You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA

47100 PUCHONG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU


BILANGAN 2 TAHUN 2023/24

Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu)


Masa : 8:00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPU

KEHADIRAN :

Bil Nama Guru Jawatan


1 Mohd Rozali bin Senik Guru Besar
2 Norafiza Idayu binti Zabidi @ Abdul Samat Penolong Kanan Pentadbiran
3 Norhaiza binti Mustapa @ Kamal Basri Penolong Kanan Kokurikulum
4 Rosmah binti Udin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5 Jalaja Krishnan a/p Balakrishnan Penolong Kanan Petang
6 Irmawati binti Jaafar Penolong Kanan Pendidikan Khas
7 Jayanthe a/p Sree Raman Guru Bimbingan Dan Kaunseling
8 Azliana binti Ghazali Pegawai Aset / Setiausaha Panitia RBT
9 Ahmad Salimi bin Mohd Najib Guru Pendidikan Islam
10 Fatin Nadia binti Masri Guru Pendidikan Islam
11 Hamidah Binti Che Zamzan Penyelaras Prasekolah
12 Hazirah binti Mohd Guru Bahasa Arab
13 Julaiha binti Jusoh Setiausaha Panitia Bahasa Arab
14 Khairul Salleh bin Harun Guru Pendidikan Islam
15 Mahzan bin Abd Mutalib Guru Pendidikan Islam
16 Marina binti Badzly Ketua Panitia PJPK
17 Mawaddah binti Anuar Ketua Panitia PSV
18 Mawar Murni binti Che Hanapi Setiausaha Kurikulum
19 Munirah binti Mohmad Asri Penyelaras Tahun 1
20 Nageswari a/p Krishnan Ketua Panitia Sains
21 Nazrullah bin Mohd Noor Guru Kelas tahun 3
22 Noor Saliza binti Shah Mainan Guru Kelas Tahun 1
23 Noorliza binti Mat Sharif Setiausaha Panitia Sains
24 Nor Fazlin Izzatie binti Jamaluddin Ketua Panitia RBT
25 Norliza binti Salim Guru SPBT
26 Normazni binti Mohd Zain Ketua Panitia Pendidikan Islam
27 Nur Ainaa binti Abd Rashid Guru Bahasa Inggeris
28 Nurbaiti binti Said Penyelaras Tahun 5
29 Nurul Faiz binti Jamaludin Guru Prasekolah
30 Nurul Izwana binti Abdul Jamil Ketua Panitia Sejarah
31 Prabawathy a/p Kanadason Penyelaras Tahun 4
32 Rafidah binti Yahya Guru Pendidikan Islam
33 Revaty a/p Vizian Guru Bahasa Inggeris
34 Rohani binti Yahaya Setiausaha Ladap
35 Siti Aminah binti Yaacob Ketua Panitia Bahasa Melayu
36 Suzana binti Mohd Eksan Guru Kelas Tahun 5
37 Wahidatul Hannan binti Nazari Setuiausaha Kurikulum
38 Zahini binti Zakaria Guru Pendidikan Islam
39 Alagentiran a/l Ramasamy Setiausaha Panitia Bahasa Tamil
40 Awanis binti Ismail Ketua Panitia Pendidikan Moral
41 Norzalina binti Mohd Nordin Guru Media dan PSS
42 Noor Zawani binti Abu Bakar Guru Bahasa Melayu
43 Zaitun binti Iman Guru Sains
44 Kogila Vani a/p Ayamany Guru Kelas Tahun 3
45 Liza Rozy Anak Ulok Guru Pemulihan Khas
46 Liyana binti Azman Ketua Panitia Bahasa Inggeris
47 Muhammad Naqiuddin bin Nizam Guru Pendidikan Islam
48 Muhammad Nur Aizat bin Mohd Sadni Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
49 Mohamed Sharizan bin Mohamed Husain Guru Bahasa Melayu
50 Nanthene a/p Sivalingam Guru Bahasa Inggeris
51 Noor Farhana Eleena binti Che Leh Guru Bahasa Arab
52 Nor Raihan binti Mohamad Salleh Ketua Panitia Pendidikan Muzik
53 Norsidrah binti Habli Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
54 Nurul Haldiah binti Idris @ Zainon Guru Pendidikan Islam
55 Nur Shaqira Aina binti Mohd Faizal Guru Pendidikan Islam
56 Nur Aini Mardhiah binti Mohd Zailani Guru Kelas Tahun 3
57 Rasidah binti Omar Guru Bahasa Melayu
58 Rohzita binti Noor Guru Pendidikan Islam
59 Roslina binti Mohamad Guru Kelas Tahun 1
60 Shamsiah binti Jaafar Guru Bahasa Melayu
61 Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Abdullah Guru Kelas tahun 4
62 Siti Zubaidah binti Mat Zain Guru Pendidikan Islam
63 Soh Seok Yew Setiausaha Panitia Matematik
64 Sri Banun binti Kamaruzzaman Guru Bahasa Inggeris
65 Suhanna binti Abdul Kadir Guru Kelas Tahun 2
66 Wee Hiang Yong Guru Matematik
67 Fadzilah binti Muhamad Guru Kelas Tahun 5
68 Norfahana binti Johari Guru Kelas Tahun 1
69 Norhafizah binti Muhamed Guru Kelas Tahun 4
70 Nur Farihah binti Kamaruddin Guru kelas Tahun 2
71 Noor Zuraida binti Idris Guru Kelas Tahun 6
72 Nur Kamilia binti Mohd Kassim Guru Pendidikan Islam
73 Nur Zakiyah Hazirah binti Mohd Zamruzi Guru Kelas Tahun 3
74 Nurazlinawati binti Abdul Satar Setiausaha PPKI
75 Yusnizan Binti Yusoff Ketua Panitia Matematik
76 Siti Farah Nadia binti Mohamad Nasir Setiausaha PPKI
77 Siti Rabaiah binti Abdullah Guru Prasekolah
78 Vimalapriya a/p Alagapan Guru Kelas Tahun 1
79 Wan Muhd Mu'izzuddin bin Wan Ibrahim Guru Kelas Tahun 3
80 Wan Nur Hidayah binti Wan Rusli Guru Pendidikan Islam
81 Siti Zaharah binti Yusoff Guru Pendidikan Islam
82 Azri bin Sarmani Guru Kelas Tahun 4
83 Mohd Hasren bin Yunos Guru Data
84 Mohd Fazli Nizam bin Aziz @ Ab Aziz Guru Pendidikan Islam
85 Mohd Ruziman bin Ab Hadzi Setiausaha Pendidikan Moral
86 Mohd Rowa bin Salleh Guru Bahasa Melayu
87 Sivakame a/p Tanasegaram Guru Kelas
88 Asiah bt.Jusoh Guru Pend.Agama Islam
87 Mohd.Khairul Naim bin Sulaiman Guru Pend.Agama Islam

TURUT HADIR BERSAMA :

Bil Nama Jawatan

-
TIDAK HADIR (DENGAN KENYATAAN) :

Bil Nama Jawatan


1 Chitra a/p Rajah Patai : Guru Bahasa Inggeris ( Urusan Peribadi)
2 Nur Shaqira Aina binti Mohd Faizal : Guru Pendidikan Islam (Cuti Bersalin)
3 Siti Meriam binti Othman : Guru Bimbingan dan Kaunseling (Cuti Bersalin)
4 Yulia’ Azma bt Abdul Radzi : Guru Bahasa Melayu ( Urusan Peribadi )
5 Noor Zarina Abu Bakar : Guru Bahasa Melayu ( Cuti Sakit )
6. Sharmini bt Salim Sachithananthan : Guru Bahasa Inggeris(Urusan Peribadi)
7. Norrehan bt Madah : Guru Pend.Agama Islam (Cuti Sakit)

URUS SETIA :
Shamsiah bt Jaafar

1. 0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dengan ucapan terima


kasih.Beliau berharap majlis berjalan dengan baik dan lancar .
1.2 Untuk memberkati majlis pengerusi meminta Ustaz Khairul Salleh untuk
membacakan doa dan diaminkan oleh para hadirin.
1.3 Pengerusi juga melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih beliau atas
kerjasama semua guru , staf sokongan ,PIBG dan ibu bapa sejak hari pertama
beliau bertugas di SKPU iaitu pada 1 Mac 2023.
1.4 Encik Mohd Rozali juga mengingatkan semua agar menyiapkan laporan, minit
mesyuarat dan sebagainya dalam tempoh 21 hari. Tiga hari pertama digunakan
untuk proses draf dan seterusnya untuk semakan pihak yang berwajib. Laporan
perlu mengikut SPSK PK21 dan NCR yang bermaksud teguran boleh ubah akan
dikenakan kepada yang gagal mematuhi arahan.
Tindakan : Semua guru
1.5 Pengerusi juga memaklumkan SPI untuk membenarkan semula aktiviti luar telah
pun diedarkan oleh pihak kementerian. Namun kebenaran daripada ibu bapa
perlu didapatkan oleh semua guru.
Tindakan : Semua guru
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Guru Bilangan 1 2023/2024 disahkan sebulat suara tanpa
sebarang bantahan dan pindahan.
Pencadang : Ustaz Ahmad Salimi Mohd. Najib
Penyokog : Ustaz Khairul Salleh Harun

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Komponen Utama Sekolah (Penggunaan e-RPH)


Penggunaan e-RPH bermula minggu ke-2 persekolahan dan diguna pakai oleh
semua guru dan AKP. Bayaran kepada pihak pembekal juga telah diselesaikan.
3.2 Amalan Terbaik Sekolah
Bacaan dan hafalan surah al-Kahfi (ayat 1-10, 100-110) dan surah al-Mulk (ayat
1-10) telah pun dilaksana setiap hari persekolahan menggunakan alat PA sistem.
Pengerusi dimaklumkan seramai 16 orang murid telah berjaya menghafal dengan
baik.

3.3 Lawatan Penanda Aras


Tahniah diucapkan kepada KKGK kerana telah berjaya melaksanakan lawatan
penanda aras didua buah sekolah di negeri Perlis pada 29 Mei 2023..

Makluman

4.0 PERKARA-PERKARA BARU

4.1 Laporan Transisi

4.1.1 Dapatan daripada laporan tersebut telah menyatakan masalah kekurangan kerusi
dan meja kerana berlakunya pertambahan murid Tahun Satu untuk sesi
2023/2024.

4.1.2 Pihak PPD telah memberi respons dengan meminta sekolah menulis surat
permohonan kepada mereka. Masalah ini akan diberi perhatian dan tindakan
U.nit Aset PPD Petaling Perdana.

Tindakan: Pihak Pengurusan


Sekolah
4.2 Perolehan dan Sumbangan

4.2.1 Pihak KPM telah memberi peruntukan sebanyak 50K kepada sekolah untuk
membaik pulih pagar sekolah dan menaik taraf tandas PPKI yang mesra OKU.

4.2.2 Pengerusi juga memaklumkan sekolah juga telah menerima sumbangan


daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali berupa meja makan murid di
kantin sebanyak 25 buah, penggantian lampu , kipas kelas yang rosak dan juga
membaik pulih tandas murid.

Makluman

4.3 Pengurusan Cuti dan Masa Bekerja

4.3.1 Cuti Rehat Khas bukan satu keistimewaan yang boleh guru habiskan sepanjang
satu tahun sesi persekolahan. Guru tidak boleh menggunakan alasan yang tidak
relevan dan tidak boleh dipertimbangkan oleh pihak pentadbir untuk
diluluskan.Pengerusi juga sekali lagi mengingatkan guru agar menggunakan ayat
yang tepat untuk memohon cuti dan bukannya makluman.

Makluman

4.3.2 Pihak sekolah akan memperkenalkan sistem “ Pepatih Mysekolah” iaitu sistem
menggunakan imbasan ibu jari untuk merekod kehadiran semua guru, staf
sokongan dan juga murid. Sebagai langkah awal pada hari Isnin bertarikh 12 Jun
2023 semua guru diminta membuat imbasan ibu jari pada pukul 11.30 hingga
2.00 petang di bilik Syura.
Tindakan : Semua guru

4.3.3 Alat pengimbas akan diletakkan pada tempat-tempat yang strategik seperti di
depan ofis untuk kegunaan guru dan berdekatan makmal Sains untuk kegunaan
Puan Shamsiah Jaafar yang mempunyai masalah pergerakan.

Makluman

4.4 Aktiviti Luar Bilik Darjah

4.4.1 Arahan untuk membenarkan semula aktiviti luar bilik darjah telahpun
dikeluarkan oleh kementerian. Pihak sekolah perlu meminta persetujuan ibubapa
untuk membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti yang dijalankan .
Walau bagaimanapun sebarang aktiviti luar bilik darjah hendaklah dihentikan
sekiranya suhu persekitaran meningkat kepada 35 darjah Celcius ke atas.

Tindakan : Semua guru


4.5 Dialog Prestasi

4.5.1 Dialog prestasi akan diadakan sebanyak 2 kali setahun.Sesi pertama akan
diadakan sekitar bulan Julai yang melibatkan semua panitia.

Tindakan :Semua guru

4.6 Kelas Iqraq Didik Serentak (KIDS)

4.6.1 Kelas ini melibatkan murid-murid aliran perdana dan juga PPKI. Panitia yang
terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan PPKI.
Sayugia dengan itu satu Laman Iqraq bakal diwujudkan atas kerjasama pihak
PSS dan panitia yang berkenaan.
4.6.2 Matlamat program ini ialah membantu murid boleh membaca dan dilaksanakan
pada pukul 12.00 hingga 12.45 pada setiap hari Isnin.
4.6.3 Setiap panitia dikehendaki menyediakan bahan dan membuat laporan sebulan
sekali.

Tindakan : Panitia yang


terlibat sahaja

4.7 LADAP

4.7.1 Semua guru diingatkan semula agar melengkapkan 5 hari untuk bilangan Ladap
bagi sesi 2023/2024 pada bulan Julai. Guru boleh menggunakan pelbagai cara
seperti ulasan buku,pembelajaran kendiri dan sebagainya.E-pembelajaran ialah
satu komponen yng wajib bagi setiap guru dan AKP dan perlu ada sekurang-
kurangnya satu hari. Semakan untuk status Ladap boleh dilibat pada paparan
dalam sistem.

Tindakan : Semua guru

4.8 HRMIS

4.8.1 Hrmis perlu sentiasa dikemaskini. Sebarang perubahan perlu diisi dengan kadar
segera . Ini bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.Contohnya,
kemudahan pembiayaan hospital untuk ahli keluarga.

Makluman

4.9 E-Operasi

4.9.1 Semua guru perlu menyemak e-operasi masing-masing. Jika ada sebarang
pembetulan guru diminta memaklumkan kepada Puan Norafiza Idayu dengan
mencetak dan buat pembetulan dengan menggunakan pen berwarna merah.
Makluman

4.10 Pemugaran PPKI

4.10.1 Tapak Perekodan PBD untuk PPKI menggunakan ‘ google sheet’ berjaya
diusahakan oleh SU Kurikulum.
4.10.2 Amalan terbaik murid PPKI iaitu mengucapkan 4 ucapan wajib sebelum
pulang .
4.10.3 Seramai 12 orang murid PPKI telah berjaya mengikuti program ‘mysihat
care’ peringkat kebangsaan.
4.10.4 Memberi surat amaran kepada murid yang tergolong kepada ketidakhadiran
tegar.
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Amalan Guru Terbaik

5.1.1 Amalan Guru Penyayang adalah satu contoh kepada amalan guru terbaik.
Laporan yang dibuat dalam sistem merupakan satu data yang jelas dan diterima.
Untuk itu sebarang aktiviti atau rancangan yang merujuk kepada konsep ini perlu
ada kertas kerja konsep,data dan laporan .

Makluman

5.2 Kontrak Kedai Buku Sekolah dan Kantin

5.2.1 Kontrak untuk Kedai Buku Sekolah akan tamat pada 30 November 2023.
Wakau bagaimana pengusaha telah mendapat sambungan kontrak bermula 1
Disember 2023 hingga 30 November 2024.

5.2.2 Kontrak untuk kantin sekolah bermula 1 Disember 2022 hingga 30 Disember
2024. Pihak sekolah akan membuka tender baru setelah tempoh kontrak kedua-
duanya tamat.

Makluman

5.3 Penghantaran Borang Keberhasilan

5.3.1 Borang keberhasilan perlu dihantar kepada pegawai penilai apabila diminta.
Penghantaran borang berserta eviden boleh menyumbang kepada 10% markah
prestasi PPP.

Makluman
5.4 Peranan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK)

5.4.1 Pengerusi meminta KKGK meneruskan program yang boleh melibatkan semua
ahli seperti Ladap Sehari di Pusat Kokurikulum.
Tindakan :KKGK

5.4.2 Selain itu Encik Rozali memberi tugasan kepada Encik Mohd Rowa untuk
merancang satu aktiviti kearah amalan hidup sihat seperti program “ Jom Daki” ,
gotong-royong atau sebarang aktiviti yang menjurus kepadanya..

Tindakan :En. Mohd Rowa


Salleh

5.4.3 Pengerusi juga memaklumkan hasrat beliau untuk mengadakan satu jaringan
lawatan ke Bandung,Indonesia dengan anggaran RM700.00 satu kepala. Kepada
guru-guru yang berminat bolehlah memberi nama kalau diminta.

Makluman

5.4.4 Koperasi Penddikan Khas (KOHAS) mengadakan aktiviti amal untuk


menyumbang buku Iqraq ke Kemboja dengan nilai RM15 untuk sebuah buku.
Pengerusi meminta kepada guru-guru yang berhasrat menyumbang boleh
menyerahkannya kepada Puan Norsidrah dengan kadar segera/

Tindakan : Puan Norsidrah


Habli

5.4.5 Program untuk ibadah korban di Kemboja juga terdapat 2 kekosongan dengan
kos RM450 untuk satu bahagian. Kepada sesiapa yang berhajat untuk melakukan
ibadah ini bolehlah menghubungi pengerusi secepat yang mungkin sebelum
beliau berangkat ke Kemboja pada hari kedua Hari Raya Haji .

Makluman

5.4. Pengerusi memaklumkan sekolah kita telah menerima dua orang guru
baru.Beliau meminta Puan Sivakame a/p Tanasegaram yang hadir dalam majlis
ini memperkenalkan diri.Puan Sivakame a/p Tanasegaram melahirkan rasa
gembira kerana telah ditempatkan di sekolah ini yang berdekatan dengan tempat
tinggalnya.Beliau juga berharap mendapat kerjasama dan bimbingan daripada
semua guru setelah ditempatkan di sekolah ini.

Makluman

5.4.7 Majlis diteruskan dengan penyerahan sijil kepada semua guru yang telah
mengikuti program penanda aras di Perlis.

Makluman
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi melahirkan rasa syukur kerana majlis mesyuarat telah berjalan dengan
lancar dan harmoni. Beliau berharap semua guru akan bersedia untuk hadir pada
mesyuarat kali ke -3 nanti seperti yang dijadual mengikut takwim sekolah.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Disediakan oleh,

Urus setia Mesyuarat Guru


Sk. Puchong Utama,
Tarikh : 17 Jun 2023

You might also like