You are on page 1of 8

 

Novel Hempasan Ombak : Sinopsis (Novel Tingkatan 3)


Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan Syarikat
Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid
terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19 tahun. Haji Badrul
mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan
mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi pula lumpuh
kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda untuk bergerak.Farhan
menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi telah meninggal dunia
sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah  dan Hisham adik Farid baru berusia 15
tahun dan 12 tahun.

Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam
bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi
masalah kewangan.  Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik
keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak memberangsangkan. Syarikat
tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.Dia telah berkhidmat sejak
syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan  tugas pentadbiran dan
kewangan.
Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah
tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau
ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang
dalam pasaran batik.Tiba-tiba  fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset
syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah
juga sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah demi menyelamatkan syarikat itu.
Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga
memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil alih
syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan
memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh
daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea
Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien yang


merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi
Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar
menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat.
Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka
kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia
sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan
citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan
Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah.
Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke
kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering berubah-ubah
mengikut peredaran masa.  Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi membangunkan
semula Syarikat Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak
rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik
Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan
mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu seseorang
bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan,
peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi
latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid
telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi
majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan seni reka fabrik
UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai pengajar corak batik moden
di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea dan melatih pekerja
Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan Zuraida berasa
cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan
tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan
cemburu Zuraidah pudar dan hubungan mereka lebih akrab.

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu.
Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang
dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada pesaing yang marah dan tidak
berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali kepunyaan  Mukhtar bapa saudara Zuraida
merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan
perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya
membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai
Zuraidah sekiranya dia tidak mahu memulangkanbatik tersebut  kepada Farid. Zuraidah
akur dengan permintaan bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak
memberi bantuan setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid
supaya menghentikan operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid
menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah
menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak polis.  Farid berdegil dan mahu
menyelesaikan sendiri.

Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk
membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila  Mahmood tiba di bangsal
moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmoud bertambah marah
dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru
pulang cuba meredakan suasana dengan melayan Mahmoud dengan baik tetapi gagal.
Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud masih berdiri dan tidak mahu
pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan
Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud mencekik
leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang
memegang canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud
supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja
Farid tidak berjaya memberkas Mahmoud.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid tetapi
Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar telah
mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat Farid. Pada
waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal
batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan cepat dan menjilat bangsal itu
hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan dengan Hartini dan
pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati.  Siasatan pihak bomba
mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah
memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah
siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara
selama 3 tahun.

Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid
bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari
Singapura  dan Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu
dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri
perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein
menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat Batik
Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah
padam  menikmati pemandangan di luar kereta.
TEMA:
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

PERSOALAN:
1) Cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik
milik keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.


Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat
Batik Nusantara.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.


Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup
menggadai tanah dan barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan
warisan arwah suaminya. Farid juga sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih
syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan
dalam menguruskan syarikat tersebut.

4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.


Contohnya:Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan
semula Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi
kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan pengedar dari Singapura dan
Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga Farid.
5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid
menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan
kemahiran pengurusan dan pentadbiran syarikat.

6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.


Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan
syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.


Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk
memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.
TEMA :
Tema novel ialah kegigihan remaja dalam usaha untuk memajukan syarikat. Apabila
Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid yang baru berusia 19
tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik Nusantara. Ketika Farid menerima
tanggungjawab tersebut, aliran tunai syarikat dalam keadaan mencemaskan. Untuk
mengatasi masalah tersebut, ibunya Hajah Zaoyah terpaksa menggadai tanah dan
barang kemas. Seterusnya Farid belajar ilmu perniagaan menerusi bekas pekerja
ayahnya, Mokhsein. Bengkel baharu dibina dan batik corak moden dikeluarkan.
Kedudukan syarikat kembali stabil. Namun, kemajuan syarikatnya tidak disenangi oleh
Mukhtar. Atas arahan Mukhtar, samseng telah membakar bengkel Farid. Farid reda
atas ketentuan Allah SWT dan berazam mahu membangunkan semula syarikat dengan
mendirikan semula bengkel baharu.

PERSOALAN :
1. Persoalan jatuh bangun dunia perniagaan

 contohnya Farid yang menguruskan perniagaan Syarikat Batik Nusantara


mengalami kesulitan menguruskan syarikat tersebut kerana aliran perbelanjaan
yang tidak lancar, sedangkan sebelum ini syarikatnya maju dan terkenal terutama di
Kuala Terengganu.

2. Persoalan kehidupan yang bersederhana walaupun mempunyai wang dan kedudukan

 contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam menjalani kehidupan


walaupun dia menduduki jawatan sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik
Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin
berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot lama peninggalan arwah
ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih
untuk makan di warung biasa, bukan di hotel.

3. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak dan warisan keluarga

 contohnya Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya. Disebabkan anak-


anaknya yang lain ada masalah; Lotfi sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda
kerana lumpuh dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam kemalangan
jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat kemalangan jalan raya; dan
Hanisyah (15 tahun) serta Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka
tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara diserahkan kepada Farid.
Farid pula tidak membantah cadangan tersebut.

4. Persoalan sikap manusia yang suka membantu orang lain tanpa mengharapkan
balasan

 contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan Haji Badrul lebih 10 tahun berasa
terhutang budi kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah bersikap murah
hati membantu Farid memajukan Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi
menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu
syarikatnya kukuh kembali.

5. Persoalan kecerdikan seseorang menggunakan akal ketika menghadapi saat-saat


mencemaskan

 contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat sahaja setelah berusaha
memadamkan kemaraan api dengan menggunakan pemadam api kerana
memikirkan banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab
memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga
Nasional yang datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba,
Farid mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral
pekerjanya terjejas.

Watak Utama: Farid


o Farid berusia 19 tahun dan bertubuh sederhana.
o Bertanggungjawab menerajui Syarikat Batik Nusantara.
o Bersikap sederhana.
o Penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik.
o Bersikap rasional dalam mengambil tindakan.
o Mengamalkan semangat bermasyarakat.
o Rajin berusaha untuk memajukan syarikat.
o Taat pada ajaran agama.
o Berani dalam membuat tindakan.
o Bersifat tabah dan penyabar.

Seorang yang rajin.


Contoh: Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya menyiapkan batik
walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang
yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein dan Zuraida.
Watak Sampingan
Mokhsein

o Bertubuh gelap, berwajah bulat dan tampan.

o Pemilik Syarikat Nadi Zaman.

o Mengenang budi.

o Baik hati dan berhemah tinggi.

o Bijak dalam menyusun strategi pemasaran perniagaan.

Hajah Zaoyah

o Hajah Zaoyah berusia 56 tahun dan balu kepada Allahyarham Haji Badrul, pemilik Syarikat Batik
Nusantara.

o Dia mempunyai enam orang anak.

o Seorang ibu yang penyayang.

o Seorang yang gigih dalam mengharungi cabaran dan masalah dalam perniagaan.

o Seorang yang berani menanggung risiko dalam menguruskan perniagaan.

o Seorang ibu yang sanggup berkorban untuk memajukan perniagaan.

o Seorang yang bijak dan rasional dalam membuat tindakan.

Zuraida

o Zuraida berusia 19 tahun dan merupakan rakan sekelas Farid dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman.

o Dia berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh tahun lalu dengan dibantu
oleh adik-adiknya.

o Seorang yang gigih dalam perniagaan.

o Seorang yang mudah cemburu.

o Seorang yang berpandangan jauh dalam mencorak masa depan.


Seorang yang gigih berusaha
Buktinya, Zuraida seorang peniaga gigih mengusahakan gerainya, lebih-lebih lagi
ibunya telah melepaskan gerai tersebut sepenuhnya kepada Zuraida setelah dia tamat
SPM.

Seorang yang berfikiran jauh


Zuraida memiliki banyak pandangan yang bernas untuk membolehkan Farid
mengembangkan perusahaan batiknya.

Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan


Farid berasa kagum terhadap Zuraida apabila mengetahui bahawa Zuraida sebenarnya
sedang menuntut ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM, semester 1.

You might also like