You are on page 1of 10

TINJAUAN LITERATUR

Apa itu Tinjauan Literatur?

Tinjauan literatur merupakan ringkasan atau ulasan dari artikel jurnal, buku,
prosiding dan lain dokumen yang menjelaskan makumat lepas dan terkini berkaitan
yang diperlukan bagi kajian yang dicadangkan. Proses in juga bertujuan mengenal
pasti samada sesuatu kajian yang hendak dijalankan pernah dilakukan oleh
penyelidik lain sebelum ini. Di samping itu juga, tinjauan literatur dibuat bertujuan:

1. Memperjelaskan masalah kajian


2. Melihat justifikasi masalah yang dikaji
3. Mengenal pasti kaedah kajian yang akan digunakan
4. Mengenalpasti teori atau dapatan kajian lepas
5. Membina hipotesis kajian
6. Mempelajari pengetahuan baru

Perbezaan Tinjauan Literatur Kuantitatif dengan Tinjauan


Literatur Kualitatif

Penyelidikan
Perbezaan Penyelidikan kualitatif
kuantitatif
Jumlah literatur yang Banyak dan menyeluruh Minima dan hanya sekadar yang
dirujuk di permulaan kajian diperlukan
Kegunaan literatur di awal  Hanya yang diperlukan Hanya yang diperlukan sahaja dalam
kajian sahaja dalam kajian kajian
 Menyediakan rasional
kepada kajian (i.e.
matlamat kajian dan
persoalan kajian atau
hipotesis)
Kegunaan literatur di akhir Menyokong atau menolak Menyokong atau mengubahsuai
kajian pernyataan yang telah dibuat dapatan dalam kajian literatur
dalam kajian literatur
sebelum ini

Rajah 5.1: Perbezaan antara tinjauan literatur kuantitatif dengan literatur kualitatif
Langkah-langkah dalam mengendalikan tinjauan literatur

1. Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.


2. Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan serta
pengkalan data.
3. Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk kajian.
4. Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.
5. Menulis kajian literatur.

1) Kenalpasti kata kunci yang digunakan dalam kajian.

Mulakan tinjauan literatur dengan mengenal pasti beberapa kata kunci topik
kajian. Pemilihan kata kunci perlu dibuat dengan teliti bagi memudahkan
pencarian literatur di perpustakaan atau pencarian di internet. Berikut adalah
beberapa strategi bagi mengenal pasti kata kunci yang sesuai:

a) Tuliskan tajuk-tajuk utama dalam kajian dan pilih dua atau tiga kata kunci
yang merupakan idea utama kajian.
b) Tuliskan secara umum persoalan kajian yang hendak dijawab. Pilih dua atau
tiga perkataan dalam persoalan ini yang benar-benar menjurus kepada
matlamat utama kajian.
c) Gunakan perkataan, istilah-istilah atau ayat-ayat yang telah digunakan oleh
penyelidik lain penyelidikan mereka sebagai kata kunci untuk memulakan
pencarian literatur.
d) Rujuk katalog istilah bagi mendapatkan perkataan yang sesuai dengan topik
kajian. Lawati pengkalan data seperti Education Resources Information
Center (ERIC) atau EBSCO Information Servives serta yang terdapat di kolej
atau universiti untuk mencari artikel yang sesuai.
Rajah 5.2: Laman web ERIC

e) Semak isi kandungan jurnal di rak buku dalam perpustakaan kolej atau
universiti dan lihat kata kunci tajuk pada setiap artikel.

2) Dapatkan sumber lokasi bahan literatur dengan merujuk pelbagai bahan


serta pengkalan data termasuk internet.

Setelah memperolehi istilah yang dikehendaki, proses pencarian literatur yang


sesuai boleh dimulakan.

a) Gunakan kedua-dua sumber primer dan sekunder


Kajian literatur selalunya mengandungi kedua-dua sumber primer dan
sekunder. Sumber primer literatur mengandungi kajian yang ditulis oleh
penyelidik yang melakukan sendiri penyelidikan tersebut atau yang
mencetuskan sendiri idea berkenaan. Artikel dari jurnal merupakan salah satu
contoh sumber primer. Manakala sumber sekunder literatur pula,
merupakan literatur yang merumuskan sumber utama. Ianya bukan
merupakan bahan utama dari penyelidik asal atau pencetus idea asal. Antara
sumber sekunder adalah ensklopedia, buku panduan dan ulasan jurnal.
b) Carian menggunakan pelbagai sumber literatur

Sumber Literatur Kandungan


Jurnal Rujukan utama yang baik dan terkini.
Buku Prinsip, teori, konsep dan penyelidikan lepas.
Ensklopedia Menjadi rujukan awal penyelidik yang mempunyai pengetahuan
yang terhad dalam sesuatu bidang.
Kamus dan Glossari Mengandungi banyak istilah semasa.
Buku Panduan Memberi panduan kepada penyelidik terutama buku panduan
yang membincangkan topik-topik berkaitan penyelidikan.
Pengkalan Data Mempunyai pelbagai sumber artikel jurnal yang mudah diperolehi
terutama pengkalan data elektronik seperti ERIC dan EBSCO.
Tesis atau Disertasi Laporan kajian pelajar di peringkat Sarjana dan PhD.
Prosiding Seminar Kertas kerja berdasarkan kajian yang dibentangkan di seminar.
Sumber Internet Artikel terkini yang boleh menjadi rujukan awal penyelidik.

Rajah 5.3: Sumber literatur

3) Mengumpul dan menilai secara kritikal bahan literatur yang dipilih untuk
kajian.

Setiap literatur yang telah dikenal pasti, tidak semestinya datang dari sumber
yang baik dan sesuai dengan penyelidikan yang hendak dibuat. Oleh itu
penyelidik perlu melihat kembali kesesuaian kajian literatur yang telah diperolehi.

a) Adakah sumber baik dan tepat?


Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan literatur adalah
i) Dapat sumber dari artikel jurnal yang telah diterbitkan terutama yang
mempunyai sidang editor dan dinilai secara kritikal sebelum boleh
diterbitkan.
ii) Pilih sumber mengikut keutamaan bermula dengan artikel jurnal berwasit
(refereed journal), artikel jurnal yang tidak berwasit (nonrefereed journal)
buku, disertasi dan tesis dan kertas persidangan.
iii) Mengabungkan sumber dari kajian kualitatif dan kuantitatif.
b) Adakah sumber sesuai?
Berikut adalah kriteria yang perlu diambilkira semasa memilih literatur untuk
digunakan:
i) Topik ada kaitan atau sama dengan cadangan penyelidikan yang hendak
dibuat.
ii) Sampel kajian dan lokasi kajian relevan.
iii) Masalah dan persoalan kajian relevan.
iv) Capaian yang relevan.

4) Membuat ringkaskan atau nota ringkas literatur yang telah dikenal pasti.

Proses ini melibatkan membuat salinan, memuat turun, pengumpulan serta


membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas, dan membentuk
pemetaan literatur.

a) Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan


Selepas mengenal pasti sumber literatur samada buku, jurnal serta lain-lain
dokumen, proses berikut adalah melibatkan kerja-kerja membuat salinan atau
mencetak bahan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik. Meletakkan bahan
ke dalam fail mengikut abjad merupakan salah satu kaedah mudah bagi
mengurus maklumat atau bahan. Selain dari itu, bahan tersebut juga boleh
dikumpulkan mengikut topik, kata kunci atau sumber diperolehi bagi
memudahkan pencarian kelak.

b) Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas


Semasa proses membaca sumber literatur, penyelidik akan membuat nota
ringkas serta rumusan bertujuan mengenal pasti idea penting yang di
tampilkan dalam bahan atau artikel tersebut. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian adalah (a) persoalan kajian yang dikemukakan, (b) pengumpulan
data, dan (c) dapatan penyelidikan.
c) Membentuk pemetaan literatur
Semasa proses membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas,
penyelidik akan mula memahami kandungan tinjauan literatur dan seterusnya
boleh melihat gambaran konseptual yang akan membantu dalam membentuk
pemetaan literatur. Pemetaan literatur adalah gambarajah atau lukisan yang
menunjukkan perkaitan kandungan literatur yang telah dikenal pasti dengan
topik-topik penyelidikan.

Rajah 5.4: Pemetaan literatur diadaptasi daripada http://m-gordon.blogspot.com


/2012/02/literature-map.html.

5) Menulis tinjauan literatur.

Penulisan tinjauan literatur meliputi penulisan rujukan literatur serta format


penulisan yang sesuai.
a) Penulisan rujukan
Mengikut The Publication Manual ofThe American Psychological Association
edisi ke 6 (APA 6th), terdapat 3 cara dalam penulisan rujukan iaitu; (i) rujukan
di penghujung teks, (ii) rujukan di dalam teks, dan (iii) judul.

i) Rujukan di penghujung teks


Merupakan senarai rujukan yang digunakan dalam penyelidikan. Contoh
penulisan rujukan mengikut format APA.
 Jurnal
Pena-Shaff, J., Altman, W., & Stephenson, H. (2005). Asynchronous online
discussions as tool for learning: Students’ attitudes, expectation,
and perceptions. Journal of Interactive Learning Research,
16(4).409-430.

 Kertas persidangan
Wangpipatwong, S. (2008). Student perception and intention to use e-
learning: A full online course perspective. In K. McFerrin et al. (Eds),
Proceeding of Society for Information Technology & Teacher
Education International Conference 2008, 791-797.

 Buku
th
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations (5 ed.). New York: Free
Press.

ii) Rujukan di dalam teks


Merupakan cara penulisan rujukan yang ringkas serta member
penghormatan kepada penulis asal.
 Merujuk kepada seorang penulis
Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap
peranan mereka....

 Merujuk kepada beberapa orang penulis


Mohd Izham, Saiful, dan Rusnah (2007) telah menjalankan kajian untuk
melihat kesan atau hubungan kepimpinan teknologi dengan pentadbiran
sekolah....
 Merujuk kepada beberapa sumber oleh penulis yang berbeza
Kajian tahap kesediaan guru (Siti Salbiah, 2010;Nor Hafiza Azne, 2010;
Akma Nurashikin et al., 2011;Shamsuddin, 2011) mendapati....

iii) Judul
Dalam penulisan literatur, jumlah judul serta subjudul penting dalam
membantu pembaca memahami sesuatu penyelidikan. Manakala
pemeringkatan judul pula bergantung kepada jumlah judul dan subjudul
dalam sesuatu tinjauan literatur. Kebanyakan penulisan tinjauan literatur
hanya mempunyai dua atau tiga judul.

Rajah 5.5: Contoh aras judul pertama, kedua dan ketiga mengikut format APA 6th.

b) Format penulisan
Semasa menulis tinjauan literatur, terdapat beberapa elemen tambahan yang
perlu diberi perhatian: keluasan tinjauan, jenis tinjauan, dan rumusan
pernyataan tinjauan literatur.
i) Keluasan tinjauan literatur
Sebenarnya tidak ada jawapan yang khusus tentang jumlah bilangan
perkataan bagi sesuatu tinjauan literatur. Namun apa yang penting ialah
tinjauan literatur tersebut hendaklah meliputi keseluruhan rangka kerja
penyelidikan dan juga isu yang dibangkitkan dalam permasalahan
penyelidikan.

ii) Jenis tinjauan literatur


Terdapat dua jenis model yang digunakan dalam tinjauan literatur iaitu
bertema di mana penyelidik akan menulis secara ringkas bahan bacaan
yang berkaitan berdasarkan tema yang telah dikenal pasti dalam tinjauan
literatur yang telah dibuat seperti contoh di bawah:

Sikap guru adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi penerimaan
teknologi. Davis (1989) dan Mc Donald (2004) mendapati bahawa penerimaan guru
dipengaruhi oleh aspek, sejauh mana kepercayaan mereka terhadap kelebihan
teknologi itu melebihi daripada teknologi yang sedia ada, keserasian dengan
amalan-amalan biasa, kebergunaanya dan mudah. Manakala Becker dan Watt
(1996) mendapati bahawa guru sukar mengubah gaya PdP dan ianya disokong oleh
Arbaat (2008), yang mendapati guru tidak berani mengambil risiko, takut untuk
mencuba inovasi.

Manakala mengikut kajian demi kajian penulisan tinjauan literatur akan


memperincikan setiap kajian yang telah dikumpul mengikut tema yang
telah disusun dan diringkaskan mengikut subtopik seperti contoh di
bawah:
Kajian Noraini (2012) mendapati kekerapan Guru Perpustakaan Media (GPM)
menggunakan bahan video daripada EduwebTV sebagai bahan untuk set induksi,
pengembangan pembelajaran, penilaian dan aktiviti pengayaan adalah pada
tahap rendah. Ini di sebabkan GPM tidak kreatif dalam memilih, menyunting dan
membina semula bahan pengajaran daripada bahan-bahan sedia ada dalam
EduwebTV. Kajian beliau juga mendapati 72.4% daripada GPM yang dikaji,
kurang berpengetahuan untuk mengubahsuai bahan sumber daripada Internet
mengikut kreativiti sendiri. Manakala kajian oleh Sulaiman dan Azizah (2008)
juga mendapati bahawa bahan sahaja tidak dapat menentukan kejayaan
penggunaanya…

iii) Rumusan pernyataan tinjauan literatur


Dalam tinjauan literatur, rumusan hendaklah berfokus kepada kesimpulan
idea utama yang telah dikenalpasti, dibincangkan dan dirujuk. Sekiranya
perbincangan dalam tinjauan literatur telah dibuat berdasarkan tema-tema
yang telah dikenal pasti, maka rumusan setiap tema perlulah dibuat.

You might also like