You are on page 1of 15

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT
BC-030-3:2013-C08
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. RESIDENTIAL BUILDING FINISHES WORK
AND TITLE

1. Identify Residential Building Finishes Works Requirement

2. Carry Out Tiling Installation


NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / 3. Carry Out Painting Work
WORK ACTIVITIES NO.
4. Carry Out Ceiling Installation
AND STATEMENT
5. Carry Out Roof Covering Installation

6. Coordinate Building Finishes Inspection

NO. KOD KSKV / KSKV


CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 15
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C08/P(5/6)

TAJUK / TITLE:

CARRY OUT ROOF COVERING INSTALLATION

TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh memasang bahan-bahan penutup
bumbung menepati spesifikasi yang ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 15

PENERANGAN / INFORMATION :
Bumbung yang telah siap dengan kerangkanya akan dipasang dengan penutup bumbung
yang terdiri dari pelbagai jenis. Jika pemilihan penutup bumbung belum ditentukan dan
penggunaan bahan penebat diperlukan maka pemasangan beloti genting atau gulung-
gulung belum boleh dipasang lagi. Ia memerlukan beberapa persediaan sebelum penutup
bumbung dipasang.
i. Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang kalis air.
ii. Penutup Bumbung dibahagi kepada dua kategori iaitu Penutup Bumbung Curam
dan Penutup Bumbung Rata .
iii. Kedua-dua kategori penutup bumbung ini menggunakan penutup bumbung
mengikut kumpulan yang bersesuaian dengan sifat dan bentuk fizikal penutup
bumbung itu sendiri.

1. JENIS PENUTUP BUMBUNG


Di Malaysia tertapat beberapa jenis penutup bumbung paling popular dimana ia sering
menjadi pilihan. Diantaranya adalah:
1.1 Metal deck
Diperbuat daripada High Tensile Corrosion Resistant Galvanised Steel yang boleh
diregangkan. Mempunyai beberapa kelebihan iaitu:
i. Boleh berfungsi sebagai penebat,
ii. tidak menyebabkan pertumbuhan kulat
iii. tahan seranngan serangga
iv. Tidak mengeluarkan bahan toksid dan gas
v. Kalis bahan kimia dan minyak

1.2 Kepingan konkrit (concrete tile)

i. Atap ini bersifat pengunci (interlocking) antara satu sama lain.


ii. Diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan pigmen tambahan seperti
pewarna.
iii. Ia melalui proses pengeringan biasa (tanpa pembakaran) didalam suhu sekitar
60 darjah celcius.
iv. Sangat kukuh boleh dihantar ketapak dan dipasangkan hanya beberapa hari
sahaja selepas dikeringkan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 15

Rajah 1.2: Genting Konkrit

1.3 Kepingan tanah liat (clay tile)


i. Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan dikeringkan melalui
proses pembakaran.
ii. Genting jenis ini selain daripada memaparkan nilai estetik tetapi sangat
tahan lama dan kurang kerja penyelenggaraan.

Rajah 1.3: Genting Tanah Liat

2. SAIZ, WARNA, CORAK PENUTUP BUMBUNG


3. JENIS DAN FUNGSI PERALATAN DAN KELENGKAPAN PEMASANGAN
PENUTUP BUMBUNG
3.1 Sesiku L / Right angle
Sesiku L ialah sejenis alat pengukuran yang digunakan untuk menguji sesuatu
permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu, serta menguji
kepersegian kayu. Bahagian lengan atau mata sesiku L diperbuat daripada
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 15

keluli yang tahan. Manakala bahagian badannya diperbuat daripada kayu keras
atau keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20 cm. Pada mata ditandai dengan
ukuran sentimeter dan inci.

Rajah 3.1: Sesiku L

3.2 Penukul/hammer
Tukul atau penukul ialah alat yang digunakan untuk mengetuk sesuatu.
Contohnya untuk memasukkan paku ke dalam objek seperti kayu dan
memecahkan benda. Tukul memiliki pemegang panjang, manakala
kepalanyanya mempunyai permukaan mendatar dan berat.

Rajah 3.2: Penukul

3.3 Tangga / perancah


i. Tangga adalah tempat tumpuan kaki yang bertingkat-tingkat untuk naik dan
turun ke sesuatu tempat. Tangga mempunya perbagai rekabentuk dan saiz.
Tangga untuk kerja-kerja pembinaan boleh dibawa ke satu tempat ke satu
tempat untuk memudahkan kerja pembinaan.
ii. Perancah pula ialah sebuah struktur sementara digunakan sebagai laluan,
bagi pekerja untuk berkerja atau digunakan untuk menyokong bahan-bahan,
mesin dan peralatan. Ia digunakan sebagai jalan keluar untuk semua tempat
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 15

kerja dan dalam keadaan selamat. Bahan yang digunakan sama ada dari
besi, aluminium, atau kayu.
iii. Dalam kerja memasang penutup bumbung perancah dan tangga amat
diperlukan untuk memudahkan pergerakan dan pemasangan di tempat yang
tinggi.

Rajah 3.3: Tangga dan Perancah

3.4 PPE
"Kelengkapan Perlindungan Diri" (KPD) atau “Personal Protective
Equipment (PPE)” bermaksud apa-apa kelengkapan yang bertujuan untuk
dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang
melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada kesihatan atau
keselamatannya dan apa-apa eksesori tambahan yang direka bentuk untuk
memenuhi matlamat itu.
Kerja bumbung adalah kerja yang dilakukan di tempat tinggi. Pekerja
perlu mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan berkerja di tempat
tinggi untuk meminimumkan risiko bahaya kepada kesihatan atau keselamatan
pekerja
PPE termasuk but keselamatan, topeng muka, topi keras, palam telinga,
alat pernafasan, sarung tangan, abah-abah keselamatan, pakaian rintangan
kimia, cermin mata keselamatan dan banyak lagi.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 15

Rajah 3.4: Personal protective equipment (PPE)

3.5 Alat pemotongan dan pengikat (cutting and fastening equipment)


Kerja kemasan bumbung haruslah teliti supaya bumbung yang dipasang
kelihatan kemas dan tidak berlaku kebocoran ketika hari hujan. Dibawah
adalah beberapa jenis alat pemotong dalam membuat kemasan bumbung.

3.5.1 Alat Pemotongan

Rajah 3.5.1 Alat untuk memotong penutup bumbung

Wheel Cutter Hand grander


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 15

3.5.2 Alat Pengikat


i. Paku payung
a. Paku ini digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur
supaya air tidak tiris.
b. Ia mempunyai kepala yang berbentuk payung dan mempunyai
kapas di kepalanya.

Rajah 3.5.2(i): Paku Payung

ii. Bolt Cangkuk


a. Memasang dan menetapkan kedudukan kepingan asbestos
b. Sesuai digunakan bila gulung-gulung yang digunakan adalah keluli.

Rajah 3.5.2 (ii) Bolt Cangkuk

iii. Screw

Rajah 3.5.2 (iii) Screw


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 15

3.6 Hoist
3.6.1 Kaedah mengangkat menggunakan mesin
Mesin Pengangkat - Bumpa Hoist
Merupakan mesin mengangkat yang direka bagi menggerakkan
genting,bata dan blok dari tanah ke aras bumbung.

3.6.2 Menempat genting di atas kerangka sebelum pemasangan


Penutup bumbung (genting) yang diangkat perlu disusun di atas kerangka
bumbung dengan baik sebelum pemasangan . Penempatannya hendaklah
berdekatan dengan tempat pemasangan dan tidak diletak pada satu
tempat sahaja. Tujuannya adalah
a. Bagi mengelakkan hanya satu bahagian kerangka sahaja yang
menanggung beban genting.
b. Memudahkan genting ditempatkan pada posisinya
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 15

4. KAEDAH DAN TEKNIK PEMASANGAN PENUTUP BUMBUNG


Setelah kerangka bumbung siap dibina termasuk pemasangan lapisan
penebat/kerajang aluminium di atas kasau dan pemasangan beloti bumbung, penutup
bumbung bolehlah dilakukan.

4.1 Ciri-ciri pemasangan penutup bumbung gentian konkrit dan tanah liat.
i. Bersaiz standard antara 125mm x 320mm, 250mm x 365m

ii. Atap ini bersifat pengunci antara satu sama lain dan ia akan dipasang dengan
cara berkembar atau bertindihan antara satu sama lain untuk mengelakkan
aliran hujan dari masuk ke dalam bumbung.
iii. Tindihan ini dikenali sebagai lekap. Lekap di sebelah hujung adalah tidak sama
dengan lekap di sebelah sisi. Lekap sisi hendaklah tidak kurang ⅓ daripada
lebar genting standard , cth untuk genting 365mm x 250mm, lekap sisi adalah
55mm (365/3) Lekap hujung adalah tidak kurang dari 65mm .
iv. Genting perabung untuk sisi atap dan lurah hendaklah disediakan dan dipasang
bercantuman dengan keseluruhan penutup bumbung.
v. Penyumbat genting yang terdiri daripada mortar simen perlu digunakan untuk
melekatkan genting sisi dan juga penuutup perabung. Nisbah mortar yang
digunakan adalah 1:3
vi. Genting untuk sisi atap, perabung, limas dan lurah dipasang bercantuman
dengan keseluruhan penutup bumbung mengikut peraturan pembuat.
(Penerangan lanjut dijelaskan dalam Nota Praktikal 5)
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 15

Rajah 4.1: Pemsangan Penutup Bumbung Genting

4.2 Pemasangan penutup bumbung Kepingan asbestos


i. Terdiri dari pelbagai saiz 1.2m, 1.5m, 1.8m, 2.1m,2.4m,2.7m,3.0m dan
3.3m.
ii. Terbahagi kepada dua kategori gelugur, iaitu gelugur kecil tebalnya 5mm
dan gelugur besar tebalnya 6mm
iii. Diguna bagi kecerunan melebihi 25 ⁰ dan ke atas dengan lekap pada setiap
penyambungan atap 150mm. Jika perlu dipasang pada kecerunan kurang dari
25⁰ , lekapnya (lap) perlu ditambah kepada 300mm

Lekap 1½

Rajah 4.2 (i) Pemasangan Penutup Bumbung


iv. Lekap pada bahagian sisi bertindih sekurang-kurangnya dengan satu gelugur
atau menutupi 95mm pada sisi kepingan asbestos atau 1.5 lekap seperti
dalam rajah.
v. Pemasanganya disokong dengan gulung-gulung (purlin) pada jarak yang
sesuai dan dibenarkan antara 600mm -900mm seperti rajah dibawah
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 15

Jarak antara
Gulung-gulung

Rajah 4.2 (ii) Jarak antara Gulung-gulung

vi. Panduan berdasarkan ukuran atap bagi menentukan jarak gulung gulung juga boleh
digunakan.

Ukuran Atap Jarak Maksimum


Gulung-Gulung
800mm x 180mm 650mm
800mm x 210mm 650mm
800mm x 240mm 570mm
800mm x 300mm 570mm

Jadual 4.2 Jarak maksimum Gulung-gulung


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 15

vii. Memasang dan menetapkan kedudukan kepingan asbestos boleh dilakukan dengan
menggunakan paku paying dan bol cangkuk

Rajah 4.2 (iii) Jenis Pengikat yang digunakan

viii. Jika gulung gulung keluli digunakan, bol cangkuk adalah pengikat yang paling sesuai
digunakan

Rajah 4.2 (iv) Bolt Cangkuk yang digunakan sebagai pengikat

ix. Pada dua pepenjuru bertentangan atap asbestos dipotong serong supaya apabila empat
keping atap bertindih, penjurunya tidak terlalu tebal yang boleh menjejaskan aliran air hujan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 15

Rajah 4.2 (v) Potongan penjuru dan tindihan

x. Kaedah susunan asbestos ditunjukan dalam rajah 4.2 (v) di bawah

Rajah 4.2 (vi) Susunan Asbestos

xi. Pada bahagian perabung hendaklah ditutup dengan penutup perabung

Rajah 4.2 (Vii) Pemasangan Penutup Rabung


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 15

SOALAN / QUESTIONS:

1. Apakah persediaan sebelum pemasangan penutup bumbung


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________

2. Berikan tiga (3) jenis penutup bumbung


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Berikan 2 jenis bahan pengikat dan pemotongan penutup bumbung?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

4. Terangkan langkah pemasangan bumbung


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C08/P(5/6) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 15

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Installation of roofing underlay | BRANZ Build


www.buildmagazine.org.nz

2. Roof beam Stock Photos, Roof beam Stock Photography, Roof beam ...
www.shutterstock.com42

3. Roof Tile Cutting Silica Dust Exposure


www.vwa.vic.gov.au370 × 256

4. Roofing underlay and roofing accessories - with product warranty


www.thermomaster.net

5. How to install Metal Tile roofing sheets | Welcome to Coroofs


www.coroofs.com.au/installation-manual

6. Mastering Roof Inspections: Slate Roofs, Part 7 - InterNACHI


www.nachi.org

7. Slate Roof Central - How to Install a Traditional American Slate Roof


www.slateroofcentral.com

8. Premier Slate, providing roofing slate to the Australian


www.premierslate.com.au
9. plastic fiber insulation - The Worlds of David Darling
www.daviddarling.info 

10. Fiber Glass Insulation - Insulation - CertainTeed


www.certainteed.com/products/insulation/fiber-glass-insulation

You might also like