You are on page 1of 7

1.

0 PENDAHULUAN Pertandingan Saintis Muda merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2008. Pertandingan ini dijalankan dalam dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Peserta pertandingan adalah terdiri daripada pasukan dua orang pelajar. Setiap pasukan perlu melaksanakan amali sains dalam lima stesen iaitu tiga stesen dilaksanakan dalam makmal dan dua di luar makmal.

2.0 MATLAMAT 2.1 Mendedahkan pelajar tentang kepentingan aktiviti amali sains sebagai sokongan kepada teori yang dipelajari dalam bilik darjah. 2.2 Melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan saintifik.

2.3 Memupuk

semangat

kerjasama

antara

rakan

sepasukan

untuk

menyelesaikan persoalan saintifik. 2.4 Mempertingkatkan potensi, ketrampilan serta daya usaha pelajar dalam bidang sains dan teknologi. 2.5 Memupuk minat pelajar ke arah cintakan Sains dan Teknologi. 2.6 Menanam sikap positif, nilai-nilai murni, disiplin dan mematuhi arahan semasa menjalankan amali sains dalam makmal.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat


dalam bidang Sains dan Teknologi.

3.2 Merealisasikan pengwujudan pelbagai program penggalakan dalam bidang


Sains dan Teknologi agar; (i) Meningkatkan penyertaan pelajar dalam Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi peringkat negeri. (ii) Menyediakan pelajar yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dalam menghadapi tekanan pertandingan. (iii) Menyediakan pelajar yang mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan anggota pasukan dalam menyelesaikan masalah dalam tempoh yang terhad.

(iv) Menggalakkan guru dan sekolah meningkatkan aktiviti pelaksanaan amali sains sebagai amalan wajib dalam pengajaran dan pembelajaran Sains.

(v) Menyediakan forum kepada semua pihak menilai kemampuan pelajar


dalam pelbagai tahap melaksanakan amali sains.

4.0 LOKASI PERTANDINGAN Makmal Sains dan kawasan sekitar makmal di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak.

5.0 TARIKH AKTIVITI


18 Ogos 2008 19 Ogos 2008 20 Ogos 2008 Taklimat umum Karnival Pendidikan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan Tahun 2008 Taklimat penghakiman pertandingan Penyediaan Lokasi dan Bahan Pertandingan Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Ulasan 22 Ogos 2008 Ketua Hakim dan pengumuman keputusan pertandingan Saintis Muda Penyampaian hadiah

6.0 PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN 6.1 Peserta pertandingan adalah terdiri daripada pelejar-pelajar; (i) (ii) Sekolah Rendah: Tahun 4 hingga 6 Sekolah Menengah: Tingkatan 1 hingga 3

6.2 Soalan tugasan, jawapan atau keputusan eksperimen adalah dalam Bahasa Inggeris. 6.3 Setiap pasukan diwkili oleh 2 orang peserta. 6.4 Semua anggota dalam pasukan adalah dari sekolah yang sama. Setiap pasukan diiringi oleh seorang guru pembimbing.

6.5 Setiap peserta diwajibkan memakai uniform sekolah lengkap beserta Lab
Coat semasa pertandingan dijalankan.

6.6 Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang petunjuk identiti negeri ke


tempat pertandingan. Peserta dikenali melalui Tag Nombor Kumpulan. 6.7 Peserta tidak dibenarkan membawa peralatan atau bahan dari luar selain daripada peralatandan bahan yang disediakan oleh penganjur. 6.8 Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang nota, buku atau apa jua bahan sumber ke tempat pertandingan. 6.9 Peserta hanya dibenarkan membawa alat tulis dan kalkulator (bukan saintifik) sendiri. 6.10 6.11 Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama peserta semasa pertandingan dijalankan. Setiap pasukan perlu melakukan amali sains dalam 5 stesen secara berterusan dengan masa 10 minit setiap stesen dalam makmal dan 15 minit bagi stesen di luar makmal. Amali bagi stesen di luar makmal lebih bercorak kontekstual.

6.12
6.13 6.14

Peserta perlu berhenti menulis atau menjalankan amali selepas loceng penamat dibunyikan. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran proses sains dan kemahiran pengedalian alat radas sains. Keputusan hakim adalah muktamad.

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN PERTANDINGAN


7.1 Jawapan dalam pertandingan adalah dalam bentuk bertulis. 7.2 Pertandingan dijalankan berbentuk stesen. Lima stesen disediakan. (i) (ii) Dua stesen di luar makmal, 15 minit setiap stesen. Tiga stesen di dalam makmal, 10 minit setiap stesen.

7.3 Setiap stesen dibekalkan dengan satu set soalan yang menguji kemahiran pelajar menjalankan eksperimen. Soalan yang disediakan memerlukan pasukan peserta menjalankan eksperimen ringkas dan mencatatkan hasil eksperimen tersebut.

7.4 Panel hakim membuat penilaian ketika peserta menjalankan eksperimen.


Perkara yang dinilai adalah kemahiran saintifik, kemahiran manipulatif dan nilai-nilai murni yang perlu ada ketika melaksanakan eksperimen sains.

7.5 Setiap 10 atau 15 minit, loceng akan dibunyikan untuk pasukan bergerak ke stesen seterusnya. 7.6 Loceng penamat akan dibunyikan sebanyak 2 kali untuk peserta berhenti menjawab soalan. 7.7 Penilaian dihakimi oleh panel hakim yang dilantik. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang diperolehi melalui penilaian panel hakim semasa eksperimen dijalankan dan markah jawapan bertulis peserta. Pasukan dengan markah tertinggi adalah dipilih sebagai pemenang.

7.8 Sekiranya salah seorang peserta suatu pasukan tidak dapat meneruskan
pertandingan, ujian akan diteruskan oleh peserta pertandingan yang seorang lagi.

7.9 Peserta yang melakukan sebarang bentuk penyelewengan akan disingkirkan


dari pertandingan. Peserta ini perlu meneruskan pertandingan, dan tindakan diambil selepas pertandingan tamat. Keputusan hakim adalah miktamad.

8.0 SOALAN PERTANDINGAN Rujuk Soft Copy Koleksi Soalan Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Status bahan adalah SULIT.

9.0 LAMPIRAN 9.1 Penggubal Soalan dan Hakim Pertandingan

9.2 Pelan Tindakan Pengelolaan Pertandingan Saintis Muda Peringkat


Kebangsaan

9.3 Petugas Pendaftaran, Penjaga Masa dan Penyelia Bahan dan Radas
9.4 Pendaftaran Peserta Pertandingan

9.5 Pelan kedudukan STATION di dalam dan di luar Makmal Sains dan
pergerakan peserta pertandingan 9.6 Jadual Pertandingan 9.7 Borang Pemarkahan Induk dan Keputusan

9.8 Keputusan Pertandingan dan Senarai Pemenang 9.9 Rakaman Gambarfoto

10.0

REFLEKSI 10.1 PRESTASI PESERTA PERTANDINGAN Prestasi Cemerlang Terdapat sekurang-kurangnya 3 daripada 16 pasukan setiap kategori menunjukkan prestasi berikut:

(i)
(ii) (iii)

Menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Perkara ini ditunjukkan semasa melakukan perbincangan dan menjawab soalan bertulis. Perancangan yang baik khususnya dalam pembahagian masa dan pembahagian aktiviti amali. Mahir menggunakan bahan dan radas sains terutamanya dalam aktiviti pengukuran. Mempamerkan penguasaan konsep sains yang baik dalam menyelesaikan masalah sains. Mempamerkan penguasaan Kemahiran Saintifik (Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Manipulatif).

(iv) (v)

Prestasi Sederhana Terdapat sekurang-kurangnya 10 daripada 16 pasukan setiap kategori menunjukkan prestasi berikut:

(i) (ii)

Dapat menyelesaikan aktiviti mengikut masa yang ditetapkan, tetapi kualiti jawapan yang diberikan adalah sederhana. Penguasaan konsep sains yang sederhana mengakibatkan peserta melakukan beberapa kesilapan dalam menyelesaikan masalah sains.

(iii)

Menguasai kemahiran dan soalan tertentu sahaja. Terdapat soalan-soalan yang tidak boleh dijawab dengan betul dan tepat.

Prestasi Rendah Terdapat sekurang-kurangnya 3 daripada 16 pasukan setiap kategori menunjukkan prestasi berikut:

(i)
(ii)

Tidak dapat mengendalikan bahan dan radas sains dengan betul dan cekap semasa melakukan eksperimen. Teragak-agak untuk melakukan aktiviti dan kurang yakin pada diri. Hal ini mengakibatkan aktiviti dijalankan dengan lambat dan tidak dapat melengkapkan aktiviti yang diberikan.

(iii)

Tidak menguasai Kemahiran Proses Sains tertentu. Contohnya:

(a) Mengawal pemboleh ubah (variables) dalam eksperimen


(b) Membina jadual keputusan

(c) Melukis graf (d) Mengulangi eksperimen untuk mendapatkan nilai-nilai purata
(iv) Penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah dan tidak memahami kehendak soalan. Tiada pengalaman dalam Pertandingan Saintis Muda. Setelah diselidiki hal ini adalah kerana pertandingan berkenaan tidak dijalankan di peringkat negeri. 10.2 KEKUATAN PERTANDINGAN

(v)

(i) (ii)
(ii)

Soalan-soalan yang disediakan telah melalui beberapa proses tapisan kualiti, iaitu proses penilaian, kawalan mutu dan ujian. Soalan-soalan meliputi semua kemahiran proses sains dan bertepatan dengan sukatan pelajaran Sains Tingkatan 1, 2 dan 3. Panel hakim telah terlibat secara langsung dalam penggubalan soalan. Ini membolehkan panel hakim memahami kriteria yang dikehendaki dalam soalan pertandingan Saintis Muda.

(iii) (iv)

Panel hakim telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerjasama dan komitmen daripada Jawatankuasa Pengelola, iaitu guru dan staf sokongan SMK Matang Hilir, Kuching serta tuan rumah, SM Sains Kuching, sangat membantu kelancaran perjalanan pertandingan.

10.3

KELEMAHAN PERTANDINGAN (i) Kawalan KAWASAN LARANGAN di tempat pertandingan terutamanya semasa penyediaan bahan pertandingan adalah agak longgar. Terdapat dua orang telah memasuki kawasan pertandingan tanpa kebenaran. (ii) Makmal iaitu tempat pertandingan adalah agak sempit terutamanya untuk stesen di luar makmal.

(iii)

Bilik Menunggu peserta Sidang 2 dan Sidang 3 adalah kurang selesa. Peserta agak tertekan (stress) kerana perlu menunggu agak lama.

(iv)

Pelaksanaan pertandingan dalam tiga sidang adalah terlalu lama. Pertandingan dijalankan secara berterusan dan tempoh rehat adalah terlalu singkat. Hakim dan AJK yang bertugas terlalu kepenatan.

10.4

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERTANDINGAN (i) (ii) Ketua Hakim perlu melawat tempat pertandingan untuk menilai kesesuaian tempat. Kawalan yang lebih ketat adalah sangat perlu untuk menjaga kerahsiaan soalan. Pertandingan tidak semestinya diadakan di tempat penginapan peserta sekiranya terdapat sekolah atau makmal lain yang lebih kondusif. Ini juga dapat mengurangkan risiko kebocoran soalan. (iv) Bilik Menunggu perlulah dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, bahan bacaan ringan (kecuali buku-buku sains untuk berlaku adil kepada peserta Sidang 1), serta alat permainan indoor seperti catur, karum, dan dam.

(iii)

(v)

Pertandingan perlu dilaksanakan dalam dua sidang sahaja dan tamat sebelum pukul 1.00 tengahari. Ini dapat mengurangkan tekanan peserta yang menunggu dan petugas tidak terlalu keletihan.

(vi)

Pelaksanaan dua sidang boleh dilaksanakan dengan cara berikut:

(a) 5 stesen wajib (3 di dalam dan 2 di luar makmal) dan 1 stesen


tambahan. 2 set setiap sidang. Masa yang dicadangkan; (10+8)x3 + (15+3)x3 minit = 1 jam 48 minit setiap sidang. Masa untuk 2 sidang = 3 jam 36 minit + 14 minit taklimat. Mula jam 9.00 pagi dan tamat jam 12.50 tengahari.

(b) 7 stesen wajib (5 di dalam dan 2 di luar makmal) dan 1 stesen


tambahan. Masa yang dicadangkan; (10+7)x5 + (15+2)x3 minit = 2 jam 16 minit setiap sidang. Masa untuk 2 sidang = 4 jam 32 minit + 13 minit taklimat. Mula jam 8.30 pagi dan tamat jam 1.15 tengahari.

You might also like