You are on page 1of 3

CATATAN AKTIVITI SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

TARIKH : 06 April 2020 (Isnin)


MASA : 11.30 Pagi
NAMA GURU : Nur Azlin Idayu Binti Md Adam @ Mohd Adnan
MATA PELAJARAN : WTP1012 Pengenalan Kepada Penyediaan Tapak
TAJUK : Pemasangan Pagar Adang

HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat:
1. Membina peta minda secara ringkas dibawah tajuk pemasangan pagar adang dengan betul.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


1. Whatsapp sebagai medium utama pembelajaran yang digunakan.
2. Microsoft work nota kursus kompetensi 4 iaitu bertajuk pemasangan pagar adang.
3. Contoh gambar peta minda.

PERANCANGAN RINGKAS AKTIVITI


a) Pengenalan
1. Guru meminta pelajar untuk mengisi kehadiran kelas melalui google form di pautan
https://forms.gle/DC9ow7eHP2dPHsf77
2. Guru mengantar gambar kulit kuku jari tangan kepada pelajar dalam group dan meminta pelajar
untuk menjawab soalan.
Soalan 1: “Apakah yang akan berlaku pada kuku sekiranya kuku manusia tiada kulit?”
3. Guru megulaskan jawapan pelajar serta mengaitkan dengan sekeliling kawasan tapak pembinaan
yang terdapat dalam industri pembinaan.
4. Guru mengaitkan soalan tersebut dengan tajuk pembelajaran minggu lepas iaitu menanda dan
merancang tapak dengan tajuk pembelajaran harini.
5. Guru menyatakan tajuk yang akan diberikan kepada pelajar harini sebagai tugasan iaitu memasang
pagar adang.
6. Guru menyatakan bahawa tajuk pemasangan pagar adang ini merupakan tajuk kompetensi terakhir
dalam kursus ini.
7. b) Isi kandungan
1. Guru memaklumkan aktiviti pembelajaran harini iaitu pelajar dikehendaki untuk membaca nota
kompentesi 4 yang bertajuk pemasangan pagar adang serta membuat peta minda secara ringkas
berkenaan tajuk ini.
2. Guru menghantar softcopy Microsoft work nota kursus kompentesi 4 iaitu bertajuk pemasangan
pagar adang dalm group whatsapp.

1
3. Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar secara ringkas dan mengantar
gambar contoh peta minda yang pelajar perlu lakukan pada harini.
4. Pelajar menyoal guru mengenai isi kandungan nota kepada guru secara personal atau melalui group
whatsapp.
c) Penutup
1. Guru memaklumkan kepada pelajar agar menghantar peta minda ini sebelum jam 12.00 malam ini
melalui email atau whatsapp.
2. Guru memaklumkan kepada pelajar minggu hadapan kelas akan diadakan pada jam 11.00 pagi
(Isnin) dalam group whatsapp.
3. Guru memberi motivasi dan peringatan kepada pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan dan
kesihatan semasa PKP ini dilaksanakan.
REFLEKSI KENDIRI:
1. Kehadiran pelajar agak merangsankan kerana seramai 21 orang pelajar daripada 30 orang pelajar
yang dapat menyertai sesi PdPc melalui Whatsapp pada harini.
2. Secara umumnya pelajar dapat membina peta minda berdasarkan nota kompentesi 4 ini dengan
betul. Namun, hanya 40% pelajar sahaja yang menghantar peta minda ini dengan lengkap dan
betul.
3. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah kaedah pembelajaran yang digunakan ini tidak dapat menarik
minat pelajar untuk melakukan kerja yang diberikan bahkan pelajar tidak memberi respon
sepenuhnya dalam group whatsapp ini sepanjang PdPc online dijalankan.
4. Cadangan untuk penambahbaikan kaedah pembelajaran secara talian adalah menwujudkan video
ringkas pembelajaran atau melakukan pembelajaran secara bersemuka dengan menggunakan
google classroom dan sebagainya.

2
LAMPIRAN

1. GROUP WHATSAPP

2. GOOGLE FORM KEHADIRAN PELAJAR

3. MICROSOFT WORK NOTA KURSUS

You might also like