You are on page 1of 5

https://www.bharian.com.

my/berita/kes/2019/04/557328/kes-dera-kanak-
kanak-meningkat-sedikit

Kes dera kanak-kanak meningkat sedikit

Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

mohdazam@nstp.com.my

Kongsi artikel

ShareKUALA LUMPUR: Jenayah keganasan rumah tangga di negara ini mencatatkan penurunan
apabila 5,421 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 5,513 kes pada 2017.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata
jumlah mangsa membabitkan wanita turut menurun daripada 4,026 kes pada 2017
kepada 3,947 kes pada 2018.

Bagaimanapun, beliau berkata, berlaku sedikit peningkatan membabitkan kes


penderaan kanak-kanak iaitu daripada 429 kes pada 2017 kepada 456 kes tahun lalu.

“Kuala Lumpur menjadi negeri kedua tertinggi dengan jumlah kes 62 kes tahun lalu
berbanding 56 kes yang dicatatkan 2017,” katanya berucap pada majlis perasmian
Seminar Hentikan Keganasan Kanak-Kanak di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim; Pengarah
Eksekutif (Pembangunan Sosio-ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff dan
Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur, Bok Siew Mun.

Abdul Hamid berkata, penurunan terhadap kes keganasan rumah tangga itu susulan
peningkatan kesedaran dalam kalangan orang ramai.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan penurunan kes disebabkan faktor kes tidak
dilaporkan kerana malu, dihalang berbuat demikian atau kurangnya hak pengetahuan
untuk mendapat perlindungan.

“Bagi memastikan isu keganasan itu dapat ditangani dan mangsa mendapat
pembelaan sewajarnya, peranan masyarakat sebagai penyalur maklumat kepada pihak
berkuasa dialu-alukan.

“Malah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
turut menjalinkan kerjasama dengan pengendali Facebook serta Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selain program bersama
agensi kerajaan seperti DBKL, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO),” katanya.

Menurut Abdul Hamid, menerusi kerjasama dengan Facebook, PDRM sudah


menubuhkan sistem National Urgent Response (NUR) Alert yang bertindak terhadap
kes kehilangan kanak-kanak.

Katanya, menerusi KPWKM pula, PDRM menubuhkan Talian Kasih 15999 bagi
membantu mangsa atau pihak ketiga terhadap sebarang kes keganasan rumah tangga.

“Malah dengan kerjasama NGO serta agensi kerajaan lain, PDRM turut menjalankan
pelbagai kempen kesedaran serta pencegahan jenayah kepada orang ramai serta
kumpulan sasaran.

“Harapan saya inisiatif dilaksanakan ini dapat menyampaikan mesej termasuk kepada
mangsa keganasan bahawa mereka tidak keseorangan dan pelbagai pihak sentiasa
memberi sokongan serta bantuan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/532939/mangsa-didera-
sejak-2-tahun-lalu

Rabu, 20 Februari 2019 | 2:11pm

Mangsa didera sejak 2 tahun lalu

Oleh Mohamed Farid Noh

farid_noh@bh.com.my

Kongsi artikel

JOHOR BAHRU: Dua tahun menderita sebelum seorang kanak-kanak lelaki berusia
12 tahun yang dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri sehingga mengalami
kecederaan teruk diselamatkan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais,
berkata maklumat itu diperoleh hasil siasatan pihaknya selepas menahan kedua-dua
suspek di rumah mereka di Pangsapuri Desa Melayu, Taman Bayu Puteri, di sini.
“Bertindak daripada laporan yang diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan
ibu mangsa yang juga warga asing berusia 38 tahun serta bapa tirinya lelaki tempatan
berusia 29 tahun.

“Siasatan terhadap pasangan itu dan soal siasat dijalankan di kawasan itu mendapati
penderaan terhadap kanak-kanak itu sudah berlaku sejak dua tahun lalu,” katanya
dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, mangsa kini sedang menjalani pemeriksaan dan rawatan di


sebuah hospital di negeri ini.

Katanya, polis menerima aduan berkaitan kes dera kanak-kanak lelaki itu pada jam
11.33 pagi semalam.

“Siasatan mendapati suspek lelaki itu adalah pemandu bas di Singapura dan pernah
menjadi Sukarelawan Polis di Balai Polis Puchong Jaya, manakala isterinya seorang
peniaga makanan atas talian,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
(KAJ) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-
Kanak 2001 kerana mendera.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan itu boleh
menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS di talian 07-2218999.

Gambar seorang kanak-kanak dipercayai mangsa dera menjadi viral sejak petang
semalam, dengan keadaan belakang badannya terdapat kesan luka yang teruk selain
dipenuhi parut lama.

Kanak-kanak itu dipercayai didera dan dipukul dengan menggunakan wayar periuk
nasi oleh kedua-dua suspek.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/02/533018/dera-guna-wayar-
rotan-penyangkut-baju

Rabu, 20 Februari 2019 | 4:55pm


窗体顶端

窗体底端
Dera guna wayar, rotan, penyangkut
baju
Oleh Mohamed Farid Noh

farid_noh@bh.com.my

Kongsi artikel

Share

Tweet

JOHOR BAHRU: Wayar mikrofon, rotan dan penyangkut baju dipercayai diguna
pasangan suami isteri untuk mendera anak mereka berusia 12 tahun sejak dua tahun
lalu.

Tubuh kanak-kanak lelaki yang kelahirannya tidak didaftarkan itu dipenuhi parut
termasuk pada muka, selain luka baharu yang agak teruk pada belakang badannya
dipercayai akibat penderaan oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Nasib mangsa akhirnya mendapat pembelaan apabila jiran di Pangsapuri Desa


Melayu, Taman Bayu Puteri, di sini, menyedari perbuatan penjaga kanak-kanak itu
sebelum membuat laporan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais,
berkata pihaknya menahan ibu mangsa yang juga warga Indonesia berusia 38 tahun
serta bapa tirinya, lelaki tempatan berusia 29 tahun di rumah mereka jam 1 tengah
hari semalam.

“Kita berjaya menyelamatkan mangsa selain dua adik tirinya iaitu seorang kanak-
kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia tiga dan satu tahun di rumah itu.

“Mangsa segera dihantar untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di sebuah hospital
di negeri ini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku mendera mangsa sejak
dua tahun lalu dan antara yang dirampas di rumah itu adalah wayar mikrofon, rotan
dan penyangkut baju yang dipercayai digunakan pasangan itu.

“Siasatan mendapati suspek lelaki adalah pemandu bas di Singapura dan pernah
menjadi Sukarelawan Polis di Balai Polis Puchong Jaya, manakala isterinya seorang
peniaga makanan atas talian,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
(KAJ) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-
Kanak 2001 kerana mendera.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan itu boleh
menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS di talian 07-2218999.

Gambar mangsa dengan keadaan tubuhnya terdapat kesan luka yang teruk selain
dipenuhi parut lama menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam.

Kanak-kanak itu dikatakan didera dan dipukul dengan pelbagai objek oleh kedua-dua
suspek, sebelum kecederaan dialaminya disedari jiran yang kemudian menghubungi
polis

You might also like