermal insulation)

Penebatan haba didefinasikan sebagai kecekapan rintangan terhadap


pengaliran haba sama ada melalui pengaliran, perolahan atau
pancaran.
Konkrit ringan mempunyai rintangan penebatan haba yang tinggi.
Contohnya 150 mm dinding konkrit berliang dapat memberikan
penebatan empat kali lebih baik daripada 225 mm tebal dinding bata.

8.4.2 Pencegahan Kebakaran (fire insulation)

Pencegahan kebakaran ada kaitan dengan penebatan haba.Terdapat


dua jenis bahan pencegah kebakaran iaitu:
a) bahan yang mudah terbakar - contohnya bahan organik kayu
b) bahan yang tidak mudah terbakar - contohnya bahan bukan
organik seperti batu, bata, batu-batan dan lain-lain.

8.4.3 Daya ketahanan (durability)

Ia didefinasikan sebagai keupayaan bahan menanggung kesan-kesan


sekeliling seperti kesan kimia, tegasan fizikal dan kesan mekanikal. Kesan
kimia yang dimaksudkan termasuklah air tanah yang mengandungi sulfat,
pencemaran udara dan tumpahan cecair reaktif.

Tegasan fizikal ialah pengecutan, tegasan-tegasan suhu, sejukan dan


lain-lain lagi. Jika ke semua tegasan fizikal akan menyebabkan keretakan
pada struktur konkrit ringan.

Kesan mekanikal ialah hentaman dan beban yang berlebihan. Keadaan


keluli dalam unit struktur perlu dilindungi daripada berkarat.

Unit 8-7
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 8

8.4.4 Penyerapan Air (Water absorption)


Penyerapan air oleh konkrit ringan adalah tinggi dan lebih daripada yang
terdapat pada konkrit padu. Ini adalah kerana konkrit ringan mempunyai
liang-liang di dalamnya.

8.4.5 Penembusan Air Hujan


Ia merupakan ciri penting untuk dinding.

8.4.6 Sifat Akustik


Faktor utama dalam penebatan bunyi ialah ketumpatan bahannya.
Oleh itu untuk penebatan bunyi, konkrit ringan tidak dapat menunjukkan
ciri-ciri yang dikehendaki.

8.5 Kebaikan Konkrit Ringan Di dalam Pembinaan


a) Pengurangan beban mati
Dalam projek pembinaan untuk bangunan yang tinggi,
penggunaan konkrit ringan adalah meluas kerana beban matinya
yang rendah.
b) Kos pengawasan rendah
c) Pembinaan dapat dijalankan dengan kadar yang cepat.
Dalam pembinaan dinding / sekatan, penggunaan konkrit ringan
lebih mudah dan cepat daripada dinding yang menggunakan
bata. Ini adalah kerana bahan-bahan konkrit ringan terdiri
daripada sisa-sisa industri seperti industri arang batu, besi, kimia
dan lain-lain lagi.

Untuk menguji kefahaman anda, sila


buat aktiviti berikut....
Jika anda tidak berpuashati dengan
jawapan anda, sila buat ulangkaji pada
input yang anda rasa masih kabur......

Unit 8-8
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 9

AKTIVITI 8A

8.1 Nyatakan takrifan konkrit ringan.

8.2 Nyatakan LAPAN jenis konkrit kasar.

8.3 Senaraikan ciri-ciri konkrit ringan.

8.4 Terangkan TIGA kaedah penyediaan konkrit ringan.

Unit 8-9
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 10

MAKLUMBALAS 8A

8.1 Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu
baur ringan tidak semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa
(batu baur kasar dan pasir) tetapi mungkin juga daripada tanah liat,
sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu baur organik dan
bukan organik.

8.2 Lapan jenis konkrit kasar ialah:


i) Batu baur kasar
ii) Batu baur hancur
iii) Batu hangus kasar
iv) Tanah liat
v) Syal kering kembang
vi) Batuan Ioh
vii) Sanga berbusa
viii) Abu bahanapi hancur tersinter

8.3 Ciri-ciri konkrit ringan ialah:


i) Penebatan haba
ii) Pencegahan kebakaran
iii) Daya ketahanan
iv) Penyerapan air
v) Penembusan air hujan
vi) Sifat akustik

Unit 8-10
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 11

8.4 Tiga Kaedah Penyediaan Konkrit Ringan

a) Penyediaan Konkrit Berliang

Konkrit ringan diperolehi dengan memasukkan gelembung-gelembung


gas atau udara ke dalam bancuhan simen plastik (bercampur dengan
pasir halus). Konkrit ringan tidak mengandungi batu baur dan boleh
diambilkira sebagai mortar berliang.

b) Penyediaan Konkrit Tanpa Halus (Konkrit Kasar)

Konkrit ringan seperti ini diperolehi apabila batu baur halus(pasir) tidak
digunakan dan campuran konkrit terdiri daripada simen, air dan batu
baur kasar. Konkrit ini boleh digunakan untuk kegunaan struktur
tanggung beban dan bukan tanggung beban.

Rekabentuk bancuhan untuk konkrit kasar ialah kekuatan hancur tidak


kurang dari 15 N/mm2. Batu baur yang digunakan hendaklah mematuhi
syarat-syarat berikut:

a) Sekurang-kurangnya 95% batu baur mestilah melalui ayak BS 18 mm.


b) Batu baur yang digunakan tidak boleh melebihi 10 % melalui ayak BS
10 mm.
c) Batu baur tidak melalui ayak BS 4 mm.

Kekuatan konkrit kasar bergantung kepada jenis batu baur dan


kandungan simen yang digunakan. Konkrit kasar biasanya tidak
digunakan dalam konkrit bertetulang tetapi sekiranya digunakan, lapisan
simen (untuk menutup keluli) hendaklah setebal 3 mm.

Unit 8-11
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 12

c) Penyediaan Konkrit Batu Baur Ringan

Konkrit ini selalunya digunakan pada blok konkrit tuang dulu dan
bumbung dan dinding tuang di situ untuk kegunaan penebatan.

Tujuan utama keperluan konkrit ini ialah mempunyai kekuatan yang


mencukupi, mempunyai ketumpatan yang rendah (untuk penebatan
yang baik) dan mempunyai pengecutan kering yang rendah (untuk
mengelakkan berlakunya keretakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi
keperluan konkrit ini ialah:

a) Jenis batu baur yang digunakan.


b) Kadar bancuhannya.
c) Kadar kepadatannya.
d) Cara dan teknik pengawetannya.

Unit 8-12
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 13

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1) Takrifan konkrit ringan.

2) Berikan perbezaan ketumpatan di antara konkrit dan konkrit padu.

3) Nyatakan jenis-jenis konkrit berliang.

4) Senaraikan jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan konkrit
batu baur ringan.

TAHNIAH!
Anda telah berjaya menyelesaikan
semua soalan dalam penilaian kendiri.

Sila semak jawapan anda pada


maklumbalas untuk memastikan jawapan
anda adalah betul.

Unit 8-13
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 14

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Konkrit ringan ialah konkrit yang menggunakan batu baur ringan. Batu
baur ringan tidak semestinya batu baur yang terdapat pada konkrit biasa
(batu baur kasar dan pasir) tetapi mungkin juga daripada tanah liat,
sanga berbusa, batu hangus, batu baur hancur, batu baur organik dan
bukan organik.

2. Perbezaan Di antara Konkrit dan Konkrit Padu

Konkrit ringan : 15 hingga 17.5 kN/m3


Konkrit padu : 21 hingga 23 kN/m3

3. Jenis-jenis konkrit berliang ialah:


a) Jenis tuang di situ
b) Jenis tuang dahulu

Unit 8-14
KONKRIT RINGAN C1004 / Unit 8 halaman 15

4. Jenis batu baur yang digunakan bagi konkrit kasar dan konkrit batu baur
ringan ialah:

Jenis konkrit Jenis batu baur


Batu baur asli BS 882
i) Konkrit kasar Tahi besi BS 1047
Batu hangus BS 1165
Batu hangus
Tanah liat
ii) Konkrit batu baur ringan Tahi besi BS 877
Batu Ioh, syal
Vermiculite dan pearlit

Syabas dan tahniah


Kepada anda!!

Teruskan usaha anda


dengan bersungguh-
sungguh.

Jumpa lagi!!

Unit 8-15

You might also like