You are on page 1of 5

GARIS PANDUAN MENGHADAPI BANJIR

SEKOLAH YANG DILANDA BANJIR:


1. Langkah-langkah awal sekolah:
1.1 Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah (SPI Bil. 9/2009 ) untuk

menyediakan perancangan serta mengatur strategi menghadapi bencana.


1.2 Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan menghadapi banjir
semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru dan staf sokongan.
1.3 Mendapatkan maklumat terkini tentang ramalan kaji cuaca dan banjir melalui siaran radio,
televisyen, akhbar dan laman web Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di alamat
http//www.kjc.gov.my
1.4 Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat (terutamanya jika
sekolah yang memang kerap atau mudah dilanda banjir)
1.5 Memastikan bilik menyimpan buku teks ditempatkan di tingkat atas (sekiranya sekolah
berkenaan mempunyai bangunan Iebih dari satu tingkat)
1.6 Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor telefon
jabatan-jabatan atau individu-individu yang perlu dihubungi sekiranya berlaku kecemasan atau
banjir
1.7 Menyediakan aIat-alat kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau banjir
berlaku:
a. Loud hailer
b. Portable radio
c. Lampu suluh kalis air
d. Tali
1.8 Memastikan stok bekalan makanan kering berlebihan disediakan dan disimpan di tempat
yang tinggi serta selamat (bagi sekolah yang mempunyai asrama) untuk mengelakkkan
bekalan makanan murid tidak putus sementara menunggu bantuan dari luar
1.9 Memastikan bot dan jaket keselamatan (bagi sekolah-sekolah yang terletak berhampiran
sungai) berfungsi dan sedia digunakan pada bila-bila masa. Jaket keselamatan boleh dipinjam
dari Pusat Kokurikulum yang berdekatan
1.10 Mengingatkan pengawal keselamatan, guru-guru dan warden asrama supaya bertindak
mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Jawatankuasa Bencana Sekolah
2 TINDAKAN SEKOLAH-SEKOLAH SEMASA BANJIR:
2.1. Memaklumkan dengan segera kepada jabatan-jabatan (JPN, PPD, Polis, Bomba, dll) serta
individu (PIBG dan ibu bapa) seperti yang tersenarai dalan Jawatankuasa Bencana Sekolah
untuk mendapatkan bantuan
2.2 Memindahkan guru, murid dan staf sokongan ke tempat yang Iebih selamat apabila banjir
dijangka akan mencapai paras bahaya atau apabila diarah berpindah oleh Jawatankuasa
Bencana (Banjir) peringkat bahagian, negeri atau daerah
2.3 Meminta bantuan penduduk kampung atau taman perumahan setempat untuk
memindahkan harta benda sekolah dengan segera
2.4 Memutuskan bekalan elektrik di premis yang dilanda banjir untuk mengelakkan bahaya litar
pintas
2.5 Mengatur supaya guru-guru yang kawasan perumahan mereka dilanda banjir agar dapat
bertugas di sekolah yang berhampiran dengan kediaman rnereka (sekiranya terdapat sekolah
yang tidak terlibat dengan banjir)
2.6 Mengurus supaya murid-murid yang ternpat kediaman mereka tidak dilanda banjir agar
dapat ditumpangkan belajar di sekolah-sekolah berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir
sehingga banjir surut
2.7 Menghubungi pihak JPN / PPD untuk mendapatkan panduan dan tindakan yang perlu
diambil oleh sekolah
2.8 Pastikan keselamatan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan sekolah jika premis
sekolah tidak ditenggelami oleh banjir sepenuhnya

3. TINDAKAN SEKOLAH SETELAH BANJIR SURUT:


3.1 Mengaturkan supaya diadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang
melibatkan guru-guru, staf sokongan, PIBG, penduduk setempat dan jabatan-jabatan
berkaitan
3.2 Menghubungi dan memaklumkan bencana tersebut kepada agensi kerajaan berkaitan
3.3 Memanggil juruteknik bertauliah dari Jabatan Kerja Raya untuk meneliti tahap keselamatan
pendawaian bangunan yang ditenggelami banjir sebelum digunakan
3.4 Menyenaraikan jumIah kerosakan aIat / perabot (kerusi, meja, almari, dll) untuk direkod
bagi tujuan pelupusan
3.5 Mengadakan gotong-royong bersama PIBG untuk membaiki kerusi meja dan peralatan
yang tidak mengalami kerosakan teruk
3.6 Mengenal pasti dan menyenaraikan murid-murid yang memerlukan bantuan kewangan ,
buku teks, peralatan sekolah, pakaian dan keperluan sekolah yang lain dan perlu dimaklumkan
ke JPN / PPD untuk mendapat bantuan tersebut
3.7 Mengaturkan pinjaman buku teks dari sekolan yang tidak terlibat dengan banjir dalam
daerah yang berkenaan ( sekiranya ada lebihan stok)
3.8 Memakiumkan senarai terkini jenis dan jumlah buku teks yang diperlukan kepada JPN dan
PPD. Pihak sekolah boleh membuat pesanan terus kepada penerbit (rujuk katalog yang telah
dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks, KPM)
3.9 Mengaturkan peminjaman peralatan (kerusi, meja dll ) dari sekolah yang tidak terlibat banjir
dalam daerah yang berkenaan (sekiranya ada lebihan stok)
3.10 Memaklumkan senarai terkini jenis dan jumlah peralatan, kerusi, meja, almari dan lain-Iain
yang diperlukan oleh sekolah kepada PPD dan JPN. Pesanan ini perlu dibuat dengan
SEGERA
3.11 MemakIumkan kepada semua guru, staf sokongan, PIBG dan ibu bapa tentang tarikh
sekolah akan beroperasi semula
3.12 Memaklumkan kepada murid-murid yang kediaman mereka dilanda banjir bahawa mereka
boleh datang ke sekolan menggunakan pakaian biasa sekiranya pakaian mereka telah musnah
semasa banjir
3.13 Menggalakkan murrd-mund yang kediaman mereka tidak teriibat dengan banjir / telah
pulih dari dilanda banjir untuk datang ke sekolah
1.3.14 Menjemput Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk
rnenjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid sekolah
3.15 Menyegerakan urusan pemberian bantuan-bantuan kewangan (KWAP) kepada murid-
murid Tahun 2–Tahun 6. Mengaturkan pemilihan segera murid-murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
yang layak untuk menerima Bantuan
3.16 Menyegerakan pengagihan biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada murid-murid
3.17 Mengaturkan pungutan derma kilat (berbentuk wang ringgit, pakaian terpakai, pakaian
seragam sekolah atau peralatan sekolah) dengan kerjasama PIBG. Pungutan hendaklah
dibuat dalam kalangan guru, staf sokongan dan ibu bapa setempat yang tidak terlibat dengan
bencana banjir. Derma yang berupa wang hendaklah dimasukkan dalam akaun PIBG dengan
rnenyediakan satu Iajur khas untuknya. Pengagihan derma dan sumbangan yang diperoleh
hendaklah diagihkan segera kepada murid-murid, guru-guru dan staf sokongan yang
memerlukan
3.18 Menyediakan laporan terperinci untuk dihantar ke PPD dan JPN
SEKOLAH YANG MENJADI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR:

Tindakan Sekolah Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir Sebelum Banjir Melanda Kawasan

Berkaitan:

1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih dan terkawal setiap masa
2. Memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas serta
peralatan yang berkaitan dengannya dalam keadaan baik.
3. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PPD sekiranya sekolah dicadangkan untuk
menjadi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir
4. Mengenal pasti premis yang boleh dibenarkan untuk digunakan sekiranya penernpatan
mangsa banjir dilaksanakan. Keutamaan untuk penempatan mangsa adalah dlcadangkan di
dewan sekolah, biIik-biIik darjah, kantin dan asrama. Cuba elakkan penggunaan pejabat
sekolah, biIik guru, makmal, perpustakaan, bengkel-bengkel serta stor sukan untuk tujuan
tersebut
5. Sediakan tong sampah yang secukupnya untuk kegunaan premis-premis yang telah dikenal
pasti tadi
6. Memaklumkan perkara ini kepada semua guru, staf sokongan, murid-murid dan PIBG.

TINDAKAN SEKOLAH-SEKOLAH PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR


SEMASA BANJIR MELANDA KAWASAN BERKAITAN:

1. Memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jawatankuasa Bantuan Banjir Peringkat Daerah


untuk menempatkan mangsa banjir di sekolah
2. Meminjamkan tllam asrama (jika diperlukan)
3. Merekodkan segala peralatan sekolah yang dipinjamkan untuk tujuan audit
4. Menyediakan tempat penyediaan hidangan makanan di kantin (jika diperlukan)
5. Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa sekiranya premis yang digunakan tidak
menggunakan bilik darjah murid. Sekiranya bilik darjah digunakan sebahagiannya untuk
menempatkan mangsa banjir, murid-murid bolehlah ditempatkan dengan berkongsi kelas atau
sekolah perlu menetapkan kelas secara bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah. Keutamaan
diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan iaitu darjah 6, tingkatan 3, 5, dan 6
6. Mengenal pasti murid-murid dalam kalangan mangsa banjir yang boleh ditumpangkan belajar
di sekolah berkenaan serta mengaturkan urusan dan keperluan persekoahannya
7. Membuka kelas sesi petang untuk menumpangkan murid dan guru bagi sekolah yang
berhampiran yang dilanda banjir
8. Jika murid diminta bercuti kerana premis digunakan sepenuhnya, pastikan hari persekolahan
tersebut digantikan sebanyak mana cuti telah dibuat pada hari Sabtu yang ditetapkan. Pastikan
PIBG, ibu bapa dan murid dimaklumkan tentang perubahan tersebut
9. Memastikan guru, kaunseIor dan guru bimbingan dapat membantu memberikan khidmat
nasihat kepada mangsa banjir yang ditempatkan di sekolah
10. Menugaskan guru-guru secara bergilir-gilir untuk membantu Jawatankuasa Bencana Peringkat
Daerah menjalankan tugas
11. Memastikan keadaan sekolah adalah dalam keadaan yang terkawal keselamatannya oleh
pengawal keselamatan sekolah
12. Melaporkan kepada Bilik Gerakan Banjir PPD atau JPN dari semasa ke semasa tentang status
dan keadaan terkini pengurusan penempatan mangsa banjir di sekolah

TINDAKAN SEKOLAH-SEKOLAH PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR


SELEPAS BANJIR MELANDA KAWASAN BERKAITAN:

1. Mengadakan kerja gotong-royong membersihkan kawasan dan premis yang digunakan


sebagai pusat penempatan sementara mangsa banjir dengan kerjasama guru-guru, staf
sokongan, murid-murid, PIBG dan masyarakat setempat
2. Mengenal pasti dan melaporkan kerosakan peralatan di premis kepada PPD dan JPN
3. Menyediakan Iaporan terperinci untuk PPD dan JPN

SEKOLAH YANG MENUMPANGKAN MURID-MURID DARI SEKOLAH YANG BANJIR:

1. Membuat hebahan tentang cadangan sekolah untuk menumpangkan murid murid dari
sekolah yang dilanda banjir.
2. Menerima murid-murid dan guru-guru yang menumpang tanpa syarat.
3. Menyediakan senarai kehadiran murid-murid dan guru-guru.
4. Murid-murid hendaklah ditumpang mengikut tahap kelas ataupun tingkatan.
5. Melaporkan status terkini kepada PPD dan JPN.

You might also like