You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1/2019

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi


1.1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar En. Mohamad Mahzunie Bin Tawni. Beliau
mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada semua staf yang hadir pada
petang ini.
1.2. Beliau menjelaskan mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa
agenda berikut:
1.2.1. Pengesahan Minit Mesyuarat HEM Bil 4/2018
1.2.2. Perkara Berbangkit
1.2.3. Pelantikan Jawatankuasa HEM 2019
1.2.4. Takwim/ Program HEM Sepanjang Tahun 2019
1.2.5. Hal-hal lain

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil 4/2018


2.1. Pengesahan minit disahkan oleh Encik Albert Jong Soon Wuan.
2.2. Cadangan pengesahan minit disokong oleh Encik Sariman bin Suhaili

3.0 Perkara Berbangkit


3.1. Takwim sekolah perlu dimasukkan dalam Buku Rekod Rancangan Mengajar.
3.2. Perkara 2.3: Rancangan Pengajaran Harian (RPH) hendaklah ditulis dengan lengkap dan
tersusun.
3.3. Perkara 5.1.3.10: TOV dan ETR bagi semua mata pelajaran teras hendaklah dipaparkan
di dalam kelas masing-masing.
Tindakan: Semua
Guru
3.4. Perkara 5.7: Buku Teks SPBT
3.4.1. Semua guru kelas perlu membuat pemantauan atau pemeriksaan berkala
sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali untuk mengenalpasti buku yang rosak
atau hilang.
3.4.2. Murid yang tidak menjaga buku dengan baik, contohnya rosak atau hilang perlu
membayar harga buku tersebut.
Tindakan: Penyelaras SPBT dan Semua Guru
Kelas

3.5. Perkara 10.3: Kutipan Tabung Kebajikan Staf


3.5.1.1. Kutipan tersebut yang selama ini
3.5.1.2. Baki jumlah kutipan setelah digunakan untuk beberapa tujuan tertentu setakat
Julai 2018 ialah sebanyak RM595.00.
3.5.1.3. Bagi pegawai yang belum menjelaskan bayaran, sila berhubung terus kepada
Puan Rosni.
Tindakan: Semua Staf
4.0 Perlantikan Jawatankuasa HEM
4.1. Pengerusi membentangkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2019 di dalam lampiran 2.

Tindakan :
Semua guru

5.0 Takwim/ Program HEM Sepanjang Tahun 2019

5.1. Program HEM akan dijalankan mengikut jawatankuasa yang sudah bermesyuarat.
5.2. Mesyuarat 1 untuk semua jawatankuasa selewat-lewatnya hingga hujung bulan
feFebruari.
5.3. Setiap jawatnkuasa perlu ada fail untuk menyimpan dokumen seperti minit mesyuarat,
pelan strategik dan data murid.
5.4. Harap guru yang dilantik untuk setiap jawatnkuasa dapat mencadangkan aktiviti
sepanjang tahun beserta dengan tarikh untuk dimasukkan ke dalam takwim HEM.
5.5. Surat lantikan untuk semua jawatankuasa akan diberikan kepada semua guru nanti.

Tindakan : Semua
Guru

6.0 Hal-Hal lain


6.1. Puan Rajanah Binti Salim
RMT
6.1.1. Murid yang terlibat dalam RMT untuk bulan Januari ialah 32 orang iaitu murid
Tahun 2 dan Tahun 3.
6.1.2. Bilangan murid ini akan bertambah dalam bulan Februari melibatkan 69 orang
murid.
Pecahan murid Tahun 1-13 orang
Tahun 2-20 orang
Tahun 3- 15 orang
Tahun 4- 14 orang
Tahun 5- 7 orang
6.1.3. Penyelaras RMT nanti akan menyediakan jadual bertugas untuk pengawas RMT.
Jadual bertugas untuk guru sudah dibuat oleh Cikgu Jong, di mana guru bertiga
seminggu seorang. Bidang tugas guru tersebut meliputi membantu aktiviti murid,
mengawas murid mengutip sampah dan menjalankan tugas mengikut keperluan
(cth kalau ada murid yang sakit)
6.1.4. Waktu RMT dijalankan ialah pukul 10.00 pagi sehingga 10.20 pagi, merupakan
masa rehat untuk semua murid dan guru.
APDM
6.1.5. APDM – enrolmen murid Tahun 2019 sekarang ialah 100 orang + 21 orang murid
Pra=121 orang.
6.1.6. Guru kelas pastikan data murid dalam APDM adalah tepat. Kemaskini setiap
hujung bulan.
6.1.7. Bahagian pendapat ibubapa dan penjaga. Sering bermasalah oleh itu harap guru
kelas peka dengan perkara ini.
6.1.8. Setiap bantuan yang disalurkan untuk murid adalah melalui APDM. Oleh itu data
murid mesti tepat dan sentiasa dikemaskini.
6.1.9. Tahun 1- Haikal tidak ada sijil lahir.
SPBT
6.1.10. Penyelaras SPBT telah membahagikan buku teks untuk semua murid.
6.1.11. Dalam fail SPBT menaikkan nama murid yang menerima buku teks.

Lembaga Disiplin & Pengawas sekolah


6.1.12. Pemilihan untuk pengawas sekolah perlu dibuat secepat mungkin.
6.1.13. Peraturan sekolah tampalkan di bilik darjah.
6.1.14. Penggunaan kasut sekolah hitam&putih. Ketetapannya ialah bolah digunakan
samada hitam/putih.

Pengurusan Asrama
6.1.15. Bilangan murid asrama seramai 28 orang. (Tahun 3-2org, Tahun 4-6org, Tahun 5-
8org, Tahun 6-12 org)
6.1.16. Tahun 6 adalah diwajibkan semua tinggal di asrama untuk memberi laluan kepda
mereka menyertai setiap aktiviti /program sekolah khususnya akademik.
6.1.17. Kepada semua yang terlibat dalam pengurusan asrama seperti PPM, warden,
termasuk penyelia asrama harus tahu tugas masing-masing dan jalankan tugas
yang telah diamanahkan.
6.1.18. Pastikan asrama sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan terawat begitu juga
dengan dewan makan& dapur. Pihak kesihatan telah menjalankan pemantauan ke
atas kebersihan dewan makan, dapur dan asrama. Hasil pemantauan kita hanya
dapat Gred B saja 83.90%

Bantuan khas Awal Persekolahan


6.1.19. Hanya akan diberi kepada murid yang layak sahaja dengan pendapatan isi rumah
RM3000 ke bawah.

6.2. Peringatan Mesra daripada Setiausaha Peperiksaan


6.2.1. Dipohon mana-mana guru yang belum melengkapkan SAPS agar mengambil
tindakan segera mengisi markah secara online bagi mengelakkan timbul masalah
di kemudian hari.

You might also like