You are on page 1of 3

NOVEL HEMPASAN OMBAK TINGKATAN 3: SINOPSIS UMUM

Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan
Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia.
Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19 tahun. Haji
Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung
dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi pula
lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda untuk
bergerak.Farhan  menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi telah
meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah  dan Hisham adik Farid
baru berusia 15 tahun dan 12 tahun.

Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah


dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga
menghadapi masalah kewangan.  Ramai agen tidak membayar hutang. Selain itu,
permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak
memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak
Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom
menguruskan  tugas pentadbiran dan kewangan.

Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah
tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau
ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan
berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba  fikiran Farid terlintas untuk menjual
sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar hutang. Tambahan
pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan tanah demi
menyelamatkan syarikat itu.  Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba
mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan
melibatkan risiko.

Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil
alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan
memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh
daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea
Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat itu.

Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien yang


merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi
Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar
menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat.
Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka
kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia
sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan
citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan
Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada
Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke
kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering berubah-ubah
mengikut peredaran masa.  Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi membangunkan
semula Syarikat Batik Nusantara.

Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak
rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik
Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan
mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu
seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan,
peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi
latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid
telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai
perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan seni
reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai pengajar corak
batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea dan
melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan
Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid.
Farid sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah
bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan mereka lebih akrab.

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen
baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan
melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada
pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali kepunyaan
Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil batik
syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah
marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar
mengugut untuk membakar kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu
memulangkanbatik tersebut  kepada Farid. Zuraidah akur dengan permintaan bapa
sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah
ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan
operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian itu
kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid
melaporkan kepada pihak polis.  Farid berdegil dan mahu menyelesaikan sendiri.

 Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk
membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila  Mahmood tiba di bangsal
moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmoud bertambah marah
dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru
pulang cuba meredakan suasana dengan melayan Mahmoud dengan baik tetapi
gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud masih berdiri dan tidak
mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan
Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud
mencekik leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan
Masri yang memegang canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada
muka Mahmoud supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud melecur dan dia lari
lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas Mahmoud.

Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid
tetapi  Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar
telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat Farid.
Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari
bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan cepat dan menjilat
bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan dengan
Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati.  Siasatan
pihak bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja.
Pihak polis juga telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah
menangkap Mukhtar setelah siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah
didakwa dan dihukum penjara selama 3 tahun. 

  Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu
Farid bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan
dari Singapura  dan Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak ciknya
itu dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa perjalanan
menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik
Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan
Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah
padam  menikmati pemandangan di luar kereta.

You might also like