You are on page 1of 1

Pengalaman Belajar Kanak-kanak

Sejak dilahirkan, kanak-kanak berkembang melalui proses mengalami sesuatu. Kanakkanak belajar berjalan, berlari, melompat, bertutur, berkawan dan bersosial melalui pengalaman sendiri. Kanak-kanak menghadapi kegagalan ` jatuh bangun" sebelum berjaya. Proses belajar melalui pengalaman langsung ini merupakan cara semulajadi manusia belajar. Pembelajaran dalam bentuk pengalaman langsung sesungguhnya ialah bentuk pembelajaran yang paling berkesan. Sebenarnya pelbagai perkara dipelajari oleh kanakkanak melalui sesuatu aktiviti yang dilaluinya. John Holt dalam bukunya How Children Learn (1995), telah menyenaraikan prinsip-prinsip berikut dalam pembelajaran semula jadi kanak-kanak : Kanak-kanak secara semula jadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya. Kanak-kanak mengetahui dengan sendirinya cara hendak belajar sesuatu. Kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir. Kanak-kanak tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan. Kanak-kanak menghayati nilai-nilai intrinsik dalam perkara yang dipelajari oleh mereka. Kanak-kanak belajar paling baik tentang hubungan dengan orang lain melalui interaksi dengan pelbagai peringkat usia. Kanak-kanak belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk bersama keluarga. Tekanan akan mengganggu pembelajaran kanak-kanak.

You might also like