You are on page 1of 10

BAB 4

ASAS

4.1

PENGENALAN
Asas ialah sebahagian daripada struktur yang mana terus menyentuh
tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya serta
menyebarkan ke dalam tanah dengan selamatnya. Pembinaan asas ini
memerlukan perhatian khususnya supaya ia cukup dan kekal. Penentuan jenis
asas sesuatu bangunan bergantung kepada jenis bangunan dan saiz. Pemerhatian
dan ketelitian perlu diambil kira semasa pembinaan asas supaya ia cukup kukuh
dan kekal buat selamanya. Sesuatu struktur dianggap mempunyai dua bahagian
iaitu Sub-Struire yang memindahkan beban kepada tanah dan Super-Struire
merupakan binaan di atas permukaan tanah seperti rasuk bawah tanah.

22

4.2

FUNGSI-FUNGSI ASAS
Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat graviti
iaitu dengan caramenanam asas ini ke dalam tanah dan memindahkan semua
beban struktur sama ada beban hidup atau beban mati daripada bangunan ke
tanah dengan selamatnya. Di antara beban tersebut ialah beban daripada tiang,
bumbung, balak, manusia serta peralatan yang terdapat di dalam sebuah
bangunan. Bagi menyediakan satu permukaan yang rata untuk kerja-kerja
pembinaan yang sedang dijalankan. Sebagai pemegang kerangka bangunan yang
kuat dan selamat serta mengagihkan beban ke tanah agar bangunan yang dibina
tidak mudah runtuh atau mengalami pergerakan akibat daya yang bertindak
keatasnya seperti daya tolakan angin.
Oleh kerana asas mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung
segala beban di atasnya, maka perkara-perkara berikut mestilah diketahui
sebelum penentuan ukuran asas. Tekanan galas pada dasaran asas tidak melebihi
tekanan yang dibenarkan. Ini bermakna sebelum sesuatu asas digunakan, jumlah
tekanan

bangunan

perlu

diketahui

terlebih

dahulu

dan

asas

adalah

mampumenanggung tekanan tersebut. Pengenapan yang tidak seimbang mestilah


dielakkan agar tidak berlaku sebarang kerosakan pada bahagian struktur. Jika
berlaku pengenapan yang tidak seimbang contohnya bangunan condong sebelah,
ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan keretakan pada lantai, dinding
bangunan, bumbung dan sebagainya. Pengenapan asas adalah dalam had
bersesuaian. Selepas segala pembinaan siap dibina, mestilah berlaku pengenapan.
Pengenapan ini mestilah dalam kadar bersesuaian bagi mengelak sebarang
kerosakan pada struktur.

23

4.3

KATEGORI ASAS
Asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu asas cetek dan asas
dalam. Asas cetek mengagihkan beban ke tanah secara melebar dan berdekatan
dengan permukaan tanah di sekitarnya. Manakala asas dalam pula, pengagihan
beban yang jauh dari permukaan tanah. Beban dari atas akan ditahan oleh asas ini
dengan dua cara iaitu adanya himpitan tanah ke atas cerucuk dan juga apabila
bahagian hujung sebelah bawah cerucuk telah berada di atas satu lapisan bumi
yang keras.
Terdapat empat jenis asas yang utama digunakan seperti asas papak/pad
(pad foundation), asas jalur (strip footing), asas rakit (raft foundation) dan asas
cerucuk.

4.3.1

Asas rakit
Bagi projek pembinaan Perumahan 44 Unit Rumah Teres Blok H, asas
yang digunakan adalah asas rakit kerana asas ini diperlukan apabila keupayaan
galas tanah bawah adalah rendah atau dalam kes tiang-tiang struktur dijarakkan
tersangat dekat antara satu sama lain dalam kedua-dua arah membujur dan
memanjang. Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyukarkan
kerja penggalian asas jika asas pad footing dipilih untuk projek pembinaan
perumahan ini. Asas jenis ini juga berguna untuk mengurangkan enapan
kebezaan yang sangat besar atau dalam keadaan terdapatnya perbezaan yang
sangat besar dalam pembebanan tiang-tiang struktur.
Asas rakit ini juga digunakan kerana pembinaannya senang, menjimatkan
kos dan masa serta berfungsi sebagai lantai bagi memudahkan kerja-kerja
pembinaan. Ianya memudahkan kerja-kerja bagi struktur-struktur yang sangat
rapat dan di tanah yang mempunyai daya keupayaan tanggung rendah (low
24

bearing capacity) dimana tekanan yang sama daripada asas boleh disebarkan
kepada tanah seberapa luas yang boleh. Asas rakit dapat mengelakkan halangan
di tapak bangunan daripada lubang-lubang korekan yang rapat. Pemendapan dan
keretakan di satu-satu bahagian dapat dielakkan.

Rajah 4.3.1 : Contoh asas rakit

4.3.2

Penandaan asas rakit.


Penandaan asas rakit dimulakan dengan penyediaan tapak. Tapak akan
dipancang terlebih dahulu menggunakan kayu disekeliling tapak yang akan
dikorek. Penandaan akan dibuat dengan menggunakan kayu pancang diaman
kayu tersebut akan dibuat ukuran terlebih dahulu dan ditanda dengan jelas
menggunakan paku. Kemudian benang akan diikat pada paku tersebut dan
kemudian benang akan ditarik dan ditegangkan bagi membuat tandaan asas
untuk kerja pengorekan rasuk tanah (ground beam). Selepas itu benang akan
ditarik semula sehingga mencecah ke tanah dan akan ditahan menggunakan
kayu. Kemudian simen akan ditabur mengikut benang tersebut. Ini bertujuan
untuk penandaan bagi kerja-kerja pengorekan rasuk tanah.

25

Rajah 4.3.2: Kerja-kerja penandaan asas rakit.

4.3.3

Pembinaan asas rakit


Pembinaan asas rakit akan dimulakan selepas kerja-kerja penandaan
dibuat. Tapak yang telah dibuat penandaan dan digali menggunakan jengkaut.
Korekan akan dibuat berdasarkan pada saiz rasuk tanah yang telah ditetapkan.
Selepas itu, para pekerja akan meratakan bahagian yang telah dikorek.
Seterusnya permukaan tanah akan dipadatkan menggunakan jentera pemadat.
Kemudian pekerja paip akan memasang polietilena yang digunakan untuk
saluran paip dan paip salir UPVC yang berlainan saiz untuk saliran air sisa dan
air najis.
Kemudian kotak acuan (formwork) menggunakna kayu akan dipasang
disekeliling kawasan tapak yang akan dituang konkrit. Acuan konkrit ini akan
ditupang dimana kayu yang pertama akan ditegakkan 90 berdekatan dengan
acuan konkrit tersebut. Kemudian satu lagi kayu akan ditegakkan pada arah
condong dan dipakukan pada kayu yang tadi. Selepas itu, kerja pemasangan
jejaring BRC akan dipasang oleh pekerja. Jejaring BRC yang bersaiz 65 akan
diletakkan di dalam peparit asas. Manakala jejaring BRC bersaiz 610 akan
dihamparkan pada tapak.
26

Rajah 4.3..3 Kerja-kerja pembinaan asas rakit

4.4

PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN


Asas bangunan, struktur bawah tanah dan superstruktur adalah berkaitan
bergantung antara satu sama lain. Untuk mendapatkan kekuatan maksimum dan
ekonomi bagi keseluruhan struktur asas haruslah diambil kira dan direka bentuk
secara menyeluruh. Asas bangunan akan memainkan peranan yang lebih penting
lagi apabila bangunan-bangunan yang hendak didirikan itu lebih besar dan tinggi.
Pemilihan asas bangunan bergantung kepada beberapa faktor seperti
keadaan dan kekuatan tanah. Jenis asas dipilih dengan diambil kira dari segi
ekonomi asas dan struktur bangunan keseluruhannya. Sifat dan jenis bangunan.
Agihan beban daripada superstruktur dan jumlah beban bangunan termasuk
keseluruhan bahagiannya.

4.5

KEGAGALAN ASAS
Kejuruteraan asas menghadapi dua masalah utama iaitu menilai
kebolehan atau keupayaan tanah untuk menanggung sesuatu binaan dengan
27

selamat dan mereka bentuk elemen asas dengan betul bagi memindahkan beban
dari binaan ke tanah.
Secara amnya, kegagalan asas terjadi akibat berlakunya kegagalan ricih
am dimana-mana bahagian asas. Berlakunya kegagalan ricih tempatan iaitu
berlaku disesuatu tempat tertentu dan mengakibatkan pengenapan tekanan.
Jumlah enapan adalah berlebihan dan Gemor fros yang berlaku disebabkan oleh
salji (biasanya berlaku pada asas jalan raya)

4.6

PEMENDAPAN ASAS
Gerakan menegak ke bawah oleh struktur bawah bangunan dinamakan
pemendapan (settlement) dan kesannya terhadap struktur bangunan tersebut
bergantung kepada faktor-faktor yang tertentu seperti besar atau luasnya
pemendapan yang berlaku. Keseragaman atau kesamaan pemendapan. Masa
yang diambil bagi pemendapan dan keadaan struktur.
Sekiranya pemendapan tersebut mempunyai ciri-ciri keseragaman bagi
keseluruhan tapak bangunan dan tidak keterlaluan, gerakan tanah tersebut tidak
mendatang kerosakan yang teruk terhadap bangunan. Sebaliknya jika
pemendapan tersebut akan mengakibatkan tegasan (stress) kepada struktur
bangunan tersebut dan ini memerlukan pemilihan jenis dan rekaan bentuk asas
yang teliti.

4.7

FAKTOR-FAKTOR PEMENDAPAN ASAS


Pemendapan asas boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti tekanan
bebanan struktur ke tanah. Perubahan kandungan kelembapan tanah. Kejadian

28

terbenam disebabkan operasi perlombongan yang berhampiran dengan tapak


pembinaan serta gerakan tanah secara semulajadi.

29

30

31

You might also like