You are on page 1of 3

PEMBENTUKAN LADAM KUDA

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).


Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.

Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri
yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli,
memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia
merupakan istiadat yang membezakan Pandu Puteri dengan pasukan beruniform yang
lain.

Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:

Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)


Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.

Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk
membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.
Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat
(Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)
Kapten memberikan arahan selanjutnya:
Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri,
rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.
Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang Pembaca Doa
1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat
Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu
Puteri Renjer.
Sekian, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Pasukan anda =)

You might also like