You are on page 1of 12

4.

18 KERJA-KERJA BATA
4.18.1 PENGENALAN
Bata merupakan satu bongkah yang diperbuat daripada campuran tanah
liat dan di bakar pada saiz tertentu. Ia boleh didapati dalam beberapa jenis dan
digunakan pada binaan tertentu. Saiz piawai bata ialah 215 mm x 102.5 mm x
112.5 mm x 75 mm.
Antara ciri-ciri batu bata yang bermutu dan diluluskan oleh pegawai
penguasa ialah bersifat keras, kekuatan mampatan yang tinggi, menyerap air dan
penghabluran serangan sulfat. Batu bata ini mempunyai banyak kegunaannya.
Antaranya ialah membina tembok, dinding dan tiang. Batu yang pecah pula
boleh digunakan sebagai lapisan asas dan pelbagai lagi.

4.18.2 JENIS-JENIS BATU BATA


4.18.2.1 Bata Biasa
Bata biasa digunakan untuk dinding dalam dan juga untuk dinding yang
tertentu sahaja, di mana ia tidak terdedah pada pandangan awam.
4.18.2.3 Bata Kejuruteraan
Bata jenis ini diperbuat daripada tanah liat yang terpilih. Cara
pembuatannya dikawal dengan teliti dan hasilnya akan menjadi pepejal keras
yang berupaya menanggung beban yang lebih besar. Biasanya bata ini digunakan
untuk dinding menanggung beban.

62

4.18.2.4 Bata Permukaan


Sejenis bata yang mempunyai kekerasan yang cukup untuk menanggung
beban-beban biasa. Bata permukaan digunakan untuk dinding luar yang tidak
memerlukan lepaan.

4.18.3 KEGUNAAN BATU BATA


Batu bata mempunyai banyak kegunaan dalam industry binaan.
Antaranya ialah membina dinding bangunan, samada tanggung beban atau pun
mengisi dinding antara kerangka dan menanggung beban. Membuat kaki lima
jalan. Dapat membuat tembok penahan dan pagar. Membuat pelapik pada
dinding luar dan dipecah-pecahkan untuk membuat hadkor.

4.18.4 CIRI-CIRI BATU BATA YANG BAIK


Batu bata yang baik hendaklah terdiri dari bentuk dan tetap. Bata itu juga
mestilah mempunyai ukuran yang segaya dan mempunyai permukaan segi empat
tepat yang licin. Selain itu,bata tersebut haruslah mempunyai tekstur yang
segaya dan bebas dari sebarang kecatatan. Penyerapan pada bata hendaklah tidak
melebihi 15% beratnya dan pembakaran bata hendaklah sekata.

4.18.5 JENIS IKATAN BATA


Dalam kerja bata terdapat banyak ikatan untuk menyusun bata. Antara
ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah Ikatan Inggeris, Ikatan
Flemish., Ikatan Sisi Bata dan Ikatan Kepala Bata.

63

4.18.5.1 Ikatan Inggeris


Mengandungi lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang seli.
Lapisan kepala bata, bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala
bata penjuru pada sudutnya. Ini adalah untuk mengelakkan sambungan yang
tegak berterusan.

4.18.5.2 Ikatan Flemish


Mempunyai 2 jenis ikatan Flemish iaitu ikatan Flemish tunggal dan
ikatan Flemish berkembar.
Flemish tunggal mengandungi kepala bata dan sisi bata tersusun
berselang seli dengan lapisan yang sama. Cuma satu permukaan (biasanya
permukaan hadapan) sahaja yang

menunjukkan

susunan

Flemish

dan

permukaan di sebelahnya menunjukkan susunan inggeris.


Ikatan Flemish berkembar dikenali apabila kedua-dua permukaan
hadapan dan belakang menunjukkan susunan Flemish dan bata penutup setengah
mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya.

4.18.5.3 Ikatan Sisi Bata


Ikatan jenis ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata
(1/2 bata) atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambung bata pada
kepalanya. Lekapnya ialah bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan
bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti
dengan bata sisi penuh dan seterusnya.
4.18.5.4 Ikatan Kepala Bata
64

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini
mengandungi kepala bata sahaja. Sambungan mortarnya merupakan merupakan
bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaa asas atau pada
tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

Rajah 4.18.5.4 : Kerja-kerja mengikat bata

4.18.6 KERJA BATA BERTETULANG


Keupayaan tanggung sesebuah tembok bata adalah berdasarkan tebalnya.
Oleh sebab itu didapati banyak bangunan-bangunan lama yang dibina dengan
bata mempunyai tembok yang tebal kerana menggangung beban yang berat.
Tembok bata yang tebal tidak lagi diterima oleh perusahaan pembinaan. Cara
mengatasi kesulitan ini ialah menggunakan tetulang, keupayaan tanggung beban
sesebuah tembok dapat dipertingkatkan mengakibatkan bertambah ruang lantai.
Bahan- bahan yang sesuai digunakan sebagai tetulang bagi kerja-kerja bata ialah
kepingan besi, besi bulat, kasa Exmet dan kasa bricktor.

14.8.6.1 Kepingan Besi


65

Bahan jenis ini dapat dicegah daripada berkarat dengan diliputi selapisan
minyak tar. Syarat penggunaan ialah sekeping besi bagi setiap setengah bata
tebal tembok dan biasanya dimasukkan pada setiap lapisan yang keenam pada
tembok bata.

14.8.6.2 Besi Bulat


Ianya biasa digunakan untuk tetulang tiang bata dipasangkan secara
menegak. Lubang-lubang yang diperlukan dalam bata itu hendaklah digerudikan
terlebih dahulu. Besi bulat juga boleh digunakan dalam pembinaan gerbang
terutamanya gerbang rata.

14.8.6.3 Kasa Exmet Dan Kasa Bricktor


Kegunaan kasa exmet dan kasa bricktor dalam kerja bata biasanya
ditempatkan selari dengan lapisan bata pada tiap-tiap lapisan yang ketiga atau
keempat dalam sambungan mortar. Pembekal kedua-dua bahan ini adalah dalam
bergulung, 90m dengan 3 saiz lebar yang tertentu. Lebar 62 mm adalah sesuai
untuk tembok setengah bata tebal manakala 175 mm untuk tembok dua bata
tebal dan 300 mm pula untuk tembok satu setengah bata tebal.

66

Rajah 14.8.6.3 : Ikatan bata cara kasa exmet

14.8.7 JENIS-JENIS LEPA


Terdapat 3 jenis lepa yang digunapakai di dalam pembinaan. Antaranya ialah
lepa kapur, lepa gypsum dan lepa simen.

14.8.7.1 Lepa Kapur


Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut
nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/ bancuhan yang lazimnya dibuat adalah
1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan
dampul kapur.

14.8.7.2 Lepa Gypsum


Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum
yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya
mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai
5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan
67

siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu
lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/ berbumbung sahaja.

14.8.7.3 Lepa Simen


Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus.
Ni sbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian
kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunakan simen yang
telah dimasukan kapur/ simen penampal (Wallcrete/ Masonry Portland Cement).
Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding sama ada bahagian
dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus.
Ni sbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian
kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunakan simen yang
telah dimasukan kapur/ simen penampal (Wallcrete/ Masonry Portland Cement).
Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding sama ada bahagian
dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

14.8.8 ALATAN UNTUK MELEPA


Banyak jenis alat tangan dan mesin yang boleh digunakan untuk
membantu memudahkan kerja melepa. Biasanya alat-alat yang lazim digunakan
untuk kerja melepa adalah seperti berikut :

14.8.8.1 Hawk
68

Terdiri daripada 2 jenis yang biasa digunakan ialah jenis aluminium yang
bersaiz 250mm x 250mm x 2 tebal pemegang kayu ditengah dan jenis kayu
daripada papan atau playwood yang bersaiz 150mm x 250mm x 4mm tebal yang
mempunyai kayu dibahagian tepi. Ianya digunakan untuk membawa mortar
semasa kerja melepa dilakukan dan semasa kemas ikat timbul.

14.8.8.2 Pemeras Keluli


Terdiri daripada beberapa saiz iaitu 250mm hingga 500mm panjang dan
75mm hingga 120mm lebar. Tiap-tiap saiz mempunyai kegunaan yang tertentu
mengikut kebiasaan individu. Digunakan bersama dengan hawk semasa melepa.
Kegunaannya adalah untuk menghasilkan kemsan mampat dan licin. Juga
digunakan dalam kerja kon untuk mendapatkan permukaan mampat dan licin.

14.8.8.3 Pemeras Kayu


Bersaiz antara 300mm hingga 450mm panjang dan 85mm hingga 122mm
lebar. Ia digunakan untuk membentuk permukaan konkrit supaya menjadi rata
dan seragam sebelum dikemaskan dengan menggunakan pemeras keluli.

14.8.8.4 Pemeras Kayu Panjang


Kayu panjang tepinya lurus, lebarnya 62mm hingga 122mm dan
panjangnya antara 1m hingga 4m. Ia digunakan untuk meratakan konkrit yang
pertama bagi sesuatu permukaan. Dengan alat ini, semua lepa yang lebih tinggi
daripada tegak lepa akan dipotong dan mana-mana bahagian yang kurang akan

69

ditambah sehingga permukaan itu rata dan lurus. Alat ini juga digunakan untuk
kerja konkrit dengan tujuan yang sama.

14.8.9 CARA-CARA MELEPA


Permukaan tembok dibasahkan dengan air telebih dahulu dan dibersihkan
tetapi jangan terlalu basah.

Keratan dan kedudukan tembok diperiksa untuk

menentukan tebal lepaan yang diperlukan.pasang sport point menggunakan tali


halus dan spirit level untuk menentukan kedudukan dan arasnya. Lapisan lepa
tegak dibuat antara tanda-tanda panduan atau sport point bertujuan
menjadikannya sebagai panduan untuk kerja melepa.Permukaan antara lapisan
tegak tadi dilepa secara kasar .Lapisan lepaan ini dibiarkan kering kemudian
dilepa satu lapisan iaitu lepaan antara. Lapisan ini diratakan berpandukan kepada
lapisan lepa tegak tadi dengan menggunakan pemeras kayu dimana panjangnya
antara 1m hingga 2m. Akhir

sekali,

lapisan

kemasan

dibuat

dengan

menggunakan pemeras keluli agar permukaannya menjadi licin dan kemas


apabila ia kering.

70

71

72

73

You might also like