You are on page 1of 2

sikap

Selain daripada aspek kognitif, aspek afektif seperti sikap juga memainkan peranan peranan dalam
menentukan kejayaan pelajar dalam bidang matematik. Sikap merangkumi kepercayaan, minat,
apresiasi, keyakinan dan daya tahan. Pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan relevan akan
dapat memupuk sikap yang positif terhadap matematik. Papanastasiou (2000) berpendapat bahawa
pelajar yang memiliki sikap yang positif terhadap subjek matematik menunjukkan kecenderungan untuk
memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam pembelajaran matematik. Sikap pelajar jika tidak
diperbaiki dari awal akan terbawa ke peringkat yang lebih tinggi dan secara tidak langsung akan
mempengaruhi pencapaian mereka.

Bagi mengukur sikap pelajar, pengkaji menggunakan soal selidik sikap yang diadaptasi dan diubahsuai
daripada soal selidik sikap terhadap penyelesaian masalah yang digunakan dalam kajian Effandi (2003)
dan kajian Faridah (2004). Effandi telah mengubahsuaikan soalan soal selidik ini daripada Student
Attitudes Questionaires yang dibina oleh Charles et al. (1997). Alat ini mengandungi 20 item bagi tiga
subskala iaitu: (a) kesanggupan (6 item), (b) ketabahan (6 item) dan (c) keyakinan diri (8 item). Untuk
setiap pernyataan yang dikemukakan, terdapat pemeringkatan skala Likert lima mata. Setiap Skala lima
mata digunakan iaitu, STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, KS = kurang setuju, S = Setuju dan SS =
Sangat Setuju. Bagi item positif, sangat tidak setuju diberi skor 1, tidak setuju diberi skor 2, kurang
setuju diberi skor 3, setuju diberi skor 4 dan sangat setuju diberi skor 5. Skor bagi item negatif
adalah sebaliknya.

Instrumen penyelesaian masalah matematik yang mengandungi 5 item adalah untuk menentukan
keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik. Keupayaan pelajar dalam menyelesaikan
masalah matematik ditentukan melalui jawapan dan penyelesaian yang dikemukakan oleh pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik. Pemarkahan dilakukan mengikut skim pemarkahan penyelesaian
masalah yang diubahsuai dari Charles et al. (1997). Bagi kemahiran memahami masalah, skor diberikan
ialah antara 0 hingga 2, merancang strategi, skor diberikan ialah antara 0 hingga 3, melaksanakan
strategi skor diberikan ialah antara 0 hingga 2 dan bagi menulis jawapan skor yang diberikan ialah antara
0 hingga 3. Bagi memastikan tahap kesahan ujian penyelesaian masalah matematik dan ujian penjanaan
masalah matematik, pengkaji telah meminta dua orang guru pakar matematik untuk menyemak dan
mendapatkan komen terhadap isi kandungannya. Manakala kesahan soal selidik sikap terhadap
penyelesaian masalah matematik telah disahkan oleh pengkaji sebelum ini. Kebolehpercayaan
instrumen yang dilakukan adalah tentang konsistensi dalaman melalui perkiraan pekali Alpha Cronbach.
Jadual 1 menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini: Jadual 1
Kebolehpercayaan instrumen kajian Instrumen alpha Cronbach Instrumen Penyelesaian Masalah
Matematik 0.85 Instrumen Penjanaan Masalah Matematik 0.76 Instrumen sikap terhadap
penyelesaian masalah matematik yang digunakan dalam kajian ini juga telah digunakan oleh penyelidik-
penyelidik secara meluas dalam kajian di luar dan di dalam negara, maka inventori sikap ini mempunyai
kebolehpercayaan yang baik dan sesuai digunakan. Dalam kajian yang dijalankan oleh Faridah (2004),
nilai kebolehpercayaan soal selidik sikap terhadap penyelesaian masalah ialah 0.74. Jadual 2 pula
menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan inventori sikap terhadap penyelesaian masalah oleh Effandi
(2003). Nilai Alpha untuk ketiga-tiga alat kajian ini menunjukkan kebolehpercayaan ujian ini adalah baik.
Secara keseluruhannya nilai Alpha ini melebihi 0.6 dan menurut Majid (2000), nilai Alpha yang melebihi
0.6 boleh diterima kebolehpercayaannya. Untuk tujuan analisis data, pengkaji menggunakan statistik
deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian t. Jadual 2 : Kebolehpercayaan soal selidik sikap terhadap
penyelesaian masalah Dimensi Indeks Kebolehpercayaan Kesanggupan 0.75 Ketabahan 0.75 Keyakinan
0.74 Keseluruhan 0.90

Sikap merupakan sesuatu yang sukar difahami kerana ia bersifat dalaman. Dalam kajian ini, sikap
merujuk kepada kesediaan guru untuk menjalankan pentaksiran terhadap murid di samping pandangan
mereka terhadap penggunaan teknik pentaksiran tertentu. Suah et al. (2010) dalam kajiannya
mendapati tahap persediaan guru membuat penilaian serta tahap keyakinan untuk menjalankan
pentaksiran dipengaruhi oleh cara pentaksiran dijalankan. Watt (2005) pula mengenal pasti sikap guru
terhadap penggunaan pentaksiran alternatif serta penggunaan pentaksiran tradisional sebagai kaedah
pentaksiran yang utama.

You might also like