You are on page 1of 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran : Geografi


Tarikh/Hari : 12 Ogos 2021 (Khamis)
Masa : 12.30 Tengah hari – 2.30 Tengah Hari (2 Jam)
Tingkatan : 2G
Bil. Pelajar : 23/30 orang pelajar ( 10 Lelaki/ 13 Perempuan)
Tajuk/Tema : Kerja Lapangan
Sub-Tajuk : Pengangkutan Awam Di Kawasan Tempat Tinggal
Standard Pembelajaran : Kerja Lapangan
Objektif pembelajaran : Sebelum tamat sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), diharap pelajar akan dapat:
1) Menulis Hasil kajian
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mengetahui konsep pengangkutan awam, jenis pengangkutan awam, kepentingan
pengangkutan awam, masalah pengangkutan awam dan cadangan mengatasi masalah pengangkutan awam berdasarkan borang soal
selidik yang telah disebarkan.
Bahan Bantu Mengajar : Gambar rajah, Slaid Powerpoint.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Nilai Murni (Peka dan Kebebasan), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Slaid
Powerpoint), Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (Online, Google Meet, Slaid Powerpoint,
Google Form).
Langkah/ Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendekatan/Strategi/
Masa
Kaedah/BBM/
Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar
EMK

Set ● Hasil Kajian 1. Memastikan bilangan pelajar 1. Mendengar arahan guru. Strategi: Berpusatkan guru
Induksi - Menerangkan kepada pelajar mencukupi dan para pelajar
tentang konsep hasil kajian. telah bersedia untuk 2. Memberikan tumpuan Kaedah: Perbincangan
- Huraian tentang dapatan kajian memulakan pembelajaran. kepada bahan yang
yang telah dianalisis, dipaparkan oleh guru. BBM: Slaid Powerpoint dan
merangkumi konsep 2. Memaparkan gambar yang Gambar
pengangkutan awam, jenis berada di slaid dan mengajukan 3. Memberikan respon
pengangkutan awam, soalan kepada pelajar berkaitan terhadap soalan yang EMK: Nilai murni (Peka),
kepentingan pengangkutan gambar yang dipaparkan. dikemukakan oleh guru. Teknologi Maklumat dan
awam, masalah Komunikasi (Slaid
3. Memanggil nama pelajar secara 4. Mendengar penerangan Pembelajaran).
pengangkutan awam dan rawak untuk memberikan guru tentang tajuk
cadangan mengatasi masalah respon terhadap soalan yang pembelajaran.
pengangkutan awam. diberikan.

4. Mengaitkan gambar yang


dipaparkan dengan topik
pembelajaran hari tersebut
iaitu: Hasil Kajian

5. Memaparkan standard
pembelajaran yang ingin
dicapai pada hari tersebut.

Langkah 1 8. Hasil Kajian 1. Memaparkan slaid powerpoint 1. Melihat slaid powerpoint Pendekatan: Deduktif
8.1Konsep pengangkutan awam kepada pelajar yang telah dipaparkan oleh
Menurut Pusat Rujukan Persuratan guru Strategi: Berpusatkan guru
Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua), 2. Menjelaskan kepada pelajar (google meet)
pengangkutan awam ialah sistem mengenai Hasil Kajian. 2. Memberi tumpuan
pengangkutan bermotor seperti teksi, terhadap penjelasan yang Kaedah: Penerangan
bas dan kereta api yang boleh 3. Menjelaskan kepada pelajar telah dibuat oleh guru. Teknik: PAK 21
digunakan oleh orang ramai di kawasan cara menulis hasil kajian
tertentu dengan kadar tambang yang 3. Membuat catatan terhadap BBM: Slaid Powerpoint
telah ditetapkan. Pengangkutan awam 4. Memberi contoh kajian lepas maklumat yang telah
biasanya menawarkan perkhidmatan kepada pelajar. disampaikan oleh guru
berjadual dan dalam laluan tetap.
4. Memberikan respon EMK: Nilai murni (mendegar
Kebanyakan penumpang bergerak
terhadap soalan yang arahan guru) Teknologi
dalam lingkungan kawasan tempatan di
dikemukakan oleh guru maklumat dan komunikasi
antara rumah mereka dengan tempat
kerja, pusat membeli-belah atau ( Google Meet, Online)
5. Mendengar arahan yang
institusi pendidikan. ingin disampaikan oleh
Pentaksiran: Tugasan Kerja
guru berkaitan tugasan
8.2Jenis pengangkutan awam di kerja lapangan. Lapangan (Objektif
kawasan kajian Melalui pemerhatian Pembelajaran 1)
saya, jenis pengangkutan awam di
Taman Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor
ialah bas dan teksi. Pengangkutan bas di
sini terdiri daripada bas henti-henti atau
bas tambang, bas persiaran, bas sekolah
dan bas ekspres. Perkhidmatan bas
sekolah penting kepada murid untuk ke
sekolah pada setiap hari persekolahan.
Perkhidmatan bas henti-henti pula
penting kepada penduduk dalam
kawasan kajian untuk ke bandar Muar
dan Melaka.

8.3 Kepentingan pengangkutan awam


Kepentingan pengangkutan awam di
Taman Tun Syed Nasir, Tanjung Agas,
Tangkak, Johor adalah seperti yang
berikut: (a) Membawa penumpang
Melalui pemerhatian saya, didapati
bahawa, pengangkutan awam di
kawasan kajian sangat penting untuk
mengangkut penumpang. Saya sendiri
menggunakan pengangkutan awam,
iaitu bas untuk ke bandar Muar dan ke
sekolah. Selain itu, saya juga
menggunakan teksi pada masa yang
sangat memerlukan. Di kawasan kajian,
terdapat ramai pekerja asing. Bas dan
teksi merupakan kenderaan utama
pekerja asing ini untuk ke bandar Muar
dan ke tempat-tempat lain. (b)
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Melalui pemerhatian saya, penggunaan
pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di
kawasan kajian. Penggunaan
pengangkutan awam seperti bas dan
teksi dapat mengurangkan bilangan
kenderaan di jalan raya. Hal ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas di kawasan kajian
yang mempunyai ramai penduduk.

8.4 Masalah pengangkutan awam di


kawasan kajian (a) Pencemaran udara
Melalui pemerhatian saya,
pengangkutan awam di kawasan kajian
telah menyebabkan pencemaran udara.
Tambahan pula, bas-bas yang
beroperasi ini menggunakan minyak
diesel sebagai bahan api. Bas-bas ini
mengeluarkan asap yang banyak.
Pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan
boleh mendatangkan penyakit. (b) Kos
bahan api meningkat Melalui temu bual
dengan Encik Zahid bin Hamdan, beliau
menyatakan bahawa, kenaikan kos
bahan api telah menyebabkan tambang
bas awam turut meningkat. Misalnya,
pada tahun 2007 tambang bas dari
Taman Tun Syed Nasir ke bandar Muar
ialah RM0.80. Pada tahun 2017,
tambang bas meningkat kepada
RM1.20 dan peningkatan ini telah
membebankan penduduk yang sering
menggunakan bas awam ini. (c)
Kemalangan Berdasarkan temu bual
dengan Encik Samsul bin Johan, beliau
bersetuju bahawa, terdapat pemandu
bas yang memandu secara berbahaya
dan tidak berhati-hati. Mereka berbuat
demikian kerana mengejar jadual
perjalanan dan berlumba-lumba untuk
mendapatkan penumpang tanpa
menghiraukan pengguna jalan raya
yang lain. Hal ini menyebabkan
kemalangan berlaku di jalan raya.

8.5Cadangan untuk mengurangkan


masalah pengangkutan awam di
kawasan kajian. (a) Menguat kuasa
undang-undang Berdasarkan temu bual
dengan Encik Samsul bin Johan, beliau
mencadangkan tindakan undang-
undang dikenakan ke atas pemandu bas
yang tidak mematuhi peraturan jalan
raya. Tindakan ini perlu untuk
mendisiplinkan pemandu bas. Selain itu,
tindakan ini dapat memberikan
pengajaran kepada pemandu bas yang
lain. (b) Kempen alam sekitar Menurut
Encik Samsul bin Johan lagi, beliau
menyatakan bahawa, kempen alam
sekitar perlu dihebahkan kepada
penduduk di kawasan kajian. Bas-bas
yang banyak mengeluarkan asap perlu
mengambil inisiatif untuk
mengurangkan kadar pelepasan asap.
(c) Menambah bilangan bas dan bas
baharu Pihak syarikat bas hendaklah
menambah bilangan bas dan
menggantikan bas-bas yang lama
dengan bas-bas yang baharu. Bas yang
boleh dibaiki pula hendaklah
diselenggara untuk keselesaan
penumpang.
Penutup Penutup kognitif Strategi: Berpusatkan pelajar
- Meminta pelajar membuat latihan 1. Meminta pelajar menjawab 1. Mendengar rumusan yang
(5 minit) pengukuhan soalan berkaitan dengan topik telah dibuat oleh guru EMK: Nilai murni (Peka)
pembelajaran yang telah berkaitan pembelajaran
Penutup sosial dipelajarai hari tersebut Pentaksiran : Latihan
- Merumus secara keseluruhan Pengukuhan
pembelajaran pada hari tersebut. 2. Merumuskan keseluruhan 2. Membuat latihan yang
Menasihati pelajar supaya menulis hasil pembelajaran topik yang diajar. telah diedarkan oleh guru
kajian menggunakan kaedah melalui link google form.
pemerhatian, kaedah soal selidik dan
kaedah rujukan.

Refleksi (ditulis setelah selesai PdPR): 23/30


Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran 2G pada Khamis,12 Ogos 2021 iaitu berjalan dengan lancar walaupun terdapat
beberapa pelajar yang tidak hadir ke kelas dan mengalami masalah internet. Pada set induksi saya telah menayangkan sebuah gambar
untuk memberi bayangan kepada pelajar mengenai tajuk pembelajaran pada hari ini. Bagi sesi PdP hari ini, saya telah memilih
pendekatan deduktif dengan strategi berpusatkan guru untuk melancarkan proses penyampaian ilmu. Untuk mengukur kefahaman
pelajar terhadap topik pembelajaran yang telah diajar, saya akan merujuk kepada rubrik kerja lapangan yang telah disediakan oleh
pihak sekolah. Kekuatan pembelajaran guru iaitu menggunakan pendekatan deduktif oleh guru semasa pembelajaran tersebut. Selain
itu, guru turut memanggil seorang pelajar untuk menjawab soalan yang diajukan untuk melihat sejauhmana kefahaman pelajar
terhadap topik pembelajaran pada hari ini. Pada akhir pembelajaran, guru telah memberi latihan pengukuhan kepada pelajar di dalam
kelas dan pelajar mampu menjawab latihan tersebut dengan cemerlang. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam sesi pembelajaran
ini iaitu terdapat beberapa pelajar yang tidak hadir ke kelas dan terlepas sesi pembelajaran mereka namun bahan pembelajarn telah
saya hantar di applikasi Group Whatsapp. Kelemahan ini akan saya jadikan ikhtibar dan akan saya perbaiki pada pengajaran akan
datang agar sesi pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan lancar dan menepati masa.

LAMPIRAN
PENTAKSIRAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1 (TUGASAN KERJA LAPANGAN)
RUBRIK PENTAKSIRAN (KERJA LAPANGAN): OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1
LATIHAN PENGUKUHAN

You might also like