You are on page 1of 21

Sinopsis SBDKL

BAB 1

Pada pukul 11.30 malam semalamnya Datuk Tan menerimapanggilan telefon daripada Encik
Muhammad. Encik Muhammadingin menemuinya untuk membincangkan kontrak pembekalan
ladahitam ke Jerman. Oleh itu, keesokan paginya Datuk Tan pergi kepejabat Encik Muhammad.
Pada ketika itu Encik Muhammad masihbelum sampai di pejabatnya. Mahani telah mempersilakan
Datuk Tanmasuk dan mempelawa Datuk Tan minum kopi tetapi ditolaknyapelawaan itu
dengan baik kerana Datuk Tan telah bersarapan dirumahnya. Datuk Tan menunggu Encik
Muhammad di dalam bilikEncik Muhammad. Sambil menunggu ketibaan Encik
MuhammadDatuk Tan memerhatikan keadaan sekeliling bilik Encik Muhammad.Setelah Encik
Muhammad sampai, mereka mula berbincang dankeputusan telah Berjaya dicapai. Datuk Tan
kemudian meninggalkanpejabat Encik Muhammad. Setelah Datuk Tan beredar, Encik
Muhammad memanggilMahani ke biliknya. Mahani muncul dengan senyum simpul
sambilmembawa buku nota trengkas dan pensel. Mahani mencatat segalaarahan yang diberikan
oleh Encik Muhammad. Antaranya beliaumeminta Mahani menghubungkan beliau dangan
Pengerusi SyarikatFrankfurt Import-eksport di Frankfurt melalui telek hari ini juga.Arahan
kedua ialah beliau meminta Mahani memberitahu semuapegawai dan kakitangan bahawa
mereka semua dijemput hadir kejamuan makan tengah hari di Paddock. Kemudian dia
menyuruh Mahani menghubungkan beliau dengan Tuan Von Braun iaitu ejen Syarikat Jerman itu.
Sebelum meninggalkan pejabat Encik Muhammad, Mahani ditegur oleh Encik Muhammad
kerana memanggil beliau dengan panggilan ‘tuan’ sedangkan beliau meminta Mahani
memanggilnya dengan panggilan ‘pak cik’. Mahani akur dengan permintaan Encik Muhammad itu
demi menjaga perhubungannya dengan Encik Muhammad, iaitu orang yang menganggapnya
seperti anaknya sendiri.

BAB 2

Datuk Tan tidak sabar menunggu saat kejayaannya yang terbaru bersama Encik Muhammad. Beliau
yakin dengan kebolehan Encik Muhammad kerana beliau mewarisi kebolehan Orang kaya Indera
Datuk Irdis bin Muhammad Saman, anak Orang kaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendara
Muda iaitu orang besar wilayah yang pertama berkongsi dengan tauke Cina melombong bijih. Begitu
juga dengan Datuk Irdis yang dilantik menggantikan ayahnya menjadi orangkaya wilayah tersebut dan
pewaris keluarga tersebut iaitu Encik Muhammad yang menubuhkan Syarikat dagangnya sendiri
sebagai anak syarikat kepada Syarikat Tan Enterprise. Pada 23 November kelak Datuk Tan bercadang
mengadap sultan pada hari puja umur baginda dana ingin mencadangkan supaya Encik Muhammad
dilantik menyandang gelaran Orangkaya Wilayah Sungai Tualang yang masih kosong itu. Beliau turut
berfikir dan mencuba memohon perkenan Baginda untuk melantik Encik Muhammad menyandang
gelaran tersebut. Beliau juga ingin mencari jalan yang sesuai bagi menyingkirkan Penghulu Mahmud.
Lamunan Datuk Tan diganggu oleh Datin Tan dan mereka kemudian berbincang tentang hasrat untuk
bercuti dan memancing di Jeram Medang. Datin Tan bangun pada tengah hari. Datuk Tan pula telah
pergi ke pejabat pada awal pagi. Datin Tan berasa keseorangan dan terkenangkan anak-anaknya iaitu
Lily yang tinggal di asrama Universiti Malaya dan Robert yang sedang menuntut di London dalam
Jurusan Kejuruteraan Lombong. Datin Tan kemudiannya berfikir-fikir hendak membawa anak
gadisnya itu bercuti ke Pekan Tualang namun dirasakannya mustahil kerana Datuk Tan sudah tentu
tidak akan tertarik kepada agama Kristian walaupun setelah tinggal selama tiga tahun di Barat.

BAB 3

Sewaktu Cik Puan Tipah sibuk menguruskan orkid di kebunnya, Ali telah memberikannya sepucuk
surat yang diambil dari peti surat di rumahnya itu. Surat itu adalah daripada Jahid iaitu anak lelaki
Penghulu Mahmud. Jahid menjadi pengganti ayahnya dalam mengambil tahu hal ehwal keluarga di
kampung. Isi kandungan surat tersebut menyatakan tentang pendapat pegawai pertanian daerah
bahawa tanah mereka di Jeram Medang sesuai untuk tanaman orkid namun memerlukan belanja
yang besar kerana ditumbuhi lalang. Cik Puan Tipah bercadang menanam orkid jenis-jenis ‘vanda’
yang bunganya boleh dijual di pasaran dengan mudah. Cik Puan Tipah turut bercadang melantik
Jahid sebagai pengurus disebabkan pengalamannya menjadi pengelola ladang getah Datuk Tan. Cik
Puan Tipah kemudiannya terkenangkan anaknya Rahim kerana kerap menulis surat dari London
tentang kemerosotan moral di seluruh dunia oleh manusia pada zaman kini yang telah menurunkan
darjat mereka, menjadi hamba kepada kekayaan, hawa nafsu, dan kemewahan termasuklah ayahnya
sendiri iaitu Encik Muhammad. Suaminya turut tidak memahami cara anaknya itu berfikir. Cik Puan
Tipah dapat merasakan perubahan dalam diri Rahim setelah lama belajar di London. Lamunan Cik
Tipah terganggu oleh suara Rohana iaitu anaknya yang baru pulang dari sekolah. Selepas beberapa
ketika, Mahani datang dengan tujuan membincangkan tentang percutian mereka ke Jeram Madang
di Pekan Tualang.

BAB 4
Bab ini menceritakan tentang kelahiran Syarifah Mahani iaitu pada 5 Oktober 1959. Pada masa yang
sama ibu kandungannya, Syarifah Naimah meninggal dunia. Tan Sri Syed Aris kemudian telah
berkahwin dengan Syarifah Mu’inah iaitu adik kepada Syarifah Naimah atas nasihat walidnya, Tuan
Syeikh Syed Salim Al-Makky. Pada hari tersebut, 5 Oktober 1980, Mahani telah menyambut hari
jadinya yang ke-21 di samping merayakan ulang tahun perkahwinan yang ke-20 antara Syed Aris
dengan Syarifah Mu’inah. Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana perkahwinan mereka diberkati Allah
s.w.t dan mendapat restu daripada walidnya. Tan Sri Syed Aris dan Syarifah Mu’inah kemudiannya
terkenangkan peristiwa pada awal perkahwinan mereka. Syarifah Mu’inah berasa janggal kerana
berkahwin dengan suami kakaknya sendiri tetapi kemudian perasaan itu luput dengan sendiri. Beliau
juga bertanggungjawab memelihara anak saudaranya, Mahani sebagai anaknya sendiri. Situasi yang
sama turut dirasai Tan Sri Syed Aris pada ketika itu, beliau juga pada mulanya tidak bersetuju dengan
perintah orang tuanya itu. Hal ini demikan kerana beliau tidak dapat merasa lain daripada perasaan
adik beradik terhadap Syarifah Mu’inah. Namun, akhirnya beliau bersetuju dan hidup bahagia
dengan Syarifah Mu’inah dan perkahwinan mereka kekal hingga dua puluh tahun lamanya. Syarifah
Mu’inah menceritakan hubungan Mahani dan Jahid serta mencadangkan keduanya dijodohkan.
Tambahan pula ibu Jahid sangat berkenan dengan Mahani. Tan Sri Syed Aris pula lebih
mementingkan pangkat dan darjat. Hal ini dapat dilihat apabila Tan Sri Syed Aris lebih berkenan
menjalinkan hubungan dengan keluarga Encik Muhammad. Begitu juga Mahani yang menjadi serba
salah kerana dia telah bekawan dengan Rahim sejak di bangku sekolah lagi. Namun begitu, hubungan
mereka mula renggang semenjak Rahim melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama
Jahid telah muncul dalam hidupnya.

BAB 5

Pekan Tualang telah Bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Sultan yang akan melawat
kampung itu sempena Hari Keputeraanya selama 2 hari. Penghulu Mahmud sebelumnya ingin
menjual sebahagian daripada tanah pusakanya dengan Kerjasama Tauke Chan dan Yang Berhormat
Muhammad Yusuf. Fikirannya berubah apabila anaknya sendiri iaitu Jahid dan Jamilah menentangnya
untuk menjual tanah pusaka tersebut. Penghulu Mahmud kagum akan sikap anak-anaknya dengan
mempertahankan tanah pusaka tersebut walaupun mereka tidak bersekolah tinggi. Penghulu
Mahmud berasa sesal terhadap Yang Berhormat Muhammad Yusof yang seolah-olah
mempengaruhinya untuk menjual harta orang Melayu untuk kegunaan peribadinya. Namun, dia
lebih menyesali sikapnya yang mudah dipengaruhi oleh wang dan kekayaan lalu melupakan gelaran
Orang Kaya Indera daripada Sultan. Encik Muhammad datang ke rumah abangnya untuk mengatakan
hasrat isterinya membuka ladang orkid.Penghulu Mahmud berasa terkilan kerana kawasan itulah
yang telah dibincangkan brsama Tauke Chan & Yang Berhormat Muhamad Yusuf untuk
membangunkan kawasan rumah murah.Encik Muhammad bertemu dengan seorang kawan lamanya
yang menceritakan kepadanya tentang masyarkat kampung yang masih lagi hidup lama kemiskinan.
Kampung tersebut jauh ketinggalan daripada pembangunan dan kemudahan asas.

BAB 6

Sudin iaitu seorang broker dan wakil kepada Yang Berhormat Muhammaf Yusuf Bersama
pemandunya, Sarip meninjau-ninjau kawasan milik tanah milik keluarga Penghulu Mahmud. Sudin
ingin berjumpa dengan Ali yang sedang melakukan pembersihan tanah untuk membuka ladang orkid
yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah. Sebelum pulang ke rest house Sudin dan Sarip berhenti
rehat di Jeram Medang, dia lalu mendapat tahu bahawa tanah milik Penghulu Mahmud terlalu luas
sehingga dapat menampung kewujudan perkampungan kecil di kampung itu bagi penduduk yang
tidak mempunyai tanah. Sudin mempunyai tugas penting yang diarahkan oleh Yang Berhormat
Muhammad Yusuf untuk menjalankan satu projek Pembangunan untuk mendirikan rumah murah
bagi penduduk kampung khasnya kepada mereka yang menumpang di tanah milik Penghulu
Mahmud.

BAB 7

Pertemuan sudin dan sarip dengan Yang Berhormat Muhd.Yusuf adalah untuk melaporkan maklumat
yang diperoleh semasa mereka ke Jeram Medang Yang Berhormat Muhd.Yusuf tidak berpuas hati
bahawa tanah di Jerem Medang itu akan digunakan untuk tanaman orkid yang akan diusahakan oleh
Cik Puan Tipah.Sudin berhasrat untuk mendapatkan pertolongan daripada Yang Berhormat
Muhd.Yusuf untuk melunaskan hutang-hutang nya yang banyak. Yang Berhormat Muhd.Yusuf
mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek perumahan supaya dapat menentukan kelangsugan
politiknya dalam pilihanraya.Namun begitu, dia berasa gusar kerana usaha tanaman orkid itu akan
menjadi penghalang kepada projek perumahan tersebut.

BAB 8

Pertemuan Encik Muhammad dengan Yang Berhormat Muhd.Yusuf telah menyelesaikan dilema dan
perasaan buruk sangka selama ini. Mereka mempunyai niat yang berbeza dalam hal pembangunan
tanah di daerah Tualang tetapi mempunyai persamaan dalam membangunkan kawasan tersebut.
Yang Berhormat Muhd.Yusuf menerangkan kepada Encik Muhammad keinginannya memajukan
penduduk di Wilayah Tualang. Tauke Chan ingin memberi kerjasama mendirikan rumah – rumah
murah tersebut dengan syarat dibenarkan membina rumah teres dua tingkat untuk orang – orang
cina yang menyewa di Pekan Tualang.Encik Muhammad ingin mencari kepastian tentang sangkaan
Penghulu Mahmud terhadap niat jahat Yang Berhormat Muhd.Yusuf membangunkan Wilayah
Tualang.Pada hakikatnya, Yang Berhormat Muhd.Yusuf mengambil kesempatan atas kesetiaan Tauke
Chan membiayai projek perumahan tersebut.

BAB 9

Minyak wangi yang dipakai oleh Mahani mengingatkan En. Muhammad kepada anaknya Ana. En.
Muhammad bertanyakan Mahani kenapa surat Rahim ada di atas mejanya. Mahani memberitahu
surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani
tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun
membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian
kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

BAB 10

Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya
dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat.
Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di
hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia
mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu.
Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang mencintainya.

BAB 11

Sudin pulang ke kampung asalnya setelah 15 tahun kerana kecewa dengan kekasihnya, Gayah yang
telah berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya tidak berani melamar Gayah setelah mengetahui
sifat aslinya. Sudin singgah ke kedai Pak Salim sambil bertanya apakah kesalahannya, hinggakan
ayahnya terlalu marah terhadapnya dan orang kampungnya juga seakan-akan menjauhkan diri
daripadanya. Sudin kecewa dengan keadaan tersebut dan berhasrat untuk berpindah semula ke
Kuala Lumpur.

BAB 12

Setelah Sudin pulang ibunya, Mak minah hanya menyambutnya dengan dingin kerana Mak minah
sedang memasak. Sementara menunggu makanan tengahari, Sudin dan ibunya bersama-sama
memakan roti canai yang telah dibeli oleh Sudin. Ayahnya Imam Saad akan balik selepas Zohor.
Sambil makan, Sudin bertanya kepada ibunya tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya
dengan pertanyaan Sudin kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi. Sudin amat
terkejut apabila mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi menyebab Gayah lari dari
kampung. Kini, dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya begitu marah terhadapnya.

BAB 13

Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana terlibat dalam satu
kemalangan pukul curi. Sudin mengetahui bahawa kemalangan yang dialaminya adalah angkara Mat
Akil dan kawan-kawannya yang menjadi samseng di Kampung Pulai. Mereka berguru dengan
Pendekar Omar iaitu seorang guru silat dari Kedah yang telah membuka gelanggang persilatan di
Kuala. Pendekar Omar selalu mencabar orang-orang yang dijumpainya terutamanya orang-orang
yang bergiat dalam Persatuan Pemuda. Sudin juga mengesyaki bahawa Mat Akil yang telah
memfitnahnya, kononnya dia telah melarikan Gayah kerana dia tahu Mat Akil juga menaruh hati
pada Gayah. Ini terbukti apabila setiap kali Gayah berada di Pekan Tualang atau Pekan Kuala, Mat
Akil dan kawan-kawannya juga ada di situ. Namun begitu, Sudin tidak mahu melaporkan kejadian
kemalangan tersebut kepada polis kerana dia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Sudin juga hairan,
apabila Yang Berhormat Muhd. Yusuf bersama Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke
Chan. Tauke Chan telah bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan
rancangannya menghasut penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud supaya
memberontak meminta hak milik. Dia juga hampir berjaya memujuk Tuk Penghulu Mahmud supaya
menjualkan tanahnya di Jeram Medang kepada Tauke Chan. Namun, kehadiran Jahid bersama Yang
Berhormat Muhd. Yusuf menimbulkan perasaan was-was pada Sudin tentang rancangan mereka
dahulu Bersama Tauke Chan. Walau bgaimanapun, Sudin sedar mungkin Yang Berhormat Muhd.
Yusuf telah dipujuk oleh Encik Muhammad melalui Jahid. Sudin mengandaikannya kerana dia tahu
sikap Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang bijak mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri dan
politiknya sahaja.

BAB 14

En.Muhammad Bin Idris melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat tahajjud memohon
petunjuk dan hidayat, taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dia juga cuba membuang prasangka buruk
terhadap En.Tan yang tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan Lombong tersebut.
Berdasarkan pelan perusahaan Lombong yang akan di usahakannya itu melibatkan satu kawasan
yang luas iaitu sepanjang Sungai Tualang. Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk juga Kampung
Pulai yang mengandungi kira-kira 150 buah rumah, sedikit sawah, dan kebun getah. Akan tetapi, dia
mengalami dilema tersepit antara rasa kemanusiaan dan prinsip untuk menjayakan rancangannya.
Bagi memastikan kejayaan perusahaan lombong tersebut, dia terpaksa mencari jalan supaya dapat
membeli beberapa kawasan tanah penduduk kampung dan bagaimana memujuk penduduk
kampung agar berpindah ke rancangan FELDA yang di usahakan oleh Yang Berhormat Muhd. Yusuf.
Akhirnya, dia mendapat satu jalan iaitu dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai.
Pengisytiharaan pelantikan abangnya, Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang Kaya
Indera oleh Duli Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di Kampung Pulai akan menjadi satu
penghormatan dan kemegahan kepada penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk untuk
berpindah.

BAB 15

Mat Akil pergi ke Kuala Lumpur menggunakan bas.Mat Akil pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari
Gayah. Jika Mat Akil ingin berjumpa Gayah, Mat Akil mesti mengetahui keberadaan Kasim. Kawan
sekampungnya yang merupakan sepupu Gayah.Pada waktu dahulu,Kasim dan Mat Akil bekerja
sebagai tukang jaga kereta. Mat Akil pun pergi ke tempat yang sering dia dan Kasim pergi untuk jaga
kereta iaitu ke Wisma Yakin.Di sana, Mat Akil tidak menjumpai Kasim lalu bertanya kepada seorang
atendan pemungut sewa letak kereta yang bernama Ali. Ali mengatakan bahawa Kasim sudah
berhenti kerja sejak sebulan yang lalu. Mat Akil dibawa oleh Ali untuk bermalam sahaja di rumah Ali
kerana abang ipar Ali mengetahui di mana keberadaan Kasim. Pada malam itu, Mat Akil mengetahui
keberadaan Kasim. Rupa-rupanya, Kasim sudah bekerja di syarikat Maju Jaya. Keesokan harinya, Mat
Akil ingin berjumpa dengan Kasim. Setelah sampai di kaki lima Wisma Yakin untuk mencari teksi ke
Bangunan Maju Jaya, Mat Akil membatalkan niatnya. Dia terkejut melihat sebuah kereta Mercedez
besar yang menurunkan orang yang paling dibencinya iaitu Sudin dan rakannya Jahid berhadapan
kaki lima tersebut. Setelah Sudin dan Jahid beredar, Mat Akil pergi menyapa Kasim. Kasim
menumpangkan Mat Akil. Kasim menceritakan apa yang terjadi pada dirinya. Dua bulan yang lalu,
Kasim diambil sebagai drebar oleh pak su iaitu saudagar besar Encik Muhammad,bapa Gayah. Kasim
harus menggantikan drebar pak su yang bernama Ali kerana pulang ke Jeram Medang bagi
menyandang jawatan manager di kebun orkid Mak Su Tipah.

BAB 16

Sebuah bas berhenti menunggu di tepi jalan raya Kampung Pulai. Drebar bas tersebut singgah di
Kedai Pak Salim . Pak Salim menyarankan agar drebar bas menghalau budak-budak yang bermain di
tepi bas tersebut namun saranannya ditolak. Drebar bas mengatakan perkara sebegitu merupakan
hal yang biasa bagi kanak-kanak. Beduk dipalu menandakan telah masuknya waktu Asar. Rombongan
bercadang untuk bertolak setelah solat Asar. Namun rancangan mereka gagal kerana tayar bas yang
kurang angin. Setelah mendengar perihal tersebut, Mat Akil dan dua orang rakannya menghabiskan
minuman dengan pantas dan ingin membayar. Pak Salim bertanya jika mereka tidak ikut menghantar
rombongan Sudin ke Kuala Lumpur. Mat Akil mengatakan bahawa mereka hanyalah kucing kurap dan
tidak akan dijemput. Di tepi anak Sungai Batang Pulai,Mat Akil dan tiga orang rakannya
berkumpul.Mat Akil mengamuk kerana arahannya tidak dituruti oleh orang suruhannya iaitu tayar
bas harus ditoreh bukan sekadar dipancitkan sahaja. Rakannya mencadangkan agar mereka
membakar kedai Pak Salim namun ditegah oleh rakannya yang lain. Lalu mereka pun tertidur di
pondok. Angin petang semakin berkurang. Mat Akil kembali ke rumahnya dan mengambil tabung
milik mak alangnya. Diambil olehnya tiga keping wang kertas berwarna merah. Dia meneruskan
rancangannya untuk pergi ke rumah Imam Saad. Dibuka olehnya mangga rumah Imam Saad dengan
menggunakan pisau. Lalu dia pun pergi ke bilik pengantin dan melaksanakan rancangan jahatnya.
Setelah selesai, Mat Akil kembali ke pondok di mana tempat mereka berkumpul. Mat Akil
mengarahkan agar rakan-rakannya membersihkan badan mereka. Menjelang senja, Mat Akil dan
rakannya pun pergi ke kedai Pak Salim untuk membeli rokok dan minum kopi sambil menunggu bas
tiba. Pak Salim bertanya Mat Akil ingin pergi ke mana. Mat Akil menjawab ingin pergi ke pekan untuk
tengok wayang. Bas telah tiba. Tiba-tiba Mat Akil teringatkan sesuatu. Mat Akil menyuruh rakan-
rakannya untuk pergi ke sungai berdekatan dengan surau esok untuk melihat jika ada Mak Minah
membasuh cadar.Mat Akil menyuruh supaya mereka bertanya kepada Mak Minah jika pengantin
sudah pulang atau belum kerana pagi-pagi lagi sudah mencuci cadar. Rakannya kehairanan. Rupa-
rupanya Mat Akil menceroboh masuk bilik pengantin di rumah Imam Saad untuk melaksanakan
perbuatan yang tidak senonoh iaitu membuang air besar di tilam pengantin. Rakannya pun terkejut
dan ketawa dengan apa yang dikatakan oleh Mat Akil.

BAB 17

Rumah besar kepunyaan Encik Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua keluarga Encik
Muhammad jauh dan dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara pernikahan Sudin dan Gayah.
Yang berhormat Muhd Yusuf dan Tan Sri Syed Aris menceritakan tentang pembukaan ladang lada
Firma Serba Dagang Internasional di Johor. Encik Muhammad ini menerima Cadangan tersebut
kerana melalui perkahwinan itu memudahkan lagi strateginya untuk memenangkan hati orang
kampung terutamanya mereka yang berpengaruh di Kampung Pulai. Dia berharap kesan –kesan
persengketaan keluarganya dengan keluarga Imam Saad akan terpadam. Strategi ini telah di atur
sejak awal lagi apabil Muhd Yusuf dan Jahid datang melawat Sudin Ketika di Hospital untuk
memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan keluarga Penghulu Mahmud Terhadap keluarga Imam
Saad. Imam saad tidak tahu tentang rancangan Encik Muhammad hendak memajukan perlombongan
di Kampung PulaiDalam majlis itu, Encik Muhammad sengaja memperlihatkan keramahan dan
kemesraan yang berlebih-lebihan terutama terhadap Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun
dia sedar bahawa dia seperti sedang berlakon.

BAB 18

Sudin menerima jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya dalam Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Tugasnya bermula dengan menjadi pengerusi untuk menguruskan dan
menyelenggarakan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai
untuk mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk orang kaya
Indera. Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan perayaan sambutan itu di laksanakan di bawah
arahan pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang. Pegawai daerah bersetuju supaya
jawatankuasa kemajuan kampung melantik beberapa orang daripada Penghulu Mahmud terlibat
dalam jawatankuasa Perayaan tersebut . Tugas jawatan kuasa ini memerlukan kecergasan dan
kecekapan orang muda jadi jawatankuasa kemajuan melantik sudin yang merupakan menantu
kepada penghulu Mahmud. Mat Akil juga dimasukkan kedalam senarai Ahli Jawatankuasa kecil
perayaan walaupun dia dan keluarganya masih tidak dapat memaafkan Mat Akil kerana telah
menajisi cadar pengantin gayah . Orang kampung Pulai bersetuju meninggalkan kampung itu dengan
menjualkan tanah mereka kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang. Waktu tu Mat Akil menerima
balasan dari kejahatan yang dia lakukan. Sudin dan Jahid mengambil Keputusan bertemu dengan Tuk
Empat Dahlan untuk meminta nasihat berhubung Cadangan mengajak Mat Akil menjadi salah
seorang ahli atau ketua Jawatankuasa Kecil. Sudin ini berpendapat Tun Empat Dahlan mesti
didampingi kerana dia adalah seorang yang berpengaruh di Kampung Pulai. Sudin juga bercadang
menghebohkan jawatan Penghulu yang dikosongkan oleh Tuk Penghulu Mahmud akan di sandang
oleh Tuk Empat Dahlan.

BAB 19

Pada waktu pagi, Mahani termenung seorang diri setelah mendengar posmen membaca surat yang
dikirim oleh Rahim kepadanya. Surat tersebut menyentuh tentang penubuhan Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Surat itu juga memberitahu bahawa Rahim akan pulang dengan segera dan ingin
menentang ayahnya tentang penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mahani juga terfikir
bagaimanakah perasaan Pak Cik Muhammad ketika membaca surat yang dikirim oleh Rahim kepada
ayahnya. Penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang diketahui oleh Rahim melalui Robert yang
diberitahu oleh ayahnya sendiri iaitu Datuk Tan. Setiap surat yang dihantar oleh Rahim pasti akan
menentang tindakan ayahnya. Semenjak itu, nama Mahani sering ditulis di dalam surat peribadi
Rahim kepada ayahnya. Mahani tidak pernah berani untuk bertanya tentang surat tersebut kerana
dia tahu sifat Rahim kebelakangan ini amat berubah. Pada waktu malam, Mahani terfikir apa yang
akan berlaku sekiranya Rahim pulang ke kampung. Mahani juga pasti akan ada peristiwa manis
diantara dia dengan Rahim. Dalam pada itu, Mahani juga bertanya apa pula yang akan berlaku di
antara Rahim dengan ayahnya. Ketika itu, Robert sedia pulang ke Pekan Tualang kerana ayahnya iaitu
Datuk Tan menawarkan jawatan Jurutera Perlombongan Syarikat Lombong Lembah Tualang kepada
dirinya. Robert juga teringin tinggal di tempat yang sunyi kerana tindakan tersebut dapat
menghindarkan dia dari membuat maksiat. Rahim tetap ingin menentang ayahnya kerana dia sudah
tahu betul hal ayahnya dengan wang dan kekayaan. Rahim juga tahu yang ayahnya akan menghalau
penduduk Kampung Pulai. Rahim juga mengetahui bahawa Syarikat Lombong Lembah Tualang akan
membeli tanah orang disitu dan membuka kampung baru yang lebih baik. Tindakan Syarikat
Lombong Lembah Tualang ini menyebabkan orang Kampung Pulai berasa berbahagia kerana dapat
menjual tanah mereka yang telah tua dan tidak menghasilkan keuntungan yang mencukupi. Malam
bertambah larut. Surat yang dihantar oleh Rahim meninggalkan persoalan kepada Mahani. Justeru
untuk mengetahui perkara sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayahnya,
Mahani bercadang untuk mengetahui perkara sebenar daripada Jahid sendiri tentang keadaan
sebenar Projek Lombong Lembah Tualang. Tambahan pula, Jahid selalu berada di Kuala Lumpur
untuk menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang bapa saudaranya.

BAB 20

Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampsan yang akan diterima, senario itu telah
mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan
penduduk yang menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan
berada di situ telah berjaya meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah
menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan penduduk
kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan jamuan disediakan. YB akan
memberi penerangan tentang projek perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ
belum mengetahui tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak
mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak
sambutan perayaan Penghulu Mahmud mendapat gelaran Datuk Indera penduduk Kampung Pulai
mulai dapat dimenangi begitu juga dengan perubahan Mat Akil walaupun Sudin dapat merasakan
bahawa perubahan itu tidaklah sepenuhnya.

BAB 21

Suasana meriah dan riuh rendah di Surau Kampung Pulai yang akan menyambut kedatangan YB MY
untuk menerangkan tentang rancangan perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan tetapi ,
kehadiran EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan Sudin kerana
kehadiran mereka tidak diberitahu kepadanya .YB MY memberi ucapan yang hanya menyentuh
kebijaksanaan dan kemurahan hati En,Muhammad. En.Muhammad pula memberikan ucapan yang
juga memuji usaha YB MY menaikkan taraf hidup penduduk Kampung Pulai. Seterusnya,keluarganya
bersetuju memberikan sagu hati kepada mereka yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia
sedang berusaha dengan sebuah syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan
sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah. Ucapan Pak Sunya itu melegakan Sudin yang
pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YB kerana tidak menerangkan kedudukan tanah-tanah
dan mereka yang akan berpindah ke rancangan menguruskan hal berkaitan dengan tanah-tanah
orang kampung pulai. Encik Muhammad kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta menantu
saudaranya itu memujuk ayahnya,Imam Saad menerima pelawaan menjadi imam di pekan tualang
dan menggalakkan Tuk Empat dahlan memohon jawatan penghulu di Pekan Tualang.

BAB 22

Encik Muhammad dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung Pulai hairan dengan
Datuk Tan yang tidak setuju dengan cadangannya untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat
Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah Tualang . En.Muhammad juga terus mengatur strategi
untuk memudahkan rancangannya memindahkan orang-orang kampung dengan cara yang halus agar
tidak wujud sebarang punca penentangan yang mungkin akan manyukarkan atau menggagalkan
rancangannya. Oleh itu , dia cuba memberikan tumpuan kepada mereka yang berpengaruh seperti
Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad ,dan Pak Salim agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati
daripada mereka. Oleh itu , tugas untuk memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin . Di
rumah ,En.Muhammad menerima sepucuk surat daripada anaknya,Rahim .

BAB 23

Sudin telah bertemu dengan kawan lamanya, Sani yang menjadi ‘broker’ dan meminta
pertolongannya untuk dikenalkan kepada ‘manager’ syarikat ‘finance’. Sani memerlukan sekurang-
kurangnya sembilan ribu ringgit dan ingin mendapatkan wang dengan menggadai kereta di ‘finance’
itu. Wang itu diperlukan untuk berurusan dengan rakan dagangnya dari seberang. Sudin tidak mahu
membantu Sani kerana menganggap perniagaan gali lubang timbun lubang yang diamalkan Sani akan
merugikannya. Sudin juga menasihati Sani supaya berhenti melakukan pekerjaan itu. Sudin telah
terfikir untuk menggunakan kesempatan daripada
masalah Sani bagi memudahkan proses mempersarakan Imam Pekan Kuala iaitu ayah Sani. Sudi
merancang melaksanakan rancangannya itu dengan menggunakan Sani. Jika bapa Sani bersara,
sudah tentu Imam Pekan Tualang akan diambil alih oleh Imam Saad iaitu ayahnya walaupun dia
belum memberitahu cadangannya itu kepada ayahnya iaitu Imam Saad. Keadaan Sani itu membawa
kesempatan besar untuk dipergunakan. Bapa Sani memang sudah lama memujuk anaknya supaya
bekerja tetap dan tinggal di Pekan Kuala kerana dia sudah tua. Encik Muhammad bersetuju memberi
wang kepada Sani dengan menandatangani perjanjian hutang dengan cagaran tanah ayahnya di
Pekan Kuala itu. Selain itu, Sani akan diberi kerja yang sesuai supayadia boleh menyelesaikan
hutangnya itu kelak.

BAB 24

Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT
sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara
Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil
maklumat yang berkaitan tentang perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid
pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu
nanti akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim terhadap rancangan ayahnya dapat
dibendung.

BAB 25

Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa
sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik,
kerana dia teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka
telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya,
apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang ialah
wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi semasa makan malam
Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim
tentang status perasaanya terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk
menyediakan fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram
daripada Rahim.

BAB 26

Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang
dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh
Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan.
Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan
tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk
Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan gagasannya
menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh
ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian bangsanya sendiri. Ini kerana cara pemikiran ayahnya ialah
pemikiran barat yang melahirkan hokum-hukum kehidupan yang buruk kerana kasih saying sesama
manusia dilakukan mengikut kepentingan atau tujuan tertentu.. Pada keesokkan harinya Mahani
terlewat bangun, dia menghubungi ibunya yang berada di rumah Cik Puan Tipah berbincang tentang
persiapan kenduri kahwin. Mahani memberitahu yang dia hendak ke rumah Datin Tan, kerana dia
hendak mendapatkan maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan
kepada Rahim.

BAB 27

En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak
mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk Kampung Pulai.Bagi Rahim itu
suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja
dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang
hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En.
Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut
meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani
dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran
Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad
dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat
laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En.
Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren
tempat pertemuan yang dijanjikan.

BAB 28

Mengisahkan Mahani yang mengirim surat kepada Rahim tentang majlis pertunangan dan kisah
tentang pujuk memujuk diantara anggota keluarga. Keadaan ekonomi dan sosial Kampung Pulai
sangat menyedihkan sehingga Imam Saad bekerja keras memberikan nasihat dan ajaran untuk
menenangkan perasaan orang kampung yang malang itu. Mahani tidak keberatan jika disuruh
berhenti bekerja sebagai setiausaha Pak Cik Muhammad di Syarikat Lombong Lembah Tualang
sekiranya sudah menjadi isteri nanti kerana kehidupannya akan lebih terjamin apabila membantu
suaminya di rumah ataupun di luar. Cik Puan Tipah diminta suaminya ke pejabat berjumpa dengan
peguam untuk menguruskan masalah kebun orkid di Jerman Medang telah di rosakkan orang.
Mahani merasa lawatannya ke Kampung Pulai telah memberikan dia pandangan tentang kehidupan
dan pergaulan. Imam Saad juga pernah memberitahunya tentang perjualan tanah pusaka yang tidak
boleh dijual sesuka hati tanpa kebenaran daripada Pejabat Tanah atau Pejabat Agama.

BAB 29

Encik Muhammad, Isterinya dan Mahani makan bersama - sama di sebuah restoran. Encik
Muhammad dan Isterinya merancang makan bersama Mahani untuk meorientasi Mahani supaya
mudah menyesuaikan diri dengan Rahim. Mahani sempat menanyakan tentang kebun orkid tetapi
Encik Muhammad cuba untuk menutup pekara sebenar. Encik Muhammad mengatakan Rahim
sentiasa menolak tawaran sebagai pegawai pengurusan dagang dan perusahaan kerana takut
menganiaya orang Kampung Pulai. Mahai memikirkan Rahim yang sentiasa membangkang ayahnya
dan mulai cemas apabila berfikir sekiranya dia perlu menolong Rahim menentang ayahnya atau
menolong Rahim kembali kepada ayahnya.

BAB 30

Encik Muhammad, Isterinya dan Mahani makan bersama - sama di sebuah restoran. Encik
Muhammad dan Isterinya merancang makan bersama Mahani untuk meorientasi Mahani supaya
mudah menyesuaikan diri dengan Rahim. Mahani sempat menanyakan tentang kebun orkid tetapi
Encik Muhammad cuba untuk menutup pekara sebenar. Encik Muhammad mengatakan Rahim
sentiasa menolak tawaran sebagai pegawai pengurusan dagang dan perusahaan kerana takut
menganiaya orang Kampung Pulai. Mahai memikirkan Rahim yang sentiasa membangkang ayahnya
dan mulai cemas apabila berfikir sekiranya dia perlu menolong Rahim menentang ayahnya atau
menolong Rahim kembali kepada ayahnya.

BAB 31

Sani yang bersetuju untuk menetap di kampong atas cadangan Sudin berada dalam kekeliruan
tentang masa depannya jika menerima tawaran kerja sebagai wakil kepada wakil rakyat.Dia bimbang
kerana politik akan berubah dalam setiap 5 tahun sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB
menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja
tawaran tersebut. YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan
oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan
memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi
peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan
ayah Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang. YB mengajak mereka ke rumah Datuk
mahmud untuk berbincangtentang pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk
meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan mereka di tanah
rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua termasuklah imam
Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai
imam Pekan Tualang.

BAB 32

Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan perpindahannya ke
rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali kepada persetujuan yang
diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal. Sudin kemudiannya beredar ke kedai Pak Salim dan
meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah
dan Pegawai Felda setelah Pak Salim tidak membenarkan kedainya dijadikan tmpat perjumpaan
tersebut. Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan
kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Pak Salim
kecewa kerana Pak Alang dapat menjadi Penghulu dan dapat rumah di Pekan Tualang tanpa perlu
mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam Saad pula dilantik sebagai imam kerajaan dan dapat
tanah ganti tanah wakaf surau itu di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang
terpaksa ikut anaknya ke FELDA. Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan
Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang
rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin melaporkan tentang masalah
yang dihadapinya dengan Pak Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim
dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.

BAB 32
Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan
dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan
Penghulu Salim dan dia mahu Penghulu Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan
tempat untuk taklimat di surau.Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah
menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut
dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir sama pada
hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil memaklumkan sebenarnya Pak salim
marah kerana tinggal dia seorang orang tua yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah
rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil
Penghulu Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah
ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah
beres kecuali masalah kecil tentang Penghulu salim. En. Muhammad berharap agar YB dapat
mengusahakan sebuah tapak kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada Penghulu Salim
dan mereka berharap Penghulu salim akan bersetuju.

BAB 33

En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai
sempena pengumuman Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah penduduk kampong.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang
menuduh En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang
akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan. Jamaluddin
turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud
tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan
kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah. En.
Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat murninya untuk meninggikan
taraf ekonomi penduduk kampong. Dia berdoa agar mereka yang menentangnya diberi petunjuk dan
pengertian akan niatnya. Selepas makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah
siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin menentang
kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan.
Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah
Pak salim telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti
ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En.
Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak mematuhi
kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya, tapi
sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.
BAB 34

En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah Syarikat Lombong Lembah
Tualang seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan
supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah
tua. Beliau seterusnya menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga
pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan
orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong supaya tidak
menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar tentunya melibatkan soal politik ini
kerana Ali ialah penyokong YB. Motif kedua pula adalah untuk menakutkan En. Muhammad supaya
tidak melabur di Kampung Pulai. Beliau turut mengesyaki tauke Chan yang menjadi dalangnya. Tetapi
Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk
menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih
terperinci. Datuk Tan bertanya sekiranya Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi
perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi
beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

BAB 35

Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di
kedai pak Salim, Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin dan Lebai Maarup yang lantang
menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya
pengintip. Mereka kemudian ke pondok tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan
mereka telah terserempak dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man. Mat Akil
mengapi-apikan Man dengan mengatakan tentunya Lebai Endut akan memilih Lebai Marup sebagai
calon menantu. Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin .
Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-
rakannya. Beliau bijak memainkan peranan tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut
sebenarnya untuk mereka. Mat Akil seterusnya ke rumah Sudin untuk kali yang keduanya setelah kali
pertama dulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Mat Akil sebenarnya masih menaruh harapan untuk
memiliki Gayah tetapi dia terpaksa berbaik dengan Sudin untuk mendapatkan wang.

BAB 36
Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang mahu
mengagalkan usaha YB. Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping
tokok tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka
bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak Salim berhubung
dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup. Sementara menunggu Mat Akil
cuba mendapat penjelasan tentang penentangan Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak
berminat ke tanah rancangan sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk
mendapat peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta bantuan YB,
semuga dia mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut bertanyakan rancangan Mat Akil dan
rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak
berminat sebaliknya mereka mahu menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan
Lebai Marup telah berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup
teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk mengapi-apikan Man. Man
mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan anak-anak gadis yang belajar
mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil
seterusnya memaklumkan kepada Sudin yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan
mereka kali ini akan mendapat balasan.

BAB 37

Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya sendiri melihat kegigihan
Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali orang-orang muda ke jalan yang benar. Lebai
Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan mungkin akan menjadi calon dalam pilihan raya
beberapa tahun lagi. Mat Akil juga akan mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya
meninggalkan Kampung Pulai. Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam
terhadapnya. Dia menghubungi Mat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap jenayah yang
dilakukan oleh mat Akil.Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang
pembelian tanah Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd
Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke Chan untuk
memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan kebun-kebun orkid tersebut melalui drebar
Tauke Chan. Sudin teringatkan keluhan ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang
telah runtuh dan orang tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berjaya
lagi membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup untuk menjalankan tugas
tersebut.Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-orang yang tidak bertanah dan menumpang di
tanah keluarga Datuk Mahmud supaya menyenangkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah
mengambil keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia mengerti benar betapa
curangnya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tetapi dia tidak mampu
menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha mengahwinkannya dengan Gayah. Sudin
sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikuti jejak langkah Encik Muhammad dalam dunia
dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi tipu muslihat yang tidak jujur atau
menjadi saudagar pertama yang bersifat jujur.

BAB 38

Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya dan tidak mahu
diganggu. Dia mendapat tahu perkembangan terbaru di Kampung Pulai dan membatalkan
rancangannya ke kampung itu esok. Soal jamaludin ingin mendapatkan sebuah kedai di Pekan
Tualang bukanlah merupakan masalah yang besar baginya tetapi dia agak kecewa dengan
kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan suasana.

BAB 39

Imam Saad mengadu kepada anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul orang pada malam
tadi. Lebai Maarup tahu siapa yang memukulnya tetapi dia tidak ada bukti. Hanya secara batin sahaja
dia dapat mengagak orang yang telah memukulnya itu. Lebai Maarup mahu menegakkan keadilan
dan ingin melihat pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau bagaimanapun, Lebai Maarup tidak
mahu membawa perkara itu kepada polis kerana tidak ada bukti.
Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi kerana ingin
membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca yang menyebabkan dia dipukul
orang dan dia tidak akan melawan sekiranya dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan berhenti
menyampaikan kebenaran, seruan Allah dan Rasul-Nya. Sudin di jemput hadir sama dalam
perjumpaan itu. Sebekum perjumpaan itu berlangsung dia perlu berjumpa dengan Mat Akil dan
kemat Jerangkung.Ini merupakan peluang terbaik untuk membalas dendam terhadap Mat Akil. Dia
kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat Muhd Yusuf untuk bersama-sama bertemu
Encik Muhammad di Kuala Lumpur. Sudin juga dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang
kemerosotan iman orang Kampung Pulai dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula
telah dipukul. Dia berazam untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi dia tidak akan
menentang Encik Muhammad.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf
meluahkan perasaan tidak senangnya terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup
membangkitkan lagi apa yang diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid dahulu.Lebai Maarup
baginya merupakan orang-orang fanatik yang tidak pernah tahu selain daripada mengaji.Walau
bagaimanapun,Sudin hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu rancangannya diketahui oleh
sesiapapun.

BAB 40

Lebai Maarup dan orang-orang tua di kampung Pulai terperangkap di surau kerana hujan. Mereka
cuba mendapat maklumat darinya namun Lebai Maarup tetap berahsia. Di Kedai Pak Salim ramai
yang menunggu untuk ke balai raya bagi mendengar penjelasan Lebai Maarup. Mat Akil dan rakan-
rakannya menuduh Lebai Marup sekarang dah naik daun, mereka semua menuju ke balai Raya
termasuk 2 orang pemuda yang tidak dikenali. Di balai raya Lebai Maarup menjelaskan kenapa dia
dipukul, dia menjelaskan dia sebenarnya bukan orang asing sebaliknya dia pulang untuk menetap Di
Kampung Pulai. Beliau jugaingin menjernihkan keadaan kerana niatnya hanya untuk mengajar
agama. Mat Akil dan rakan-rakannya cuba menganggu majlis dengan memburuk-burukkan Lebai
Maarup. Dia dituduh bersikap kurang ajar apabila menuduh En. Muhammad hendak membawa
maksiat . Man pula menuduh Lebai Maarup pengacau anak bini orang. Lebai Marup menjelaskan dia
hanya hendak mengingatkan penduduk supaya wang pampasan tidak disalahgunakan. Lalu, Lebai
Maarup mengatakan bahawa Encik Muhammad telah membatalkan rancangan FELDA tersebut
sehingga boleh menyebabkan dia dipukul. Dia juga
rela dihukum jika sekiranya dia menganggu anak bini orang. Man yang marah lalu membaling batu
dan kena pada muka Lebai Maarup, serentak itu Mat Akil meluru untuk menikan Lebai Maarup.
Kemat Jerangkung tak sempat menghalang pisau tersebut kena di bahu Lebai Maarup. Darah Di bahu
Lebai Maarup mengalir banyak. Seterusnya semua dikejutkan dengan tembakan dan 2 orang yang
tidak dikenali telah berjaya menangkap dan menggari Mat Akil dan rakan-rakanya

You might also like