You are on page 1of 1

KERTAS CADANGAN

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN


PENGAWAS PUSAT SUMBER

1.0 Pendahuluan

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber akan diadakan pada 30 Oktober 2010 iaitu pada
hari Jumaat. Lokasi majlis ini diadakan pada tahun ini ialah di INTEKMA Resort Shah Alam. Tujuan
majlis ini diadakan di lokasi pilihan ini ialah untuk aktiviti makan-makan dan aktiviti sukaneka. Di
samping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah kepada guru serta pengawas cemerlang dan
aktiviti ‘lucky draw’untuk memeriahkan majlis kami.

2.0 Objektif

2.1 Menghargai jasa guru Pusat Sumber yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga dan fikiran
kepada Pusat Sumber.
2.2 Mengiktiraf pengawas Pusat Sumber yang cemerlang dari segi bersikap bertanggungjawab,
kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.
2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas Pusat Sumber untuk
melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan bertanggungjawab.
2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.
2.5 Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan dengan menyertai aktiviti sukaneka yang
diadakan.

You might also like