You are on page 1of 3

ULASAN DAN KRITIKAN JOURNAL

JOURNAL OF NUTRITION & METABOLISM


TAJUK: CAFFEINE AND CREATINE USE IN SPORT
Artikel journal ini telah ditulis oleh Dr Mark A.Tarnopolsky membincangkan tentang
penggunaan caffeine dan creatine dalam sukan. Caffeine dan creatine dikatakan mampu
membantu meningkatkan prestasi atlet ketika dalam bersukan, adalah menjadi perkara biasa
caffeine dan creatine digunakan secara meluas dalam sukan. Tambahan lagi, caffeine dan
creatine tidak termasuk dalam kesalahan doping dan ini sudah tentunya memberi ruang seluasluasnya kepada atlet untuk menggunakan bahan ini sebagai bahan pemangkin yang mereka
percaya boleh meningkatkan prestasi mereka.
Caffeine telah digunakan oleh manusia sejak berdekad lalu atas sebab tindakbalasnya
yang mampu meningkatkan tahap kepekaan manusia. Caffeine diekstrak daripada biji kopi dan
daun the. Caffeine juga dimakan sebagai coklat yang dihasilakan daripada biji koko. Caffeine
dikatakan memberi kesan ergogenik kepada atlet secara terus kepada otot rangka juga kepada
otak dan saraf tunjang. Kesan ergogenik caffeine adalah lebih kepada aktiviti melibatkan daya
tahan(endurance exercise) sebagai contoh biathlon.
Sungguhpun begitu, terdapat juga kesan-kesan sampingan pengambilan caffeine.
Penemuan awal mendapati pengambilan caffeine yang berlebihan mampu menyumbang kepada
penyakit kardiovarskular dan juga beberapa jenis kanser. Namun begitu, kajian-kajian terbaru
mendapati bahawa tiada kesan dari segi kesihatan melalui pengambilan caffeine yang berlebihan
mahupun

pengambilan

terancang.

Walaubagaimanapun,

pengambilan

caffeine

dapat

menyumbang kepada kesan-kesan ergolytic seperti gemuruh. Selain itu pengembilan caffeine

juga mampu menyumbang kepada kesan-kesan diuretic namun hanya terkesan hanya pada waktu
rehat. Kesan-kesan lain termasuklah peningkatan kadar denyutan nadi dan peredaran darah.
Seterusnya perbincangan tertumpu kepada penggunaan creatine sebagai pemangkin
dalam sukan. Creatine boleh didapati dalam daging dan ikan dan juga daripada proses sintesis
acid amino dalam hati dan buah pinggang. Sepertimana caffeine, creatine juga dipercayai mampu
menjadi pemangkin kepada prestasi sukan dalam kalangan atlet. Creatine mampu memangkin
sukan berintensiti tinggi (burst sport) seperti acara pecut. Sungguhpun begitu, pengambilan
creatine secara berlebihan sepertimana caffeine mampu memberikan kesan yang akan
memudaratkan atlet itu sendiri. Creatine sekiranya diambil secara berlebihan mampu
menyebabkan sakit dan ketidakselesaan pada perut.
Journal ini secara amnya banyak memberikan penjelasan kepada umum mengenai
kebaikan serta kesan pengambilan caffeine dan creatine dalam sukan. Pengarang juga
menyarankan agar semua atlet mencuba dahulu penggunaan caffeine dan creatine sebelum
pertandingan, seperti dalam latihan agar tidak mendatangkan sebarang masalah pada hari
kejadian sebenar. Selain itu, turut ditekankan supaya atlet sentiasa menyemak senarai bahan
larangan dariapada WADA agar mereka sentiasa selari dengan peraturan dan syarat
pertandingan.

Secara kesimpulannya, pengambilan caffeine dan creatine ada mendatangkan kesan baik.
Namun begitu ianya juga turut datang dengan kesan buruk sekiranya terlebih-lebih dalam
pengambilan bahan-bahan tersebut. Setiap atlet haruslah mempertimbangkan supaya mereka
membuat keputusan yang relevan terhadap bahan yang mereka ambil serta dalam kadar dos
yang betul untuk mengelakkan kesan yang tidak baik sepertimana yang diketahui kedua-duanya
caffeine dan creatine juga datang dengan kesan yang tidak baik tersebut.
Caffeine telah terbukti dapat membantu atlet dalam aktiviti sukan melibatkan daya tahan
manakala creatine pula menjadi pemangkin bagi jenis sukan berintensiti tinggi. Selain itu journal
ini juga secara amnya telah menjawab beberapa salah faham dalam kalangan masyarakat serta
pengamal sukan mengenai pengambilan suplemen creatine. Sebagai contoh creatine dikatakan
merosakkan hati sekiranya dikonsumsi. Walaubagaimanapun kajian mendapati perkara tersebut
adalah tidak benar sama sekali.
Kesimpulannya, jurnal ini banyak member informasi kepada penggiat sukan serta
menyelesaikan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta pengamal sukan.

You might also like