You are on page 1of 7

PERTANDINGAN 3- MINUTE PDP PITCHING

SEMPENA BULAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN KPM TAHUN 2022

KATEGORI PERTANDINGAN
INDIVIDU RENDAH

TAJUK INOVASI
e-BILIK SAINS

SINOPSIS INOVASI

e-Bilik Sains merupakan satu aplikasi yang dihasilkan bagi membantu guru dan
murid menjalankan eksperimen secara maya menggunakan telefon pintar. Aplikasi
ini boleh digunakan tanpa akses kepada internet. Guru boleh menggunakan aplikasi
ini di dalam kelas. Selain itu, murid yang mempunyai telefon pintar boleh
mengunankan aplikasi di sebagai ulangkaji di rumah masing-masing.

Terdapat beberapa eksperimen yang boleh dijalankan berkaitan tajuk bayang-


bayang dengan penggunaan aplikasi e-Bilik Sains ini. Antara eksperimen ialah:-

1. Kejelasan bayang-bayang
2. Faktor perubahan saiz bayang-bayang
3. Faktor perubahan bentuk bayang-bayang

OBJEKTIF INOVASI

Antara objektif penghasilan aplikasi ini ialah:-

1. Membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan bagi topik bayang-


bayang Ketika PDPR.
2. Membantu murid menjalankan eksperimen ketika PDPR.
3. Membimbing murid menggunakan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang terlibat


1. Murid Tahun 4

LATAR BELAKANG

Ketika PDPR, murid tidak dapat menjawab soalan berpandukan nota yang diberi
berkaitan tajuk bayang-bayang. Berdasarkan DSKP Sains Tahun 4 Semakan 2017,
murid perlu menjalankan penyiasatan atau eksperimen bagi menentukan faktor
perubahan saiz dan bentuk bayang-bayang. Oleh itu, aplikasi ini membantu murid
untuk menjalankan eksperimen secara maya menggunakan telefon pintar tanpa
akses kepada internet ketika PDPR lepas.

ISU/ MASALAH YANG DITANGANI

Antara isu dan masalah yang mencetuskan idea terhadap penciptaan aplikasi ini
ialah:-

1. Murid mempunyai masalah tidak dapat menjawab soalan latihan berkaitan


konsep bayang-bayang berpandukan nota ketika PDPR
2. Murid mempunyai masalah untuk menjalankan eksperimen bagi menentukan
faktor yang mempengaruhi saiz dan bentuk bayang-bayang berdasarkan
Penjajaran Kurikulum 2.0 KSSR Semakan 2017 Sains Tahun 4
3. Terdapat murid yang mempunyai peranti tetapi tiada akses kepada internet
untuk mengikuti kelas PDPR atas talian.

Jadi dengan penciptaan aplikasi ini murid dapat menjalankan eksperimen secara
maya dan menjawab latihan berkaitan konsep bayang-bayang dengan
menggunakan telefon pinntar tanpa akses kepada internet.

Selain itu, para guru juga boleh mengunakan aplikasi ini di dalam kelas secara
bersemuka jika tiada kelengkapan untuk menjalankan eksperimen.

HURAIAN INOVASI

Pembinaan aplikasi ini menggunakan perisisan Scratch untuk pengaturcaraan.


Daripada Scratch, fail ditukarkan kepada format html dan seterusnya menjadi fail
Android Packge Kit (APK). Tiada sebarang kos yang digunakan untuk membina
aplikasi ini.
Contoh pengaturcaraan menggunakan perisian Scratch

Kemudian, guru memasang aplikasi e-Bilik Sains ke dalam peranti murid secara
bersemuka dan juga menghantar melalui Whatsapp. Murid menjalankan penyiasatan
dan eksperimen secara maya.

Memasang aplikasi ke dalam peranti murid secara bersemuka dan menggunakan


WhatsApp
Murid-murid menggunakan aplikasi e-Bilik Sains semasa PdPR

Aplikasi e-Bilik Sains


Laporan eksperimen murid

Set soalan selepas menggunakan aplikasi e-Bilik Sains


Murid Sebelum e-Bilik Selepas Peratus
Sains Kenaikan (%)
% Gred % Gred
M1 43 D 85 A 42
M2 29 E 50 C 21
M3 36 E 43 D 7
M4 43 D 71 B 28
M5 50 C 57 C 7
Min 40.2 61.2 21
Jadual 1: Analisis dapatan markah hasil kerja murid sebelum dan selepas
menggunakan aplikasi e-Bilik Sains

Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan pola peningkatan dalam kalangan setiap murid.


Markah M1 telah meningkat dari 43% kepada 85%. Markah M2 telah meningkat
daripada 29% kepada 50%. Markah M3 telah meningkat daripada 36% kepada 43%.
Markah M4 meningkat daripada 43% kepada 71% dan markah M5 telah meningkat
daripada 50% kepada 57 %.

Temu bual
Dalam fasa ini, murid telah ditemu bual bagi melihat keberkesanan aplikasi e-Bilik
Sains ini menarik minat murid.

Transkrip Temu Bual Guru : Okay bagus. Jadi agak-


Guru : Hello. agak aplikasi ni kan dapat
M1 : Sorry Cikgu, tadi tiada line. tak bantu kamu untuk
Guru : Ok Ok. Sekarang ada line menguasai konsep bayang-
dah ke? bayang.
M1 : Ada. M1 : Boleh cikgu.
Guru : Okay M1. Hari ini ada guna Guru : Ok. Jadi yang terakhir, kam
Aplikasi e-Bilik Sains? ada tak penambahbaikkan
M1 : Ada yang boleh kita buat contoh
Guru : Ok, bagus. Jadi macam macam nak jadikan aplikasi
mana? Best tak guna? tu lebih menarik ke?
M1 : Best Best. M1 : Membuat lebih banyak
Guru : Cuba M1 terangkan, apa eksperimen di aplikasi
yang best tentang aplikasi tersebut
tu? Guru : Ok, terima kasih,
M1 : Boleh cari bahan dan Selamat malam
rujukan M1 : Selamat malam cikgu.
Berdasarkan temu bual yang dijalankan, M1 menyatakan bahawa aplikasi e-Bilik
Sains dapat membantu beliau menguasai konsep bayang-bayang.

Jadual Kerja
Jadual 2: Jadual gerak kerja penggunaan aplikasi e-Bilik Sains
Bil Tarikh/Masa Butiran/Perkara Catatan

1. 14 Jun 2021 Pemerhatian semasa PdPR. Membuat refleksi


kendiri tentang
Memberi latihan kepada murid
proses PdPR yang
berkaitan konsep bayang-bayang.
dijalankan.
Mencari idea untuk
menambah baik
proses PdPR
2. 17 Jun 20221 Mula membina aplikasi e-Bilik Menggunakan
Sains perisian Scratch
3. 21 Jun -29 Jun Memasang aplikasi e-Bilik Sains
2021 ke dalam peranti murid.

Murid menggunakan aplikasi


untuk menjalankan eksperimen
dan menyiapkan laporan.

Murid menjawab set soalan


selepas menggunakan aplikasi.
4. 30 Jun 2021 Temu bual bersama murid Menggunakan
WhatsApp

Hasil penciptaan inovasi ini boleh disebarluas melalui Seminar Pendidikan,


Kolokium, Perkongsian Amalan Terbaik dan sebagainya.

You might also like