You are on page 1of 41

Novel Hempasan Ombak

Tingkatan 3
TEMA:

• Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan


warisan keluarga.
Apabila Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam perut, Farid
yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan Batik
Nusantara. Ketika Farid menerima tanggungjawab tersebut, aliran tunai
syarikat dalam keadaan mencemaskan. Untuk mengatasi masalah
tersebut, ibunya Hajah Zaoyah terpaksa menggadai tanah dan barang
kemas. Seterusnya Farid belajar ilmu perniagaan menerusi bekas pekerja
ayahnya, Mokhsein. Bengkel baharu dibina dan batik corak moden
dikeluarkan. Kedudukan syarikat kembali stabil. Namun, kemajuan
syarikatnya tidak disenangi oleh Mukhtar. Atas arahan Mukhtar,
samseng telah membakar bengkel Farid. Farid reda atas ketentuan Allah
SWT dan berazam mahu membangunkan semula syarikat dengan
mendirikan semula bengkel baharu.
PERSOALAN:

1) Cabaran dalam dunia perniagaan.


• Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran
dalam menguruskan perniagaan batik milik
keluarganya.

2) Ketabahan dalam dunia perniagaan.


• Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran
demi mengembangkan Syarikat Batik Nusantara.
3) Kasih sayang sesama ahli keluarga.
• Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-
anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan
barang kemas demi membantu Farid memajukan
perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga
sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih
syarikat arwah ayahnya kerana adik-beradiknya yang
lain tidak mempunyai keupayaan dalam
menguruskan syarikat tersebut.
4) Sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
• Contohnya: Mokhsein menjadi mentor kepada Farid
dalam usaha membangunkan semula Syarikat Batik
Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi
kepada Farid.Dia juga membantu Farid mendapatkan
pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi
memasarkan batik milik keluarga Farid.
5) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
• Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada
hujung minggu manakala Farid menghadiri pelbagai
kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi
meningkatkan kemahiran pengurusan dan
pentadbiran syarikat.
6) Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
• Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap
kemampuan Farid menguruskan syarikat batiknya.

7) Persaingan dalam dunia perniagaan.


• Contohnya: Mukhtar telah sabotaj Syarikat Batik Nusantara
dengan pelbagai cara untuk memastikan Syarikat Batik
Rajawali bertahan dalam industri batik.
TEKNIK PLOT
1. Pemerian
• Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di
kedai Zuraida.
Contoh: Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah
mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga
tahun barulah jejaka itu membuka mulut.
• Pengarang menceritakan desar-desus punca kematian ayah
Farid
Contoh: Farid cuba menutup telingan daripada mendengar
desas-desus punca kematian ayahnya.
2. Dialog
• Perbualan antara Farid dan Mokhsin.
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsin bersuara. “
Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak
minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.
• “Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik
Mokhsein.
• Perbualan antara Zuraida dan Farid
Contoh: “Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda
fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja.
Perniagaan saya pun tak besar mana.
3. Imbas kembali
• Lotfi teringat peristiwa semasa dia mengikuti ayahnya kembali menghantar
batik keluaran syarikatnya ke serata tempat.
Contoh: Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya
ke serata tempat, …

4. Monolog
• Farid bercakap seorang diri.
Contoh: “Pengorbanan….. .” Farid separuh berbisik.

5. Monolog dalaman
• Hati Nik berdetik tentang Farid dan Zuraida yang kelihatan dalaman sepadan.
contoh: Seorang penjual batik, seorang lagi tauke batik, …’ detik hati Nik,
penjaga stor itu.
6. Imbas muka
• Farid membayangkan bahawa dia dan Zuraida akan menguruskan Syarikat
Batik Nusantara bersama-sama suatu masa nanti.
Contoh: Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini
akan lebih acap.

7. Saspens
• Pembaca tertanya-tanya orang yang dikatakan oleh Mokhsein yang dengki
akan perniagaan Farid.
Contoh: “Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu.

8. Kejutan
• Pembaca terkejut apabila melihat keberanian Hartini menghalau samseng
yang menceroboh bangsal batik tempatnya berkhidmat.
Contoh: Tolong keluar bang. Keluar! ” Hartini mula bertegas.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Farid
• Farid berusia 19 tahun dan bertubuh sederhana.
• Bertanggungjawab menerajui Syarikat Batik Nusantara.
• Bersikap sederhana.
• Penyayang terhadap ahli keluarga dan rakan baik.
• Bersikap rasional dalam mengambil tindakan.
• Mengamalkan semangat bermasyarakat.
• Rajin berusaha untuk memajukan syarikat.
• Taat pada ajaran agama.
• Berani dalam membuat tindakan.
• Bersifat tabah dan penyabar.
Seorang yang rajin.
• Contoh: Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat pekerjanya
menyiapkan batik walaupun tidak
• mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada
orang yang lebih berpengalaman seperti
• Mokhsein dan Zuraida
Seorang yang bertanggungjawab
• Contoh: Farid menjalankan tugas sebagai Pengarah Urusan Syarikat
Batik Nusantara. DIa memastikan
• proses menghasilkan batik moden berjalan dengan baik.
Seorang yang gigih
• Contoh: Farid gigih menyelesaikan masalah perniagaannya. Dia
mendapatkan bimbingan daripada
• Mokhsein dan Zuraida.
WATAK SAMPINGAN

1. Mokhsein
• Bertubuh gelap, berwajah bulat dan tampan.
• Pemilik Syarikat Nadi Zaman.
• Mengenang budi.
• Baik hati dan berhemah tinggi.
• Bijak dalam menyusun strategi pemasaran
perniagaan.
1. Hajah Zaoyah
• Seorang ibu yang penyayang.
• Seorang yang gigih dalam mengharungi cabaran dan
masalah dalam perniagaan.
• Seorang yang berani menanggung risiko dalam
menguruskan perniagaan.
• Seorang ibu yang sanggup berkorban untuk
memajukan perniagaan.
• Seorang yang bijak dan rasional dalam membuat
tindakan.
2. Zuraida
• Zuraida berusia 19 tahun dan merupakan rakan sekelas
Farid dari tingkatan satu hingga tingkatan lima
• di Sekolah Menengah Seri Budiman.
• Dia berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak
tujuh tahun lalu dengan dibantu oleh adikadiknya.
• Seorang yang gigih dalam perniagaan.
• Seorang yang mudah cemburu.
• Seorang yang berpandangan jauh dalam mencorak masa
depan.
Seorang yang gigih berusaha
• Buktinya, Zuraida seorang peniaga gigih mengusahakan gerainya,
lebih-lebih lagi ibunya telah melepaskan
• gerai tersebut sepenuhnya kepada Zuraida setelah dia tamat SPM.
Seorang yang berfikiran jauh
• Zuraida memiliki banyak pandangan yang bernas untuk
membolehkan Farid mengembangkan perusahaan
• batiknya.
Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan
• Farid berasa kagum terhadap Zuraida apabila mengetahui bahawa
Zuraida sebenarnya sedang menuntut
• ilmu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM, semester 1.
• Latar
LATAR TEMPAT
1. Rumah Farid
• Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.
2. Pejabat Farid
• Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat
pertama.
• Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik
keluarganya.
3. Firma Nadi Zaman
• Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan
tunjuk ajar dalam dunia perniagaan.
4. Bazaar Mara Jalan Bonggol
• Tempat Zuraida berniaga pakaian.
5. Kampung Tanjung
• Rumah Zuraida
6. Balai Polis Daerah Kuala Terengganu
• Tempat Farid memberi kenyataan tentang
peristiwa kebakaran bangsal moden milik
syarikatnya.
7. Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
• Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan
hukuman terhadap kes kesalahan membakar bangsal
moden Farid.
8. UITM ( Universiti Teknologi Mara)
• Tempat Zuraida menyambung pelajaran dalam
bidang Pentadbiran Perniagaan
LATAR MASA

1. Pagi Sabtu
• Farid berkunjung ke kedai Zuraida
2. 2.00 pagi
• Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar
3. 15 minit
• Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar
akan kebakaran bangsal tersebut.
4. Tiga hari
• Selepas tiga hari berlakunya peristiwa kebakaran itu,
Mokhsein mengunjungi Farid di pejabatnya.
5. 9.00 pagi
• Mesyuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan
pekerjanya.
6. Sebulan
• Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada
pekerja Farid.
7. Akhir tahun 60-an
• Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan.
8. Waktu Malam
• Pada waktu malam, Farid dan keluarganya
makan malam bersama.
LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat peniaga
• Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang
terlibat dalam perniagaan batik.

2. Masyarakat yang gigih berusaha


• Farid berusaha dengan gigih untuk mebangunkan
syrikat batik warisan milik keluarganya.
3. Masyarakat yang mementingkan ilmu.
• Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus –
kursus dalam perniagaan supaya dapat
meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan
syarikat.
• Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun walaupun
dia sudah memiliki kedai.
4. Masyarakat hidup saling membantu
• Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam
urusan perniagaan seperti memberikan cadangan
yang membina.
5. Masyarakat yang sanggup berkorban
• Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang
kemas miliknya untuk dijadikan modal dalam
membangunkan perusahaan batik yang diwarisi
anaknya.
6. Masyarakat yang dengki
• Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj
perusahaan Farid agar dapat menyingkirkan
pesaingnya di dalam pasaran batik.
7. Masyarakat yang kreatif dan inovatif
• Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk
menghasilkan corak batik dan mempelbagaikan
kegunaan batik sebagai pakaian, perabot dan
penghias dinding.
GAYA BAHASA
1. Bahasa Arab.
• Contohnya, Assalamualaikum; Astaghfirullah.
2. Bahasa Inggeris.
• Contohnya, window shopping; classmate.
3. Hiperbola.
• Contohnya, Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang
tercapai.
4. Repetisi.
• Contohnya, “Kerja, kerja. Makan, makan,” ujar Hajah
Zaoyah tegas.
5. Personafikasi.
• Contohnya, rasa serba salah mula mencekik dirinya
6. Simile.
• Contohnya, Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an
itu bagai pelita yang meliuk-liuk apinya.
7. Sinkope.
• Contohnya, “Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum.
8. Peribahasa.
• Contohnya, putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar
sampai jadi arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa;
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
NILAI MURNI

1. Kesederhanaan

• contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam


menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan
sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan
menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin
berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot
lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah
hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan
di warung biasa, bukan di hotel.
2. Kasih sayang

• contohnya Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya.


Disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi
sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh
dari paras pinggang ke bawah setelah terlibat dalam
kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat
kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta
Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka
tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara
diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah
cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi
perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya
perasaan cinta dalam hatinya.
3. Baik hati

• contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan


Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi
kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah
bersikap murah hati membantu Farid memajukan
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi
menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan
“strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh
kembali.
4. Rasional

• contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat


sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api
dengan menggunakan pemadam api kerana memikirkan
banyak tong gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan
tanggungjawab memadamkan api kepada Pasukan Bomba
dan Penyelamat serta kakitangan Tenaga Nasional yang
datang untuk memutuskan bekalan elektrik. Apabila
pekerjanya tiba, Farid mengarahkan pekerja batik asli
bekerja seperti biasa kerana tidak mahu moral pekerjanya
terjejas.
5. Semangat bermasyarakat

• contohnya ketika perasmian bengkel baharu untuk


kerja membuat batik moden, Farid telah
mengundang 200 orang penduduk kampung untuk
merapatkan hubungan silaturahim dengan
masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera
datang untuk membantu apabila bengkel tersebut
terbakar.
6. Kerajinan

• contohnya Farid rajin turun ke bengkel untuk melihat


pekerjanya menyiapkan batik walaupun tidak
mempunyai pengalaman berniaga. Dia juga rajin
bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman
seperti Mokhsein dan Zuraida.
PENGAJARAN :

• 1. Kita perlu bersikap sederhana dalam menjalani


kehidupan

• contohnya Farid mengekalkan sikap bersederhana dalam


menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan
sebagai Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan
menaiki motosikal jika ada urusan luar. Sekiranya dia ingin
berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta Peugeot
lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah
hari bersama-sama Zuraida, dia lebih selesa memilih makan
di warung biasa, bukan di hotel.
2. Kita hendaklah memiliki sikap kasih sayang terhadap
keluarga dan orang lain

• disebabkan anak-anaknya yang lain ada masalah; Lotfi


sudah 10 tahun hidup di atas kerusi roda kerana lumpuh
dari paras pinggang ke bawah setelah terfibat dalam
kemalangan jalan raya; Farhan meninggal dunia juga akibat
kemalangan jalan raya; dan Hanisyah (15 tahun) serta
Hisyam (12 tahun) yang masih terlalu muda, maka
tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara
diserahkan kepada Farid. Farid pula tidak membantah
cadangan tersebut. Malah, Farid amat menyayangi
perhubungannya dengan Zuraidah sehinggakan timbulnya
perasaan cinta dalam hatinya.
3. Kita mestilah bersikap baik hati dengan membantu
orang yang memerlukan

• contohnya Mokhsein yang pernah bekerja dengan


Haji Badrul lebih 10 tahun berasa terhutang budi
kerana mendidiknya dalam dunia perniagaan telah
bersikap murah hati membantu Farid memajukan
Syarikat Batik Nusantara. Mokhsein sudi
menerangkan tentang perlunya Farid menjalankan
“strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh
kembali.
4. Kita sewajarnya bertindak rasional jika menghadapi sesuatu
masalah

• contohnya ketika bengkel dijilat api, Farid hanya melihat


sahaja setelah berusaha memadamkan kemaraan api dengan
menggunakan pemadam api kerana memikirkan banyak tong
gas di dalam bengkel itu. Dia menyerahkan tanggungjawab
memadamkan api kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat
serta kakitangan Tenaga Nasional yang datang untuk
memutuskan bekalan elektrik. Apabila pekerjanya tiba, Farid
mengarahkan pekerja batik asli bekerja seperti biasa kerana
tidak mahu moral pekerjanya terjejas.
5. Kita mestilah mengamalkan semangat
bermasyarakat

• contohnya ketika perasmian bengkel baharu untuk


kerja membuat batik moden, Farid telah
mengundang 200 orang penduduk kampung untuk
merapatkan hubungan silaturahim dengan
masyarakat setempat. Hasilnya, jiran tetangga segera
datang untuk membantu apabila bengkel tersebut
terbakar.
6. Kita hendaklah rajin ketika menjalankan tugas

• contohnya Farid rajin turun ke bengkel untuk


melihat pekerjanya menyiapkan batik
walaupun tidak mempunyai pengalaman
berniaga. Dia juga rajin bertanya kepada orang
yang lebih berpengalaman seperti Mokhsein
dan Zuraida.

You might also like