You are on page 1of 7

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1

Minggu 1 (19 Dis 2011-22 Dis 2011)


Melapor diri pada pukul 8.00 pagi di Unit Pengurusan Maklumat
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). Seterusnya
dibawa .ketempat yang ditempatkan iaitu Unit Pengurusan Projek Wilayah
Ketengah (UPPWK). Ketua Unit UPPWK iaitu Encik Haji Mohamed bin
Muda memberi penjelasan mengenai carta organisasi JKR dan UPPWK.
Selain itu, saya juga diberi pendedahan awal mengenai aturcara kontrak dan
diperkenalkan dengan surat setujuterima tender dalam peringkat awal tender
iaitu LA (letter accepted). Melihat senarai-senarai dokumen tender di Unit
AMBS, melawat tapak projek pembinaan 44 rumah teres blok H dan diberi
pendedahan mengenai carta aliran kerja projek.

15

3.2

Minggu 2 (26 Dis 2011-29 Dis 2011)


Membuat laporan kemajuan JKR Ketengah pada laman web rasmi
UPPWK yang dihasilkan oleh Encik Zulkarnain iaitu juruteknik senibina,
memperbaharui laporan kemajuan UPPWK bagi pihak Encik Haji Alias bin
Nawang dan melawat pusat penternakan ayam di Kuala Jengal dan Besut.
Pusat perternakan ayam di Besut merupakan antara pusat penternakan yang
canggih kerana menggunakan sisitem automatik dan tertutup. Ini
mengurangkan bau dan bunyi ayam tersebut daripada penduduk di kawasan
tersebut. Saya juga menghadiri sukan tahunan Program 1 Ukhuwah 1 Misi 1
Organisasi Ketengah.

3.3

Minggu 3 (01 Jan 2012-05 Jan 2012)


Mencari maklumat mengenai asas dan cerucuk.
Encik Haji Mohamed memberi penjelasan yang lebih mendalam mengenai
kerja-kerja jalan dan mengenai penyediaan tapak dan penetapan laluan.

3.4

Minggu 4 (08 Jan 2012-12 Jan 2012)


Diberi penjelasan mengenai loji air iaitu Tangki Simpanan Air Cerul.
Diajar cara-cara membaca drawing dan diberi tugasan sebagai pembantu
juruteknik untuk mencatat kerja-kerja harian yang dijalankan di projek 44
unit rumah teres blok H. Saya perlu melawat tapak projek tersebut sekurangkurangnya dua jail sehari iaitu pagi dan petang untuk mengambil laporan
harian. Melawat tapak projek perumahan blok H. Kerja-kerja yang sedang
dijalankan ialah pemasangan acuan pada tiang, pemasangan kekunci pada
acuan, konkrit tiang, menguji ketegakan tiang dan mengikat bata.

16

3.5

Minggu 5 (15 Jan 2012-19 Jan 2012)


Menghadiri perjumpaan bulanan bersama Pengurus Besar di Dewan
Utama dan melawat tapak projek blok H. Antara kerja-kerja yang dijalankan
ialah mengikat bata blok A, memasang acuan rasuk bumbung blok A,
memasang frame pintu dan tingkap blok A, memasang paip sewerage dan
mainhole blok A, memasang acuan tiang blok B dan memasang besi rasuk
bumbung blok B. Saya mengambil cuti selama 3 hari disebabkan urusan
keluarga.

3.6

Minggu 6 (22 Jan 2012-26 Jan 2012)

Melawat tapak projek blok H. Antara kerja yang dijalankan ialah


kerja mengkonkrit rasuk bumbung blok A dan tiang blok B, penggalian tapak
blok C dan kerja pemasangan paip sewerage blok C.

3.7

Minggu 7 (29 Jan 2012-02 Feb 2012)


Menaip kertas kerja membaik pulih kerosakan jalan perbandaran
KETENGAH yang diarah oleh Encik Resad bin Ali dan Melawat tapak
projek blok H. Kerja yang dibina pada minggu ini ialah mengikat bata blok
A, memasang frame pintu dan tingkap blok A, membuka acuan rasuk
bumbung blok A dan membuat rangka kekuda untuk blok A, memasang
acuan rasuk bumbung bagi blok B, membuka acuan tiang blok B dan
memasang frame pintu blok B. Bagi blok C pula, kerja-kerja seperti
menggali tapak, memasang BRC slab dan memasang plastik polythene
sheet dilakukan.

17

3.8

Minggu 8 (06 Feb 2012-09 Feb 2012)


Melawat tapak projek blok H. Kerja yang dijalankan ialah mengikat
bata dan memasang frame pintu, melepa mainhole dan memasang rangka
bagi blok A. Memasang acuan rasuk bumbung bagi blok B dan memasang
besi dan BRC slab bagi blok C. Mengambil cuti kecemasan kerana
kematian sepupu terdekat yang mengalami kemalangan jalan raya.

3.9

Minggu 9 (12 Feb 2012-16 Feb 2012)


Menghadiri ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Rubiah
Hamzah di Dewan Utama Ketengah, menyertai Majlis Sambutan Maulidur
Rasul di Padang Astaka, Ketengah Jaya dan melawat tapak projek blok H.
Kerja-kerja yang dijalankan ialah mengikat bata,memasang kekuda,
memasang frame pintu dan tingkap bagi blok A, memasang rasuk bumbung,
membuat dan melepa mainhole bagi blok B dan memasang besi dan
mengkonkrit BRC slab blok C.

3.10

Minggu 10 (19 Feb 2012-23 Feb 2012)


Lawat ke tapak projek blok H. Bagi blok A, kerja-kerja yang
dijalankan ialah mengikat bata, memasang kekuda dan mengikat bata
mainhole. Bagi blok B, kerja membuat mainhole dan mengkonkrit tiang
dijalankan. Blok C pula, kerja-kerja memasang acuan dan besi tiang dan
pemasangan paip sewerage dilakukan.

3.11

Minggu 11 (26 Feb 2012-01 Mac 2012)


Menaip kertas kerja lawatan Unit UPPWK yang bakal diadakan ke
JKR Langkawi dan melaawat tapak projek blok H. Kerja-kerja mengikat
bata, memsang kekuda, memasang facial board dan memasang longkang
18

apron dilakukan di blok A. kerja membuka dan memasangan acuan rasuk


bumbung dilakukan di blok B dan pemasangan paip sewerage, acuan dan besi
tiang bagi blok C.

3.12

Minggu 12 (04 Mac 2012-08 Mac 2012)


Melawat tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah
mengikat bata dan mengkonkrit apron belakang bagi blok A. Memasang
acuan dan besi rasuk bumbung

serta mengikat bata blok B, melepa

mainhole blok A dan blok B dan membuka dan memasang acuan konkrit
blok C.

3.13

Minggu 13 (11 Mac 2012-15 Mac 2012)


Memasukkan data konktraktor dan nilai sebutharga dalam laporan
kemajuan JKR, mengemaskini data senarai konktaktor, dilawati oleh
pensyarah pemantauan iaitu Encik Hadi Bin Khalid dan melawat ke tapak
projek blok H.

3.14

Minggu 14 (18 Mac 2012-22 Mac 2012)


Menghadiri perjumpaan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu iaitu Dato Haji Mazlan Bin Ngah di Dewan Utama Ketengah
dan melawat ke tapak projek blok H.

3.15

Minggu 15 (25 Mac 2012-29 Mac 2012)


Mengikuti senamrobik yang diadakan di tempat letak kereta utama
Ketengah bersama semua kakitangan Ketengah dan UPPWK dan melawat ke
tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah memasang atap,
19

melepa dinding dalam, memasang longkang bagi blok A, mengikat bata dan
memasang besi dan acuan rasuk bumbung blok B serta membuka dan
memasang acuan tiang blok C.

3.16

Minggu 16 (01 Apr 2012-05 Apr 2012)


Melawat ke Tasik Kenyir bersama 3 orang kakitangan UPPWK untuk
melihat kemajuan projek yang sedang dijalankan. Melihat pulau-pulau yang
berada di Tasik Kenyir. Melawati Pulau Herba, Pulau Orkid, Taman Burung
dan Pulau Tropikana serta melawat tapak projek blok H.

3.17

Minggu 17 (08 Apr 2012-12 Apr 2012)


Menghadiri perhimpunan bulanan Ketengah kali ke 4/2012 di Dewan
Utama. Memahami dengan lebih mendalam mengenai kontraktor dan kotak
acuan. Melawat tapak projek blok H. Kerja-kerja yang dijalankan ialah
melepa dinding dan memasang syiling blok A, mengikat bata dan membuka
acuan rasuk bumbung bagi blok B dan mengkonkrit tiang dan rasuk bumbung
bagi blok C.

3.18

Minggu 18 (15 apr 2012-19 Apr 2012)


Menghadiri Program Sepagi bersama Menteri Besar Terengganu iaitu
YAB Dato Seri Ahmad Bin Said selaku Pengerusi Ketengah dan mendalami
mengenai konkrit dan sifat-sifat konkrit.

3.19

Minggu 19 (22 Apr 2012-26 Apr 2012)


Mencari faktor-faktor penting dalam pembinaan konkrit dan kaedahkaedah yang digunakan dalam menggaul konkrit.
20

3.20

Minggu 20 (29 Apr 2012-03 Mei 2012)

Mencari jenis-jenis longkang, cara-cara pemasangan mozek dan


melawat ke tapak projek blok H. Pemasangan mozek sedang dilakukan di
blok A, pemasangan kekuda dan paip air dalaman bagi blok B dan kerja-kerja
mengikat bata dan membuka acuan rasuk bumbung bagi blok C.

3.21

Minggu 21 (06 Mei 2012-10 Mei 2012)


Menyertai majlis gotong-royong di UPPWK sempena amalan
persekitaran berkualiti (5S) dan mendalami angkang-langkah keselamatan di
tapak bina dan punca kemalangan di tapak bina.

3.22

Minggu 22 (13 Mei 2012-17 Mei 2012)


Menghadiri perjumpaan bulanan Ketengah kali Ke-5. Pengurus
UPPWK iaitu Encik Che Lah bin Che Endot. Mengetahui cara-cara
pembinaan bumbung, menghadiri jamuan perpisahan yang diadakan di pantri
UPPWK, mengambil baju sukan tahunan JKR di Kuantan bersama seorang
kakitangan UPPWK dan mengambil boring penilaian dan diberi sedikit
sebanyak nasihat untuk kegunaan di masa hadapan.

21

You might also like