You are on page 1of 4

Perpaduan

1. Elemen perpaduan turut disisipkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur,
berdasarkan novel tersebut, sejauhmanakah nilai perpaduan ini menggambarkan
masyrakat berbilang bangsa?( 25)

Perpaduan bermaksud perihal bersepadu, sepakat atau hubungan erat bersifat toleransi
yang diwujudkan secara sengaja antara kaum atau etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat yang sama.

NIlai perpaduan menggambarkjan citra masyarakat berbilang bangsa

Keakraban sesama wanita yang berlainan kaum

Perpaduan antara wanita Melayu dan wanita Cina yang diwakili oleh Cik Puan Tipah dan
Datin Tan diperlihatkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, hubungan baik yang
terjalin ini dilihat apabila Datin Tan selalu menghadiri majlis kenduri dan jamuan yang
diadakan di rumah Encik Muhammad. Keakraban yang terjalin mengukuhkan hubungan baik
antara mereka walaupun berlainan kaum.

Kerjasama dalam bidang perniagaan

Encik Muhammad telah menjalinkan kerjasama yang baik dalam bidang perniagaan dengan
Datuk Tan Chong Seng. Kesanggupan untuk berkongsi perniagaan membuktikan sikap saling
percaya antara mereka.

Persahabatan dalam pendidikan

Sungguhpun berlainan bangsa, namun hubungan sahabat sejak dibangku sekolah


mnejadikan Rahim dan Robert akrab dan membuatkan mereka sepakat untuk melanjutkanh
pelajaran di London dalam jurusan yang sama.

Ketulusan dalam memahami pegangan agama

Sungguhpun Robert menganut agama yang berbeza dengan Rahim, namun sikap
ingin tahu mendorongnya untuyk mempelajari dan mendalami pelbagai agama dan
turut mengkaji buku-buku teologi, falsafah bketuhanan dan buku-buku tasawuf
Islam. Hal ini menjadikan Robert seorang yang menghormati pegangan agama setiap
kaum.

Kemesraan dalam pergaulan seharian

Perpaduan dan hubungan yang baik diperlihatkan melalui hubungan Tauke Chan, iaitu
peniaga yang menjalinkan hubungan baik dengan wakil rakyat, iaitu Yang Berhormat Muhd
Yusuf yang bertujuan untuk melancarkan dan memudahkan urusan perniagaanya.

Kesimpulannya, perpaduan yang terjalin membuktikan bahawa Malaysia merupakan sebuah


negara yang unik. Perpaduan yang utuh merupakan tulang kepada kegemilangan dan
kejayaan sesebuah bangsa.

2. Dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menggambarkan rancangan Encik
Muhammad untuk membuka lombng di kampung Tualang. Rancangan tersebut telah
membawa era baharu dalam hubungan perpaduan masyarakat di kampung tersebut.
Bincangkan. (25)

Perpaduan merupakan keadaan atau hal bersepadu, penggabungan atau penyesuaian.


Perpaduan merupakan elemen penting dalam proses pembangunan masyarakat.

Perpaduan antara kaum

Kerjasama yang erat Encik Muhammad dan rakan kongsinya. Datuk Tan dalam perniagaan
telah membuktikan bhawa wujudnya kaum. Hubungan ini menjadi bertambah erat apabila
Encik Muhammad merancang untuk membuka lombong bijih. Hal ini demikian kerana,
Rahim dan Robert yang berkawan sejak kecil akan bekerjasama dalam syarikat
perlombongan tersebut.

Perpaduan antara penduduk kampung

Atas dasar strategi penduduk agar lombong yang dirancang mendapat perkenaan DYMM
Sultan, Encik Muhammad, Datuk Tan dan Yang Berhormat Muhd Yusuf telah merancang
untuk menjemput DYMM Sultan berangkat ke Kampung Pulai sempena acara puja umur
DYMM Sultan. Sehubungan dengan itu, masyarakat Kampung Pulai bergotong -royong untuk
persediaan bagi menyambut kedatangan DYMM Sultan.

Perpaduan antara golongan agama

Perancangan licik Encik Muhammad telah berjaya melantik Imam Saad bagi menggantikan
imam tua yang sering uzur. Beliau juga berjaya mendapatkan kerjasama Lebai Maarup untuk
menjadiimam surau dan mengajar masyarakat kampung mengaji al-Quran. Pelantikan ini
seolah-olah memberikan pengiktirafan terhadap Imam Saad dan Lebai Maarup. Situasi ini
melenyapkan prasangka negetif mereka terhadap rancangan Encik Muhammad untuk
membuka Syarikat Lombong tersebut dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan
penduduk.

Perpaduan antara keluarga

Pelantikan Tuk Empat Dahlan yang juga bapa saudara kepada Mat Akil telah menjernihkan
hubungan antara Mat Akil dengan Sudin. Perkahwinan Sudin dengan Gayah,iaitu anak
saudara Encik Muhammad pula telah merapatkan jurang sosial; anatara mereka dan sekali
gus dapat mengelakkan pergeseran daripada berlaku. Projek Encik Muhammad akan
terganggu sekiranya hubungan ini tidak dipulihkan kerana mereka sering menghasut
penduduk kampung supaya menentang projeknya.

Perpaduan anatara golongan bangsawan

Projek lombong Encik Muhammad telah mengeratkan lagi hubungannya dengan DatukTan.
Bukan mudah untuk orang Melayu berkongsi perniagaan dengan usahawan Cina pada era
tersebut. Sebelum mengadakan kerjasama dalam projek lombong tersebut. Datuk Tan dan
Encik Muhammad telah bekerjasama dalam perniagaan lada hitam. Kegigihan Encik
Muhammad menyebabkan Datuk Tan mengagumi beliau dan bersedia meluaskan jaringan
kerjasama anatara mereka.
Kesimpulannya, projek perlombongan yang diusahakan oleh Encik Muhammad telah berjaya
mewujudkan perpaduan dalam kalngan mnasyarakat di Kampung Pulai. Diharapakan
kerjasama daripada pelbagai pihak ini akan terus terjalin dalam masyarakat hari ini demi
pembangunan serta masa depan masyarakat dan negara.

You might also like