You are on page 1of 6

KERTAS KERJA CADANGAN PEMASANGAN JUBIN DI

BANGUNAN TABIKA PERPADUAN JALAN REKO, HULU LANGAT

1. Latar Belakang Projek

Tabika Perpaduan Jalan Reko merupakan salah sebuah taman bimbingan kanak-kanak
(tabika) di bawah program Tabika Perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1976.
Program pendidikan prasekolah di tabika ini dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional daerah Hulu Langat dengan penyertaan kanak-kanak
berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun. Bangunan Tabika
Perpaduan Jalan Reko terletak di dalam kawasan Taman Desa Seroja yang juga
menempatkan Pusat Rukun Tetangga Desa Seroja, Jalan Reko. Matlamat penubuhan
tabika ini adalah untuk menyemai nilai-nilai perpaduan bermula di peringkat awal usia
kanak-kanak. Di samping itu, tabika ini juga bertujuan untuk mewujudkan peluang
kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi
meningkatkan lagi kesefahaman di kalangan mereka. Syarat kemasukan kanak-kanak ke
Tabika Perpaduan ini adalah terhad kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM
1,500 sebulan sahaja.

Tabika Perpaduan Jalan Reko menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang


merangkumi pelbagai pendekatan strategik bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak
berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan
pembelajaran di tabika ini adalah selama empat jam sehari di samping aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian
dengan persetujuan ibu bapa dan penjaga. Pada masa sekarang, seramai 20 orang kanak-
kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum sedang mengikuti program prasekolah di
tabika ini.

BIODATA TABIKA

Nama Tabika : Tabika Perpaduan Jalan Reko


Alamat : Jalan Desa Seroja 2, Taman Desa Seroja
43000 Kajang, Selangor
Kawasan DUN : N25 Kajang / N26 Bangi
Daerah : Hulu Langat
Pejabat Bertanggungjawab : JPNIN Hulu Langat, Selangor
Bil. Guru : 2 orang
Bil. Murid : 20 orang
Komposisi Kaum : 5 Melayu, 2 Cina, 12 India dan 1 lain-lain.

1
2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan Projek Pemasangan Jubin di Bangunan Tabika Perpaduan Jalan


Reko ini adalah penting bagi memenuhi objektif berikut:

 Menambahbaik keadaan lantai kelas dan dapur supaya lebih selamat bagi
kegunaan harian kanak-kanak.
 Memastikan bahagian hadapan bangunan tabika tidak lagi dinaiki air apabila
hujan lebat.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pemasangan jubin dan tambahan ketinggian
aras lantai bahagian hadapan bangunan sedia ada seperti berkut:

 Pemasangan jubin bersaiz 2’×2’ pada lantai kelas berkeluasan 510 kaki
persegi beserta skirting pada sisi dinding berdekatan – RM 4,000.00.
 Pemasangan jubin tahan licin bersaiz 1’×1’ pada lantai dapur berkeluasan 77
kaki persegi beserta skirting pada sisi dinding berdekatan – RM 1,000.00.
 Pemasangan jubin tahan licin bersaiz 1’×1’ serta meninggikan lantai hadapan
bangunan berkeluasan 185 kaki persegi – RM 3,000.00.

Anggaran Kos Keseluruhan – RM 8,000.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan berikut:

 Menjamin keselamatan guru dan kanak-kanak kerana pemasangan jubin


dapat meningkatkan kualiti permukaan lantai berbanding keadaan sedia ada.
 Memudahkan kerja pembersihan lantai kerana penggunaan jubin adalah jauh
lebih baik berbanding simen yang dilapik tikar getah.
 Mengelakkan risiko terjatuh disebabkan lantai licin melalui pemasangan
jubin tahan licin di bahagian dapur dan luar kelas.
 Mengelakkan air bertakung di bahagian hadapan bangunan apabila hujan
lebat dengan meninggikan aras lantai kawasan tersebut.
 Menambahkan keselesaan dan keceriaan di bahagian dalam dan luar kelas.
 Memenuhi aspirasi kementerian untuk menyediakan prasarana terbaik
kepada pelajar prasekolah supaya dapat belajar dalam suasana yang kondusif
dan selamat.

2
5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional projek pemasangan jubin ini adalah seperti berikut:

 Menghentikan penggunaan tikar getah yang tidak tahan lasak dan


membahayakan kanak-kanak.
 Meningkatkan kualiti keadaaan kelas dengan mengutamakan keselamatan
dan keselesaan guru dan murid prasekolah.
 Meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program
pendidikan prasekolah di Tabika Perpaduan.
 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan
prasekolah khususnya bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah
yang terdiri daripada pelbagai kaum.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan, iaitu:

 Aspek keselamatan di kalangan guru dan murid prasekolah tidak terjamin


kerana keadaan lantai yang dilapik tikar getah usang dan koyak
membahayakan mereka serta ianya menjadi sangat licin apabila basah
terutama di kawasan dapur.
 Suasana pembelajaran menjadi kurang selesa kerana keadaan lantai kelas
yang tidak selamat di samping menjejaskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti
tertentu.
 Air yang bertakung di bahagian hadapan bangunan setiap kali hujan lebat
membahayakan kanak-kanak.
 Menjejaskan minat dan keyakinan ibu bapa dan penjaga yang ingin
menghantar anak-anak mereka memasuki program prasekolah di Tabika
Perpaduan Jalan Reko kerana keadaaan dalam dan luar kelas yang kurang
selamat.

3
LAMPIRAN A

GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

Bangunan Tabika Perpaduan Jalan Reko

Lantai luar bahagian hadapan bangunan yang rendah sering dinaiki air ketika hujan lebat.

4
Lantai kelas yang dilapik tikar getah usang dan koyak membahayakan kanak-kanak.

Lantai dapur yang juga dilapik tikar getah akan menjadi sangat licin apabila basah.

5
LAMPIRAN B
LAKARAN PELAN BANGUNAN DAN CADANGAN UBAHSUAI*

30 kaki 7 kaki

RUANG PUSAT RUKUN TETANGGA

TANDAS

17 kaki
RUANG KELAS
(510 kp)
DAPUR
(77 kp)
Aras Lantai
dinaikkan 2 inci

6 kaki
BAHAGIAN LUAR BANGUNAN (222 kp)

Pemasangan jubin bersaiz 2’ × 2’ beserta skirting.

*Nota: Lakaran ini tidak mengikut skala. Pemasangan jubin tahan licin bersaiz 1’ × 1’ beserta skirting.

You might also like