You are on page 1of 2

3M-Novel(5)2022

(1). Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan 3 konflik yang dihadapi oleh
watak utama dan cara watak tersebut menyelesaikannya.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Konflik
bermaksud masalah yang dihadapi dalam novel tersebut.

Antara watak utama dalam novel tersebut ialah Farid. Antara konflik yang dihadapi
oleh Farid ialah konflik tentang pengurusan syarikat keluarganya walaupun Farid
tidak berpengalaman dalam pengurusan syarikat. Seseorang yang tidak
berpengalaman dalam apa-apa sahaja akan mencari individu lain-lain yang
berpengalaman untuk nasihat. Contohnya, Farid yang tidak berpengalaman dalam
pengurusan syarikat menerima nasihat dan bantuan Mokhsein yang berpengalaman
dalam dunia perniagaan.

Selanjutnya, konflik tentang masalah kewangan dalam syarikat juga terdapat dalam
novel tersebut. Seseorang yang telah mengalami masalah akan bertindak secara
rasional dan membincang dengan individu lain untuk mendapat cara penyelesaian.
Sebagai contoh, Farid berbincang masalah kewangan syarikat dengan Hajah Zaoyah
serta Lofti dan Hajah Zaoyah bercadang untuk menggadaikan barang kemas milik nya
dan emas untuk membantu anaknya, iaitu Farid untuk menyelesaikan masalah
kewangan.

Akhirnya, Farid juga mengalami konflik kebakaran di bengkel batik baharu syarikat
Farid. Seseorang yang mengalami kebakaran akan sewajarnya bertindak rasional dan
cepat untuk memadamkan api. Contohnya, Farid bertindak secara rasional semasa
kebakaran dan menyerahkan tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan
Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk
memutuskan bekalan elektrik.

Demikianlah sahaja konflik-konflik yang terdapat dalam novel tersebut.

(10 markah)

Seseorang yang penyayang sanggup berkorban untuk kebaikan orang yang


disayanginya.
(2). Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , huraikan pernyataan tersebut dengan
mengemukakan 3 contoh peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran di atas.

Novel yang telah saya kaji ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Antara
pengajaran yang terdapat dalam novel ialah kita haruslah menjadi seorang penyayang
dan sanggup berkorban untuk kebaikan orang yang disayanginya.
Antara contoh peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran di atas ialah peristiwa
ibu Farid, iaitu Hajah Zaoyah sanggup berkorban untuk membantu Farid
menyelesaikan masalah kewangan syarikat. Seseorang yang penyayang akan
sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk membantu orang yang disayanginya.
Contohnya, Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang kemas miliknya dan emas
untuk menyelesaikan masalah kewangan di syarikat anaknya.

Seterusnya, peristiwa Mokhsein yang sanggup berkorban masanya untuk mengajar


Farid tentang cara pengurusan syarikat untuk membalas jasa ayah Farid. Seseorang
yang berpengalaman akan sanggup mengajar ilmu pengetahuan kepada individu yang
lain untuk membalas jasa terhadap bantuan orang lain. Contohnya, Mokhsein yang
berpengalaman dalam dunia perniagaan sanggup berkorban masanya untuk mengajar
Farid untuk menguruskan syarikat.

Akhirnya, salah satu peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran di atas ialah
`peristiwa Zuraida yang sanggup berkorban untuk menjaga kebajikan keluarganya.
Seseorang yang sanggup berkorban untuk menjaga kebajikan orang yang
disayanginya akan mudah untuk mencapai kejayaan. Contohnya, Zuraida membantu
ibunya untuk mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA dan bersikap sabar dan
gigih dalam perniagaan.

Demikianlah sahaja contoh peristiwa dalam novel tersebut.

(10 markah)

You might also like