You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/2018

Tarikh: 18 Januari 2018


Masa: 2.15 petang
Tempat: Bilik Gerakan SK Selekoh

Kehadiran:

1. En. Shahrullizam bin Saparman (GB SK Selekoh)


2. En. Mohd Khairussalleh bin Abd Halim (PK Pentadbiran)
3. En. Mohd Amri bin Jasman (PK Hal Ehwal Murid)
4. En. Shamsul Anuar Bin Sabrun (PK KOKU)
5. En. Nanda Kishore a/l Applanaidu
6. En. Faizal bin Ismail
7. En. Mohd Ghazali bin Mat Nazri
8. En. Mohd Hafiz bin Abu Bakar
9. En. Muhd Syawalullah bin Abd Rahman
10. Pn. Noor Zairiah binti Kharis
11. Pn. Asiah binti Basri
12. Pn. Zakiah binti Johari
13. Pn. Norsangidah binti Yasin
14. Pn. Fauziah binti Mohamed Noh
15. Pn. Wan Nurul Adilah bin Wan Ramli
16. Pn. Zuhairah Dahria bin Mohamed Basri
17. Pn. Robaayah binti Kamrudin
18. Siti Ittakillah binti Sabari
19. Aadilah binti Zainal Abidin

1.0 : Ucapan Pengerusi (PK KoKurikulum)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang
dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru dan berharap Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kali Pertama bagi sesi persekolahan tahun 2018 berjalan
dengan lancar.

Tindakan : Makluman

1.2 Puan Pengerusi menegaskan kokurikulum berperanan mengukuhkan pengetahuan


dan pembelajaran murid di dalam kelas melalui aktiviti kokurikulum yang
dijalankan. Diharap melalui aktiviti ini, pembinaan nilai dalam diri pelajar dapat
dilaksanakan.
Tindakan :Makluman

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti KoKurikulum sepanjang Tahun
2017.
Tindakan : Makluman

1.4 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu dirancang dengan baik dan mempunyai
matlamat atau objektif aktiviti yang tercapai.
Tindakan : Makluman

2.0 : Dasar Kokurikulum KPM

2.1 PK KoKurikulum mengingatkan tentang dasar KoKurikulum KPM :

2.1.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB(


Perkara 5.1 SPI Bil. 1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005 ) ”Semua murid wajib mengambil
bahagian sekurang – kurangnya salah satu gerakerja Pasukan Badan
Beruniform, satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan
atau Permainan.”
2.1.2 Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
kebangsaan. Oleh itu pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB [
Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996(Akta550)]

2.1.3 Bilangan perjumpaan minimum setahun adalah :


2.1.3.1 Pasukan Badan Beruniform - 12 kali
2.1.3.2 Persatuan dan Kelab - 12 kali
2.1.3.3 Sukan dan Permainan - 12 kali

2.1.4 Kokurikulum Murid Tahun 4 hingga tahun 6 akan


menggunakan Sistem Penilaian PAJSK bagi keperluan markah PBS
UPSR.
2.1.5 Pengurusan Kokurikulum Sekolah berada di bawah Penyelarasan Guru
Penolong Kanan Kokurikulum.

2.1.6 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum adalah WAJIB. ( Perkara 5.2 dalam
SPI Bil.1/1985 )

2.1.7 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah


diperuntukkan adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) ( 1993) yang berbunyi : ” 4.2 (g) Seseorang pegawai tidak
boleh tidak bertanggungjawab” dan ”4.2 (i) seseorang pegawai tidak
boleh ingkar perintah ”

Tindakan : Makluman

3.0 : Persediaan dan Perlaksanaan GERKO 2018

3.1 Objektif dan matlamat

3.1.1 Puan Pengerusi menegaskan setiap unit perlu menetapkan objektif dan
matlamat yang hendak dicapai sepanjang gerak kerja aktiviti kokurikulum.
Setiap objektif yang ditetapkan boleh menjadikan KPI unit masing-masing.

Tindakan : Semua Guru

3.2 Keselamatan

3.2.1 Guru diingatkan supaya menerangkan tatacara keselamatan pelajar semasa


melaksanakan aktiviti kokurikulum kepada setiap ahli dalam perjumpaan
yang pertama. Guru juga perlu melaporkan dan mencatatkan sebarang
kemalangan yang berlaku semasa aktiviti kokurikulum dalam buku
pelaporan.

Tindakan : Semua Guru

3.3 Buku pelaporan aktiviti

3.3.1 Setiap guru penasihat perlu menulis laporan setiap aktivti di dalam buku
pelaporan yang disediakan. Guru juga diingatkan untuk menulis impak
setiap aktiviti yang djalankan sebagai refleksi guru pada hari tersebut.

3.3.2 Guru perlu menulis nama ahli dan AJK seperti dalam My Kid / data SMM.
3.3.3 Takwim di dalam buku pelaporan hendaklah dirancang dengan betul dan
pelbagaikan aktiviti yang menarik minat ahli disamping elakkan merancang
aktiviti yang sama seperti tahun sebelum.

3.3.4 Buku pelaporan mesti dilengkapkan dan dihantar setelah selesai sesuatu
aktiviti.

3.3.5 Sekiranya aktiviti bersama, pelaporan dan dokumentasi pencapaian ahli


mestilah dilengkapkan oleh setiap kelab, persatuan atau unit uniform
masing-masing.

Tindakan : Semua Guru

3.4 Pelan Strategik

3.4.1 Guru penasihat dikehendaki membina dan merancang pelan strategik untuk
pencapaian jangka masa panjang setiap unit. Guru boleh merujuk contoh
pelan strategik yang diedarkan sebagai rujukan guru.

3.5 PAJSK

3.5.1 Pada tahun ini kita telah mewajibkan semua murid membeli buku PAJSK
sebagai dokumentasi bagi menggantikan borang-borang yang digunakan
sebelum ini.

3.5.2 Semua guru dikehendaki mengisi dan lengkapkan maklumat yang terdapat
buku PAJSK. Setiap pengisian data dalam buku PAJSK perlu
ditandatangani oleh guru penasihat.

3.5.3 Pencapaian murid dalam semua aktiviti mesti dicatatkan dalam PAJSK
selain rekod guru. Hal ini penting ketika pengisian data PAJSK atas talian
di penghujung sesi persekolahan.

3.5.4 Item komitmen, hendaklah diisi oleh guru sendiri untuk penilaian diri
pelajar berkenaan.

Tindakan : Semua Guru


4.0 : Takwim

4.1 PK KoKurikulum memaklumkan aktiviti kokurikulum akan bermula pada bulan


Februari.

4.2 Surat Pemberitahuan kepada ibubapa penjaga akan dikeluarkan sebelum bermula
aktiviti kokurikulum yang pertama.

Tindakan : PK Ko.

4.3 Aktivti kokurikulum yang mungkin akan berlangsung pada waktu terdekat ialah
kejohanan merentas desa peringkat MSSD. Oleh itu, pelaksanaan di peringkat
sekolah perlu dijalankan dengan kadar segera.

Tindakan :Su Sukan

4.4 Perancangan tahunan aktivti kokurikulum untuk sesi 2018 telah dimasukkan di
takwim persekolahan 2018. Oleh itu, guru perlu memastikan aktivti berjalan
mengikut takwim.

Tindakan : Semua Guru

5.0 : Program Peningkatan Kokurikulum

5.1 Antara perancangan program peningkatan kokurikulum pada tahun ini ialah :

5.1.1 Kem Kempimpinan

5.1.2 Klinik Catur.

5.1.3 Bengkel Bola Baling

5.1.4 Kursus untuk permainan dalaman

6.0 : Hal-hal lain

6.1 Pengisian SKPMg2 secara online akan diisi mengikut fasa seperti berikut:

6.1.1 Jan – Mac

6.1.2 April – Jun


6.1.3 Ogos – Nov

6.2 PK KoKurikulum mengharapkan tahun 2018 guru penasihat dapat meningkatkan


kehadiran murid dengan mengadakan aktivti yang menarik.

7.0 : Ucapan Penangguhan

7.1 Mesyuarat ditangguhkan: 3.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

...................................................... ...............................................
(MUHD SYAWALULLAH B. ABD RAHMAN) (SHAMSUL ANUAR BIN SABRUN )
Setiausaha Kokurikulum, PK Kokurikulum,
SK Selekoh SK Selekoh

You might also like