You are on page 1of 12

BAB 6: PETA TOPOGRAFI

Terdapat 5 jenis simbol dalam


peta,iaitu simbol titik, simbol
garisan, simbol kawasan, simbol
bergambar dan simbol perkataan.
1.simbol titik mewakili ciri fizikal
dan juga ciri budaya yang mungkin
berbentuk titik, bulatan kecil atau
segi empat yang biasa ditanda
dengan warna hitam. Jika berwarna
biru adalah berkaitan dengan air
seperti empangan dan tangki air.
-Simbol titik termasuk simbol
masjid,gereja, kuil atau lokasi
melombong minyak.-simbol titik
juga digunakan untuk tapak
arkeologi,perkuburan, tanda tinggi
dan stesen trigonometri.
2.simbol garisan digunakan untuk
menanda ciri ciri yang memanjang
dalam peta seperti jalan
raya,sempadan,talian elektrik,
sungai dan terusan.
3.simbol kawasan digunakan untuk
menanda ciri kawasan yang luas
seperti sawah padi,ladang,
hutan,paya,tasik dan bandar.
4.simbol bergambar digunakan
apabila simbol lain tidak sesuai
digunakan dan perlu dilukis dengan
simbol bergambar seperti jeti,batu
bonjol,kuari dan sebagainya.
5.simbol perkataan digunakan
untuk ciri fizikal dan ciri budaya
dalam bentuk singkatan perkataan
contoh A-alur, BP balai polis,
Disp.-dipensari(klinik) dan lain lain
lagi.
Pandang darat fizikal
(semulajadi)
-ialah pandang darat bagi ciri ciri
fizikal yang kita boleh nampak
pada peta topografi dengan
merujuk petunjuk pada peta.
-ciri fizikal yang ada antaranya
bentuk muka bumi sama ada tanah
tinggi,tanah beralun atau tanah
pamah.
-ciri fizikal berkaitan saliran seperti
adanya sungai, tasik,paya atau
kawasan pantai.kawasan bersaliran
buruk ialah kawasan yang
mempunyai paya.
-kawasan pandang darat tanah
tinggi boleh dilihat berdasarkan
titik tanda tinggi, garisan
kontur,nama bukit dan stesen
trigonometri.
-bagi kawasan pantai terdapat
muara sungai,pantai
berpasir,tebing tinggi,teluk,tanjung
dan pulau.
-saliran terdiri daripada
tasik,sungai dan paya boleh
diketahui pola salirannya.pada
peringkat hulu(permulaan sungai)
alirannya berliku-liku,mempunyai
jeram dan air terjun serta
mempunyai banyak cawangan
yang pendek.#15/2/17
-sungai peringkat tengah pula
sungai kurang berliku dan semakin
lebar.pada peringkat hilir pula
terdapat likuan terpenggal,tasik
ladam dan beting lumpur di muara
sungai.
-tumbuhan semulajadi seperti
rimba,belukar,rumput dan hutan
paya ditandakan warna hijau pada
peta topo. Jika kawasan ditandakan
sebagai hutan simpan,maka tidak
dibenarkan aktiviti penerokaan
dijalankan disitu. Kegunaan
kawasan hutan seperti menjadi
habitat flora dan fauna, kawasan
tadahan hujan, mencegah hakisan
tanah.
CIRI PANDANG DARAT
BUDAYA(manusia buat)
-petempatan digambarkan dengan
simbol segi empat berwarna hitam.
Pola petempatan berpusat terdapat
apabila bangunan dibina rapat
rapat satu sama lain dan
mengelilingi satu pusat. Contohnya
mengelilingi simpang jalan, masjid,
sekolah.
-pola berjajar terbentuk apabila
bangunan dibina dalam barisan
seperti sepanjang jalan raya, jalan
keretapi, sepanjang pantai atau
sungai.
-pola berselerak terbentuk apabila
bangunan dibina jauh jauh satu
sama lain.biasa terdapat di kebun
kecil,sawah padi.
-petempatan terancang ialah
petempatan yang dibina oleh
kerajaan secara teratur seperti
bandar baru,taman perumahan dan
kawasan felda
SALING KAITAN PANDANG DARAT
FIZIKAL DAN CIRI BUDAYA
Tanah pamah-sesuai untuk
pertanian dan pelbagai kegiatan
ekonomi.tempat membina jaringan
pengangkutan dan tapak bina
bandar.
-lembah sungai sesuai untuk
kawasan pertanian,perikanan dan
akuakultur,sawah padi.jika
kawasan berpaya tidak sesuai
untuk tanaman tetapi boleh
dijadikan kolam ikan air tawar atau
dimajukan sebagai tempat
reakreasi.
-tanah tinggi sesuai untuk tapak
hidroelektrik,tanaman hawa
sederhana dan pelancongan.
-tanah beralun digunakan untuk
tanaman getah dan kelapa
sawit,kawasan petempatan dan
jaringan pengangkutan.
-fungsi pekan atau bandar mesti
ditulis PUSAT iaitu pusat
pentadbiran jika mempunyai
pejabat kerajaan, pusat pendidikan
jika mempunyai sekolah atau
universiti/kolej, pusat perniagaan
jika mempunyai kedai,pusat
perkhidmatan bank,pusat
pengangkutan jika terdapat
jaringan jalan,pusat pengumpulan
hasil pertanian jika tempat itu
dikelilingi ladang sawit atau getah.
KEMAHIRAN PETA
1. Tanaman kontan dalam peta:
kelapa sawit @ getah sahaja.
2. Faktor mempengaruhi tanaman
kontan/getah/kelapa sawit
-tanah beralun (jangan tulis tanah
yang subur)
-terdapat kemudahan pengangkutan
-terdapat bekalan tenaga buruh
-terdapat kemudahan
pengairan/sungai
3.soalan tanya fungsi bandar (mesti ada
pusat)
-pusat pentadbiran(ada pejabat kerajaan)
-pusat petempatan(ada rumah)
-pusat kesihatan(ada klinik) -pusat
perkhidmatan(ada pejabat)
-pusat pengangkutan(ada jalan) -pusat
pendidikan(ada sekolah)
4.bukti sungai berada di peringkat hilir
-sungai berliku liku -saiz sungai yang
lebar
-terdapat paya
-mengalir dikawasan tanah pamah/tiada
garisan kontur
#tamat :
Latihan peta topo siri 2280/2/2001(tov
2017)
1.a.nyatakan ciri budaya yang terdapat
dalam segi empat grid 68-69/34-35
b.berikan rujukan grid bagi ciri budaya
tersebut
2.nyatakan bearing stesen trigonometri
bukit beruk RG664383 dari titik tanda
tinggi bukit belimbing RG694391=>
254`/255`/256`
3.a.nyatakan 4 fungsi petempatan dalam
segi empat grid 62-64/39-41
i. ii. Iii. Iv.
b.nyatakan 3 faktor yang menggalakkan
pembinaan lapangan terbang dalam segi
empat grid di atas
i. ii. Iii.
4.pada pendapat anda apakah kesan
terhadap alam sekitar jika kawasan segi
empat grid 67-68/30-31 dimajukan
sebagai kawasan industri
5.a.apakah 2 tanaman utama dalam peta
i. ii.
5b. nyatakan 3 faktor yang
menggalakkan tanaman diatas
i. Ii. Iii.

You might also like