You are on page 1of 7

PERMOHONAN LANTAI MOZEK/JUBIN BAGI DUA KELAS PRASEKOLAH

SK ISKANDAR PERDANA
32610 BANDAR BARU SERI ISKANDAR PERAK.

1.0 LATAR BELAKANG

Kelas Prasekolah SK Iskandar Perdana telah dibuka pada tahun 2011 .Pada awal
penubuhan, terdapat 2 buah kelas prasekolah yang beroperasi dengan kapasiti murid
50 orang dan 2 orang guru serta 2 orang PPM. 2 buah kelas prasekolah ini terletak
dalam sebuah bangunan yang asing daripada bangunan sekolah.
Bangunan Prasekolah ini dilengkapi dengan prasarana yang lain seperti taman
permainan, tandas, bilik wudhuk, dewan makan, stor dan dapur. Namun bangunan
kelas prasekolah ini menghadapi masalah dimana lantai kelas ini di simen kasar dan
terpaksa guna tikar getah bagi atasi masalah lantai simen yang kasar dan bergerutu.
Keadaan ini menyebabkan masalah untuk pihak prasekolah kerana saban
tahun terpaksa ganti dan tukar tikar getah yang koyak dan rosak.
Selain itu, Prasekolah ini juga menghadapi masalah dalam musim pandemik
Covid ini dimana mengikut ketetapan SOP pengoperasian pembukaan sekolah, tikar
getah sama sekali tidak dibenarkan digunakan dalam bilik pembelajaran. Pihak
prasekolah mendapat nasihat dan teguran daripada pihak kesihatan Daerah yang
memohon pihak prasekolah segera mencari inisiatif untuk membuka tikar getah
tersebut. Ia sangat tidak selamat digunakan oleh murid-murid dan mengundang risiko
dalam faktor kebersihan dan keselamatan murid prasekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak prasekolah bebesar hati memohon peruntukkan
dana untuk segera menaik taraf lantai simen ke lantai mozek atau berjubin dengan
kadar segera.

PROFIL PRASEKOLAH

Nama Sekolah : SK ISKANDAR PERDANA


Kod Sekolah : ABA 8254
Daerah : Perak Tengah
Status : Sekolah Kerajaan
Perluasan : 2011
Bil Guru PRA : 2 orang
Bil PPM : 2 orang

1
Bil. Enrolmen murid : 50 orang
Bilik pembelajaran : 2 Kelas
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Bandar

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Bagi merealisasikan hasrat ini, menukar lantai simen ke lantai mozek/jubin yang merupakan
keperluan asas murid Prasekolah yang perlu disediakan dengan kadar segera selaras dengan
penetapan standard operasi pembukaan sekolah.

3.0 RASIONAL

Keperluan asas lantai kelas pembelajaran prasekolah haruslah ditukar kepada mozek/jubin
dengan kadar segera kerana ia merupakan keperluan keselamatan asas murid Prasekolah
yang perlu disediakan. Suasana prasarana yang ceria, selesa, kondusif sangat diharapkan
agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik dan sempurna.
Aspek keselamatan murid harus diutamakan kerana lantai kelas bertikar getah mengundang
pelbagai risiko kebersihan dan lantai mozek sangat penting dan berguna untuk aktiviti
pembelajaran murid-murid prasekolah berjalan dengan lancar dan bersih.

4.0 GAMBAR-GAMBAR

Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal lantai kelas -kelas
( PRASEKOLAH) SK ISKANDAR PERDANA

LANTAI KELAS PRA IBNU SINA-RUANG HADAPAN ( BERTIKAR GETAH )

2
LALUAN LUAR PRASEKOLAH-LALUAN KE KELAS KE 2

LANTAI KELAS –SEBELAH BELAKANG KELAS

3
LANTAI KELAS PRA IBNU KHALDUN ( BAHAGIAN TEPI )

4
LANTAI KELAS PRA IBNU KHALDUN ( BAHAGIAN TENGAH)

5
6.0 RUMUSAN

Bagi merealisasikan prasarana kelas Prasekolah di Sk Iskandar Perdana beroperasi melalui


sesi persekolahan 2021 dalam keadaan norma baharu dan ketetapan ( SOP) yang wajib
dipatuhi dan tahun- tahun akan datang dengan kemudahan prasarana yang kondusif serta
sesuai dengan keperluan asas murid dan guru Prasekolah, adalah diharapkan pihak yang
berkenaan dapat meluluskan dan menyegerakan projek ini demi kepentingan keselamatan
dan kebajikan murid-murid prasekolah untuk mendapat kemudahan serta keselesaan
pendidikan Prasekolah yang sempurna.

Disediakan oleh:

……............................................……………
( SARINAH BINTI MADJIT )
Setiausaha Prasekolah
SK Iskandar Perdana

Disahkan oleh:

…..............................……………………..
( EN.AHAMAD FADZIL B. ARIFF )
Guru Besar,
Sk. Iskandar Perdana

6
7

You might also like