You are on page 1of 2

Tugasan Projek Tingkatan 4 SPM 2015 | Titik

Mula Kerja Kursus Prinsip Perakaunan


Posted on July 24, 2014 by Cikgu Tim No Comments
Hi, saya Cikgu Tim, seorang guru Prinsip Perakaunan dari Sabah.
Blog Kerja Kursus Prinsip Perakaunan yang sedang anda lihat sekarang
merupakan blog pertama di Malaysia yang membimbing dan mengajar pelajar-
pelajar Prinsip Perakaunan menghasilkan folio tugasan projek yang bertahap A+.
Pada bulan April dan Mei 2014 yang lalu, cikgu telahpun menghasilkan satu siri
bimbingan atas talian berkenaan tugasan projek tingkatan 5 SPM 2014.
Semenjak siri ini dilancarkan, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan
daripada pelajar dan juga rakan guru; sehinggakan cikgu terpaksa upgrade pakej
website ini untuk menampung jumlah kunjungan yang bertambah dengan banyak.
Ribuan terima kasih dirakamkan atas sokongan terhadap blog ini!!
Kini, cikgu akan memulakan siri baru, iaitu bimbingan Tugasan Projek Prinsip
Perakaunan Tingkatan 4 SPM 2015. Cikgu akan memberikan bimbingan dari
segi penggunaan Microsoft Excel, Microsoft Word dan juga penggunaan ICT
dalam perakaunan, dari A Z. Seperti siri yang lepas, semua maklumat dan tips
yang bakal cikgu kongsikan adalah kaw dan solid, semuanya sangat berguna
dan sangat membantu dalam menyiapkan folio. Tak percaya? Cuba klik Senarai
Post lama dan klik pada mana-mana post untuk melihatnya dengan mata sendiri.
Tadi cikgu melihat portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sudah ada
soalan kerja kursus Prinsip Perakaunan tingkatan 4. Di bawah, pelajar bolehlah
muat turun Soalan Tugasan Projek dan Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek.
Sekiranya sekolah tidak mencetak dan mengedarkan soalan tugasan projek ini,
maka adik perlulah memuat turun dan mencetak untuk memudahkan kerja
semasa membuat folio nanti.
Bermula pada post berikutnya dalam siri ini, cikgu akan mengkongsikan
maklumat / teknik / cara / kemahiran / tips / bahan / apa-apa saja yang
membantu dan memudahkan penyediaan folio ini. Nantikannya.

Tugasan Projek Tingkatan 4 SPM 2015 |
Memahami Kehendak Soalan
Sebelum kita meneruskan blog post ini, pelajar-pelajar perlu memastikan bahawa
kertas soalan tugasan projek telahpun dimuat turun dan dicetak. Kertas soalan
boleh juga diminta daripada guru Prinsip Perakaunan masing-masing.
Jika diteliti kertas soalan tugasan projek, calon sebenanya dikehendaki untuk
menyediakan satu set akaun yang lengkap. Arahan ini sebenarnya adalah
sangat tidak jelas. Seringkali calon berasa bingung dan keliru; mereka tidak tahu
apa yang perlu dibuat dan tidak tahu bermula dari mana.
Boleh dikatakan, jika guru tidak memberikan bimbingan kepada calon, pastinya
calon tidak dapat melengkapkan folio tugasan projek yang baik dan lengkap.
Berikut merupakan penerangan Cikgu Tim mengenai soalan tugasan projek
Prinsip Perakaunan tingkatan 4 SPM 2015, sila berikan perhatian penuh dan
catatlah apa-apa isi penting pada kertas soalan yang bakal cikgu kongsikan
dalam video di bawah.
Jadi, demikianlah sedikit penerangan daripada Cikgu Tim. Semoga pelajar akan
terus mengikuti siri tutorial tugasan projek ini.
Blog post berikutnya akan cikgu bombing cara menyediakan pengenalan bagi
folio tugsan projek. Dalam blog post itu juga, cikgu akan highlight tips-tips untuk
mencapai skor A bagi bahagian Pengenalan ini. Nantikannya

Tugasan Projek Tingkatan 4 SPM 2015 |
Pengenalan Bagi Folio Tugasan Projek
Hi, bertemu kembali di sini, Blog Kerja Kursus Prinsip Perakaunan pertama di
Malaysia!!
Dalam blog post hari ini, Cikgu Tim ingin mengkongsikan cara menyediakan
Pengenalan untuk folio Tugasan Projek dengan Microsoft Word 2010. Selain itu,
Cikgu Tim juga memberikan tips untuk menghasilkan Pengenalan yang baik dan
membantu anda mendapat skor A.
Daripada video di atas, kita dapati sebenarnya bukanlah sukar untuk
menyediakan Pengenalan untuk folio Tugsan Projek kita. Apapun, yang paling
penting, pastikan sebab-sebab dan alasan-alasan yang kita berikan munasabah
dan logik.
Sekiranya pelajar tidak pasti penganalan yang dibuat itu betul atau tidak,
bolehlah berjumpa dengan guru akaun masing-masing, ataupun contact dengan
Cikgu Tim di cikgutim@hotmail.com.

You might also like